Friday, January 06, 2017

Kasih Aleesya pegi School.

Assalamualaikum..

Semalam first day Aleesya pegi school.. Kak Pilla memang pilih Little Caliph sekolah Amaani dulu.. Aleesya excited gila nak gi school dari zaman Amaani lagi dia tak sabar nak pegi school..

Seminggu sebelum gi sekolah ni dia asyik tanya je hari ni hari apa.. Dia tak sabar nak naik bas sekolah macam Ani.. 

So bila tiba hari pertama gi school tu memang excited giler lah dia.. Aku gi antar Kasih dgn Amaani dulu gi sekolah pastu kelam kabut balik rumah.. Nak tengok dia first day naik bas dari rumah ke school.. Dia eksyen yer.. tak bagi aku naik bas dengan dia.. jumpa kat school je nanti.

Tapi pagi tu dia dah buat perangai tak nak pakai kasut lain.. nak pakai kasut pink yang dah sempit tapak dah tercabut tu jugak.

Pujuk-pujuk last baru nak pakai kastu princess lagi satu.. suruh pakai selipar tak nak.. sukati ko ler Cha... malas nak gaduh pepagi..

 Pagi tu muka dah masam.. rupanya dia takut hahahahha

sementara tunggu bas datang.. kita amiklah gambar dulu ye

 ni pun pujuk-pujuk baru nak amik gambar..

 Ok je naik bas.. janji jumpa kat school..

Turun je bas, teacher pimpin bawak ke school.. aku terus bawak dia naik dan suruh dia duduk kat sini.. aku terus keluar tengok dari tingkap luar kelas.. ala-ala akuarium gitu.. dia senyap je tak bergerak.. ada few budak-budak dah start main-main.. tapi dia tak.. dia duduk dengan muka masam.. mata dok perati keliling dia..

Pastu silap aku gak.. sebelum nak balik aku panggil dia jap.. so dia datang, aku cakap "Icha kalau nak gi toilet bagitau teacher tau"..

Terus dia peluk tangan aku tak lepas.. kuat gila ye.. siap peluk paha hahahaha.. Adoi sudahhhhh!!! mata dia start berkaca tetiba nangis... adoiiiiii... 

Teacher datang terus dukung and pujuk dia.. Teacher tanya "Puan, saya bawa dia kebelakang.. kejap je ni nangis nanti ok.. Puan ok tak?"

"Ok tak pe, saya pun nak gerak dah ni"

Laju je aku pergi.. dalam hati huwaaaaa sedih tapi ku tahan hahahah.. masuk kereta duduk jap.. terfikir lama ke dia nangis? nak naik atas balik ke intai dari jauh?  Ah tak payah lahhh.. terus start engine and blah.

Ada lah aku whatsapp teacher dalam pukul 10 macam tu.. Teacher kata don't worry puan, semua anak-anak dah ok takde yang nangis dah.. Fuhhh lega..

Ok pastu aku kat office Ellfie/Fame dengan Peej.. aku call rumah bukak loud speaker.. So Peej pun dengar aku borak dengan Icha.

Aku: Hello Ichaaa..

Icha: Hello mamaaa..

Aku: Best tak school?

Icha: Bestttttt!!! Icha nyanyi-nyanyi tadi.. ada 3 lagu... best sangat.. Pastu Icha makan dengan kawan-kawan.. 

Aku: Icha tak nangis ke lepas mama balik tu?

Icha: Icha nangis kejap je.. Kawan nangis lama..

Aku: Icha makan apa?

Icha: Icha makan maggi kaler putih.. sedap.. habis Icha makan.

Aku: Wahhh hebatttt...

Icha: Mama, tadi Wan datang tengok Icha kat school.

Aku: Hah? Betul ke? Dengan sapa? Dengan Atok ke?

Icha: Atok takde.. Wan je.. 

Ok itu cerita dia.. aku terus call Wan.. tanya Wan datang ke? Wan cakap "Mama kat kampung lagi lah!!"  Omg anak aku ni create story ke memang dia nampak muka macam Wan ke apa ni... Wan siap "Eish kenapa anak ko niiiii huwaaaaaa"  Peej pun tergelak-gelak sebab dia dengar Icha borak tu confident gila... 

Hahahah aku tak cerita kat korang lagi kes Aleesya ni kan.. Aku pernahlah google pasal imaginary friend ni.. Dan aku rasa dia memang suka berangan lah kenit ni.. Dia selalu cerita dia ada kawan.. Nama kawan dia Kasih Aleesya Muhamad Radzi.. Oiiii tu kan nama dia??? Tapi bila kau argue pasal kawan dia punya nama nanti dia marah.. Dia akan cakap itu memang betul kawan dia.. Dia cakap kawan dia tak suka mama, tak suka papa, tak suka bibik, tak suka semua orang.. dia suka Icha je.. Hari-hari dia datang rumah main dengan icha.. Nanti petang dia balik rumah dia... sebab papa mama ada dia tak suka... Dia suka pergi rumah Wan sebab kat rumah Wan ada playground.. Rumah nenek dia tak nak pergi sebab rumah nenek ada ramai orang dia tak suka..

Ko ghaser?????? hahahahhaha aku kadang nak tergelak.. aku rasa dia cakap pasal diri dia sendiri.. Dia berimaginasi tapi bila cerita kat kita muka serious gila.. ko jangan nak buat muka tak percaya apa dia cakap ye.. so bila dia cakap Wan datang school tu terpaksa lah aku buat-buat percaya.. Bibik pun mengadu semalam..

"Ya puan, dia cerita Wan datang school tengok Icha.. Wan cakap Wan tak boleh lama-lama, Wan datang kejap je ni".. Bibik cakap saya terus cakap "Kenapa Wan tak datang rumah kita?"  "Kan Icha cakap, Wan cakap Wan datang kejap je tengok Icha".. Pastu bibik cakap "Icha tipu kannnn?"  Muka Icha serious je sambil buat kerja lain dia cakap "betul lah bibik"  Bibik cakap dia tau Icha ni kalau dia tipu nanti dia ketawa.. tapi ni muka serious.. siap marah pulak kalau tak percaya T__T


Huwaaaaaa seram ni.. hahahaha.. Icha oh Icha.. memacam hal budak ni.  As long dia happy dan takde memudaratkan dia ke aku ok je.. Tapi malam tadi dia mengadu "Kasih Aleesya Muhamad Radzi tendang Icha petang tadi"  hahahaha ko nak kata apa kalau anak cakap camtu? Macam biasa aku kena buat-buat percaya je.. "Cakap kat dia jangan tendang orang, Allah marah.. berdosa" 

Korang ada anak macam ni tak? and benda ni biasa yeh? aku fikir antara dua je.. first dia create story sebab imangition dia tinggi.. atau 2nd sebab memang 'kawan' dia exist.

_______________________________________________


Ok bab sekolah day 1 tu aku legaaaaaa.. tapi dia punya eksyen tu tetap yaaa.. kawan nangis lama dia nangis sekejap.. eksyen citttttt poraahhh.. 

Malam tadi masa baring-baring borak pasal school.. Dia happy and cakap esok nak gi school lagi.. Wow lega gila hati aku ni hah.. Risau takut dia phobia tak nak gi school pulak kan..


Hari kedua dan drama pagi tadi pun bermula hahahaha.. Bas datang pukul 7:40 macam tu kot.. Dalam pukul 8:30 bibik call aku.


Bibik : Hello puan.

Aku: Ye bik.

Bibik: Saya risau lah, Aleesya tadi nangis.  Tak nak pegi sekolah.

Aku: Hah? Semalam ok je..

Bibik: Itulah maka nyaaa... Pagi tadi ok.. tapi lagi 5 menit bas nak sampai dia nangis tak nak pegi sekolah.. Dia cakap bibik naik bas dengan Icha.. Saya tipu saya cakap tak boleh.. tapi nanti bibik pinjam motor papa, Bibik datang sekolah Icha.

Aku: Dah tu dia naik bas nangis lagi?
Bibik: Iyaa.. habis dia jambak (tarik) rambut saya.. dia tarik tangan saya peluk tak mau pergi.  Nasib Cik Syam (driver bas) cakap 'tak pe bibik, biasa ni.. nangis kejap je ni.. nanti ok, jangan risau"

Aku: Hmmmm... takpelah nanti ok lah tu.. 

Bibik: Tapi saya risau puan.. Nanti puan telepon cikgu tanya Icha ya?

Aku: Tengoklah, malas saya nak kacau teacher tu.. kalau teruk nanti teacher call lah tu..

Bibik: Oklah puan.. cuma saya risau.. Jangan lupa ya puan telepon cikgu?

Aku: Ok..


Eh bibik ni.. anak aku ke anak bibik ni... hahahahhahaha.. cemas lebih lah.

So now aku tak tau lah kenit tu apa cerita dia.. dia memang kelakar sikit.. kalau bercakap tu confident.. mata ke atas.. cakap macam orang tua.. eksyen tak ingat... 


Hopefully Icha akan ok kat school ya... Jangan kuat berangan ye Cha... Nanti kak pilla borak lagi ya.. 





Love, 
Filla.

16 comments:

Siti Nurzafirah said...

Dulu kecik2 suka jugak "kawan" dengan imaginary friend. Abah cakap, jangan buat bagi biasa benda tu, nanti ada benda ikut betul2.. terus stop that kind of habit

darthvader said...

salam kak filla, pada pendapat saya mungkin kak filla boleh bawa aleesya berjumpa ustaz berkaitan dgn imaginary friend dia tu sebab anak saya pun ade imaginary friend and kitorang jumpa ustaz darul syifa bagi utk tujuan pengesahan and tindakan selanjutnya. sebab sedikit sebanyak ia mempengaruhi perwatakan anak saya, which is kdg-kdg dia x pandai bezakan mana satu kawan betul dgn dgn imaginary friend dia tu, plus dia refused nak berkawan (xnak bercakap dgn kawan lain dkt school sbb imaginary friend dia lagi fun) so as a parents we have to remind or tegur sikit. Thank you ;)

Anonymous said...

dia suka main dalam almari tak petang-petang lepas asar tu tak?
kalau ada kena hati-hati juga sebab takut dia nampak apa yang kita tidak nampak.
2 pegawai kat ofis baru bawak anak tutup hijab sebab dia start taknak pergi sekolah sebab 'kawan ' dia marah.lepas bawa ke pusat rawatan islam baru tau dia boleh nampak dunia lagi satu.
kesian jugak kisahnya.

ummiimaaninas said...

Bukan amani pun sama kes ada imaginery friend.. emm rasa macam penah baca dalam blog kak filla.

Anonymous said...

kak filla...elok bawa jumpa ustaz untuk kes "imaginary friend" tu. Anak buah saya masa kecik2 pun mcm tu.. ingatkan biasa je la sebab budak2 kuat berangan ke ape kan.. Skali bila dah besar nak masuk sekolah menengah dia dah lain sket. Bila bawa berubat, rupanya mmg ada "kawan" dengan dia tu sejak dari kecik.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Bgs bw g jmpa ustaz or yg brkaitan.. Anak nebor pn prna mcm ni.. Siap mnta beli stationary 2 set utk kwn dia tu..kwn dia tu marah.. Budak tu klu d luar rmh normal be main dgn anak sy.. Dlm rmh dia ada kwn lain..kbtln time tu kami baru tgl d housing yg baru x ramai org.. Kwsnn hutan yg d tebang jd housing..

anp media sdn bhd said...

just bg pendapat utk kak pilla, anak jiran sy pun sama, ckp slalu kakak dtg main ngan dia... always buat ape2 pggl "kakak" tu... borak n etc.. lastly mak dia bwk pi jmpe ustaz... ada mahkluk lain g mendampingi dia...

Jocelyn Lum said...

Wah Aleesya first day dah naik transport, so Independent :)

http://holajoys.blogspot.my/

Maya Abdullah said...

First time komen kt blog kak filla. 😁
Dlu adik sy pun mcm tu kak filla, die main sorg2 die kata ada kwn die main dgn die. Kata die kwn die org kedah. Kalo g jalan nnt die lambai2 'kwn' die tu. Huhu skrg die da besar ada ustaz ckp ada bnda ikut die dr kecik. Die x leh susah hati sikit. Nnt mula la mcm ada org cekik die sampai susah nk mkn

Anonymous said...

kak pilla
im ur silent reader

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Allahu Akbar, rasa berdebar2 je psl imaginary friend tu sama nama, bawalah berubat Pilla, takut kalau dibiarkan nanti jadi split personality, akak doakan semuanya baik2 sahaja. Bkn nak takutkan Pilla ya, tapi mcm anak akk dulu ada jugak, tapi sampai umurnya dlm 3, 4 tahun tu dia dah stop bercakap berlakon ngan kwnnya tu. Lagilah dia ckp kwnnya tu dah mati, eiii.. ngeri!

Tapi kagum giler la hari pertama dah naik bas!

Anonymous said...

Qarin kot kawan dia tu.

Naily's Kitchen said...

huishhhh..kalau betul dia berangan takpe lagi kak Pilla..kalau memang betul dia ada 'kawan'..tatottt oiii..apa-apa baik bawak jumpa ustaz dulu kak..kalau tak ada apa-apa baru lega..

Anonymous said...

Cik Filla...mungkin lebih baik bawa jumpa ustaz sbb budak2 memang boleh nampak. Cuba tanya ustaz tu takut mudarat sbb saya dulu ada anak buah siap nk pegi kampung kawan dia...tapi bawa berubat alhamdulillah dah ok...macam kes anak buah saya kawan dia memang nak bawa anak buah saya ke alam dia. Sekadar berkongsi.

mariannemasli said...

ada kawan yang anak dia pun ada imiginary friend. selalu main sama2 katanya.

mak nya cerita pernah one time masa balik kampung, masa lalu2 kebun pokok apa tah (tak ingat dah), si anak bgtau maknya..apa la agak nya makcik tu duduk atas pokok. Mak nya kata dah lah waktu tu senja..seriau terus balik umah.

malamnya pulak lepas dinner, si mak tgh duk basuh pinggan kat dapur, si anak ngan selamba je cakap kenapa la dia duduk kat atas tu (merujuk kepada rumah kampung dulu2 yg hanya beratapkan zink tapi leh nakpak la kayu2 penahan zink tu semua.... mak nya apa lagi..cuci tangan, tutup air, trus ke ruang depan...sebab tak sanggup nak dengar apa yg si anak nampak.

tapi makin lama makin tade dah cerita pasal imiginary friend dia..mungkin sebab dia dah besar kot.

harap Icha pun sama...enjoy sekolah ya Icha

Anonymous said...

Salam..

Kak Pilla..saya silent reader kak pilla..just nak share apa yang jadi dekat kakak saya pasal imiginary friend tu..dulu masa kecik2 kakak saya pun selalu ckp ada kawan dia ajak main sama..borak..gelak..cakap semualah dgn "kawan" dia tu, mulanya kami semua ingat dia just main2 saje..tapi seriously memang setiap saat dengan "kawan dia tu" sampai dia x join main dengan kami adik beradik yang lain...dia suka sorang2..bila sorang2 tu dia akan bercakap, gelak, main mcm kita main dengan kawan2 kita..tapi kita nampak mata kasar tu macam dia main sorang2 la kan..bila tegur dia dia akan marah sebb dia kata betul kawan dia ada lepass tu kawan dia x suka kalau kita dekat2 dengan dia..then..sampailah masa itu berlalu dan kami pun membesar..bila dia besar sekolah asrama dia selalu pengsan..kadang menangis kadang menjerit..tapi selalunya pengsanlah..sampai sekarang bawa pergi berubat dgn ustaz kata memang ada kawan dia sebenarnya..sejak dari kecik..dan sampai sekarang tgh dalam proses berubat..pendapat saya akak pergi lah jumpa ustaz atau pusat perubatan islam mana minta tlg tgkkan icha tu..terpangjang plak comment saya..sorry just nak share sahaja.