Wow amazinggggg... hari-hari update belog hehehe
Dah nak masuk 2 minggu anak kita gi sekolah kan.. So acaner you all? anak-anak dah ok ke still menangis lagi... Amaani so far so good.. Independent sikit dia tu ;)
Semalam ada reader comment kata nampak Amaani lunch sensorang... Sebab waktu rehat darjah 1 tak sama dengan waktu rehat darjah 6. Dah pesan kat dia Amaani makan je dulu.. nanti kakak datang sebab kakak rehat lambat sikit... Semalam dia mengadu.. Mana ada kakak datang pun? Lepas makan Amaani berdiri kat dataran tengok tingkat 3 (kelas kakak) tapi kakak takde pun.. Pastu Amaani terus masuk kelas.. kat kelas Amaani kawan dengan Daniel tu dia gemok tapi dia tak nakal.. tapi kitorang main kejar-kejar lepas tu Daniel penat.. Amaani cakap kat dia "tulah awak suka makan banyak, sebab tu cepat penat" hahahahha apa lah Amaani ni..
Pastu dia cakap sekarang ni hari-hari ada test kena jawab soalan.. Amaani tak nak dah bawak pencil box yang zip warna pink tu sebab tak boleh berdiri.. Kawan sebelah Amaani tu suka tanya jawapan.. Cikgu tak bagi tiru kena buat sendiri.. Dia nak eja nama dia pun dia tanya Amaani macamana nak eja nama dia.. Amaani cakap "kat name tag kan ada nama awak, awak tulis je sama macam kat name tag"
Erkkkk.. So now dia bawak pencil box keras tu boleh berdiri.. sebab semua budak-budak berdirikan pencil box supaya orang sebelah tak boleh tiru.. hahahhaha macam comel je budak-budak ni.. so jujur.
Semalam Kak Pilla bangun awal sikit gorengkan kueyteow favourite Amaani.. Kasih tak nak bekal sebab dia suka char kuey teow tak suka kuey teow goreng.. So balik semalam Kak Pilla tanya bibik
"Bekal Amaani habis tak bik?"
"Habis.. macam dia basuh je bekal tu sebab licin"
Wowwwwww berbunga-bunga hati ai hahahahhahaha... bila tanya Amaani dia basuh ke? Dia cakap dia just basuh sudu je.. very good anak mama :) siap basuh hehehehe..
Mama : Amaani selalu rehat sorang-sorang ke? tak makan dengan kawan?
Amaani : Kalau rehat semua beratur.. Amaani beratur dengan kawan pegi kantin.. Tapi nanti kawan Amaani semua hilang.. Amaani makan je lah sorang-sorang.
Alahaiii sian dia.. Semalam balik dari KAFA kemain lambat.. Ada setengah jam haku menunggu dalam kereta.. Pastu masuk kereta Amaani membebel dia cari kakak kat kantin takde.. pastu dia pegi kat tangga pun takde.. Amaani pegi balik kantin pun takde.. Penat Amaani carik kakak. Kasih pulak cakap Kasih gi surau.. tapi aku tengok kemain merah menyala muka Kasih balik sekolah.. Aku syak dia main kejar-kejar dengan kawan then terlupa dah janji hari-hari tunggu kat kantin..
Seronok jugak dengar cerita anak-anak kat sekolah... Kes Aleesya pulak kemain dia eksyen sekarang ni pegi sekolah..
Mama: Aleesya ok pegi sekolah? Nangis lagi tak?
Icha: Tak nangis.. Kawan je suka nangis lama-lama, Icha tak nangis.
Mama: Very good.
Icha: Mama, Icha kat sekolah paling pandai, paling comel, paling cantik,..
Mama: *MUNTAH*
Pitam aku dengan Aleesya ni hahahahhaha... Perasan macam bapak dia. Confident level tinggi gila, eksyen je memanjang.. semua hal dia je paling terror paling best.
Haritu ustaz datang ajar mengaji kat rumah.. So semua budak-budak ni mengaji.. Aku tak sihat sakit kepala so naik atas baring kejap.. Tetiba Aleesya naik atas panjat katil baring kat sebelah.
Mama: Eh dah habis ke mengaji?
Icha: Dah.
Mama: Icha ngaji apa?
Icha: Alif dengan Ba.
Mama: Tu je????
Pastu dah settle mengaji, Kasih mengadu tadi Aleesya mengaji Alif dengan Ba je mama.. Pastu dia cakap kat Ustaz dia mengantuk.. dia terus naik atas..
Pitam lagi sekali. Takpelah budak-budak kann.. tapi kalau sampai ke besar perangai macam ni awas ko ye.
Kueyteow bodoh je... Dah bekalkan Amaani, Kak Pilla pun tumpang lah bawak sekali.
Hari kedua punya bekal.. Ya Allah, semoga licin bekal budak-budak hari ni *tadahtangan*
Kak Pilla bawak bekal air sekali.. Now amalkan lemon+honey setiap pagi.
Esok tak sure lagi nak masak apa untuk bekal.. Any suggestions?
Love,
Filla.
22 comments:
aduhai aleesya sweet sgt perangainya
nice entry kak pilla....
1. bihun singapore
2. nasi goreng
3. spageti
4. nasi putih + lauk simple2
aleesya sblm g sekolah die nak bekfes x? die makan ape? anak sy 4y jgak g sekolah xnak bekfes dulu kat rumah.. risau plak...
buat nasi goreng patayya.hehehe
marvelous! dapat update blog hari-hari - seiring dengan vivy punya azam 2017. hehehe
esok masak nasi lemak.. simple!
sedap sangat bekalannya tu..no wonderla bole habis hihi :)
semlm kita masak ayam kicap sbb terliur tgk kak filla masak ari tu kat ig hahaha. husben mintak buatkan ayam kurma kita kata sabtu boleh tak sbb ari ni nk mkn ayam kicap hahahahaha
1-ayam madu 4 rasa
2-grilled chicken chop with garlic bread
3-ayam percik style kleantan sahaja
4-sushi king
5-lontong kuah lodeh
6-satay hj samuri style
7-pau ahmad gebu giler
8-etc
haa kan suruh bagi suggestion
Dia hisap milk je.. Sbb skilah dia ada provide makan ;)
Pitammmmm
Salam Filla
Beautiful posting...enjoy the moments dear. .it will pass oh so quickly..my kids are now all in unis..but their school years will always remain in my heart as the most cherished n sweetest memories ...bless all mothers..
Briyani gam pun ok pilla....hehe
Sandwich telur
Sandwich chicken ham n cheese
Sandwich sandwich sandwich. Hhaha
Chicken wrap
Sardin roll/puff
Takde idea kak pil.
Laksa mi kari.. asam pedas.. sambalntumis dgn nasi.. ikan goreng.. budu dgn timun.. telur goreng. Sawi goreng.. ok je.. time aku dulu...
HAI KAK FILLAAAA!! happy new year to you and your beautiful family! :'D rindu lah, kak filla niiii.
Nasi goreng tuna
Nasi goreng telur mata kerbau/ rebus
Susu kotak
Tuna sandwich
Keledek oren etc rebusss...nyam..tapi takut budak2 x minat
Nasi goreng + salmon tanpa tulang
Lepat pisang
Ketayap
Haha..over pulak
hi kak pillaa... hahaha.nak jgk bgtau ni..
ni kami hat tegur kak pila kat depan hospimart HKL baru sat td..hahaha...
nak jugakk teww!!
ok tu je bye.
sedap la plak tgk kuew teow tu..
Rajinnya kak..
Meh nk bg menu:
Nasi goreng bodoh
Mee goreng
Megi goreng
Sandwich telor
Sekarang mesti dah ok anak you kat sekolah. Hari ni 24 . 1 . 2017 bermakna lebih kurang 3 minggu dia ke sekolah.
alahai ..Amani dari kecik sampai dah besar acik follow tak pernah tak comel dengan perangai cool dia....good girl sgt ..semoga membesar dengan sihat dan menjadi orang yang berguna ye ... xoxo
Hahaha comel gila amaani...suka baca story bout dia tau
Post a Comment