Thursday, August 01, 2019

WAINSCOATING, HOME DECO, KITCHEN CABINET, TEMPAHAN PERABOT, INTERIOR DESIGN

Siapa yang dah lama follow Kak Pilla mesti tau yang husband Kak Pilla ada buat kerja-kerja renovation, ID, kitchen cabinet, wardrobe, katil, wainscoating dan semua yang berkaitan dengan rumah lah..

Ni je gambar yang ada kat Kak Pilla tapi ada banyak lagi yang Pak Radie dah buat sebenarnya.  Tu nanti Kak Pilla update kat entry lain ok?

Ramai yang tanya macam-macam kalau nak buat ni berapa kos nye? Nak buat tu berapa?  Benda-benda macam ni tak leh terus nak bagi cost sebab kena tengok nak guna material apa? size nak buat tu berapa? so apa-apa hal korang kena whatsapp, set up jumpa dulu baru boleh bincang.  Gitchuuuu..

 
Nak buat meja makan? No problem!! Ni satu contoh lah.. Ada banyak lagi jenis-jenis lain.. Boleh buat sekali dengan kerusi.. Or ada yang suka letak 3 single chair sini, belah sana buat konsep bench.. Pon bolehhhh.. cakap je nak apa, bisa diatur ;)

Nak buat katil? Eh bolehhhh... Nak guna kayu pallete? Boleh jerrrr... build-in wardrobe (jenis slide / jenis daun pintu) pon boleh... Macam rumah Kak Pilla kat belah atas.. Kak Pilla buat build in besar gila.. muahahhaa.. best gila sebab rumah kita kecik jer.. so Kak Pilla sangat perlukan wardrobe besar nak letak segala luggage bag, bantal, segala set cadar, baju, mainan budak-budak ni, handbag dan segala mak nenek lagi boleh sumbat dalam tu.. Memang puas hati.. Nanti Kak Pilla amik gambar..

 Nak deco bilik? Siap wainscoating? Bolehhhh.. Boleh je jenis korang bagi budget untuk satu bilik dan Pak Radie yang settlekan segala apa nak deco dengan barang-barang sekali.. Lampu, rak bla-bla semua dia boleh buatkan.. Korang bukak pintu bilik dan cakap "Wowwww" jerrrr... hehehe..

Besar budget, gempak ler dia buat.. ciput budget, biasher-biasher jer lah dapat kahkah.. Yelah kan? Ko bagi budget ciput ko nak bilik mewah? Kimmm salammm dik hhahahha,, sorry eksyen pulak.  Tapi betullah kan? 


Pak Radie boleh designkan wainscoating macamana yang korang nak dan dia boleh suggest if korang nak cat colour lain selain putih pon boleh.. 

 Nak dapur simple-simple je sebab budget kecik? Boleh jerrr.. 

Kalau nak kitchen cabinet yang bukan pakai pallet pon boleh buat juga.. Tu aku cakap, korang bagitau je nak apa... Dia akan ikut.

 Suka konsep meja dan kerusi Pallet? Boleh buat yang macam ni..


 Nak buat satu sudut kecik lepak-lepak sambil kopi-kopi makan cekodok petang-petang? Eh bolehhh..

 Ni meja makan kat dapur belah luar untuk Rumah Atok and Wan.. Kak Pilla kalau gi sana memang ni lah tempat kitorang melepak.. Best sebab keluar je pintu dapur terus letak makanan kat sini.. Ni gambar belum siap lagi.. 

 Ni haku pun tak tau rumah orang ke apa hahahah.. Aku type macam aku pulak yang buat hahaha.. Tapi kalau korang biasa join exhibition dan memerlukan meja yang ala-ala peti tong kayu pon dia boleh buat.. so 2 in 1.. boleh jadi meja dan dalam tu boleh jadi tempat letak barang.

Kiosk pon dia boleh buat.. Butik, Cafe dan apa sahaja semua boleh.. Dia boleh design and buat sekali.. Depends apa yang korang nak ;)


 Kitchen cabinet simple-simple jimat cost.

Ok sekian.. Muahahhaa sebab ni je gambar yang aku ada..

Nanti kalau ada gambar lain Kak Pilla update lagi.. 

Oh ye, Pak Radie cuma boleh buat kat kawasan KL and Selangor sahaja ye.. Kalau negeri lain susah pulak.. Nak berulang alik tu cost.. nak kene cari hotel pulak kannn.. cost gak tu.. Tapi kalau nak Design ID sahaja, itu boleh.

Kalau korang berkenan sila whatsapp dia.

Pak Radie 
011-11394102 (Whatsapp Only)

Jangan call yer.. Memang dia takkan angkat kalau no dia tak kenal.   Lepas whatsapp, dah berkenalan, baru boleh call.. Muahahhahaha.. 

Sekian :)


Love, 
Filla.

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Aisehhh.. Jauh la plak

@ju said...

Alamak...kenapa lambat tau nihhh....dah buat dah suma KC bagai....kalau nak buat benda kecik2 macam bench ke rak kasut kecik ke....sudi ke?