Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Thursday, July 21, 2016

ASTRO Circle Kid's Club

Baru-baru ni Kak Pilla berpeluang bawa Aleesya ke acara Disney Dream Big, Princess Academy anjuran Astro Circle dan Disney di DoubleTree Hilton.  Silap tak sempat nak belikan Aleesya gown princess nasib baik dapat crown dalam goodie bags tu ;)

Seronok tengok semua kanak-kanak sporting habis dengan gown ala-ala princess.  Rata-rata yang hadir ialah keluarga yang melanggan Pek Astro Kids.. Kagum sebab semua ibu-bapa sporting habis dan teruja bersama anak-anak datang event tu..

Nak tau apa yang menarik perhatian adik-adik kecik ni? Dah tentulah kehadiran Cinderella, Rapunzel dan Sofia the First.  Characters ni semua datang untuk menceriakan kanak-kanak dan memberikan inspirasi serta membimbing kanak-kanak yang hadir untuk percaya pada impian mereka dan menonjolkan kreativiti masing-masing supaya mereka juga boleh menjadi seorang princess ;)

Cinderella tampil menawan dan lemah lembut sesuai sebagai seorang puteri ;)

Excited Aleesya dapat bergambar dengan Cinderella.. Nasib baik dia nak naik atas stage dan tak rasa malu pun.. 

Rapunzel ni cheeky sangat.. sempat betulkan crown Aleesya hehe

Tengok riak muka Aleesya teruja tak boleh nak control hahah

Sambil tu kita buat decoration menghias tanglung bersama papa..

Antara Cinderella, Rapunzel dan Sofia the First.. ini yang paling Aleesya teruja..

Sebelum naik stage dia asyik tanya je Sofia nak balik ke? nak balik ke? Takut sangat dia tak sempat amik gambar dengan Sofia the First.. Nah siap hug tak nak lepas hahahahaha.. Sukanya dia impian menjadi nyata.. bukan alam fantasi, tapi in real life dapat jumpa Sofia the First ni.. 

Puas hati Aleesya dapat bergambar dengan semua characters Disney yang dia suka..

Antara bloggers yang hadir event best ni Kathy and Audrey.. Semua anak-anak happy hehehe
 
Kak Pilla and Kathy pon enjoy sangat attend event ni sebab ibu-ibu ni apa lagi yang menggembirakan kita selain tengok anak happy ;)

Aleesya terus jadi lemah lembut macam princess hahaha..


Ni Kak Pilla nak bagitau korang yang ada anak-anak kecik yang suka princess-princess ni.. Jom register Disney Kids Club iaitu sebuah program keahlian eksklusif, kolaborasi bersama Astro Circle untuk pelanggan saluran Disney (Astro CH 615) dan Disney Junior (Astro CH 613) dalam Pek Astro Kids ni.. Nak tau apa benefit kalau you all register?


 Kelebihan mendaftar dengan Disney Kids Club:

- VIP event passes
-Meet and Greet with your favourite Disney Characters
-Disney movie screening tickets
-Disney giveaways 

Eh sapa tak suka kan? Jom kita register bersama-sama.. Untuk maklumat lanjut jom layari 



Love, 
Filla.

Thursday, December 18, 2014

Astro melancarkan 10 saluran baharu! #AstroHDUniverse

*scroll down for new entry*

Hari selasa (11 November 2014) Kak Pilla berpeluang menghadiri pelancaran 10 Channel, 8 HD dan 2 SD baru dari ASTRO bertempat di Soju, Sunway.. Majlis pelancaran ni wowwwww sangat!!! gilang gemilang tak berkelip mata Kak Pilla ok.

Astro dan kita dah tentu tak dapat dipisahkan lagi sebab hampir di setiap rumah kita ada Astro kannn.. So Kak Pilla agak excited bila dapat tahu Astro is launching 8 HD and 2 SD channels.. Banyak tu.. dan antaranya ada jugak ZooMoo channel untuk kanak-kanak.. Kat rumah tu yang pegang remote control dah tentu lah anak-anak.. Nanti Kak Pilla cerita lebih detail lagi tentang 10 channel baru di Astro ni..

Di perkarangan pintu masuk Soju.

Selepas registration, Kak Pilla di bawa masuk ke dalam ni.. Wow feeling dia macam nak masuk tengok wayang :) gempak sangat ni.

Tercengang sekejap bila melangkah masuk.. Dalam suasana samar-samar terpampang character-character handalan yang bakal menemui kaca tv anda.. Your New HD Universe!!!

Antara bloggers yang bertuah menghadiri launching of HD New Channel di ASTRO.

Orang ramai mula memenuhi ruang dan menunggu kemunculan Mr. Henry Tan selaku COO of ASTRO.

ASTRO Go Beyond, memang dah betul sangat tu.

Kami dihiburkan dengan muzik rancak dari sekumpulan abang-abang hensem ni.. Kak Pilla dah goyang-goyang kaki dah time nie hehehehehe.. rancak dan bersemangat sangat :)

Kemudian dalam suasana yang akan mendebarkan Mr Henry Tan, COO of ASTRO diiringi keluar oleh stormtroopers bersenjata.. Amboi dah macam tengok movie hahahah.. 

Ok now Kak Pilla nak terangkan dengan lebih terperinci mengenai 10 Channel baru dari ASTRO.

Kini kita boleh menikmati drama, sitcom, sports, movies, documentaries dan banyak lagi kerana kesemua 10 saluran baharu ini akan bersiaran bermula 16 November 2014 dan mengandungi 8 buah saluran Berdifinisi Tinggi (HD) dan dua buah saluran Definisi Standard (SD)

Dulu saluran HD Astro bermula dengan hanya empat buah saluran HD yang dilancarkan pada tahun 2009 dan kemudian meningkat kepada 40 buah saluran.  Kini dengan pelancaran lapan buah saluran HD menjadikan keseluruhannya 48 buah saluran HD.  Syabas ASTRO!  Dengan penambahan 10 saluran baharu ini, para pelanggan Astro kini mempunyai pilihan lebih dari 180 buah saluran yang ditawarkan menerusi pelbagai pakej menarik.. Pilih je nak yang mana ;)

Pelanggan HD channel boleh menonton kesemua sepuluh HD dan SD channel baru ini secara percuma dari 16 November hingga 28 February 2015. Semua pelanggan ASTRO HD juga boleh menikmati access to Astro on the Go (AOTG) dari 1 Disember hingga 8 February 2015 (tertera pada pakej)

Kini pelanggan Astro HD boleh menikmati 9 preview channels (8HD/1SD) dari 16 November 2014 hingga 28 Februari 2015.

ASTRO turut melancarkan dua pakej baharu iaitu Fans Pack (Value Pack 4) dan Astro Super Pack Plus yang menawarkan lebih pilihan dan nilai kepada para pelanggan mengikut pilihan pakej mereka.  Fans Pack yang boleh dilanggan dengan bayaran RM99 sebulan, bakal menarik peminat sukan yang gemar tayangan berbentuk HD di samping berpeluang menonton kandungan hiburan terbaik tempatan dan Asia.

ASTRO Super Pack Plus yang bermula dengan RM178 menawarkan perkhidmatan video atas permintaan terbaharu, Astro Plus, pilihan pek premium seperti Mustika, Dynasty, Astro On Demand, Astro Box Office, Maharaja dan Chakravathy serta saluran seperti A-List dan termasuk akses Astro's Listen dan perkhidmatan digital Read dan Play.  Pelanggan Astro PVR dengan Super Pack akan menikmati pratonton secara percuma kepada semua perkhidmatan dan saluran Astro Super Pack Plus bermula 3 Disember 2014 sehingga hujung Februari 2015.

Yuran HD juga akan dinaikkan dari RM20 ke RM25 bermula 1 Disember 2014, ini merupakan kenaikan pertama semenjak perkhidmatan HD diperkenalkan pada tahun 2009.  

Kak Pilla paling suka DIVA Universal HD coz channel ni memang sesuai untuk perempuan heheh.. ada drama, movies dan dynamic reality shows.  Paling suka tengok SupermodelMe S5 Sirens, The Good Wife S6 dan Brooklyn Nine-Nine S2.. Layaaannnn hahaha... Eh lagi satu Kak Pilla suka tengok FYI HD di channel 736.  dia macam contemporary lifestyle.. korang boleh tengok lifestyle programming ada mix of reality sikit, ada culinary utk yang suka memasak, ada home renovation untuk yang suka deco-deco rumah pastu siap ada makeover series yang Pak Radie suka tengok jugak :) 

DIVA Universal HD (CH723)

Tapi selalu berebut dengan The Kasihs sebab diorang suka Zoo Moo kat Channel 619.  Tapi Kak Pilla tak halang sebab channel ni bagus sebab ada educational bukan kartun semata-mata.. Budak-budak boleh belajar "All about animals" so budak-budak boleh explore the animal world dengan cara yang paling entertaining dan interactive.. So boleh lah diorang kenal animals.. Jangan jadi Kasih ye.. Sebab haritu Elly cerita Ameera yang 9 tahun sebaya Kasih tu tak tau lalang tu apa, dia ingat lalang tu sayur boleh makan.. Bila test Kasih pulak, Kasih apa tu lalang? Dia muka confident, lalang tu belalang lah! OMG.. Pasni kita tengok channel yang boleh bagi dia learn something sikit.. Zoo Moo bagus sangat. 

ZooMoo (CH619)

Kini ada 48 HD Channel di ASTRO.. Satu pencapaian yang sangat membanggakan!

Tahniah kepada pihak ASTRO dan semua pihak yang terlibat menjayakan pelancaran 10 HD Channel baharu di ASTRO.

Sebelum balik kami dihidangkan dengan makan malam yang sedap dan persembahan menakjubkan dari 2 orang gadis yang beraksi dengan gelung.. Kak Pilla tengok dia pusing-pusing kat gelung tu terus sakit perut.. Tinggi tu kalau jatuh caner? hahahahaha.. 

So mari lah kita menikmati 10 Channel HD dan SD baharu ni dengan gembira ye.. yelah Astro ni dah dinikmati 4.2 juta isi rumah dan 16 juta penonton serata dunia ok.. Syabas Astro! Semoga dengan peningkatan dan kemajuan melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menghiburkan kami semua, Astro akan sentiasa menjadi peneraju kumpulan media di Malaysia dan Asia Tenggara.  Syabas!

Visit www.astro.com.my for details.


Love, 
Filla.

Friday, January 31, 2014

ASTRO ANUGERAH MELETOP (AME)

*scroll down for new entry*

Hari ni aku nak ajak korang semua berdiskusi tentang dunia hiburan tanah air.. Amboih KakNam sangat Kak Filla sekarang nie.. hahaha.. Lama kot tak cerita pasal dunia hiburan.. Cerita kat blog memang jarang lah.. tapi jangan tak tau ye.. Aku follow ramai artis kat Instagram... korang pon follow kannnn? jangan tipu, tipu dosa! hehehe...

So Kak Filla nak sembang apa pulak ni? Eh, korang tau tak Anugerah MeleTOP ERA bakal berlangsung pada 8 Februari 2014 nie? Kalau korang tak tau, meh aku bagitau... Anugerah MeleTOP Era ni dianjurkan dengan kolaberasi program program hiburan mingguan Astro iaitu MeleTOP dan radio ERA fm.  Astro dan radio Era fm memberikan kuasa sepenuhnya untuk penonton mengundi selebriti-selebriti bagi setiap 14 kategori yang dipertandingkan.. Amboi Kak Filla dah macam wartawan hiburan dah sekarang.. bahahahahahha...

Bagi pemilihan Fasa Pertama dah pun selesai pada 10 Januari 2014 hari tu.. Sekarang dah dishort listed kan kepada 5 calon akhir bagi setiap kategori.. 

Mari kita lihat senarai penuh calon 5 terbaik untuk 14 buah kategori yang dipertandingkan:

Lagu MeleTOP

  1. Bahagiamu Deritaku - Hafiz
  2. Galau - Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Infiniti Cinta - Zizan feat Kaka
  4. Kita - Forteen
  5. Muara Hati - Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza

Penyanyi MeleTOP

  1. Akim
  2. Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Hafiz
  4. Najwa Latif
  5. Stacy

Grup/Duo MeleTOP

  1. Dato’ AC Mizal & Mawi
  2. Forteen
  3. Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza
  4. Najwa Latif feat Sleeq & Sham Kamarul
  5. Zizan feat Kaka

Program Radio MeleTOP

  1. Carta ERA 40
  2. Carta Fulamak SINAR
  3. Carta MeleTOP 40 ERA
  4. JoHaRa Pagi ERA
  5. SINAR Pagi
Penyampai Baru Radio MeleTOP

  1. Aril - ERA fm
  2. Feeya Iskandar - SINAR fm
  3. Nabil - ERA fm
  4. Shasha Al Khred - ERA fm
  5. Zahid - ERA fm

Filem MeleTOP

  1. Highland Tower
  2. KL Gangster 2
  3. KL Zombie
  4. Lawak Ke Der?
  5. Sepah The Movie

Bintang Filem MeleTOP

  1. Aaron Aziz - KL Gangster 2
  2. Jep Sepahtu - Sepah The Movie
  3. Siti Saleha - KL Zombie
  4. Yana Samsudin - Minyak Dagu
  5. Zizan Razak - KL Zombie

Program TV MeleTOP

  1. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
  2. Love You Mr Arrogant
  3. Maharaja Lawak Mega 2012
  4. MasterChef Selebriti Malaysia 2013
  5. Super Spontan 2013

Bintang TV MeleTOP

  1. Azlee Khairi - Love You Mr Arrogant
  2. Jep Sepahtu - Super Spontan 2013
  3. Johan - Maharaja Lawak Mega 2012
  4. Zara Zya - Love You Mr Arrogant
  5. Zizan Razak - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
Bintang Siber MeleTOP

1.         Aaron Aziz
2.         Dato Siti Nurhaliza
3.         Emma Maembong
4.         Najwa Latif
5.         Zizan Razak

Couple MeleTOP

  1. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
  2. Diana Amir & Habib
  3. Fizo Omar & Mawar
  4. Izzue Islam & Awin Nurin
  5. Nabil Ahmad & Nazirah

Artis Baru MeleTOP

  1. Azhael AF 2013
  2. Faizul AF 2013
  3. Risteena Munim
  4. Syafiq Kyle
  5. Zara Zya

Fesyen MeleTOP

  1. Elfira Loy
  2. Nora Danish
  3. Nur Fazura
  4. Shila Amzah
  5. Zizan Razak

Artis Serantau MeleTOP

  1. Afgan
  2. Randy Pangalila
  3. Sleeq
  4. SM*SH
  5. Tegar
Ada 2 lagi kategori paling Hot dipertandingkan iaitu:

Top Top MeleTOP (Lelaki) - dipilih berdasarkan selebriti lelaki yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon 5 terbaik.

Top Top MeleTOP (Wanita) - dipilih berdasarkan selebriti wanita yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon 5 terbaik.

Total ada 16 kategori dipertandingkan.  Eh tapi ada lagi satu kategori baru iaitu Anugerah WeChat MeleTOP.  Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan akan dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi menerusi Aplikasi WeChat yang diterima oleh selebriti yang tercalon.

 Amboi beria-ia korang kannnn.. Dah ada lah tu target artis kegemaran tuuuu... Hehehehe... Soalan seterusnya... Cemana nak undi selebriti-selebriti kegemaran i ni kak???? Senang je dik, nanti akak ajarkan ;)

Baca dulu apa Kak Filla nak cerita nieeeeee.. Jangan gelojoh sangat.... Ni part yang best nak cerita nie... Tema AME pada malam gilang gemilang tu nanti ialah "Yang Hit, Yang MeleTOP".. Eh terbayang pulak Nabil ngan Neelofa sebut MeleTOPPPPP!! hehehehe.... 

Nak tau siapa artis yang akan mengadakan persembahan di Anugerah MeleTOP Era tu nanti? kita ada Hafiz, Stacy, Mark Adam, Najwa Latif, Azhael dan ramai lagi.. Artis jemputan dari Indonesia iaitu Cakra Khan pon ada ye.. 

Kat suratkhabar pon dah keluar ni hah.... Pengacara Anugerah Meletop Era, tak lain dan tak bukan, Dato' AC Mizal, Nabil dan Neelofa!! Juga turut dijayakan oleh Khairil Azam Pilus (Aril) dan Hanis Zalikha selaku hos Karpet MeleTOP.

Jangan lupa undi selebriti-selebriti yang korang rasa paling layak untuk kategori masing-masing... Nanti kalau selebriti bukan pilihan yang menang, korang jugak yang sibuk tak puas hati lah.. sok sek sok sek lahhh.. lepas geram kat fb lah.. kat blog lah... Tak moh camtu yekkk... Ni orang dah bagi peluang, apa lagi? pegi lah vote.. 

Cara-cara untuk menghantar undian

Cara-cara mengundi melalui empat buah laman web rasmi
1.      www.meletop.com.mywww.facebook.com/mymeletopwww.era.fm atau fb.era.fm
2.    Orang ramai hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang masuk Facebook Login yang terdapat pada laman web berkenaan.
3.      Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.
4.      Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

Cara-cara mengundi melalui kiriman SMS
1. Undian melalui SMS yang boleh dilakukan untuk semua pengguna Telco
2.  SMS AME Hantar ke 32777. Contoh: AMEA1 dan hantar ke 32777
3. Untuk undian pukal: Taip AME<3> Hantar ke 32777. Contoh:
    AME20A1 dan hantar ke 32777
4.  Setiap SMS dikenakan caj sebanyak RM0.50 setiap undian
5.  Tidak ada had yang ditetapkan untuk undian secara SMS


Cara-cara mengundi melalui Aplikasi WeChat
1.      Orang ramai hendaklah memuat turun aplikasi WeChat
2.      Selepas muat turun, klik “Social” dan klik “Add by ID”
3.      Cari “AstroGempak” dan “Follow” akaun rasmi Astro Gempak untuk mengundi
4.      Setiap pengguna WeChat dibernarkan untuk mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

Contoh undian secara SMS:



*Undian dibuka bermula 16 Januari hingga 8 Februari 2014, jam 6.00 petang. 

Sebelum terlupa, sila block date anda.. Anugerah MeleTOP Era akan diadakan pada 8 Februari 2014 dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705 serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan laman YouTube Astro Gempak.

"HAPPY VOTING"



Love, 
Filla.

Thursday, September 05, 2013

ASTRO Go Beyond Negaraku..

Hari Sabtu petang hari tu aku ada kat Mid Valley.. Ada event Astro Go Beyond Negaraku... Memula agak blur apakah bendanya siap Negaraku plak tu... 

Tapi lepas tengok Lisa Surihani, tak pe. kita lupakan dulu yang lain-lain.. baik snap gambo dia dulu.. hahahha.. lepas tu orang dah start nak kerumun Lisa.. so ai pon cabut lah pusing-pusing tengok apa yang menarik..


Sebernanya Astro Go Beyond Negaraku ini diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56.. Astro membawakan yang terbaik menerusi pelbagai kandungan televisyen, online dan aktiviti menarik secara langsung bagi meningkatkan unsur positif dan kegembiraan. 

Aktiviti ni semua ialah kempen #gobeyond dan #UrMalaysianIsShowing dan pelancaran muzik video yang bertajuk "Excuse me Sir, your Malaysian is Showing".


Kak Filla buat apa tu? Ai nak design my own t-shirt la weiiii... ha kan dah keluar UrMalaysianIsShowing punya bahasa.. kahkahkahhhh.. kewl gila sebenarnya.. aku dah tengok semua orang Astro pakai t-shirt yang tulis kelakar-kelakar.. rupanya kita pon boleh design sendiri and purchase, hanya RM25 dan wang hasil jualan t-shirt akan disalurkan untuk charity.. nak design t-shirt? pegi kat sini ------> FB: https://apps.facebook.com/yourmsianisshowing dan ada banyak perkataan yang sinonim dengan rakyat berbilang kaum di Malaysia :)

So mari bergaya sambil beramal ;)

with beautiful Jane

Majlis berlangsung dengan meriah... Kepada pemenang.. Tahniah diucapkan.. Gigih korang semua tau.. tu yang ahkak sanggup tunggu semua sampai ke last checkpoint.. 

Untuk maklumat lanjut:

kempen Astro Negaraku dan "Excuse Me Sir, your Malaysia is showing" 

Create your own t-shirt

Maklumat tentang Go Beyond

Dapatkan apps FB Go Beyond dan tetapkan nilai positif diri anda di