Wednesday, December 27, 2017

HOKKAIDO TRIP - DAY 5

Rasa macam lama je Kak Pilla kat Hokkaido haritu kan? Tapi sebenarnya yang betul-betul explore Hokkaido cuma 5 hari sahaja.  Bertukar hotel 5 kali sebab 5 malam tu semua hotel berlainan.

Tak letih ke asyik tukar hotel? Kak Pilla suka je sebab travel solo ni takde hal.. Kalau dengan anak kecik memang leceh sikit kot.. Kalau solo senang je.. Bukan nak punggah kain baju pun dalam bag tu keluarkan apa yang patut je pastu esok pagi pack and check-out.. Lagi best kot sebab boleh rasa duduk sana sini so experience pon akan jadi lebih :)

Hari keempat ialah hari terakhir kami di Sapporo.  Kalau kat Hokkaido ni, Sapporo adalah bandar dia.  Kalau korang ada plan nak bercuti kat Jepun tapi tak sure nak pegi which part of Japan, senang je.. korang suka salji? suka sejuk? suka nak rasa pengalaman musim winter? suka pemandangan yang cantik putih bersih dan macam berada di alam fantasi?  Ok citer banyak tak guna hahahaha.. HOKKAIDO lah tempat dia hehehehee.. 

Hokkaido kepulauan di Jepun yang paling sejuk dibandingkan dengan bahagian Jepun yang lain.. Snow ni pun rupanya ada macam-macam kategori.. ada yang kasar ada yang halus.. So snow paling halus dan cantik adalah di Hokkaido hahahaha.. Sila ke Rusutsu Resort kalau nak rasa pengalaman manis seperti di alam fantasi.

Matiklah baru permulaan entry dah macam rumusan penutup entry hahahaha.. I bagitau awal-awal kang lupa.. almaklumlah usia dan masuk 24 tahun ni cepat lupa.. Ehem.

Ok jom ikuti journey Kak Pilla menjejak Hokkaido di hari terakhir di sini.

Ni hotel yang kitorang stay last night.  ANA Crowne Plaza, Sapporo memang terbaek gilos, rasa macam ongkayo dok sini hahahha.. bilik spacious, toilet gempak, semuanya mewah :)

Ongkayo kena makan camni je, minum pon fresh orange je.. Tak leh makan banyak-banyak, tak style.
Heheheh gurau.

Selesai je breakfast kitorang check out dan menuju ke Hell Valley yang terletak di Noboribetsu Hot Springs.. Ishhh ni lagi satu masalah.. sepanjang haritu sakit otak nak ingat nama Noboribetsu.. Nak sebut je lidah terbelit hahahha.. Pastu dalam hati tertanya gak.. biar betikkkk kenapa nama dia "Hell Valley"  Hell??? 

Nama Jepun untuk Hell Valley ialah "Jigoku-Dani"

Jigokudani (地獄谷) or "Hell Valley" is a spectacular, appropriately named valley just above the town of Noboribetsu Onsen, which displays hot steam vents, sulfurous streams and other volcanic activity. It is a main source of Noboribetsu's hot spring waters.
So macam tulah cito ehhhh... Dari atas tu korang boleh jalan kaki sebab ada walking trails kayu menuju ke Oyunuma iaitu kolam air panas (sulfurous pond) yang suhu dia mencecah 50 degrees celsius.. Kolam dia kecik je dan ada air panas yang mengalir jugak kat situ.. 

Dari tempat Kak Pilla berdiri tu boleh nampak asap berkepul-kepul keluar dan ada bau sulfur yang agak kuat mencucuk hidung.

Walaupun korang nampak berasap panas gitu, cuaca kat sini rasanya -4c sahaja.. 

Kita berjalan kat sini dalam 20-30 minit kot untuk ke kolam kecik air panas.  Perjalanan maybe lambat sikit sebab tak leh nak laju.. Licin gila.. berapa ramai manusia buat pertunjukan jatuh terduduk, hampir jatuh, terslide sana sini.. Kak Pilla je tak hahahahah.. Leh caya ke?


Tahap sejuk kat Hell Valley ni rasanya lebih sejuk dari korang sumbat diri korang dalam petiais muahahahahha... snow turun lebat baju hitam semua jadi putih.. 

Sepanjang jalan tu kena berpegang pada kayu tu kalau tak dikhuatiri jatuh terduduk.

Hell Valley

Air panas semulajadi ni disalurkan di kebanyakan hotel dan traditional Japanase inns yang berhampiran.. So kalau korang check in di hotel berhampiran Hell Valley ni mesti diorang ada sediakan Public or Private Bath air panas dari Hell Valley.

Suasana di jalan masuk ke Hell Valley during winter.

Tak tahan sejuk giler, lelaju lari masuk toilet.. fuhhh lega panas sikit.. Kemain siap selfie, padahal hingus baru lepas meleleh hahahahah

Kat Hell Valley ni ada souvenirs shop jugak.. Kak Pilla beli gifts kat sini.. fridge magnets dia comel-comel.. Dah hari keempat baik beli, kang sia-sia je tak jumpa lagi dah fridge magnet hehehe

Ok dah puas berjalan kat Hell Valley jom kita gi lunch.. Ya Allah hidup aku kat sini jalan makan jalan makan... Itu je hahahah.. makan dah lah best hehehe.. 

Kali ni lunch kat area Noboribetsu (dekat dengan Hell Valley) tadi.. 

Sukaaaaaaaaa!!!! Barulah Jepun hehehe.. Comel kerusi dia kan? Tapi ahkak duduk bersila jelah.. tak reti duduk bersimpuh nanti perot terkepit tak leh sumbat banyak-banyak.. rugilah.

Experience yang tak dapat dijual beli.  Thats why Kak Pilla suka travel sebab boleh tengok budaya orang, boleh cuba makanan dari negara orang lain.  Tengok food presentation kat Jepun memang Kak Pilla kagum.. 

Sekisui-Tei, Noboribetsu.
Rindu makanan kat Japan.  

Tengok kaki ketam tu, Kak Pilla renung je.. Dalam hati acaner aku nak makan ni.. Malas betul nak kopek sebab selalu Pak Radie yang kopekkan.. Nampak ada gunting tapi hmmmmm..

Pastu tengok Jocko makan kemain sedap lagi.. Terus tanya dia "Jocko, camne nak kopek ketam ni? tak reti lah, malassss"

Pastu Jocko tunjuk, ek elehhhhh kacang je.. Sebab ketam tu kulit dia tak keras sangat.. gunting je terus kaut isi ketam tu.. Fuhhh rugilah sapa tak makan ketam hahahahha..

Selesai lunch kitorang dibawa ke tempat Public Bath Hotel Sekisui-Tei ni pulak.
Apa yang menariknya, air yang digunakan untuk mandi air panas kat sini ialah air dari Hell Valley.  So kira panas dia tu panas yang memang natural gitu.  Kat sini public bath untuk Lelaki.

Dia ada sediakan bakul bernombor untuk kita letak pakaian kita.  

Locker berkunci juga disediakan.

Duduk Hokkaido seminggu je Kak Pilla dah terror dah tulisan Jepun semua ni.. Tu dia cakap open from 5:00am sehingga 11:00pm.. Tapi malam minggu bukak 24jam dia kata.. Muahahhahah sila jangan percaya hahaha.. Ada orang leh translate tak apa yang 24:00 tu??

Ni peraturan menggunakan Public Bath.

Kita tak biasa kan mandi beramai-ramai macam ni, tapi kat Jepun mandi beramai-ramai macam ni dah macam tradisi diorang dah..  Mandi ramai-ramai tu satu hal.. Dalam kolam naked yer.. hahahahah tu syarat dia.. Ada sekali kat Hotel Toya Lake tu clients suruh Kak Pilla and Kak Namee pegi Private Bath, tapi untuk dua orang.. Hahahhahaha tergelak-gelak aku dengan Namee.. Memang tak laaaaaa!!! Aku tengok Namee ok lagi kot, takut Namee pitam tengok aku je muahahahhahaha.. 

Ala-ala jakuzi air panas.

Mesti lega duduk dalam air panas ni sambil tengok pemandangan salji kat luar..

Sebelum masuk dalam kolam tu, kena bersihkan diri dulu... Dah bersihkan diri sukahati lah ko nak jalan tebogel ke, or tutup dengan towel memana yang patut kahhkahkahhh i cannotttttt imagine lah.. kelaka plak..

Nak masuk dalam kolam ada cara dia.. tak leh main terjun je, no manners nama nya tu.. Kena masuk secara perlahan-lahan jangan sampai ter splash air kat muka orang yang tengah berendam.. 

Kat sini juga ada disedikan tempat bersauna.

Yang ni ke depan sikit jenis kolam yang 'open-air'  Sejuk gila kotttt tapi sedap ni kalau duduk dalam kolam ni panas jeeeee..

Jangan risau, Lelaki dan Perempuan diasingkan bilik macam ni.. Merah tu Perempuan.

Ni tempat Lelaki tadi.

Client cakap hotel depan ni antara yang termahal kat Noboribetsu.

Ok selingan jap.. nak share.. sesiapa yang pergi tempat sejuk musim winter ni, korang boleh beli benda ni kat Daiso.  Harga tak pasti, tapi murah je kot.. 

Dalam tu ada benda ni.. Kalau korang genggam lelama dia akan jadi panas.. Memang panas betul dan boleh bertahan kot untuk 3 hari macam tu?  Tak sure tapi masa Kak Pilla pakai 2 hari elok je masih panas bila kita ramas / genggam.

Letak dalam poket jacket korang... Sebab kat Hokkaido sejuk dia ialah terlalu sejuk sampai mencecah -5 macam tu.. Kalau terlalu sejuk jari jemari korang boleh kejung keras dan kebas.. hehehe.. Tapi make sure jangan letak dalam poket bersama dengan handphone takut handphone rosak.. Jangan tanya kenapa, dah orang cakap mcm tu Kak Pilla ikut je ;)

Ok lepas sesi lawatan kat Public Bath tu kita nak tengok Bear pulak... Ok yang ni Kak Pilla excited hahahahaha... 

Noboribetsu Bear Park
Yeszaaaa muka berkobar-kobar tu..

Fuh hebat sangat ni.. posing pegang kuku beruang plak tu...

Ini bukan main-main ya.. Ini beruang betul... Tapi kesian dia kena awet.. Umur dia tak panjang lah kot sampai 12 tahun je umur dia.. 

Tengok tu umur dia 12 tahun, berat dia 380kg. Bawah dari berat tu apo? Mato den rabun tak nampak.

Admission Fees

Adult : 2,592 yen
Child 4-12 yo : 1,296 yen
Group Adult (over 20 people) : 2,108 yen
Group Adult (over 50 people) : 1,975 yen
Group Adult (over 100 people) : 1,851yen

All entrance fee includes ropeway ticket

Nak murah sikit, pegi satu rombongan Cik Kiah tau heheheheh..

Ok lah, family Bear ni dah lambai-lambai Kak Pilla ni heheheh.. Nombor kat badan diorang tu ialah umur masing-masing.. Comey angat ni.. Nak bela yang umur 2 tahun tu boleh??

Nak naik ke atas tengok Bear tu kita kena naik ropeway dulu.

Time pergi ni 18 December 2017 temp ialah -4c.

Ropeway ni macam Genting je.. hahahha.. cuma pemandangan tu jelah lain sikit..

Jom kita naik atas tu..  Kat bawah tu ramai bear menanti kedatangan Kak Pilla ;)

Katanya kat sini dia panggil "Human Cage" hahahahaha.. Kita yang duduk dalam cage diorang bebas kat luar :)

Korang tak geram macam ni??? Eishhhh gerammm rasa nak pulas-pulas telinga bear ni.. Pastu nak gomol-gomol nak peluk leher dia yang gemok gebu bulu tebal tu.. 

Tetiba dia macam nak kiss pulak hhhahahaha.. Sebenarnya dia tunggu Kak Pilla bagi dia biskut tu.. Zalim tul pompuan ni, orang tu dah lapau ko main-mainkan plak perasaan dia hehehe

Siap sedia.... Ni biskut untuk bear.. Aduh kecik je punnn.. celah gigi beruang je ni.. Sian tauuu menunggu je memasing kita baling biskut dorang dah nganga kat bawah sana..

Untuk pengetahuan you all, brown bear ni adalah species haiwan terbesar di Hokkaido.dan disembah oleh kaum Ainu.. Ingat tak perkampungan Ainu Village? heheheh.. Diorang ni mengaggap bear ni sebagai tuhan mereka.  Ada lebih kurang 2,000 brown bears di Hokkaido.

Noboribetsu Bear Park ni terletak di puncak "Bear Mountain" yang terletak jauh di dalam hutan Lake Kuttara.  Bermula dari 8 ekor bear, sekarang dah mencecah ratusan bear :)

Comel kannnnn..

Eh duduk pulak dia... Adoiiiii rasa nak sepak-sepak je comel nau nau nauuu..

  jelir lidah pulak dia..

Ni cara nak bagi bear makan biskut dia dari tempat kaca tu.. Letak dalam tu and tolak je biskut tu keluar ke arah bear tu.. Jangan lambat ye.. nanti bear tu marah dia ketuk cermin tu hahahha

Alaaa shiannnnnn meleleh-leleh ailio tunggu biskut..

Biskut bear tu ada jual kat sini.. Harga sebungkus 200yen.

Jom kita tengok kumpulan bear betina pulak :)

Female bears ni size badan dia agak kecik sikit dari yang jantan tadi..

Eh yang kiri tu kenapa? siap genggam kaki pulak, sejuk eh? hhahahaha.. sakit hati kitew tengok awak.. yang awak kat belakang tu berdiri pulak dah kenapa.. gerammmm!!!

Dah puas melawat bear, marilah kita kembali semula ke Sekisui-Tei
Depan pintu masuk hotel ;)

Kenapa kita patah balik ke hotel yang kita lunch tadi?  Sebab kita dapat mandi kat private bath.. Kali ni special sebab dapat sorang satu bilik vip gittew.. Kelas kau Pilla.

Fuhhhhh masuk dalam kunci pintu.

Boleh berendam seorang diri dalam air panas dari Hell Valley..

Siap lengkap body shower semua ;)

Apakah ini semua??? Berendam dalam kolam air panas dari Hell Valley sambil melihat salji berguguran dari tingkap melitupi ranting-ranting pokok yang daunnya telah luruh.. kahkah berpujangga kau yer.. 

Setelah selesai marilah kita keluar.. Kau mandi ke tak ni Pilla? Hanya aku yang tahu hahahaha..

Destinasi terakhir kami ialah shopping di Rera Outlet Mall, Chitose.
Dulu masa pegi Osaka pun ada Prayer Room disediakan di Rinku Premium Outlet.  Japan sekarang best kalau kita pegi holiday sebab sangat Muslim Friendly.. Solat dah takde masalah kalau kat Japan.

Luas pulak tu.. Prayer room ni terletak sebelum pintu masuk Rera Outlet Mall ni.. 

Tu diaaaaaaa... Salji menggunung-gunung di sana sini.. Ko bayangkan sejuk ke idok..

Sebelum shopping korang masuk dulu kat Tourist Information ni dapatkan coupon discount dulu kat sini.. So bila shopping kat dalam ni dapatlah tolak lagi beberapa percent.

Oh my Gucci pon ado.

Pelbagai jenis jam tangan ada dijual kat sini.

Cookies dan segala macam makanan dari Hokkaido ada dijual disini.. So boleh beli sebelum balik KL... 



Corn ni ada jual pulak kat sini.. Tapi hakak kenyangggggg acaner ni..

Ni perghhhh sedap gilerssssss... gilers pon tak sedap macam ni.. Kalau korang ke Hokkaido kim salam Kak Pilla kat biskut King Crab nie.. I nak beli King Crab fresh tak mampu.. dapat beli biskut dia pun jadiklah hahahaha..

Bawak bag besar sikit kalau datang Hokkaido, banyak snacks yang sedap boleh borong heheheh..

Food Court.

Rasanya makan yang mcm ni takde yang halal.. So makan siap-siap sebelum datang.. Setakat nak beli snacks-snacks seafood dia boleh lah alas perot hehehe..

Next trip Kak Pilla ingat nak beli kasut.. haritu geram tengok kasut tapi bag tak muat hahahhaha.. Murah gilos kasut kat Japan.. dah lah latest design.. Huwaaaa acaner nie.. yellow boots timberland RM200 bersepah.. adidas, nike, vans semua pon murah.. Ingat yerrrr.. bawak duit lebih...

Blom haku citer jam G-Shock, Baby-G punya murah lagi... Baby-G kat KL dalam RM700 tapi kat sana tak sampai RM300 sila cryyyyyyyyy hahahaha.. Member blogger yang join trip ni dapat beli G-Shock yang used tapi still macam baru.. 3000 yen je dik.. RM108 je dik.. Ahkak hampir pitam.

Setakat jam SEIKO or CASIO yang jam getah biasa sesuai untuk budak-budak tu.. kalau pandai carik boleh dapat 99 yen.. Hellooooo RM36 jerrrr doooohh hahahhaha.. Lempang diri sendiri.. Terus beli 4 ketul hahahahahhahaha..

Tolonglah, ahkak terlalu excited, nak citer pasal Rera aku citer pasal lain... bagus pilla. hehehe

Dari Rera Outlet Mall ke Chitose Airport dekat je dalam 10 minit je naik bas... Bas pun ada disediakan ulang alik Chitose Airport - Rera Outlet Mall.

Station Bus

Waktu Operasi : 10.00 am - 7.00 pm 
Dibuka setiap hari.

Wow macam pegawai pemasaran hahahahhaha..

Shuttle Bus pula PERCUMA.

Sila shopping kat GAP tu.

Murah gilos i tell u.

Peminat jam SEIKO pun boleh berkunjung ke sini.. Kalau nak presentkan kat sesiapa diorang siap wrap lagi... Kemain suruh pilih nak wrapping paper kaler apa hehehe..

Memacam brands ada kat sini.. Cuma masa tak mengizinkan kitorang.. Berlari-lari macam haper je hahahaha.. Bab shopping ko bagi kat orang Malaysia.. mana boleh sejam? Paling-paling bagi 3 jam hahahahah...

Untuk maklumat lanjut tentang Rera Outlet Mall sila click SINI.

Selesai melepaskan geram di Rera, tiba masa untuk makan malam.. Kali ni kitorang makan kat dalam New Chitose Airport.  Ingat tak kat Entry Day 1 ada Kak Pilla mention nak makan sini dinner last day nanti.. 

So ni satu-satunya restaurant dalam New Chitose Airport yang ada sediakan Halal Menu for Muslims.

Donburi Chaya Restaurant

Kali ni lain sikit.. Kitorang duduk berempat semeja dan boleh pilih nak menu apa.. Memasing kemain lagi macam makan kat gerai kelantan je.. "

"Kita order ni dua pinggan makan ramai-ramai"

"Oiii sotong ni sedap, amik sepinggan, besar ni cukup ni"

"Ok tambah yang ada udang seketul tu semangkuk, kita share"

Namee pulak nak grilled potato... Semua orang nak.. so sila tamak, order 4 ketul hahaha.. pastu tak abis siap bungkus masuk henbag.. Siapa tu? Ahkak laaa hahahaha.. Perangai kg.com.  Eh tapi melepak sampai 1 pagi boleh lapar balik yer.. berguna potato ahkak :)

Dasyat tak kitorang hehehe.. Tapi kesian Ujang.. Dia makan kentang je dah lahhhh.. sapa suruh tak makan seafood muahahahahahhahahaha... adan uke!

Lepas makan kat sini kitorang bergerak balik naik coach untuk check in ke ANA Crown Plaza Hotel Chitose.. Hotel ni dekat je dengan airport.. Dalam bas masa nak sampai hotel tu nampak plak AEON betul-betul sebelah hotel.. Kitorang dah berpandangan sesama sendiri..

"Masami, what time AEON close?"

"9:00pm"

Semua tengok jam.. Ada dalam 35 minit lagi sebelum pukul 9:00 semua buat pandangan syaiton muahahahahaha.. Ada bran??? 

Namee nak mencari G-Shock sebab dia sudah menyesal tak beli masa kitorang beli aritu.. Dah semua berani, apa lagi menggelupur lari naik bilik campak luggage terus jumpa balik kat lobby..

"Masami, Kazu san, Wataru san, you all can go to room and have a good rest"

Muahahha ni budak kampung semua nak bekejar ke Aeon pulak.. Memang lawak malam tu.. dalam kesejukan salji penuh kat jalan tu kitorang redah.. jalan macam kartun nak sampai ke Aeon.. Dahlah kat car park dia licin.. nasib i tak jatuh gedebuk..

Masuk dalam tu lelaju lah naik atas nak cari jam.. Tanya pulak sales girl..

"you have G-Shock here? we are looking for watch, watch, watch"

Fuh dia punya angguk tu macam paham nauu.. berlari-lari dia bawak kitorang.. kitorang pun berlari jugak sebab tengok dia bersemangat.. Pastu Eh? kenapa dia lari-lari pegi kat kedai buku??? sambil cari buku kat rak.. Hadoiiii hahahaha..

"Aku rasa dia ingat watch tu tajuk novel jepun nie"

Pastu Kak Pilla tunjuk jam.. "i want thisssss thisss thissss" watch!

Baru dia "Ohhhhhh!!"

Lari lagiii hahahahha.. Matilanak.. dah nak tutup dah aeon tu tapi semangat diorang bekerja lain macam.. Kalau orang kita kedai nak tutup konpom moncong... 

Settle kat Aeon kitorang nak balik ke hotel.. Tapi macam biasa lahh.. pandangan syaiton tu tetap hahaha.. Nak jalan ke depan lagi? Mana tau ada cafe ke.. ada shops bukak 24hours ke.. 

So macam onggile lah berjalan lagi dalam kesejukan negative brapa darjah celcius pon eden tak pasti..

Janji semua kepala best dan happening.. Jalan punya jalan nampak 7Eleven.. Pon boleh lahhhhh hahaha.. lepak dalam tu beli air minum.. 

Pastu menapak balik hotel.. Bukan reti nak naik tido... Sambunggggg lagi lepak kat lobby hotel hahahaha berborak sampai kul 1 pagi.. 

ANA Crown Plaza Hotel Chitose
Fuh empuk giler tilam and quilt dia.. 

Toilet very niceeeee..

Bath tub pon best.. Hari-hari i mandi bath tub, cam ongkaya kahkahkahhhh.. Selalu malas jugak.. tapi sana sejuk dan badan letih.. dapat berendam air panas lega sangat..

Dah nak come to the end dah... so sad.... 

Pagi tu breakfast awal dari biasa sebab nak catch flight dari Chitose ke Narita.  Nasib restaurant dah buka so boleh makan dulu..

Bye ANA Crown Plaza Chitose Hotel.

Penginapan sepanjang kat Hokkaido sangat awesome.. Bilik semua best :)

Part paling sedih ialah part to say goodbye..

Nak say goodbye to Mr Kazunarikurosawa.. Yang berdiri no 4 dari kiri.. 

Kazu-san orang bertanggung jawab jaga kitorang sepanjang kat sana.. Selalu tolong tarik bag Kak Pilla dan Namee.. Selalu panik cepat kalau Kak Pilla minta apa-apa.. Sepanjang trip Kak Pilla selalu jatuh dan nak terjatuh.. Kazu-san lah yang cemas hahahah... Sebelum beli tapak kasut getah.. Kak Pilla asyik berpaut kat dia je hahahahah.. Ilek ler jangan gossip ai pulak.. baju tebal kot, i pegang lengan baju dia je kahkahkahhh.. bebudak ni asyik ugut je suh bank-in bulan-bulan kalau tanak gambar tersebar.. kongajo nie muahahahahahha

Thank you Kazu-san, hope to see you again :)

Yang kanan sekali tu Mr Wataru.. Dia ikut kitorang dari KL ke Hokkaido dan balik semula ke KL.. Agak pendiam but nice.. Sebab dia hensem i segan sikit nak dekat muahahahhaha matiklah kau pilla kena sambar petir hahahah.. 

Yang sebelah Kak Pilla tu Masami-san.. Dia satu-satunya client perempuan bersama dengan kitorang sepanjang trip.. Tapi dia orang penting dalam trip ni sebab dia yang akan communicate banyak dengan kitorang dan selalu explain tentang sejarah-sejarah tempat yang kitorang pergi.. Selalu remind pukul berapa berkumpul.. remind hotel ni akan bagi wake up call.. jumpa balik pukul berapa.. perjalanan amik masa berapa lama.. dan dia tak pernah tunjuk muka letih.. Sentiasa bersemangat, dan rasanya semua orang Jepun macam tu kot.. Dia suka lari-lari hahah comel sangat.

Huh sorrylah emo pulak.. Kak Pilla memang jenis mudah sayang orang hahaha.. Geng bloggers semua pon best, kelakar, kepala gila dan tak boring.. So trip Hokkaido ni jadi best sangat!!

Sebelum Kak Pilla lupa, ramai yang tanya cost trip ni.. Itu Kak Pilla tak dapat nak tolong sebab Kak Pilla pergi ni bukan trip yang Kak Pilla rancang sendiri.  Tapi Kak Pilla cadangkan korang catit itinerary Kak Pilla dari Day 1 sampai Day 5 ni.. Dan korang search mana-mana travel agency yang boleh aturkan percutian korang ke Hokkaido.. Search je Hokkaido ground tour package.. Boleh discuss dengan travel agency, korang nak trip yang macamana ;) 

Flight kalau nak jimat boleh book sendiri..

KLIA - NARITA - CHITOSE

CHITOSE - NARITA - KLIA

Itu kalau Japan Airlines lah... Rasanya yang direct flight ke Hokkaido cuma Air Asia je kot.. Kalau tak silap ler.. sila buat research ya.. i dah penat ni hahahahah.. Lagi satu tips, kalau naik mana-mana airlines luar tu.. korang boleh buat web check-in dulu and request Halal Food.

Harap korang enjoy baca kisah Hokkaido Trip Kak Pilla dan tanamkan impian untuk ke Hokkaido suatu hari nanti.. Kak Pilla memang suggest korang pegi during winter time.. Confirm puas hati :)

Korang boleh visit http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/ sebab ada banyak info berguna for Muslim Traveller..

Ok itu je, i gerak dulu.. thank you for reading..

Bye..



Love, 
Filla.

9 comments:

Finaz said...

Haahla Kak, Mr. Wataru tu hensemmm.. hihihihi

MiYOKO SuKi said...

bestnya....bear tu cute sgt!!!

Anonymous said...

Ooo...wataru nama dia...encemmm

Btw, tq pilla. I'll start survey tiket to hokkaido for winter laa..

sueaiilee said...

Fuhhh...mmg rasa nak gi sekrg jugak ke Jepun baca entry u nehh...hahahah

PERMATABIRU said...

teruja baca trip akk ke sana bestnya hehe

Hayati Ghazali said...

Pilla, kim salam dengan Wataru San....hemsem nya lahai....hahaha...anyway, nice story and enjoy baca blog you...Insyaallah, moga ada rezeki nak ke Hokaido ni...sebab Jepun antara negara yang sangat sangat I ingin melancong...

FadMN said...

FAD

eh,dah habis..best sgt ..tq la bawak kitaorg p hokkaido wpun baca blog je..btw,bila baca tadi,baru tau yang benda panas kat daiso tu rupanya kena bukak plastiknya..patut la haritu beli punya la banyak tapi buang je sbb dok pelik awat benda tu tak panas..apa punya bebal tak pikiaq pulak nak bukak plastik tu hahahaa.

Anonymous said...

Best gilerr baca entry Hokkaido kak pilla.. rasa macam nak pegi
Jepun sangat.. dah 2,3 hari nie asek 'papa, jom pegi jepun nak'. hahaha...

zamzarina said...

best sgt baca kisah trip pila ni..