Monday, July 08, 2019

RESTORAN ITIK SALAI MASTAR

First time Kak Pilla makan kat tempat ni.. Kawan-kawan opis ajak makan sini sebab diorang tu kaki merayap and terror pasal makanan.. Kebetulan Kak Pilla nak gi kursus, so memang free haritu so marilah kita try.


Dia ada 3 jenis masak lemak.. Daging salai, Itik salai dan Ayam salai.  Tapi of course paling favourite kat sini ialah Itik.

Itik ni dia ada jenis-jenis masakan je baru dia betul-betul sedap.. Kari itik or rendang itik pon sedap huwaaaaa.. 

Jom tengok gambar lauk kita.

 Kat sini dia akan siapkan Nasi putih, timun and ikan masin.  So lepas tu korang nak tambah ulam or lauk lain dipersilakan.  Kak Pilla cuma tambah daun selom dengan sambal belacan sikit.

 Macam gambar kat atas ni Kak Pilla punya.. Hoiiiiii itik dia bagi semangkuk sorang macam tu.. Perghhhh dahlah sedap.. banyak pulak tu isi dia.. Harga dia RM9 sahaja uolls.. Sekali dengan nasi, ulam, ikan masin dan semangkuk Itik Salai..  Kalau daging salai set dengan nasi rasanya dalam RM6 kot.

Rasa dia power aku hirup sampai licin mangkuk tu hahahahah

 Banyak gila kan semangkuk tu? Hmmmmm boleh plan pegi lagi ni.. Kalau nak pergi office hour orang kata memang beratur panjang lah, dahlah panas... hehehe.. Kalau boleh silalah pegi sebelum pukul 12 tengahari.  Siapa teringin boleh pergi yer.



Address:

Medan Selera Adikku
Sungai Ramal Dalam
43000 Bangi
Selangor.




Love, 
Filla.

7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Bertuah.. murah giler. Tahu tak kat JB ni, ada satu restoran jual lauk Daging Salai Masak Lemak Cili Padi jer RM9 - RM11. Tu bukan dia set dalam mangkuk siap-siap macam tu tau, tapi kita senduk sendiri dalam pinggan nasi. So, sekali senduk jer RM9, tak kisahlah walaupun senduk sikit jer dia dah caj RM9, kalau senduk banyak, lagi mahal dia caj.


Itik salai macam tak perasan tapi ayam salai ada, pun cekik darah regenya. Dia salai guna kayu berlian kot, hahaha

Juls Julie80 said...

sedap nih...selalu tapau & bekukan..time mls nak masak, panaskan aje..hehehe

Myalycia said...

ni feveret kami hujung minggu. biasa tak makan situ, tapaw makan kat rumah.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

memang tempat ila nie.. entah berapa kali repeat tah

SlumberLady said...

Selalu juga beli itik mastar ni. Memang tak ada gantilah. Kalau sesekali teringin, dan kebetulan ada di Bangi memang tapau jelah sebungkus. Hehe

~e. said...

akak cakap anjung ke? �� memang harga agak tinggi kan. itik salai ada tapi harga memang rm12 rasanya seketul bahagian. kadang teringin sangat memang pejam mata je la amik sini susah nak cari

Unknown said...

feveret laki den..dlu pegi sini gak sbb lps tu nk tapau kuih keria gula melaka kt tepi tu..hehe..tp skrg ktorg pegi yg kat sg merab...baru bukak..situ klau tghari sejuk sikit compared yg sg ramal nih...beratur tu still la tp lame sgt beraturnye..hihi