Wednesday, April 08, 2015

NUFFNANG 8TH BIRTHDAY!

Hoi berzaman dah kot Nuffnang 8th Birthday Party ni hahahah... Al-maklumlah, busy to the max dan bila sampai rumah je terus energy level tu jadi paling low sekali.. Actually aku plan nak pegi sekali ngan Elly tapi pukul 7pagi tu jugak Elly call tak dapat pegi sebab dia baru balik klinik sebab sakit perot.. Kak Pilla sambung golek atas katil sambil pikir, macamana ni? nak gi ke tak nak? malasnya nak gi event macam ni sorang-sorang takde kawan :(

Tapi tetiba teringat Denise from Nuffnang dah pesan, Kak Pilla nanti ada session untuk Kak Pilla.. tak lama, dalam 3 minit je.. kene bagi speech.. Gila langsung tak prepare apa mende speech pon.. lantaklah.. hahahah.. Akhirnya Kak Pilla bangun jugak mandi dan bersiap untuk pergi.. 

Make up sendiri hihi.. Katanya tema dia 1960's "Breakfast at Tiffany's"

Hoi tak reti nak pakai apa... hentam je.. kata 60's kan? So kita tebalkan eyeliner je lah bagi eyecat sikit.. kononnnnn padahal mata sepet nak eyecat-eyecat hahahahah.. 

Sib baik ada Suraya Sulatin ada jugaklah orang nak diajak berborak dari aku menjadi kayu sengsorang kat dalam hahahaha... dah lah takde belt.. tu belt zaman muda pinggang kecik lagi.. tapi nak pakai jugak, so kene tarik naik atas sikit, kalau tak nescaya ada orang pengsan tak leh bernapas kat sini nanti.. 

Ok sudah-sudahlah tu Pilla jom masuk.


Mereka-mereka ni antara yang rapat dengan Kak Pilla.. from Left, Melissa, XingYi.. Dua-dua pon comel... Ramai lagi yang Kak Pilla tak sempat nak bergambar pon.. 


Orang dah ramai dan Kak Pilla mula panik dan rasa nak muntah.. hahahah dari dulu Kak Pilla tak leh nervous sebab nanti nak muntah.. Tapi muka selalunya pandai cover line.. nampak relax je ;)

Oh sebelum tu.. Ni nama dia Syahira fashion blogger.. First time jumpa, masih muda dan dah berkahwin.. nak kawan boleh, nak lebih-lebih cannot ye.

So ini agenda untuk haritu.. Pukul 12 ada Media Interview with Co-founder.. Eish tak sangka media interview pon Kak Pilla and KampungBoyCityGal pon kene pergi jugak.. lap peloh terus hahahaha.. Nasib baik ada Timothy Tiah back up bloggers sikit :)

Pastu 12.45 tu ada Veteran Blogger Sharing Session.. Tu actually yang buat Kak Pilla peluh-peluh hahahha.. 

Emcee kita haritu ialah Careen Tan..

cake pada hari itu disponsor oleh ForetBlanc.



Syahira and Suraya

Tak lupa juga thank you to Milkcow sebab sponsor ice cream yang sedap tu..

Sempat jumpa Budiey, but sorry Budiey, terpotong pulak kepala hahah.. selalu jumpa Budiey masa event.. especially event makan memang muka kitorang ada hahahah.. 

Sedap, tapi kene makan ice cream awal pagi sejuk perot ahkak.

Untuk yang masih tak tau siapa orang kuat disebalik Nuffnang? Nilah dia co-founder Nuffnang iaitu Timothy Tiah.. Nuffnang sekarang dah ada 7 cawangan seluruh dunia.. (kalau tak silap lah hahahah) So tahniah diucapkan kepada Team Nuffnang kerana mampu melebarkan sayap ke seluruh dunia, semoga lepas ni akan terus maju dan maju bukak banyak lagi cawangan.. 

cake cutting session bersama Nuffnang Co-founder and Country Manager.

Ni antara Nuffnang Team bersama boss.. Alaa ada yang tak muat masuk camera hahahah..  

Bersama blogger dan bukan blogger hahahaha.. Elis kawan Sue ni sweet and happy go lucky (right) suka tengok dia..

Masa ni tengok semua orang nak amik gambar dengan cake.. So Kak Pilla pon amik jugak sekeping hehe.

Comel la tu pegang belon.. ni sebelum kene halau turun stage hahaha.. 

Ok tetiba masa yang dinantikan penuh debaran pon tiba.. Terpaksa buat muka relax je.. dalam hati nak meletop jantung... Session ni dinamakan Veteran Blogger Sharing Session.. Terus kitorang saling berpandangan "why veteran?" hahahhahaha i muda ye i mudaaaaaaa! 

Heheh takdelah, veteran tu maksudnya dah lama berkecimpung dalam dunia blogging.. So pada haritu Kak Pilla rasa sangat dihargai sebab diberi peluang untuk berkongsi pengalaman Kak Pilla kepada semua yang ada.. 

Nampak tu muka ketakutan tapi cover line hahahha.. Sebelah Kak Pilla ialah husband and wife blogger yang share blog mereka yang diberi nama kampungboycitygal pon dah lama berblog.. Kak Pilla pernah pegi event jugak dengan kampungboy dia baik sangat... sangat respect orang.. citygal pon baik.. seronok dapat share pengalaman bersama.. 


Apa yang Kak Pilla nampaklah dalam dunia blogging ni, kita saling memerlukan.. Blogger sangat penting untuk Nuffnang, dan Nuffnang sendiri sangat penting untuk blogger.. Kerjasama tu penting dan untuk bekerjasama tu tak susah.. Untuk blogger baru yang selalu tanya, macamana nak dapat iklan dari nuffnang? macamana nak dapat income? Sebenarnya pastikan berblog itu adalah passion bagi korang.. Kak Pilla berblog since 2004 kalau tak silap.. Lebih 11 tahun Kak Pilla disini.. Macam-macam dugaan dan cabaran dah dilalui dalam dunia alam maya ni.. Ada banyak benda yang bantu Kak Pilla menjadi lebih matang, membuka minda, memandang lebih luas.. Tak semua orang positive kepada kita, ada jugak yang tak suka.. 
Untuk kita berdiri teguh, kita kene ada personaliti yang kuat.. Jangan trying too hard untuk disukai, dikenali dan di'notice' oleh pihak-pihak tertentu.. Bodek-membodek ni paling lah kepantangan Kak Pilla.. sebab sorry to say, orang suka membodek adalah sangat annoying..  Jaga hubungan, buat baik, berbudi bahasa itu dah cukup ;)

 Jadi orang yang ada karakter dan tampil dengan cara sendiri.. Bila bekerja, kita akan terlibat secara langsung dan tak langsung dengan pihak lain.. Ada banyak mata yang memandang cara kita, disiplin kita, professionalisme kita, time management kita semua tu penting untuk berjaya.  Jangan sombong dan mendongak ke langit sangat.. sentiasa fikir, kalau kita rendah ada orang lebih rendah dari kita, kalau kita rasa kita dah tinggi, ada orang yang lebih tinggi dari kita.. 

Ada yang tanya masa sesssion tu.. bagaimana menangani haters? Ada banyak cara, tapi Kak Pilla rasa cara paling berkesan ialah IGNORE THEM.  Tapi kadang kita ni manusia biasa, ada perasaan marah jugak, tapi cubalah kawal.. dan paling berkesan ialah JAUHKAN DIRI dari orang-orang yang negatif.. orang yang suka mengumpat, orang yang suka bercakap pasal orang lain yang ntah betul ntah tidak.. jauhkan diri dari terlibat dengan orang-orang negatif macam ni.. sebab lama-lama kita akan jadi macam tu dan semakin hari kita akan jadi semakin down.. semakin mundur.. 

Jom tengok best dress haritu :)

Comel kan?


Ok itu saja nak cerita hari ni..

Kepada Nuffnang, semoga terus berjaya dan berdiri dengan lebih teguh lagi.. Thank you kepada semua team Nuffnang sebab jaga Kak Pilla dengan baik.. My manager (Adrian), my good friend Melissa, Denise, Pui Yee, Enwei, Jo Yee, Rebecca, Vivien, Xing Yi dan ramai lagi yang Kak Pilla tak sebutkan nama kat sini.. Thank you sebab selalu layan Kak Pilla yang selalu blur-blur.. korang selalu gelakkan Kak Pilla kan? hahahahahhahaha... 

Ok itu je nak cerita, kerja rajin-rajin yeeeee... tata titi tutu.. byeeeee..



Love, 
Filla.

5 comments:

Namee Roslan said...

Sebab tu lah suka baca blog kak pilla ni haa. Statement positive je manjang. Time jawab haters pun ayat positive betul. Hehe teruskan blogging okay kak pilla!! Banyak la blaja dr blog kak pilla ni. Pasal anak.. Relationship with pak radie tu. Ehhehe

izzeyda said...

seronoknya dapat pergi event sebegitu.. tahniah kak pilla kerana dijemput memberi sedikit ucapan di majlis tersebut..

FadMN said...

thanks bagi semangat untuk terus menulis.tehehehehhehe.

FAD

Ash Awan said...

cuba berusaha tapi nuffnang macam pilih yang cantik-cantik je

sgrmse. said...

I loved your sharing session. Sangat berinformasi! And it's always interesting dengar perspektif dan feedback akak. Mmg semua nak tahu mcm mana nak mencapai kejayaan tu tapi hakikatnya, kena kerja keras. Tak boleh malas! Kan kan kan?

;D

Ahahahaha. Banyak cakap je Mel ni. Pdhal, malas jugakkkk.