Wednesday, December 16, 2020

MRS PAPA

Assalamualaikum..

Lama dah tak borak hehehe.. hari ni isu ialah anak dan bapak... Ke anak bapak?

Kes haritu earring Icha tu bontot dia dah hilang.. Tapi tu bukan emas, tu yang masa memula tindik dulu.. So Kak Pilla belikan dia emas kecik jer untuk gantikan yang tu tapi masalahnya bontot dia tu jenis 'rubber' / getah.

Bila dah lelama telinga dia tak tahan.. dia jadi merah gatal dan infection.. So bukak je tak yah pakai.. Amik ler batang daun kemuncup tu letak minyak and cucuk kat telinga dia buat sementara waktu.. Bagi dia elok dulu.. Haihhh memacam kann..

So dari sehari ke sehari tak jugak pergi kedai.. nak cari yang murah je macam memula tindik tu (bukan emas) tapi elok je tak kudis telinga tu..

Pi Alamanda tapi semua kedai emas dia takde jual yang bukan emas.. So biarkan jelah dulu batang kemuncup tu hahaha..

Pastu nak dijadikan kisah.. Aku kerja masa tu.. Pak Radie whatsapp.



Gila tak hebat.. dia leh pergi berdua je dengan anak dara dia ni pi carik earring hahahhaa.. Pandai pulak tu pilih.. aku tanya kenapa "E" dia cakap memang lah E for Echa.. aku selalu gaduh dengan dia sebab dia kata E aku kata I... Ichaaaaaaa!!!! hahah gila pasal tu pun nak gaduh.

Kawan-kawan opis pun dah tau yang Pak Radie tu nampak je gangster tapi hati lembut.. Aku plak garang and buat tak tau je macam jantan hahha.. So dah terbalik, aku ni macam laki.. dia pulak macam bini.. kahkah..

Ada ko tengok bapak yang urus anak gi kedai emas carikkan earring? Ni dia whatsapp lagi tanya bila online class budak-budak ni settle, dia nak bawak anak-anak gi cari barang-barang untuk bukak sekolah nanti.. Hahahhaha aku memang suka bab-bab skip tugas ni.. Pak Radie memang suka buat kerja-kerja mak-mak ni.. Tugas belikan panties anak je aku buat muahahahahhahahaha..  Kalau dia pandai aku rasa tu pun dia buat hahahhaha.. 

Alhamdulilah banyak memudahkan kerja aku jugak.. Tapi tulah Amaani dengan Icha tu nampak nau sayang bapak dia lebih.. Tapi aku selalu tanya "Sayang sapa? Mama ke Papa?" diorang sengih-sengih jawab mestilah dua-dua.. Tapi nampak nau muka tu sebab takut ai sentap je tu.. Nasib Kasih dah besar macam rapat sikit dengan mak dia.. 

Aritu lepak makan dengan anak-anak.. Bapak dia cakap mama tu soalan dia samaaaaaaaa je sepanjang tahun, boring betul.. 

"Homework dah buat?"

"Dah solat?"

"Gigi dah gosok?"

"It's already 10 oclock, Sleeeeeeeeeeeeppppp!"

"Google classroom dah masuk?"


Habis budak-budak tu semua gelakkan mak dia.. Semua cakap "Betullaaaaahhh papa, itu je soalan mama ulang ulang ulang ulang, kitorang dah tau dah mama nak cakap apa" dari kecik sampai besar soalan yang sama kahkahkah.. 

Eh benciiiiii kenapa diorang dah jadi satu team... Terasa dipinggirkan betul.. Esok anak korang dah besar-besar korang rasalah bila diorang jadi satu team dengan bapak dia hehehehe.. 







Love, 
Filla.

2 comments:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Hi Pillar.. lamanya tak borak2. Biasa memang lelaki yg nampak garang nilah yg rapat dgn anak perempuan. Macam my husband, boleh jer dia keluar berdua dgn anak bawa belikan baju dan handbag, kalu org tengok muka mmg Tak ada Rupa bapa mithali pun, hihi

A m m i said...

kita serupalah pilla..

aku pun sejenis yg hati kering ngan anak....abah dia yg layan mcm2.
"nak abah masak apa?"
"nak baju warna apa?"

eh kalau aku... makan je apa ammi masak..jgn byk bunyi