Showing posts with label Tiger Balm Mosquito Patch. Show all posts
Showing posts with label Tiger Balm Mosquito Patch. Show all posts

Thursday, July 02, 2015

BENDA WAJIB DIBAWA SEMASA BERCUTI.

*scroll down for new entry*

Haritu kan Kak Pilla sekeluarga bercuti kat Langkawi.. Kemain lagi usha hotel sana-sini tengok hotel mana paling best untuk bawak anak-anak bercuti.. Yang penting dekat dengan pantai, suasana menghijau, terasa dekat dengan alam sekitar dan terpaling penting swimming pool yang best hehehehe.

Akhirnya kitorang pilih Meritus Pelangi Beach Resort & Spa.. Rasanya tempat ni paling sesuai sebab menepati ciri-ciri yang Kak Pilla nak ;) tempat makan pon dekat je.. Ish bila bawak anak-anak bercuti ni banyak benda perlu diambil kira.. Kalau pergi berdua je laki bini kita redah je.. boleh sewa motor, nak makan kita rempit je.. hehehehe

 buggy bawak ke bilik kiter..

 depan bilik ada playground!!!! Wahhh sukanya budak-budak nie.. pandai mama pilih hotel hehehehe..

 banyak jugak jalan yang kiri-kanan menghijau macam ni.. tarik nafas dalam-dalam sambil sedut udara segar yang tiada pencemaran.. happy :)

 malam-malam jalan tepi pantai dan join BBQ dinner kat hotel.. 

Kak Pilla dan family memang enjoy sangat bila tengok anak-anak happy.. Tapi percutian kalau bawak anak-anak paling pening sekali.. Kene pack barang-barang anak dulu sebelum fikir diri sendiri.. shampoo, sabun, ubat gigi for kids, ubat demam, diapers, panties kene cukup, sunblock for kids.. hahaha.. Kak Pilla memang over sikit.. kalau untuk kids, memang kene beli kids.. mana boleh pakai orang dewasa punya!  sikat rambut, getah rambut, berus gigi.. hoi pening kepala semua kene buat list takut tertinggal... rasa nak angkut lemari terus hahahahah..

Paling penting sekali dua benda ni je :)

 Memang Kak Pilla dari dulu lagi percaya brand Tiger Balm ni.. Sentiasa ada kat rumah sebab petang-petang especially lepas hujan kalau diorang nak main-main kat luar rumah memang Kak Pilla akan tepek mosquito patch ni.. Pastu spray sekali dengan mosquito repellent spray.  Baru confident nak bagi anak-anak lepak kat luar.. 

Bercuti apatah lagi.. memang WAJIB bawak dua-dua nie.. lagi-lagi Kak Pilla dah tau tempat-tempat percutian macam ni memanglah cantik menghijau, tapi confirm ada nyamuk.. Eh takut, nanti kene gigit tak pasal-pasal demam denggi..

Baru-baru ni neighbour sebelah ni anak dia warded sebab denggi.. esoknya datang orang buat fogging.. lagi lah Kak Pilla takut, langsung tak bagi anak-anak keluar rumah.. muka monyok je semua tak dapat keluar.. being a mother ni kita jadi sangat protective semua benda nak risau.. ke aku je macam tu??? hahah saiko sangat kata Pak Radie..

 Aleesya dari baby lagi aku selalu pakaikan mosquito patch Tiger Balm ni.. dia dah tau sangat dah benda ni.. senang je nak pakai.. dalam satu kotak tu ada 10 patch dan setiap 1 patch tu dipack dalam individually packed sachet.. sangat mudah.. boleh letak dalam handbag, bila perlu kita tepek je kat belakang baju macam ni.. kalau korang nak tau, mosquito patch ni selamat untuk bayi jugak kerana kandungannya ialah Natural Citronella Oil dan natural.. ianya DEET-free content dan Non-Toxic.

Spray ni pon best jugak.. selalunya Kak Pilla akan spray kat bahagian seluar budak-budak ni.. 

Pernah dengar kan 'prevention is better than cure' jadi sebagai ibu yang sentiasa memastikan keselamatan anak-anak kita.. lebih eloklah kita bersedia setiap masa.. tak susah pun.. kalau bukan kita yang melindungi anak-anak kita dari bahaya, siapa lagi?  

So kepada bakal-bakal ibu dan semua parents kat luar sana, korang pon perlukan benda ni.. tak semestinya nak guna masa pegi bercuti je.. Kak Pilla sentiasa restock kat rumah jugak.. korang boleh beli Tiger Balm Mosquito Patch and Mosquito Repellent Spray ni kat Guardian, any pharmacies pon ada rasanya.. 

sama-sama kita jaga family kita supaya terhindar dari demam denggi ok?

Take care :)




Love, 
Filla.

Wednesday, May 28, 2014

PASTIKAN KELUARGA KITA SELAMAT.

Aku takde pengalaman diserang demam denggi.. Tapi orang sekeliling aku ramai yang pernah diserang demam denggi.. Pak Radie sendiri pernah terlantar kat Hospital Klang sebab denggi masa dia bujang dulu.. Kakak Ipar dan Abang Ipar aku pun pernah kena.. masuk hospital katil sebelah-sebelah.. 

Denggi ni tak boleh buat main-main.. masa second time Kakak Ipar aku warded sebab denggi memang teruk sangat.. sampai masuk NICU.. risaunya kitorang masa tu.. berat badan turun mendadak sebab tak lalu nak makan.. badan jadi lemah.... demam berterusan.. plate darah turun mendadak.. Nyamuk aedes ni walaupun kecil, tapi boleh membunuh!!

Aku cukup particular pasal nyamuk-nyamuk ni semua.. Masa masuk teambuilding dulu.. aku dah siapkan diri supaya nyamuk tak boleh gigit aku langsung.. Tips untuk mengelakkan dari digigit nyamuk ialah pakai kasut, socks, seluar panjang dan baju lengan panjang.  Guna Mosquito Repellent atau Penghalau Nyamuk, biasanya ada dua jenis, patch atau spray.. masa team building aku guna dua-dua jenis.. sebab aku tak suka kene gigit nyamuk.. hehehe... tidur malam boleh gunakan kelambu..

Euuwww tengok dia pun aku dah geli.. Tahukah korang nyamuk Aedes biasanya menyerang pada waktu matahari terbit dan matahari tenggelam (senja).. dan tahu tak hanya nyamuk Aedes betina yang akan menghisap darah? 


So berhati-hati.. tempat paling dia suka ialah dalam rumah kita.. korang jangan ingat duduk apartment tinggi-tinggi korang boleh selamat.. nyamuk Aedes boleh berada di kawasan setinggi 20 tingkat bangunan.. nyamuk Aedes juga adalah colour concious ye.. dia suka warna hitam dan warna-warna gelap.. so elakkan pakai pakaian hitam.. 

Oh mungkin korang tak tau, nyamuk Aedes suka bau peluh!!!! dia sangat sensitif dengan bau peluh.. kalau nak cerita pasal cara-cara mengelakkan nyamuk denggi ni memang semua orang dah tau.. takpe aku repeat lagi.. 


-pastikan tiada air bertakung
-tangkup semua baldi yang tidak digunakan
-pastikan toilet bowl sentiasa ditutup jika tidak digunakan
-pastikan floor trap di bilik air sentiasa dibersihkan dan tiada air bertakung
-buang air yang bertakung di alas-alas pasu bunga
-selalu gantikan air di dalam pasu bunga hiasan di dalam rumah
-bersihkan kawasan longkang dengan kerap

yang kat luar rumah tu.. pandai-pandailah korang bersihkan ye.. yang pasti nyamuk aedes memang suka tempat bertakung untuk dia membiak.. pastikan jangan bagi peluang untuk dia membiak dan menyerang keluarga kita.. 

Tapi ada satu lagi tips paling mudah dan berkesan.. Aku dah lama guna Mosquito Patch especially kalau aku pergi tempat-tempat yang aku tak biasa pergi.. Kalau aku ni particular bab-bab mengelakkan nyamuk ni.. Pak Radie lagi double triple particular dari aku.. kalau gi vacation ke.. atau ada outdoor activity dengan anak-anak mesti dia tanya aku bawak ke tak.. heheh aku kan pelupa.. 

Patch ni kitorang akan tepek kat bahagian belakang baju anak-anak.. untuk bayi dan kanak-kanak 1 patch dah cukup.. untuk orang dewasa, boleh gunakan 2 patch, satu tampal bahagian atas badan, 1 lagi bahagian bawah badan.. try lah.. memang nyamuk tak berani nak dekat.. 


Mesti korang tak tau yang Tiger Balm ada mengeluarkan Mosquito Repellent Patch.. dulu aku selalu tertanya-tanya.. selamat ke untuk kulit bayi? Jangan risau Tiger Balm Mosquito Repellent Patch selamat untuk bayi dan kanak-kanak kerana kandungan yang digunakan adalah Natural Citronella Oil.. semuanya natural.. DEET-free content and Non-Toxic. Ada 10 patch dalam satu pack.. nak guna senang je.. cuma kopek film dari patch dan tepek kat pakaian.. Kalau untuk anak-anak aku, aku akan tepek kat bahagian belakang badan.. ianya long lasting ye :)

Aku suka sebab sangat convenient kepada parents.. campak je dalam bag.. rasa nak guna, tepek je pada pakaian.. korang pun tau aku punya cerewet macamana kan.. so apa je benda yang menyenangkan kerja aku untuk protect anak-anak aku, aku memang akan beli.. sebelum beli aku akan check jugak brand apa..   Aku beli kat Guardian, rasanya kat semua pharmacy ada jual kot.. now ada discount plak tu.. laju-laju beli.. 

benda wajib bagi aku as a parent, tak kira kat rumah atau kat luar rumah.. 

Ada 10 patch macam ni..

Now musim hujan waktu petang.. even dah spray ngan spray nyamuk pon aku tak confident.. nanti ada je sekor dua yang berkeliaran.. biasanya waktu petang dan hujan aku mesti tepek kalau anak tengah tidur.. kecik je tapi bau dia kuat.. walaupun aku kurang gemar bau dia sebab ala-ala bau serai pon ada.. tapi tak kisahlah janji dia tak gigit anak-anak aku ;)

Kalau kat luar rumah lagi lah confirm ada nyamuk.. masa ni hujan renyai-renyai.. sebelum keluar lepak depan rumah macam ni memang tepek kat Aleesya.. baru hati rasa lega sebab confirm nyamuk takut nak dekat.. 

Masa beli jenis patch ni, ada jugak jual Tiger Balm Mosquito Spray tapi aku belum try lagi yang tu.. nanti nak try jugak yang jenis spray pon ok kan.. Normal Price masa aku beli tu RM15.90 tapi ada discount kat Guardian tadi so harga jadi RM14.31.  Tu je Kak Pilla nak share ngan readers Kak Pilla hari ni..  Harap mendapat manfaat kepada semua ;) 


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"


Love, 
Filla.