Thursday, September 14, 2017

UPSR.

Assalamualaikum..

Minggu ni minggu busy dan stress buat Kak Pilla.. Al-maklumlah anak UPSR tahun ni.  Tahun-tahun sebelum ni bila tengok orang update pasal UPSR pun aku dah stress, ni bila kena anak sendiri lagi lah aku stress.. Memanglah aku selalu fikir, UPSR je kot? Tak menjamin masa depan pun.. Bukannya result UPSR tu yang menentukan anak ko nak masuk University ke tidak. 
Tapi dah namanya kita ni mak.  Bila tengok sepanjang tahun ni diorang study.. (walaupun taklah study mana pun Kasih tu) hahaha.. Selalu jugak kena marah sebab mainnnn jee.. Tak pernahlah aku nampak dengan rela hati dia nak gi amik buku dan duduk study.. Perangai macam apak kau dulu. Eh? hahahha perangai aku tu sebenarnya.. Pemalas belajar.  Masa zaman UiTM dulu lagi lah perangai ya Rabbiii... Kawan dengan orang pandai bukan main lagi.. Orang tu esok exam, baring letak buku atas muka.. aku pun buat benda sama.. Tapi dia dapat A, aku dapat E.  Hambek.

Pastu takut tak leh graduate pandai pulak panik.. Eishh janganlah ikut perangai mak kau ni.. Lately ni sebelum nak exam aku tengok dia study hard jugak.. Tiap kali cikgu Tuition datang rumah dia tak pernah moody dah.. Sentiasa bersemangat.  Terus terang aku cakap Maths dia lemah sangat.. Dalam banyak-banyak subjek upsr ni aku cuma risau Maths je.

Pastu masakkkkkk... Semalam kertas Maths susah gila katanya.  Aku cakap aku tak datang tengok dia.. Mama amik petang je sekali dengan Amaani.  Tapi tak boleh tahan aku pergi gak cari dia kat sekolah tengahari tu.. Sebelum tu aku whatsapp kawan aku yang ada anak sekolah sama sebab dia ada kat sekolah.

Aku : Jumpa Kasih tak? Apa dia kata kertas Maths 2 tu?  

Kawan : Aku tanya, Kasih cemana? boleh jawab tak? Dia cakap bolehlah

Wowww bab konpiden macam bapak dia... Dahlah kawan aku citer budak-budak pandai semua keluar dewan menangis peluk mak, peluk cikgu.. Gulp.

Then aku pun pergi lah ke hulu ke hilir cari dia kat sekolah.. Pastu jumpa dia tengah plaster jari luka sikit.. Dia dengan kawan dia masa tu.

"Cemana Kasih?"

"Oklah... kertas 1 Kasih rasa susahhhhhhhh sangat sebab Kasih tak cukup masa.. Ada 13 soalan Kasih bulatkan sebab susah lepas tu dah tak sempat Kasih tembak je"

Gulp.. Tembak 13.  Aku selalu tengok orang komen-komen sana sini "anak saya tembak 4 soalan".. "anak saya tak sempat jawab 2 soalan"

ANAK AKU TEMBAK 13 SOALAN.

Ok agak kelakar jugak huhuhu... Pastu aku tanya.

"Kertas 2 cemana?"

"Kertas 2 ok sikit, Kasih jawab semua"

Ehhhhhh hebat sangat ni hahahhaha.. Tapi aku syak dia syok sendiri dengan jalan kerja dia sendiri kahkahkah.. Takpelah Kasih, mama dulu teruk jugak, tapi Alhamdulilah jadi orang jugak sekarang ni.. Pastu dia cakap Kertas 1 tu semua yang tembak tu dia amik pensil sambil baca "Allahuma Yassir Wa ala tu asirrrr"  tengok pensil jatuh kat mana.. Ada jatuh kat B, kat C.. 

Apa dia ingat kalau baca doa macam tu so lebih berkat lah.. confirm jawapan tu besar harapan betul hahahha.. Aku dulu "Bismilahirrohmaaa nirohim".. TEMBAK!.. kalau asyik pegi kat B je aku tukar panjang sikit harakat.. muahahhaa..

Eh anak UPSR ko ketawa pulak buat entry.  Relaks sikit malas nak stress dah.  Semalam dia tuition kat rumah untuk Sains.. Aku duduk sekali.. Dia main soal jawab dengan cikgu.  Wowww macam terror ni.. semua teacher tanya dia boleh jawab.. Terus mak kau kagum nak.. Semoga hari ni dipermudahkan buat anakku Kasih Aleeya dan anak-anak UPSR yang lainnya.. Kesian diorang dah stress and sedih semalam.  Harap untuk Sains muka akan ceria balik. 

Dahlah sebelum exam tu macam-macam.. Dapat pulak info peratus lulus tu macam haremmm jugak.. 
Markah 90 baru A.. Gila apa.. Dapat markah 79 dapat C.. Eh kalau aku dapat markah 79 dah kembang hidung zaman aku dulu.. Macam-macam betul.. Dahlah nak lulus susah, soalan kau bagi tahap amik PHD pulak tu.. melalak-lalak budak tak dapat buat kertaas Maths tu.. (anak aku je tak melalak) hahahahhahaha... kagum aku tengok dia.. budak scorer menangis-nangis, dia gembira je.. hahaha

Pastu kesian jugak tengok dia.. Dia tengok korang komen-komen kat IG and FB yang aku share video peluk Kasih kat sekolah tu.. lepas bacaan Yassin tu.. Ramai yang bagi kata semangat dan wish good luck kat dia.. Esok tu dia cakap kat aku.. "sebelum tidur Kasih baca semua komen tu.. Kasih tak boleh tidur sebab Kasih takut... semua orang harap Kasih akan ok UPSR tu.. Kasih bukannya pandai macam orang lain.. dah lah ramai orang kenal mama.. nanti kesian mama"..

Dari dulu aku cakap kat dia.. Mama takkan share result Kasih kat mana-mana pun.. tak kira lah Kasih dapat bagus gila ke teruk gila ke... Sebab aku tau sedihnya rasa bila tahun-tahun sebelumnya aku baca kat FB/IG semua mana yang anak dapat 6A share result.. pastu mana yang result anak dapat teruk akan tertelan-telan air liur. So ko boleh tengok ada dua kategori.. Kategori gembira dan kategori sedih.. Eh terus benci social media.  hahahahahah.. Tak salah pun parents nak share kegembiraan kat social media.. Ko ingat tak kembang hidung anak dapat 6A?? mestilah share.. aku tumpang happy, tapi yang anak tak berjaya tu lebih menusuk jantung aku.. confirm ada rasa rendah diri ke apa.. Nak mengadap pulak kat sana sini orang akan tanya "Anak dapat apa?"

Ehhhhh kau sibuk kenapa hahahahah.. Terus emo.  Sebab aku tak macam tu kot.. Aku tak pernah pegi kat orang dan tanya "Anak kau dapat apa UPSR?"  Eh gila ke apa hahahaha.. walaupun sesetengah orang rasa benda tu biasa je.. tanya je kot.. No i cannot.. Sebab aku tak tau dia suka ke tak soalan aku.. Kalau anak dia 6A sukalah soalan tu.. Tapi kalau teruk, tak ke terkulat-kulat orang tu nak jawab.. So aku akan tukar kepada "alhamdulilah dah keluar result.. tak kisahlah anak dapat apa pun markah.. tahniahhh"  So dia takde terdesak untuk menjawab soalan kau tu.. Samada dia akan sambung "Tulah alhamdulilah, dapat jugak 6A, ni nak sambung study kat London ni" bahahahhahahaha... atau kalau yang result biasa-biasa akan jawab "Tulah alhamdulilah, janji dah selesai dah semua" ok dah, tiada sambungan disitu... hahahaha.. tu kita pon paham-paham lah jangan nak menyibuk hal orang.  

Untuk sedapkan hati ibu-ibu yang anak ada amik exam-exam besar seperti UPSR, PT3 dan SPM.. Good luck semua.. dan jangan pressure-pressure anak tu... Doakan je yang terbaik... Apa pun result anak-anak nanti terimalah dengan hati terbuka.. Janganlah meninggi suara atau cakap yang kasar-kasar kat anak tu.. Kita tak tau ada sesetengah anak-anak akan simpan ayat kita hingga bila-bila.. Aku pernah dengar orang cerita, masa dapat result mak dia marah anak dia kat kantin sekolah.. siap tunjal kepala anak dan cakap anak bodoh.. Allah... kenapa macam tu? Apa yang keluar dari mulut ibu tu satu doa.  So hati-hati bila berkata-kata.

Periksa ni atas kertas sahaja, bukan penentu masa depan dia.. Bukan penentu berjaya ke tidak dia nanti.. Ada orang berjaya tanpa perlu score straight As sana sini pun.. Itu namanya rezeki setiap orang tu berbeza-beza.. Cuma pelajaran tu penting, bila educated, itu satu bonus untuk lebih berjaya. Itu je.  

So tak sabar nak tunggu Kasih habis paper Sains ni.. Dia pulak tak sabar nak habis exam sebab nak makan Samyang Ramen tu.. OMG itu je sebab dia tak sabar nak habiskan exam hahaha.. sebab aku dah tak bagi dia makan segala makanan-makanan macam tu.. 

Good Luck Anak-anak UPSR

Salah ke ayat aku tu? Anak-anak or Anak-Anak?  

Matiklah sejak upsr ni aku pulak yang over.







Love, 
Filla.

5 comments:

Saudah Salleh said...

Terror la Kasih, baca doa sebelum tembak. Auntie dulu baling dadu pemadam. Bismillah pun tak baca hahaha.

Anonymous said...

tahun ni I ada anak amik UPSR, PT3 & SPM...kahkahkah..mcm nak gila pusing stereng kutip anak dr sekolah balik rumah hantar tusyen masuk office...

Aswani said...

good luck kasih! takpa, usaha, usaha dah, sekarang dah bole relax2 and main puas2...
terima kasih pilla, share no ejen tuisyen tu dulu, sekejap jer masa berlalu, dah abih dah upsr budak2 ni :D

@ju said...

Adoii...lawak pulak baca bab tembak tu...tapi Kasih okay la siap baca doa dulu...
Semoga Kasih dapat keputusan yang baik nanti ya....insyaallah auntie doakan...

mamabiey said...

Betul tu setuju sangat..tak yah sibuk hal org nak tanya result bagai....rezeki masing2..bahagian masing2..Allah yang tentukan