Friday, March 03, 2017

IBU TAK SEMPURNA.

 Hari ni Kak Pilla nak share kisah Kak Pilla sebagai ibu.. Namanya entry luahan perasaan heheheh... I emo ya harini so nak luahkan kat you all kalau sudi dengar dan share... 

Sometimes Kak Pilla confuse, Kak Pilla ni ibu yang perfect ke tak perfect?  Orang mungkin nampak Kak Pilla macam ibu yang perfect kan?  Selalu sediakan macam-macam untuk anak, selalu pastikan masak makanan sedap untuk diorang.. tapi realitinya Kak Pilla terpaksa kerja dari Isnin hingga Jumaat.  Subuh gelap dah keluar dari rumah.. petang balik rumah kelam kabut masak.


Dari ruang social media menampakkan kelengkapan diorang cukup dan hidup diorang selesa tapi realitinya Kak Pilla sibuk bekerja di luar demi mereka.  Weekend selalu ada events yang Kak Pilla kene attend.. Kadang Kak Pilla kena outstation untuk promote business pulak.

Terus Kak Pilla terfikir.. untuk menjadi ibu yang perfect memang bukan perkara yang senang.  Kak Pilla guilty sometimes..

Bonding time tu kurang sebenarnya.. Kadang diorang nak bercerita.. Kak Pilla bukan tak dengar.. Selalu memang dengar tapi kadang-kadang otak fikir benda lain.. selepas hari yang panjang dari event, Kak Pilla rehat sekejap dan teringkat kena update social media terus tak faham diorang cerita apa.. Bila tanya balik, semua dah merajuk :(

Anak perempuan 3 orang bukan senang nak jaga.. Semua sensitif dan kuat merajuk.. Post gambar ni kat instagram, Kasih pulak merajuk.. Kenapa takde gambar dia.. Erkkkk.. How how how???

 Bila rapat dengan Amaani, Aleesya pulak merajuk... "Mama ni asyik dengan Ami je, jangan cakap dengan Icha lagi.. mama tak sayang Icha"

Muka Icha merajuk la tu.

OMG how? Nak kerat 3 ke badan ni?  Kak Pilla seriously cuba berlaku adil tapi tetap gagal.. 

Ada sekali kisah ni Kak Pilla tak pernah cerita kat blog.. Amaani ada rakam video kat ipad dia tengah main-main dengan Aleesya.. Lepas tu dalam video tu dia marah Aleesya dan tak sengaja dia tolak Aleesya jatuh terlentang ke belakang.. Then Kasih datang tunjuk video tu kat Kak Pilla.. Berhenti kejap jantung Kak Pilla tengok video tu.. Kenapa tolak Aleesya jatuh sampai macam tu???? Terus pandang muka Amaani.. 

Kak Pilla tak marah dia.. cakap elok-elok dengan dia "kenapa Amaani tolak adik sampai macam tu?"  Dia terus menangis.. tapi dia menangis ketakutan.. menggigil-gigil badan dia dan dia berundur ke belakang sambil peluk tubuh menangis.. Kak Pilla cuba nak dekat dengan dia.. tapi dia takut.. makin lama dia makin berundur sampai dah takde ruang dia nak pergi..

Huwaaa Kak Pilla tak pernah pukul anak-anak ni.. Kak Pilla cuba nak slow talk dengan dia supaya jangan buat macam tu lagi sebab bahaya.. Kak Pilla tak sangka Amaani menangis ketakutan macam tu.. Kak Pilla pegang tangan dia sejukkk menggigil.. Kak Pilla memang kesal dia buat adik macam tu.. tapi at the same time Kak Pilla nak bagitau dia buat macam tu tak elok.. Malam tu dia tidur sambil menangis.. Kak Pilla datang slow-slow cuba nak peluk dia..

Kak Pilla cuba usap kepala dia.. Kak Pilla bisik kat dia "mama sayang Amaani.. mama sayang semua anak-anak mama.. mama tegur Amaani sebab apa yang Amaani buat tu salah.. mama takut nanti Amaani buat kat kawan-kawan"

Seminggu Kak Pilla rasa bersalah sangat.. Tapi Amaani dah ok.. dia faham teguran Kak Pilla.  Tengok muka mereka gembira kat sini siapa sangka Amaani sedih sebelum ni kan?  Tapi semuanya dah okey sekarang, Kak Pilla pun lega sikit.

Bukan senang nak menjaga hati anak-anak ni.. Bukan senang untuk jadi ibu yang perfect..

Dasyat kan sebenarnya ibu nak bahagi-bahagikan kasih sayang.. Macamana Kak Pilla cuba untuk jadi ibu yang terbaik pun, tetap akan rasa gagal juga.

Kak Pilla akui apa yang kita tonjolkan di social media tulah tanggapan orang kat kita.. Bagus Kak Pilla ni rajin masak, rajin kerja, rajin itu, rajin itu ini, padahal hahahahhahah... Social media ni biasalah, semua yang sedap dipandang mata je kita akan share.. yang tak best tu tak share pulak.. Realiti kita jarang share sebab rasa terlalu privacy atau pun sebenarnya sebab tak best nak share hahaha.. 

Haritu Kak Pilla ada ternampak satu video menarik tentang Mamee Monster Biskidz.  Bila Kak Pilla tengok video ni terus tersentap hati.  Bila difikirkan balik, betul juga Biskids ni.  Memang tiada ibu yang sempurna pun di dunia ni.. so don't worry you are not alone... Kak Pilla pun tak sempurna, sama je dengan ibu-ibu lain.  Kak Pilla pun ada jugak try bagi anak-anak makan biskut tu.  Biskutnya nipis je so mudah lah anak-anak nak mengunyah sambil tunggu Kak Pilla nak masak..

Mujurlah ada Mamee Monster Biskidz ni.. Semua anak-anak Kak Pilla suka :)  Tiap petang balik dari kerja Kak Pilla akan bagi upah biskut ni sementara Kak Pilla sibuk siapkan makanan untuk dinner.. Tak yah risau sebab Mamee Monster Biskidz ni mengandungi DHA dan vitamins yang baik untuk anak-anak.. Ada 3 perisa iaitu Coklat, Seaweed dan Milk. 


Kak Pilla nak share dengan you all video by Mamee Monster Biskidz ni...  Thank you sebab memahami situasi ibu-ibu ni.. Rupanya Kak Pilla tak keseorangan.. Semua mesti anggap Kak Pilla sempurna pada social media ni kan tetapi ingat bahawa realiti Kak Pilla tak banyak perbezaan dengan ibu-ibu lain.

Ia mungkin kelihatan sempurna dalam gambar, tapi semua ibu tetap akan rasa imperfect.  Hanya ingat reality dengan social media mungkin sangat berbeza, jadi kita sebagai ibu akan melalui fasa ini bersama-sama.  Rasa lega sebab Kak Pilla ni ibu yang normal sama macam ibu-ibu yang lain jugak.

Kak Pilla nak nominate 3 orang bloggers untuk share cerita diorang kat blog masing-masing dengan hashtag #ImperfectMOMents.. sebab Kak Pilla nak jugak dengar dari you all cerita ibu tak sempurna.. 3 orang yang Kak Pilla teringin nak dengar stories dia tu ialah:

1. Moon
2. Tina
3.  Peej

 Semua 3 orang ni ialah ibu-ibu.. Perfect tak? hahah jom share cerita jom ;)

For more infos boleh visit www.facebook.com/MameeMonsterBiskidz


Love, 
Filla.


12 comments:

Miss Moon said...

hahahhaha aku kena cerita ....

baik akan aku sahut cabaran ini ...gitew . Kena kumpul gambo ni hahhaha

PERMATABIRU said...

Inperfectmoment tersentuh juga dengan video tu

Jia Shin Lee said...

I feel you mummy kadang2 yan pun rasa mcm tu and I only have 1 child huhu

G said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Wlaupun saya belum lagi berpengalaman nak jadi ibu tapi boleh rasa, bukan senang nak jadi yang terbaik untuk anak2. Banyak kerja nak buat. Nak hati anak g.. Cian juga kak pilla terpaksa layan karenah anak2 yg sikit2 merajuk tapi faham juga, sebab diorang kan budak2.Tak apa lah kalau tak share banyak , janji kak pilaa dengan anak2 hidup gembira. tak semetinya nak bagithu orang.. bergantung pada diri masing2 ~

Azian Elias said...

salam Pilla.
akak pulak menjadi ibu pada 3 anak bujang.
memang macam2 hal.
tapi we cant be a perfect mom.
tapi sentiasa lah berusaha menjadi yang terbaik.
INSYALLAH.

zeera lily said...

I can feel u... im also not kind a puuurfet mother... banyak silap esp when it comes to child health

Cahaya Farah said...

hmmm. baru faham kenapa sometimes my mom buat derk ja bila fara tengah syok becerita. uhuhuhu even baru lepas balik kerja, stillll dalam kotak fikiran nak fikir pasal kerja kan. lebih2 lagi jenis yg hardworking nih. kadang sedih yg amat pun ada bila kita bcerita, mama pula mengiakan tapi mata focus pd telefon!! takboleh lah nak salah kan kan sobsob. btw, jemput datang ke belog fara yg serba simmmmple dan basic tu ye =D

Ros said...

situasi yang sama dan perasaan yang sama saya alami.

JMR said...

manusia mana yang akan sempurna..tapi IBU tetap sempurna di mata&hati anak-anak.

Rozita Ceritaita said...

betul...masa tengok iklan tu pun sentap jugak.. nampak luaran ok..padahaaaall.. kita je yang tau kan?

Unknown said...

Yup...well said...memang susah nak jd supermom ni kan...dengan pelbagai ragam anak-anak...tapi bila kita sedar yang kita masih blm perfect,itu yang akan menjadikan kita semakin perfect sebenarnya..kita belajardan terus belajar..salam kenal...