Monday, September 18, 2017

MASALAH JARI KEMATU SEBAB PHONE.

Assalamualaikum,

Selamat hari isnin hehe.. So tajuk hari ni ialah masalah jari kematu.  Korang jangan tipu, mesti ada antara korang yang menghadapi masalah yang sama macam aku jugak.

Macam Kak Pilla masalah kematu ni dah jadi few months back kat jari kelingking sebab tiap kali guna handphone aku akan sendal jari kelingking kat bawah phone tu untuk support bila nak type.  So bila dah selalu sangat tetiba dia jadi keras dan kematu dan bertukar gelap.. Ai is sad.

Tapi nak buat cemana dah memang selesa pegang phone cara macam tu.. Kalau tak memang susah nak type.

Nampak tu?  Dikhuatiri makin lama akan makin teruk pulak.. Walaupun ai tau, ai bukan lagi jari anak dara yang kena nampak halus, runcing, tegang dan warna sekata but i still sad. hahahahha.. Pastu bila bukak tangan jari kelingking kanan tu akan bengkok ke kanan.. means dia tak rapat dengan jari manis.. paham tak? macam bukak sepuluh jari tu semua elok lurus.. yang kelingking tu pulak jauh dari jari manis.. omg dah oku pulak :(

Kesian kan?  Sebelum dia jadi bonggol yang lagi teruk baik kita buat sesuatu.. Bab accessories phone ni Kak Pilla bukan amik tau dan minat sangat.. Tapi Kasih lah bagitau dia nak beli Pop Socket.. Apobondo tu??? hahahha.. Tak urban lah mama ni. hehehe.. Dia cakap ada tengok kat Lazada nanti mama tolong belikan plis.. Herghhhh.. Pastu semalam masa jalan-jalan kat IOI mall tu nampaklah banner besar jual benda tu kat Flash Gadget kot nama kedai dia..

So mari kita tengok.. Kak Pilla tanak beli pun.. dia yang nak.. so belikan untuk dia.. RM45 kot dia punya.. pastu budak-budak yang kerja situ suruh aku beli jugak.. diorang pun ada masalah yang sama jari sampai kematu kahkahkah.. 

 So ni lah bendanya.. dia ada gam boleh tepek kat casing dan boleh tepek berkali-kali kot-kot korang jenis suka tukar-tukar casing kan.. Kalau beli yang murah dikhuatiri gam dia tu melekit-lekit bila bukak.. yang ni tak melekit.. Tapi nyampah sebab surface casing merah ni dia tak kuat sangat melekat.. dia depends jugak jenis surface casing.. Kalau casing plastik dia akan lekat kuat.  boleh jadikan dia stand jugak.. dia jenis leh tekan kebawah (rapat dengan casing) kalau tak guna.. kalau guna tarik dia keluar dan boleh selit jari supaya comfortable nak menaip.  So bila guna ni jari kelingking tu tak perlu lagi selit bawah phone to support the phone.  

Eh paham ke tak korang? Hopefully selepas beberapa bulan akan hilang kematu tu dan jari tak bengkok dah hahahah.. Aku amik plain black mcm tu RM69 siap ada penyangkut untuk sangkut phone kat kereta kalau guna waze.. Kasih punya jenis bercorak RM45.. Bercorak ada banyak choice so kalau remaja nampak ceria lah katanya.. Dia kata senang nak buat musically.. Herghhhh..

So kalau korang ada masalah jari kematu disebabkan phone, sila cuba Pop Socket ni.. 

Bye.





Love, 
Filla.

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Eh, sama, guna jari kelingking utk sendal hp.. Dah bbrp minggu ni mmg perasan jari kelingking lenguh. Bila baca post Pilla ni akk baru teringat nak belek, ada lekuk yang ketara kat jari kelingking.. Huwaaa. Nasib baik masih boleh rapat dgn jari manis.

Fendi Rocka said...

kena tukar telefon baru

Azura Aziz said...

ohh ada yer benda tu.. good sharing ;)

[i.l.y.a] said...

kak pilla betul laaaa mmg jari kelingking dah bengkok. selama ni tak perasan harini baru perasan bila baca entry kak pilla haha

antalya said...

tetiga Kasih bermuka ketat...tp tetap comel