Wednesday, December 30, 2015

TIDURKU LEBIH LENA DENGAN MITE CATCHER.

Ingat tak Kak Pilla janji nak cerita lebih detail tentang Mite Catcher by SHARP? Ok harini kita sambung cerita ok.. 

Memula Kak Pilla nak tanya, korang tau tak Dust Mites tu apa? Bahasa Melayu kita panggil kutu? hama? mana-mana pun boleh lah kan.. Korang tau tak mite ni membiak dengan pantas dan gembira di rumah kita.. Susah untuk elakkan Mites ni sebab di situlah tempat tinggal dia, tempat dia membiak.. kat mana?

Mite ni suka duduk dalam tilam, sofa, comforter, soft toys, carpet, bantal.. semua tempat tu macam syurga bagi mereka.. yuckssss tolong geli, takut..

 Sorry kalau aku menakutkan korang hahahaha.. Dust mite ni kita tak boleh lihat dengan mata kasar sebab dia terlalu kecil.. size dia ialah 0.3-0.5mm sahaja.  Jangka hayat pulak lebih kurang 3 bulan dan dalam masa 3 bulan mites ni boleh membiak dengan banyakkkkk!! Fakta lain yang perlu kita tahu ialah tilam kita mengandungi lebih kurang 2 million dust mites dan purata kita tidur ialah 8 jam sehari.. wowwwww lama betul kita tidur bertemankan dust mite kan? Euwwww geliiii..

Bukan setakat menggelikan, dust mite boleh membangkitkan/trigger penyakit seperti asma dan allergy reaction kepada manusia especially kepada kanak-kanak.. Aku paling risau sebab Amaani masa umur 1 tahun ke bawah dulu dia memang ada eczema dan korang pun maklum, penjagaan anak-anak yang ada eczema ni lain sikit.. kita kena sentiasa make sure tempat tidur diorang ni bersih, sabun yang kita guna tak mengeringkan kulit, selalu sapu lotion... mites ni memang boleh membiak dan menjadi fungus melalui habuk yang terkena kepada kulit yang kering.  Jangan terkejut jika mites jugak boleh menyebabkan kanak-kanak diserang athma.  

 Bila dapat tau SHARP ada mengeluarkan produk baru yang diberi nama Mites Catcher aku antara orang yang happy sangat.  Kak Pilla berpeluang untuk mendengar sendiri secara terperinci tentang kehebatan produk ni.

Masa media launch haritu dapat tengok sketsa pendek tentang nyamuk dan mites yang cuba menyerang abang pakai kain sarung tu hahah.. sampailah Abang product SHARP datang menyelamatkan.. kelakar tergelak tengok macam ultraman pulak ;)

Nampak? Inilah fakta yang paling menakutkan.. 

 Masa ni tengah tengok rupa dust mites.. Euwww geli halus-halus tapi banyak.. dan fakta yang korang kene tahu ialah dust mites ni tak boleh sedut pakai vacum biasa yang kita vacum lantai tu.. kenapa pulak? sebab kaki dust mites tu macam ada duri tu.. bila kita sedut kaki dia macam melekat tak boleh nak sedut dengan vacum biasa.

 Ini nama dia Mite Catcher.. Hanya dengan menggunakan Mite Catcher je mite ni dapat disedut sebab ianya yang pertama dihasilkan di dunia dengan Heat Cyclone vacuum cleaner.  Mite Catcher ni sangat effective untuk remove dust mite melalui heat (kepanasan) dan powerful suction yang dihasilkan oleh cyclone air flow yang mampu membunuh 99% mites. 

Haaa tak suka ke dengar?  hahaha puas hati dapat bunuh dia, sama macam kalau dapat bunuh lipas hahah.. Eh geliiii tolonglah!

Selain daripada membunuh mite, Mite Catcher by SHARP ini juga mempunyai High-Density Plasmacluster Ions dimana ia mampu untuk remove bau-bau yang tidak menyenangkan.. Bestkan? bunuh mite sambil menyegarkan udara ;)

Bagaimana Mite Catcher bertindak?

Heat Cyclone yang terdapat pada Mite Catcher ini bertindak dengan cara:

Step 1
Udara panas sehingga 40-60 darjah celcius membuatkan mite tidak mampu untuk bergantung / bergayut dengan kuat di fabrik.

Step 2
Vibrating Power Brush yang terdapat di bawah Mite Catcher ini akan menyedut mite keluar dari fabrik.

Step 3
Mite yang telah ditangkap di dalam Cyclone akan mati.

Lagi satu fakta yang korang perlu tahu ialah mites tidak akan hilang atau mati jika kita hanya menggunakan vacuum biasa, menjemur bantal/tilam di luar rumah dan mengetuk dengan kayu.. hahaha tu aku lah tu hehehe.. kaki mite tu tajam-tajam dia melekat kuat, ko ketuk ke jemur kat panas matahari ke.. lagi dia seronok hahahaha
 Kat sofa dan teddy bear pon boleh kita sedut jugak.. sambil membersih boleh nyahkan bau yang tak menyenangkan jugak ;)

  Habis sofa dengan bantal Kak Pilla sedut dengan Mite Catcher ni.. Oh lupa nak bagitau, mite catcher ni maintenance dia pun mudah sebab Dust Cup dia tu detachable dan senang dibersihkan.. buang kotoran dan habuk tu lepas tu cuci je dengan air bersih ;)

  Habis satu katil kita sedut.. dah lah Aleesya dengan Amaani suka lompat-lompat, terbayang aku mites kat dalam tu berdendang sayang.. macam kene massage pulak dia agaknya kat dalam tu eiiiii.. masa sedut tu aku suka pegang tempat yang kita sedut tu sebab rasa panas.. padan muka mites tu mati dengan kuasa cyclone dalam dust cap tu.

 Katil Icha pon kita sedut jugak..


Katil Amaani dengan Kasih ni paling penting.. Amaani tidur bawah ni.. haritu bawak dia pegi Klinik Kesihatan sebab kes muntah sampai keluar darah tu.. Doctor tengok symptom-symptom dia Doktor terus tanya if dia ada eczema.. memang ye tapi tu dulu masa baby.. tapi still sampai sekarang dia jenis kulit very dry which means, mite akan suka membiak menjadi fungus, doktor pesan kena extra care sikit Amaani ni.. tempat tidur dan persekitaran Amaani kena bersih..
 Amaani pun boleh tolong mama sebab Mites Catcher mudah digunakan dan round handle tu kemas dan mudah untuk dipegang dan very light weight, 2.7kg je.  Selain tu Kak Pilla suka sebab wayar plug dia tu panjang.. so merata kita vacum tak perlu cabut sini, pasang plug sana hehehe..

 Ingat entry carpet nilai 3 ni? hahahha.. carpet ni budak-budak suka baring dan tidur kat sini.. Lepas ni takde lah rasa cuak kalau diorang nak tidur sini sebab mites dah habis Kak Pilla tangkap heheh..

Lega akhirnya ada Mite Catcher ni memang sesuai untuk kita mak-mak yang sentiasa nak jaga kesihatan anak-anak supaya dijauhi dari athma, allergy, sakit kulit, bersin dan selsema :)

Thank you Mite Catcher kerana menjadi penyelamat keluarga Kak Pilla.  Malam-malam ku lebih lena kini sebab dah takde 2 milion mite kat dalam tilam tu hahahahah..

Korang boleh layari www.sharp.com.my untuk maklumat lanjut :)

 Diorang pon akan mengadakan roadshow seperti di bawah:



Roadshow: Perfect Lifestyle
Date: 1st to 3rd Jan 2016
Venue: Mid Valley Exhibition Hall 2 Booth No. 2103
Dealer: Total Image Marketing

Roadshow: M Barter Fair
Date: 5th to 6th Jan 2016
Venue: Sunway Convention Centre
Dealer: Total Image Marketing




Love, 
Filla.

9 comments:

Anonymous said...

kakpilla, harga berapa? Cari tak jumpa. tq

Unknown said...

salam..kak,bape rm bende ni ek?..ank sy pun ade eczema teruk..gajet2 mcm ni mmg perlu

Astrallusion Arc said...

Awesome, saya selalu terfikir wujud ke vacum yang mengeluarkan haba panas ketika sedut.. hmm nice2 wujud juga

Filla said...

rm1699

Filla said...

rm1699

Filla said...

kannn baru sedap mites tu kene panas hahahaha

Safruz Zamal said...

Layak di cuba ni. Demi kesihatan jg..

jasrine2 said...

mmg satu saiz ye mite catcher ni?

Anonymous said...

Beli dimana? Puas saya cari