Thursday, July 25, 2019

TEAM BUILDING 2019

Aku ni memang jenis kurang suka pergi kursus.. Lagi-lagi kursus yang kena duduk dalam kelas sebab confirm akan terlelap hehe.. Tapi paling jarang aku miss ialah kursus Team Building sebab aktiviti semua outdoor.. Last aku pergi pon dah berapa tahun lepas ntah.. So kali ni aku pergilah sebab dekat je pun kat Kalumpang.

Plan asal bas disediakan.. Tapi last minute dapat info bas yang nak bawak peserta tu engine tak leh start... Ok terus ke plan B.. Tong-tong naik kereta member.  Bagus jugak boleh keluar carik durian ngeh ngeh

Kitorang sebilik 5 orang ni.  Memacam ragam hahah

Kalumpang Resort and Training Centre ni konsepnya macam ni.. Ada duduk bilik berdua.. Ada yang berlima (ada loteng).. ada yang rumah tepi sungai stok bukak pintu terus terjun ke sungai hahaha.. tapi ramai DM cakap banyak katak.. hahaha pitam yer.

Kitorang perserta pertama yang sampai.. sorang ahli bilik kitorang ialah urusetia.. Lagi sempoi kahkah.. Urusetia pulak hari pertama dah kecederaan tumit sebab balik dari makan.. lalu kat pangkin area resort ni tetiba kelepuk ada benda jatuh dari atas.. elok je park kat pangkin tu.. Aku siap besarkan bijik mata "Apa tu?"  Rupanya KATAK.. ingat kan daun kering.. Melompat 3 orang ke depan, 2 orang kebelakang.. Urusetia tumit dia terlanggar batu.. Berdarah pulerrrr.. Sian nak pakai kasut pun hazab..

Ni bilik kitorang.. Jangan expect bilik gempak-gempak yer.. 

See? Macam nilah keadaan bilik dia.. Depan kaki katil tu ada tangga menjunam gila untuk naik ke atas.. Atas tu ada 3 tilam.. So aku tido bawah dengan urusetia.. Yang tido bawah ni kecik je orang dia tapi katil besar and tengah malam pergh sejuk gila.. Boleh pulak kitorang bukak aircond.. Bila orang atas turun pukul 3 pagi dia tengok kitorang tido dah melekat kahkah.. belakang bertemu belakang rapattttt macam belangkas hahaha.. padahal kesejukan.. Selimut pun legend gila hahaha.. kat atas lagi kelakar.. ada bantal sorang satu and tilam je.. selimut takde muahahha.. Aku cakap kat dorang.. nak tido korang pakai telekung je.. Kalau turun dengan telekung kul 3 pagi, orang bawah dikhuatiri akan sawan terkejut.

Dah letak barang kat bilik kitorang keluar naik kereta nak carik durian pulak.. Dahlah ada sorang Apek naik motor bawah durian dalam bakul.. Budak-budak ni cakap "Kita ikut Apek ni, mesti dia ada kedai tepi jalan jual durian".. Aku pon ngok setuju jer.. sekali terlepas apek tu dah tak kelihatan..

Keluar kat jalan besar nampak Apek tu.. Lelaju aku bukak tingkap "Uncleeeee, uncle jual durian ke?"   Uncle tengok aku and jawab "Tak juaiiiiiiii"

Ok fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. eksyen Uncle.

Takpe kedai tepi jalan banyak jer.. mari singgah.

Kitorang berlima tu, Urusetia je tak makan durian.. Nasib ko lah Iera hahahaha... Terpaksa dia hadap je kitorang.. Lagi 4 orang memang hantu durian.  Murah giler makan durian kat Kalumpang ni.. Berbiji-biji kitorang bedal total dalam RM50 jer heheheh

Balik tu makan dulu kat tempat makan resort ni..
Sis suka sangat sebab lauk dia simple-simple je tiap hari.. Tapi sooo sedap and rasa macam lauk orang kampung (mak-mak) masak.. 

Malam ada aktiviti hiking.  Takde satu gambar pun sepanjang 1 jam 1/2 masuk hutan and panjat bukit.. Dalam gelap yer... Perghhh menggigil lutut masa turun curam dalam gelap.. Paham tak? Turun bukit ko tetiba jadi laju.. Tapi berlopak-lopak dan jalan gelap harapkan lampu handphone orang sebelah.. Dengan ko nak menahan supaya tak terlaju sangat.. Kawan aku tetiba potong kat sebelah laju macam kuda dia turun.. Dia cakap tak leh berhenti.. nasib tak tersungkur sbb berlopak.. Ada yang muntah, ada yang patah balik pon ado..

Sampai je diorang buat unggun api besar gila.. 

Gambar sis bersama kawan yang turun bukit tanpa brake tu.. macam kuda hahahha

Masa ni aku rasa dah macam orang minyak.. Dengan letih, melekit, berlengas, berminyak.. Fuhhhh mandi kene tenyeh lebih skit ni hehhehe..

 Pagi esoknya ada senam robik.. Huh ni aku menyampah sikit hahaha tapi kena buat gak..

 Lepas tu ada game masukkan bola dalam tube tu.. dari hujung sini ke hujung sana/. Team aku ada lelaki gak.. Menipu sikit lah orang kata bohong sunat hahahahha.. sebab asyik gagal je sebab bola terkeluar dari tube tu.. Last-last kepit bola bawak lari sekali dengan tube ke depan.. 

 Bersama Team

Eh joget ke tu.. 

 Main ni best.. Sambil jalan setiap orang kena bawak 1 gelas air.. 

Ni pulak kena sambungkan semua batang2 tu ke atas.. 

Ye macam tu.. Ada disediakan tali dan ko kena balancekan supaya tiang tegak dan tak tumbang.. Pun jenuh betul benda ni.. Nampak je senang tapi asik jatuh je..

 Gila murah kan??? Ni jual kat dalam resort je.. besar pun RM10...  

Oh dalam resort ada banyak pokok rambutan, durian, manggis.. dan kita dibenarkan makan buah-buah tu semua.. Relax je dpn bilik pokok manggis.. nanti kawan aku kutip manggis pastu kitorang makan berjemaah.. Durian pon orang sebelah dapat sebijik..

 Ni sungai kat Resort.

 Sedap gila asam pedas dia..

Lepas lunch ada aktiviti kat sungai.. So mari..  



 Setiap orang kena bawak pelampung tu sampai kat atas sana tu.. pastu duduk and belayarlah ko ke bawah untuk pass kepada ahli pasukan.. Seram sebab aku terbalik dekat batu-batu besar yang air deras tu.. Rasa lemas berapa saat.. kepala terhantuk kiri kanan.. Kalau takde helmet dah pecah kepala aku ni hahahahhahaha.. Dah lah terbalik rasa lemas.. pelampung tu kat atas ko acaner nak timbul.. panik sis sekejap hahaha.. tertelan-telan air masuk kat hidung.. 



 Ok dah settle aktiviti kat sungai.. Ada aktiviti 4x4 puler..

 Kat depan ni je baru sis dapat line sikit.. Huh kat Resort ni cuma line Celcom je dapat rasanya..  


Ni duduk dalam ni kejap jer..

Ini baru kenderaan yang sebenar.. Dia bawak turun kat lurah and tepi-tepi semak and hutan tu.. Kitorang kat belakang ni dah macam orang utan bersenggayut kat tiang atas tu.. member aku sampai terduduk bawah lantai tu kah kah.. Penderaan betul.  Tapi memang adventerous and fun betul.. kepala ko dengan orang sebelah memang asyik terhantuk je.. 

Settle aktiviti ni kitorang boleh balik bilik.. Takde buat apa sampai pukul 8:30 malam ada BBQ dinner.. Boleh  pulak budak-budak ni ajak mandi sungai.. Ok jomlah mandi sungai.. 

Balik tu dorang mandi dan tidur.. Oiii aku memang bukan jenis tidur petang.. So aku lepak makan manggis dengan Chacha.. pastu sambung borak lagi.. Pukul 7:30 memasing menggelupur kelaparan.. Oii lambat lagi dinner.... Rasa macam nak makan orang je.. huwaaaa

Sis lapar.. Hambik kau penuh pinggan.  Budak-budak tu semua tak leh terima aku memang jenis makan banyak.. Sebab kat opis bila breakfast sopan je dengan roti wholemeal 2 keping kan.. Baru ko tau haku jenis makan pinggan membukit muahahahha.. 

Dahlah Team Building ni ada surprise.. Malam dinner tu ada karaoke dan pesta durian berbakul-bakul.. Muahahahah gila babis ktorang melantak durian.. kawan aku Lolin tu gila durian pun dah tak sanggup.. dia tengok kitorang masih teruskan makan durian dia hampir termuntah hahahahaha

Esoknya last aktiviti.. Aktiviti ni susah sebab kena berlayar dengan pelampung secara individu.. pastu berkumpul dengan ahli kumpulan.. sepanjang aktiviti ni tak boleh langsung turun dari pelampung.. pastu kena cantum 9 pelampung tu jadi 4 segi.. dan kena ikat buluh tu jadikan rakit.. sepanjang aktiviti setiap kumpulan dibekalkan dengan seekor ayam hidup.. Pepandailah kau nak jaga ayam tu.. 

 Buat rakit tanpa turun dari pelampung.. Masa akak pegang ayam tu sampai teberak-berak ayam tu.. muahahahha.. 


  Pastu kena sembelih ayam and masak atas rakit.. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan masakan dan 1 pisau kecik.. Aku pulak ditugaskan siang ayam.

Depan aku tu tolong aku cabut bulu ayam hahaha.. Siaplah sup ayam kitorang.. Kumpulan kitorang menang sup tersedap kot hahahhah... Ada akak dalam team ni memang terkenal terror masak.. Caiyok lahhhh lunch makan sup ayam... Settle lunch, balik bilik and mandi and pack barang untuk check out.

Sekian saja pengalaman Team Building 2019 kali ini.. Panjang umur bertemu lagi di Team Building tahun depan.. 

Love, 
Filla.

Friday, July 19, 2019

FIRST TIME BUAT BEKAM

Well.. cerita bab bekam ni kan.. dah berapa tahun Pak Radie suruh aku gi buat.. Tapi memandangkan bini dia ni memang penakut lagi-lagi bab kena jarum pastu darah keluar huwaaaa scary tu..

Akhirnya beranikan diri jugak bila Kak Tini and Kak Nana ajak.. Diorang ajak masa gi raya rumah Kak Nana lagi.. Kitorang bertiga memang jenis penakut jugak hahaha.. Memasing Nov Babies memang takut jarum and darah ke apa?

Pak Radie teperanjat tu bila aku setuju nak buat.. tu pun Kak Tini whatsapp dia.. 

"Di, Filla setuju nak buat bekam, sila bagi duit sebab bukan senang dia setuju nak buat"

Kahkahkah.. bagus betul ada on behalf ni hahah..

So memang plan amik day off hari khamis.. Aku tumpang Kak Nana sebab rumah dekat-dekat jer.. Kitorang buat kat Arrayyan Seksyen 9 Shah Alam.  

Kalau nak buat bekam ni, adalah sikit dos and donts.. Contohnya, jangan terlalu lapar, jangan terlalu kenyang.. Tidak digalakkan untuk orang yang tengah period untuk buat bekam darah sebab dikhuatiri pitam dan sebagainya.. Tapi kalau ko rasa nak buat jugak silakan. heheheh..




Ni yang sempat aku snap package yang ada.  Kak Pilla buat Bekam Migrain ada 7 cup.. 3 kat kepala, 2 kat tengkuk and 2 kat bahu.. Tapi aku tambah lagi 2 cup kat tulang belikat sebab selalu angin or sakit kat situ.  Tambah RM9/cup.

Pergh muka serious sangat tu.. Ada form nak kena isi.. Pergh lagilah seram hahaha.. Macam nak operation pulak.. Nampak plak staff dia dah siap pakai glove and baju putih doktor tu.. Uiii seram sis...

Form tu ada banyak soalan kesihatan.. aku tanya orang kencing manis boleh buat ke? Dia cakap boleh, tapi kene tengok tahap kencing manis tu jenis teruk yang kalau luka susah nak baik tu memang tak boleh buat.  Kalau kencing manis tahap biasher-biasher boleh lah buat..

Muka tenang tapi dada berdebar-debar

Sekali keluar result hamekk.. Panik and stress lebih ni.. Bawah 100 tu tinggi sebab normal 80 je patutnya.. So buat lagi sekali dapat bacaan bawah 93.  Hentam jelah sis.. 

Tak dapat nak share gambar bekam tu.. Tapi Kak Pilla minta staff tu amikkan gambar.. Hmm agak scary hahahahhaha..

Aku buat bekam kepala tu dia buat 3 spot.  Tak boleh buat serentak rupanya kat kepala tu.. Kena buat 1 cup sampai settle baru boleh buat another cup.  First dia akan buat bekam angin dulu.. Then dia bukak, sapu ubat dan cucuk-cucuk untuk bagi ruang keluarkan darah tu.. Aku takut tu sebenarnya hahahahah.. Tapi rupanya tak sakit hahahha.. mengada je lebih.. Aku tak tengok langsung alat dia sebab takut.. 

Kita kena tiarap dan ada lubang untuk muka tengok bawah tu.. Dia guna macam pen tu pastu "tek tek tek tek" dia tekan kat kawasan nak pasang cup tu.. Pastu pasang cup and suck benda tu.. Dengar lah macam bunyi air mendidih hahahahaha.. Darah tengah keluar masa tu.. Settle dia akan bukak lap dan "tek tek tek tek" lagi sekali.. baru pasang cup kali kedua.  Gitulah proses untuk 1 cup di kepala.. Sampailah settle buat 3 cup.. sambil tu dia buat sekali yang kat belakang badan pon sama, 2 kali step dia.. means dua kali tebuk hahahha..

Yang tak pernah buat tu jangan takut.. Sebab haku yang penakut ni yang bagitau tak sakit langsung buat tu hehehehe.. Bekam ni sunnah nabi.. eloklah sesekali buat.. kekerapan dia ialah 3 bulan sekali untuk bekam body.. Tapi mirgain (bekam kepala) boleh buat sekali setiap bulan.

Bila dah siap dia pesan jangan mandi selama 3 jam selepas buat bekam.. elakkan minum ais (tapi ktorang bedal jugak) hehehe.. elak makan nasi lepas bekam.. pon kitorang buat jugak muahaha.. susah dapat orang degil ni.. Pegi dubuyo nak order tetiba Kak Tini "I don't care, i want rice" Eh tanjat kita hahahhahahahaha.. 

Kepala Kak Pilla ada benjol atas tu sebenarnya hahaha.. Mampos kena gelak hahaha.. Benjolan tu akan surut sendiri nanti.. dia cakap kalau tak surut boleh tuam dengan ice tapi jangan direct.. letak kat kain and tuam.

Selepas bekam orang tu kata, akan gatal-gatal sikit kat kawasan bekam.. Kak Pilla pulak malam tu sakit pulak tengkuk and kawasan bekam kat bawah kepala kiri dan kanan tu.. Bukan sakit apa.. tapi benda tu kan macam bengkak and lebam.. So nak letak kepala kat bantal tu sakit sikit.. Pak Radie cakap memanglah macam tu sebab baru je buat.. hehehe i can mengada sikit heheh..

Tapi yang surprise nya Kak Pilla kan kalau period confirm akan sakit kepala bila hari ke-3 macam tu.. Tapi ni kepala tak sakit.. wowwww amazing sangat nie.. Adoi kantoi plak kan period muahahahha.. 

So Kak Pilla cadangkan sesiapa yang sejenis macam Kak Pilla.. Bila period je sakit kepala.. Jom kita buat bekam.. Jangan lah pegi time period hahha.. pegilah seminggu sebelum period macam tu dan tengok hasil dia ;)

Makan jap kat ICT Mall Shah Alam.. Tekulat-kulat muka Kak Nana kena paksa makan Korea muahahhaa.. Terus rasa bekas bekam tu sakit-sakit.. terus dia buat statement Bekam and Dubuyo is not a right combination.. Salah combination tu.. Ehhhhhhhh suka-suka je hehehehe.. 

Thanks Kak Tini belanjer we alls dubuyo, semoga murah rezeki selalu.. 

 Muka selepas bekam. hehhee Dua orang ni kakak-kakak kita.. Sebab ni gang sekolah Pak Radie.. Kak Nana yang kanan sekali tu lah dulu jahat tu.. Masa Pak Radie bawak aku gi jumpa diorang first time dulu time bukak puasa.. tahun 2003 ke 2002 kot.. Pastu esoknya ai kluar dengan boipren lain kat IKEA terus dia call Radie "Di awek ko dengan boipren lain ni"

Kahkahkah.. Tapi Pak Radie tak marah and tak tanya aku pon sebab siapa suruh kawan dengan kita tapi tak declare kita ni girlfriend dia.. So kita boleh kua dengan orang lain lah kan?   Hahhaa syaiton betul perangai dulu kala ngehngehngeh..

Sekian sahaja cerita bekam.  Siapa rasa bekam menakutkan, tanggapan korang salah.. Sila cuba dulu InshaAllah terbaik untuk kesihatan kita ;)




Love, 
Filla.

Monday, July 15, 2019

CAMERON HIGHLANDS SELEPAS 8 TAHUN

Sabtu baru ni takde ribut takde angin tetiba terpegi Cameron Highlands.  Budak-budak opis ni lahh tetiba je "Jom sabtu Cameron, kita pegi balik hari je"

Disebabkan bukan akak yang kena drive so ahkak setuju jelah.. Lagipun last pegi cameron tahun 2011 hehehe.. Aku memang tak leh tengok sayur-sayuran.. Best gak dapat tengok and beli sayur.

Elok lepas subuh je diorang sampai.. Singgah solat kat umah ai kejap then terus gerak.. Bila dah lalu area Amp Park tu terus bersuara kita breakfast kat Pelita je boleh makan roti goyang.

So ini breakfast sis pagi tu.. Ramai tanya kalau nak order ni kat Pelita nak cakap apa? Korang cakap je nak Roti Special.. Sampailah nanti telo goyang dua biji macam ni.

Lepas makan perjalanan diteruskan.. Kitorang pegi berempat je.  Siapa nak naik Cameron hari Sabtu sila pikir 20x hahhaa. Jam gilos nak naik ke atas tu.. Bayangkan kitorang sampai kat Teh Boh tu pukul 12 tengahari.

Aku ni kalau lapar memang macam nak telan orang je rasa hahaha.. Sampai je kena mendaki dulu untuk sampai ke cafe atas tu.. 

Nasi Lemak Cheese Cake?  Ish aku memang tak leh terima benda pelik-pelik macam ni.. Lagi satu baru-baru ni tengok viral Burger Durian.. Ko apehal burger tu nak letak pulak durian ala-ala cheese cair tu.. Oiiii muntahhhhh!!!!

Dah lah tengah lapar masa ni.. Rasa nak beli semua huhu


Apo gambar ni senget bila upload kat sini...Tapi memang teringin nak makan scones ni. sedapnya panas-panas sapu strawberry jam ngan cream.

Ini pon sedap.. Lapar lah katakan.. Memang kenyang tapi rasa tak puas sebab tak dapat nasik.

Lepas makan kitorang berlegar-legar jap sini.. Sebab kat sini jelah pun kitorang bergambar.. lepas tu takde dah bergambar hahah

Diorang ni semua jenis kaki berjalan jenis budget trip and vacay gitu.  

Berialah sis pakai ala sweater gitu.. Padahal panas oiiiiii... pakai tshirt biasa lagi bagus hahaha.. sebab akak jenis tahan sejuk.. Cameron ni pagi-pagi buta ngan malam je sejuk kot.. 

Akak malas nak pilih gambar.. tepek je semua sini.. so sila muntah.




 

 

 

 
 


 

 

 
 









 

 Kena panjat yer demi nak makan huhu


 Sila gigih.

Dah settle kat Teh Boh tu jom kita meneruskan misi cari sayur pulak.

 Kak Pilla memang suka tengok bunga-bunga macam ni.. Kalau lah kat rumah boleh hidup bunga warna-warni macam ni dah lama kita beli.. 

 Boleh pandang je lahh


 

 Geram betul tengok sayur.. Tapi mengenangkan kat umah tu aku dengan bibik je suka sayur so tanak beli banyak-banyak.. Kat Cameron ni masih lagi jual 7 packs RM10.. Perghhhhh syorga gila... Boleh pilih pack-pack tu campur-campur.. Bayangkan timun jepun tu 1 pack ada 4 batang.  carrot ada 3 batang.. sawi 1 pack, bendi 1 pack.. dan macam-macam lagi.. RM10 jerrrr!!! 

Tempat sayuran ni and keledek manis kitorang beli kat Kea Farm.

 Lunch pon kat Kea Farm gak.. Nasi Goreng Ayam ni rasanya RM9 kot.

Settle kat Kea Farm kitorang terus gerak ke Pasar Malam pulak.. Eh korang tau ke Pasar Malam ni dah tukar tapak.. Dulu kat Brinchang kan? Sekarang kat sini.. hahaha sini tu aku pun tak tau kat mana.. 

Lebih teratur dan banyak parking space kat area shoplots.

Rugi sebab kitorang dah kenyang masa sampai kat sini.. So tengok je segala jagung bakar dan macam-macam lagi.. 

 Strawberry beli kat pasar malam je pon ok jer..


 First time rasa bebola ubi ni.. Sedapppp!!!! Rasanya dia pakai tepung pulut kot.. bila makan ala-ala liat macam makan mochi.. tapi ni dia rangup kat luar.. lembut di dalam..

Strawberry dip choc.  Kak Pilla bukan peminat strawberry sangat.. Eh tapi ni sedap sebab stoberi dia gemok and manis.. kena pulak dengan choc dip macam tu.. nyumsss.. Oh jangan lupa beli ice cream malaya perisa stoberi RM1 je satu.. lupa amik gambar.. tu pun sedap ;)

Kitorang memang plan balik hari je.. Tapi kat pasar malam pon dah pukul 6 dah kot.. So ingat gamble cari memana tempat nak stay.. Pak Radie pon bagi permission.. Tapi sorang lagi member ni husband suh balik jugak kahkah.. Maka selow-selow kitorang balik jugak.. Jalan pergh sempit pastu bengkang bengkok dahlah selisih dengan bas lah.. lori lagi.. laju kemain pulak diorang ni.. Agak terkecut perut sikit.. Nasib drebar kita bawak kereta cermat dan berwaspada :)

Sekian saja kisah Kak Pilla di Cameron Highlands.  Ada umur yang panjang boleh pegi Cameron lagi nak beli sayur hehehe


Love, 
Filla.