Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

I LOVE S&P SANTAN COOKING WORKSHOP.

Hai :)

Baru-baru ni Kak Pilla berpeluang menyertai I Love S&P Santan cooking workshop di FFM Marketing Sdn. Bhd, Sungai Buloh.  Ada 6 bloggers yang involved dalam cooking workshop ni termasuk Kak Pilla.  Selain dari tu ada juga team dari Rasa (Grup Majalah Karangkraf Sdn. Bhd.) dan Didadee Sdn. Bhd (Malaysia's Official Weibo Agency).. Actually Kak Pilla rasa happy sangat sebab berpeluang menyertai program yang macam ni sebab Kak Pilla kan suka masak-masak hahahah..

Kitorang sampai tepat seperti waktu yang dijanjikan.. So pagi tu ada sesi beramah mesra dan bergambar :)

Ok mari berkenalan kata dia heheheh

Ini antara produk dari S&P Santan yang wajib ada di setiap ceruk dapur kita ok?  Kenapa Kak Pilla cakap camtu? Sebab S&P Santan ni pioneer in Malaysia's coconut milk powder industry.. bukan setakat dalam Malaysia ye, tetapi di dunia! Santan S&P dipasarkan di 40 buah negara.. Sila kagum sekarang.

Personally Kak Pilla sangat suka santan S&P sebab penyediaannya yang ringkas.  Especially yang powder tu sangat menjimatkan ruang untuk storage.  Selain tu kebersihan santan S&P 100% dijamin jika dibandingkan santan segar yang jual di pasar-pasar tu hehehe

Oh tu gambar Kak Pilla pegang S&P Santan coconut drink tu belum ada dipasaran ye.. Bertuah kitorang dapat rasmikan.. Memang sedap dan satu kelainan dari minuman biasa.. Don't worry sebab S&P Santan ni 100% natural, no preservatives and no cholesterol.. So sila gunakan dengan yakin..

Sebelum cooking workshop bermula mari kita bergambar dulu :)

Kami bertiga blogger wanita ( ceeranoh dan Elly )yang bakal mempamerkan aksi memasak sebentar lagi.. confident level mesti tinggi hahaha.. 

Sebelum bermula kami disediakan dengan light breakfast yang omg sedapnye.. siap ada sambal santan untuk cicah ngan spring roll tu.. ohsem sangat rasa sambal dia.. nak mintak resepi ngan Chef tapi segan pulak hehe

Mr. Tony Loh Kok Lim selaku Business & Product Development Management Manager memberi sepatah dua kata sebelum acara bermula.. Wow Kak Pilla berdebar-debar time ni.. Berebut-rebut carik teammate masa ni.. 

Hah ni lah tempat kitorang berentap siapa masak lagi terror.. Feeling master chef terus.. hahah tu lah cita-cita ai bila tiap kali tengok master chef kat tv.. ini masak ada partner pon berdebar, cemana orang yang masak sorang-sorang.. Stresssss ok??? hahaha

Perlu ke nak kenalkan lagi? Popo Elly in da houze yoooo hahaha.. nama kumpulan we olls ialah OMG.. ye tau nama tu poyo dan gedik. Eh sukati lahhhh hahahaha.. kitorang nak tiap kali Chef rasa je masakan kitorang, Chef akan kata OMG!! sedap gilaaa.. hahahhaha.. 

Tadaaaaa!! Ni pun rasanya tak perlu diperkenalkan sebab ni lah Chef terhebat dan popular yang sering keluar tv dan majalan.. Chef Andri in da houze yo!!! dengan tag line dia "Yummy Yummy".. nak fokus je Chef Andri akan jerit "Yummy Yummy" so participants semua akan jerit "Yummy Yummy".. tapi kadang kitorang yang jerit and Chef kene jawab.. Chef macam confuse ni rancangan masakan siapa ni? hahahahah

Ada 3 menu yang akan disediakan oleh kami semua.. Semua menu menggunakan produk S&P Santan dan product tajaan FFM..

1 - Spinach Broccoli Coconut Soup
2 - Baked Cajun Chicken Wings
3 - Cavendish Coconut Fritters

Nak resepi? Nanti rajin Kak Pilla share ok :)

Awal-awal dah tamak nak duduk depan.. sebab ai rabun.. Kene lah meja depan supaya nampak Chef kat depan.. Jangan main-main ye.. Elly memang very particular and detail.. Dah ada resepi pon tetap nak salin apa yang keluar dari mulut Chef.. Kitorang satu table ngan team KYSpeaks and KampungBoyCityGirl.  Diorang ni team paling sempoi dan kelakar habis.. Memang ngam lah ngan team kitorang yang gila ni.. Asyik bergaduh hahahahah... Tapi kita gang kamcing masak pon share-share ;)

Amboi ni betul-betul busy ke buat-buat je? hahahah.. Tapi enjoy sangat ok... 

Oven ada satu so kitorang kene share.. team sebelah tolong buatkan bread tu.. Lepas ni Kak Pilla nak bertukar kepada Massimo bread pulak.. sedap gila rupanya... Siapa tengah diet boleh beli Massimo whole meal bread ni.. terbaekkkk!!!  kitorang tolong buatkan broccoli stock.. Kak Elly muka jangan nak serious sangat please.

Tadaaaaa!! Jangan memain, bergulung-gulung roti kitorang ok.. Hahahahhah... Komen Chef Andri ialah "Ni puree ke soup?" OMG! hahahah terus terbayang puree baby hahahahaha.. Ada kesilapan sikit sebab soup kitorang terpekat sikit.. tapi still delicious kata Chef Andri (percubaan mengambil hati mungkin) thanks Chef.

Then ada 5 minutes break sebelum sambung menu kedua.. Kali ni share oven untuk baked chicken pulak.. Ok your chicken there, my chicken here.. hahahaha... diorang ni selamba gila, dah siap masak selamba makan ayam kitorang sebab diorang lapar dan dia kata sedapppp.. 

Chicken ready in the oven.  Pastu bising set timer, set timer, nevermind i set my watch also don't worry.. pastu not enough ni.. bake some more... bake some more.

Tengok pada gaya memang ada harapan Team OMG nak jadi juara nie.. kahkahkahhhh

Gambar ni Kak Pilla ada share kat IG.. Tapi silap ni sebenarnya masakan Chef Andri hahahahahahahhaha.. kesian you alls tertipu.. 

Ok ni baru Team OMG punya.. not bad kan? 

Tengok over ke tak Team OMG.. Chef Andri rasa chicken dulu.. pastu dia tengah feel makan tu.. Kitorang paksa rasa sauce dia.. "Chef, tu baru chicken dia... nak lagi sedap Chef kene rasa sauce kitorang sekali, sedap gilaaa Chef!".. pitam dapat participants macam ni.. hahahahhaha.. Tu muka Kak Pilla macam tengah cakap "Haaaaa, kan i dah kata.. sedap kannnnnn"... Muka Elly pulak kegembiraan dan bangga hahahahaha.. yang lain muka gembira tapi dalam hati "Eh nyampah team OMG ni over sangat".. 

Sesi pemarkahan.. 

Masuk last menu Kak Pilla and Kak Elly dah tak terdaya nak maintain vogue dengan high heels memasing.. Mengada sangat masak pakai kasut tinggi.. Ambik kau memasing mengeluh sakit kaki.. Last-last kaki ayam je.. ke hulu ke hilir kitorang berkaki ayam.. vogue sangat.

Cavendish Coconut Fritters paling senang dan paling sedap! Kene guna pisang, 2 cups of Seri Murni Cooking Oil.. 1 cups Blue Key Self Raising Flour, 1/4 teaspoon bicarbonate of soda powder, 1 cup soda water. Untuk coating pulak, 1 cup S&P Santan Sejati Desiccated Coconut (Yang Kak Elly lumur kat pisang tu) , 1 cup Blue Key Superfine Flour. 

Kak Pilla celup-celup dalam bancuhan Blue Key Self Raising Flour tu.. then Kak Elly lumur ngan S&P Santan Sejati Desiccated Coconut tu.. tu yang dia jadi crunchy dan sedap tu.. 

Haaa best sangat!! Dapat pulak partner sebelah ni pon kepala best.. Memang enjoy sangat kitorang ;)

Ini team KYSpeaks and KampungBoyCityGirl punya... Over sangat siap ada menara ni hahahahha... Tapi kagum jugak lah kitorang tengok ni... hahahahah

Jeng Jeng Jeng... Chef cakap dia potong je Banana Fritters kitorang ni dia terus nak try rasa.. Bila Chef Andri rasa terpejam-pejam mata Chef kahkahkahh.. Tak tipu ok.. Pastu Chef jerit "OMG!!! delicious, ohsemmmmmmm!!!!" eventhough banana over cooked sikit, tapi the taste still sedap and still crunchy.. Waaaahhh merah padam muka Kak Pilla and Kak Elly sebab malu... huawahahahahha.. 

Nampak tu muka Chef Andri? tak terkata sebab sedap sangat hahahahahahahah... hanya mampu bertepuk tangan sambil menggeleng-gelengkan kepala je.. hahahahaha.. 

Tak lama lepas tu tiba lah masa untuk mengumumkan pemenang.. Tapi Kak Pilla tak snap gambar sebab terlampau berdebar dan khusyuk nak tau pemenang... Dan kitorang kalah hahahah.. Kalau ada kategori team paling over kemungkinan besar milik OMG.. cuba lagi tahun hadapan. hahahaha... Pemenangnya ialah Team Weibo kat belakang meja kitorang.. Tahniah kepada Weibo Team, you all memang hebat ;)

Bergambar kenangan bersama Chef Andri yang sporting dan kelakar.. 

All of us.. We Love S&P Santan.  From now on, Kak Pilla bertambah yakin dengan semua produk S&P Santan.. Mereka adalah leading brand untuk coconut milk powder industry di Malaysia dan dunia.. Dah tentulah Kak Pilla yakin dan takkan pandang yang lain.. Oh lupa nak share, kalau korang guna santan powder tu untuk masak lauk ke apa-apa yang berkuah ke.. tak perlu bancuh ngan air pon.. just letak je powder tu kat kuah dan kacau hingga larut dan sebati.. Eh senang sangatttttt nie.. Kalau gi travel pon senang bawak yang serbuk tu.. tak perlu risau dia nak basi ke apa.. Siapa belum pernah try, Kak Pilla memang recommend sangat ok.. 

Sebelum mengakhiri entry ni, Kak Pilla ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada S&P Santan, Chef Andri dan Nuffnang kerana memberi peluang untuk Kak Pilla menambah ilmu dan pengalaman dalam bidang masakan.. Terima kasih juga diucapkan kepada FFM Marketing Sdn. Bhd. (FMSB) selaku penaja venue Cooking Workshop ini.. Antara produk dari FFM Marketing Sdn. Bhd. (FMSB) ialah tepung Blue Key, Massimo bread dan Star brand flavoring and coloring.  Sesiapa yang berminat untuk menyewa venue ini untuk buat Cooking Workshop dialu-alukan ye.. Peralatan semua canggih dan baru :)

for enquiries please contact:
website: www.ppbgroup.com
email: marketing@ffmb.com.my
telephone: 03-61457888

Ok yang ini paling menarik ye... Siapa nak menang hadiah jom kita join contest kat bawah ni:


Anda suka memasak??? Ok siapa suka masak dan nak menang hadiah menarik jom kita join contest nie.. Senang je.. cuma perlu Like FB page S&P Santan dan hantar entry.. Nak tau apa hadiah dia?? Best okkk!!

Prizes: 
Grand prize:
RM 300.00 worth of shopping voucher, branded cooking sauce pot (worth RM 548.00) and Santan® goodies bag (worth RM 50.00) 

Second prize:
RM 200.00 worth of shopping voucher and Santan® goodies bag (worth RM 50.00)

Third prize:
RM 100.00 worth of shopping voucher and Santan® goodies bag (worth RM 50.00)

Consolation prizes: 
10 X S&P goodies bag (worth RM 50) 

Contest period: 10 November - 5 Disember 2014.

So jangan buang masa, mana tau share resepi tetiba menang pulak.. 

Visit www.spfood.com and www.facebook.com/SPISANTAN for details. 



Love, 
Filla.

Tuesday, June 10, 2014

HI-TEA BERSAMA EPHYRA DAN READERS PEEJ BURHAN.

Aku update mana yang aku ingat dulu ye.. Bila takde entry, takde langsung.. bila ada, amboih pening nak update yang mana dulu.. gituh. 

Haritu aku dapat invitation dari Peej Burhan untuk attend hi-tea Ephyra.. Korang caya ke aku dapat invitation? Elly dapat invitation? caya ke? memang tak la.. hahahah.. Kitorang wajib hadir ok.. nasib Elly tak jadi gi Singapore date tu hahaha.. kalau tak confirm Peej pancit kan tayar kereta ko.. hahaha.. 

Actually hi-tea ni lebih kepada gathering untuk loyal reader kepada blogger handalan Peej.. mampos aku kene sepak ngan dia jap gi ni.. hahaha.. korang macam tak tau.. Peej tu kan pemalu.. dengan aku and Elly je dia tak malu.. seminggu sebelum event ni dia dah cuak dah.. malu lah apa lah.. nyampah sangat tau.. Apa yang ko nak malu sangat peej.. Kalau korang nak tau, Peej ni penyegan sikit.. dia tak biasa ngan orang yang dia tak biasa.. nanti dia senyap je.. muka nampak macam gangster.. tapi pemalu.. tak sesueiiiii.. hahah bestnya kutuk ko kat sini.. hahahaha

Sebenarnya Peej dan kitorang (kaki sibuk ialah aku ngan elly dan noy mungkin) hahah.. kitorang excited jugak untuk sama-sama memeriahkan event ni.. Event ni khas untuk pembaca blog Peej dan juga pengguna setia Ephyra.. tak kira yang pernah beli Ephyra dengan Peej atau pun tidak.. Mostly semua beli ngan Peej kot.. even ada yang dah pernah jumpa Peej pon sebelum ni sebab COD je kan.. tapi Peej tetap malu... Aku harap lepas ni dia dah kurang malu sikit.. hahaha..

antara yang hadir..


kagum tengok kulit akak-akak ni.. macam orang muda.. padahal anak dah remaja u olls.. tu lah benefit minum Ephyra kelas kau Jah.




tu pun dah kuis-kuis Peej.. "Ko dah round meja belah sini ke belum?" laju je dia jawab "dah lahhhh".. hahaha.. event ni pulak date memang cuti sekolah.. so tak dapat dinafikan ramai yang balik kampung dan ada wedding sedara mara so ramai yang dah booked tapi terpaksa cancel atau langsung menghilang tanpa berita... aku pun actually cabut cepat dari majlis akad nikah cousin aku.. nasib dekat.. so sempat lah join.. 

Elly, Pilla and Ceera.  Geram tau lepak ngan dorang ni.. memang gelak ngan menghentam orang je keje.. Ceera ni kalau ko tak kenal memang bajet dia sombong.. hakikatnya memang dia sombong.. kuakakakkaka.. eh ahkak gurau je.. muka dia takde perasaan.. tapi dia best sebenarnya *ohemgeeakuterpaksakeapani..  

Tak lama lepas tu.. pengasas Ephyra Puan Amyza menyampaikan sepatah dua kata.. time ni Peej dah kecut perot dah sebab confirm lepas ni dia kene ke depan hahahah.. aku suka tengok dia gelabah.. 
Puan Amyza menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pengguna Ephyra yang terus menyokong Ephyra dan tak jemu-jemu minum Ephyra.. contohnya aku lah.. sedap sapa tanak kannn.. hehe

Tengok pon dah tau Peej tengah ada kupu kupu dalam perot... hahaha.. aku baru nak angkat tangan "saya cadangkan kita buat Q&A bersama Peej" nasib aku tak sempat suggest.. kalau tak.. habislah ko Peej.. hahahaha.. So macam Peej pon mengucapkan ribuan terima kasih kepada customer-customer yang membeli Ephyra dengan Peej dan sentiasa support Peej.. Eh betul ke Peej tu ucapan ko? gila aku dah lupa dah apa ko cakap.. hahahahah

Kemudian diikuti ucapan dari ermmm lupa nama hahaha.. kiranya orang kuat Flora Cafe ni lah.. Eh aku lupa cakap tempat ni kat mana yeh? ni kat Flora Cafe, Ampang.  Banyak event buat kat sini.. tempat ni romantik gila.. macam makan di dalam taman.. amboi fairy tale sangat.. Elly suka lah tu.. kalau nak buat romantik dinner pon boleh.. paling aku suka ialah food dia.. perghhhh makanan tradisional gituh.. itu Kak Pilla like ;) 

Banyak kot makanan dia.. nak pitam kitorang nak perabiskan.. siap tapau bawak balik.. 

goreng pisang pon aku tak paham kenapa yang sedap sangat ni? macam kene mandrem pulak.. 

ni kek gula hangus eh? aku tak tau nama.. tapi sedappppp! eh kau ni Pilla amender yang tak sedap.. semua pon ko cakap sedap hahaha

Ini paling win sekali.. cucur udang crunchy.. menangis sambil makan ni.. udang tak kedekut.. gemok2.. bagus betul.. dah lah udang tengah mahal ni kan.. apa lagi.. laju-laju korek udang hahahaha.. ada sos dia.. tak sompek tunggu sos dah bedal dulu.. 

yang ni mihun goreng pon sodap.. ada spagheti ngan nasi goreng kampung.. aku tak sempat snap.. sebab tengah makan tak kuasa nak amik gambar.. semua rasa dia sedap.. macam ko makan mak-mak masak.. terbaek.

rojak buah pon ada.. ni Ceera ngan Elly bedal banyak... tapi paling terror Ceera.. bila orang semua dah terduduk kenyang.. dia amik terus satu mangkuk besar ni.. makan sorang-sorang hahaha.. 

ubi rebus pon ada ok..

Adik nak cicah apa? sambal tumis ikan bilis ke cicah kelapa ngan gula melaka.. eh ke gula merah? ai is fail lah nama-nama makanan ni.. tapi makan never fail.. hahahah

berjejeh ailio tengok balik ni.. 

ni Peej bawak.. lepas bedal kat sini.. Peej siap bagi sorang sebekas smiley ni.. Thank you Peej.. pastu berebut-rebut takut tak dapat.. yang berebut aku ngan elly je.. readers peej yang lain semua sopan santun, yang tak sopan Elly je ngan Ceera.. bahahahahahahaha.. 

Cheese tart ke nama dia? pon sodap.. Peej kata dalam kereta kelam kabut ada yang tetonggeng.. dah tak smile dah.. dah muka masam dah hahahahaha... thank you peej.. kejap je selesai kat rumah aku ni.. 

ada lah sesi bervideo-video ;)

Wow ada hadiah dari Puan Amyza untuk Peej.. eh berpuan puan pulak.. padahal belakang haku kau je.. hahaha.. Myza pon kepala ok.. so layannnnzzzz.. jeng jeng.. ai is jehles ok... untunglaaaaa.. haha

longchamp lagi.. ko ado?

Ya Allah.. dia ni ada di mana-mana.. aku baru nak bajet cute sebelah abe Norman ngan Memey dia sibuk nak pass cheese tart dia.. *ketepiketepi*

ok comel ke idok.. ni pesen tudung hapa aku pon tak mengerti.. stress sebab shawl ni tak lebar.. if aku pakai penuh macam biasa, belakang dia tergantung.. so bagaimanakah itu? terpaksa ai kebelakangkan begitu.. dah lah jendul je di depan.. ai is stress u know?

Peej, walaupun ko ngan bag plastik.. ko tetap vogue ;) ni semua readers peej ok... hi readers peej.. baca blog kak pilla tak?

ni pun readers Peej.. eh kau dah kenapa.. dah tentu event ni khas untuk pengguna Ephyra dan readers peej.. sibuk je Kak Pilla nie... Elly ko kenapa? ngantuk yeh? 

suka tengok akak-akak ni.. kulit cantik remaja sangat.. 


Eh tinggi betul i olss nie.. penipuan kamera apakah ini?

amik video jap

Kak Pilla pon nak jugak.. pastu lawak kot.. Amyza kata nanti cakap lah kesan-kesan mengambil Ephyra.. bagitau nama dulu dan serba sedikit pasal diri sendiri.. pastu *action* terus macam cerita P. Ramlee.. "cakap.. cakap.... cakapppp"..aku suruh kau cakap.. kenapa kau tak cakap syaitonnnnnnnnnnn!!! eh kena cakap sekarang ke? boleh cut tak? bahahahaha penampa satu kali baru tau.

muka confident memang.. tapi blur pon memang.  Bagi aku Ephyra memang best lah.. dah lah sedap.. kita kena amik collagen dari awal ye.. supaya dapat menjaga kecantikan dalaman dan luaran.. tengok macam Kak Pilla.. tumit dah tak tersangkut kat cadar dah.. dulu selalu tersangkut kahkahkah.. now tumit i lembut.. kulit pon tak kering.. lembap je doplohpatjam.

blogger friends.. dulu kenal di alam maya.. now rapat di alam realiti.. 

bersama Puan Amyza yang always gojes.

Ok cukup lah tu.. kang muntoh plak korang.. eh jap.. Ceera kaki ok tak? ko dah kenapa asyik ke depan je kaki.. tapi kasut kebabom lawa ;)

Tu diaaaa.. meriah sungguh Hi-Tea bersama pengguna Ephyra dan readers Kak Peej.  

Terima kasih daun keladi kepada pihak Ephyra especially Puan Amyza, Eyka dan Fiza yang selalu bercommunicate ngan Kak Pilla dan thank you jugak bagi we olls gift berupa product Ephyra dan lain-lain biarlah rahsia.. dan terima kasih tidak terhingga buat sahabat saya Peej yang telah menjemput Dik Pilla kat Hi-Tea yang gempakz kebabom nie.. 

Kak Peej, len kali jangan lupa jemput Dik Pilla lagi ok? i love u Kak Peej.





Love, 
Filla.