Wow nampaknya bulan puasa Kak Pilla mengganas update blog hari-hari heheheh.. Ni pun tak tau lah tahap rajin dia boleh bertahan ke tak..
So dah masuk lauk berbuka Day 4.. Semalam gi pasar nampak ikan tongkol macam sedap je.. Seumur hidup tak pernah Kak Pilla beli pun ikan tongkol ni, bukan apa, sebab tak reti sebab tongkol ni kan ada dua jenis.. takut terbeli yang isi keras tu.. Tapi geram ikan ni fresh kat pasar.. Murah pun murah.. baru RM17 / kg. Kalau ikan merah, jenahak semua tu RM40/kg kotttt.. Hoi apa ke mahal benau barang basah sekarang ni? Kembung pun RM22/kg rasanya.. Udang XL tu RM39/kg.. Haritu sampai cecah RM40 keatas kot.. Rasa macam nak jadi nelayan je tangkap ikap sendiri :(
Eh sorry merepek.
Haritu Wan pun try gak beli tongkol ni dia buat masak kari.. Huishhh sedap pulak tu yang nak try buat sendiri jugak.. Usha gak resepi sana sini.. So Kak Pilla buat style Kak Pilla.. Kalau nak ikut jommm..
Bahan Tumis
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- 3 biji bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia dihiris
- 1 bunga lawang
- 3 biji bunga cengkih
- 2 tangkai daun kari
-1 sudu cili kering blend
- 3 sudu besar serbuk kari babas dibancuh pekat dengan air panas
Bahan masak
- 3/4 keping ikan tongkol
- sedikit air asam jawa
- sedikit garam
- secubit ajinomoto (kalau nak)
- terung / bendi
- 1 biji tomato dibelah 4
Itu je punnnn.. senang kan? Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia.. dah agak layu, masukkan cili kering blend.. tumis hingga garing then masukkan paste kari.. dan masukkan daun kari.. dah garing boleh masukkan air asam jawa dan ikan.. pastu sukat lah air banyak mana yang patut bila dah mendidih boleh letak santan (kotak) dalam 1/3 cawan..siapa suka lemak lebih boleh letak lebih.. masukkan garam dan aji..bila dah nak siap masukkan terung dan tomato.. dah nak masak tu silakan tutup api..
Senang je kannn?
Ok next dah nak buka tu Kak Pilla goreng sayur pulak sebab tak lengkap kalau takde sayur.. Kak Pilla memang suka sayur so bila takde rasa sedih pulak hahahahha..
Petang tu Pak Radie bawak budak-budak ni gi Pasar Ramadhan mana tah dia cakap dekat je.. nak jalan kaki.. Hambikkkk hujan lebatttttt... Bawak payung seketul.. Maka bermain hujan lah budak-budak tu.. Aku risau Amaani je.. dah lah dia puasa, badan halus.. takut dia sejuk menggigil kelaparan pulak... Tapi balik tu ok je mandi semua dan masih bertahan lagi ;)
So ini hasil membeli.. Aku cakap kat Pak Radie "ni mesti awak yang nak ayam ni kan????
Laju je dia cakap "taklah, Kasih yang nak"
Yang Kasih pulak cakap "Dah papa tanya, Kasih nak ni?? Kasih cakap bolehlah, pastu laju je papa beli"
Biasalah papa memang suka je tak mengaku hehehe
Aku pun tak paham kenapa tiap kali buka dia kena beli popiah sira tu.. aku tak berapa suka.. dia dengan Kasih je pun yang suka...
Ni pun dia nak beli huwaaaaaa.. Alasan dia budak-budak ni yang nak sebab ada Angry Bird. Leh caya ke???
Ulang tayang masak kari den. Eh sila percaya ikan tongkol sedap okayyy.. cari yang badan dia ada corak bintik-bintik tu.. tongkol hitam kot nama dia... kalau tak reti, tanya je abang pasar, "ni tongkol hitam yeh?" kalau dia tipu nasib kau lah labu hahhaha
Ni ulam lebihan bukan puasa lepas.
Uiii ikan masin talang tu power.. kalau masak kari kena lawan dengan ikan masin or telur masin baru power heheh.. Uiii kau pilla, kalau bab makan semua kau terror hihihi..
Ramai tanya alas meja ni..Ada yang ingat ni meja (table top).. heheh takdelah, ni kain langsir kat ikea, suruh dia potong untuk size 6 seater meja makan.. pastu jahitlah keliling.. Ikea pun ada tempat boleh tempah jahit keliling tu..
Last gambar si tukang masak.. Kot-kotlah ada yang windu kittewwww.. kahkahkah...
Sekian, rasa-rasa nak masak nasi lemak pulak lah buka hari ni.. Dasyat kau pilla, baru pukul 7:45 pagi uollssssss hahahaha..
Love,
Filla.