Wednesday, November 12, 2014

BIRTHDAY CELEBRATION @MAJESTIC KL

3 November yang lepas Kak Pilla naik lagi satu anak tangga menuju ke alam remaja *ehem*

Terima kasih kepada semua yang wish kiter ya... Kali ni gi makan-makan pulak ngan kesayangans.. Tak tau lah nak kata ni makan sempena belated birthday ke atau memang nak makan-makan hahaha.. Sebab memang kitorang ada plan nanti nak makan kat Majestic ni bersama.. So jom.

Saja nak test kehebatan kamera lama.. Huwaaa tengah dalam dilema nak beli camera baru tapi Lumix ni pon best so kenapa perlu nak tukar baru? Tamak sangat kan? Masa ni Elly and Win gi amik Peej and Ben.. So aku dari rumah lah.. Lek jer keluar lepas maghrib.. sekejap je dah sampai, lakiku mat rempit haha.. Eh tapi pegi ni naik kereta lah.. Ko gila, terbang tudung ai nanti kalau naik motor, herot berot tak vogue mana boleh.

Sampai-sampai je tengok Elly baru nak suap makan.. Peej masih mencari makanan... Apa lagi letak bag terus cari makan.. Lapar ok.

Gulp sedap nak arwah. 

Ni pon alahaiiii sedapnya terbayang-bayang la pulak.. 

Tempura pulak.. Ok masa ni dah kenyang gila... Tapi still sumbat jugak.

Ni Pak Radie punya dim sum, aku rasa seketul memang sodap.

Dessert dia semua menggeramkan.. Ni Peej punya.. Kak Pilla suka amik gambar food yang cantik je.. Nak makan dessert manis-manis ni tak berapa gemar.. Boleh makan, tapi taklah menggila.

Pastu buat muka kesian mintak tolong Peej amikkan air.. padahal air ni kat sebelah je pun.. Best buli Peej hahaha.. 

Ni pun terbaik.. Eh food kat Majestic memang terbaik lah... 

Peej yang tersayang dan Pak Radie yang dikasihi.. *ehem*

Elly yang disayangi dan Win yang rasa nak tumbuk-tumbuk.. Asal jumpa je "Filla, mana tudung aku?" 

Ben please Ben.  Jangan buat renungan macam tu Ben.

Hahahha masa ni Peej dah geleng kepala sambil cakap "Yang, dah tu Yanggggg dah tuuuu" hahahahhaha.. 

Tak biasa pakai tudung style macam ni.. Tapi diorang kata ok je.. So biar je lah.. Ni salah satu satin silk shawl by TheKasihsShawl yang akan release selepas Kak Pilla balik dari holiday.. Jatuh cinta sangat dengan collection yang ni.. Ni bukan satin biasa-biasa tu ye.. Ni silk ye.. of course lah nampak cantik sebab kain dia pon memang cantik.. Kak Pilla suka satin tapi tak suka satin yang jegang-jegang pastu yang kain biasa tu.. So siapa pencinta satin silk shawl, sila tunggu ye. 

Tengah duduk tetiba datang orang bawak kek.. Pastu satu meja ni nyanyi Happy Birthday To You.. Happy Birthday To You.. Happy Birthday To Fillaaaaaa... Happy Birthday To You.. Well, thank you korang.. Kak Pilla steady je, tak de rasa OMG tekejut bagai, sebab dah tau dah mesti ada punya.. kahkah.. Kalau takde memang sentap.

Ini lakonan semula hahahaha.. Saje buat muka nak kene sepak sikit ;)

Elly and Peej tau Kak Pilla nak gi holiday ala-ala lepak tepi pantai.. So diorang bagi Havaians untuk Kak Pilla.. Memang elok sangat.. Kalau tak selagi selipar yang ada ni tak putus.. memang itu je lah yang akan dipakai.  Thank you korang *ciomsikit*

Rasa happy bila dikelilingi orang-orang baik, orang-orang yang disayangi, orang-orang yang appreciate persahabatan dan respect each other.. Rasa macam if diorang ni tak menjadi kawan aku mungkin hidup agak boring dan kosong je.. Banyak cerita yang kitorang share bersama dan tak share di blog pon.. Close macam adik-beradik dah nak tebaring tegolek telentang pon tak kisah.. 

Pak Radie pon dah berisi sekarang kan? Win cakap "Di comel je perot ko Di" hahahahah... Terima kasih jugak sebab jadi suami yang penyabar, jadi Papa yang baik dan best untuk The Kasihs.. Yang suka makan masakan kitew.. Yang semakin memahami bila Kak Pilla busy dan ke hulu ke hilir attend event.. Yang faham bila ma busy dengan business The Kasihs Shawl.. Semoga business awak pon sukses ye Pa.. 

Haaaaa Peej dan marah.. Ben suka kacau Peej tau.. Jangan buat moling ai macam tu ye Ben.. Pukul kangggg!

Ben tinggi gila ok.. Peej kene panjat kerusi kalau nak berdiri sama tinggi hehehe

Bennnnnnn stop it Bennnn!!!!

Aku rasa team lelaki lebih gila bergambar dari perempuan.. 

Tengok ong pompuan kalau bergambar.. sopan manis jee gitu hahaha



Ok lah, boleh gang ngan Ben muahahahah.. 

Wow gaya boss sangat nie.. 

Tapi takkan berjaya mengatasi gaya Ben.. Ben tetap juara carta.


Filla - Elly - Peej

Suamiku Encik Sotong. Eh? 

Suamiku Rawk Kapak.

Suami Peej suka posing.  Suami Peej suka posing pandang tepi.  

Balik dari makan-makan kitorang naik satu kereta ngan Elly and Win.. Ingat nak gi kopi-kopi last-last gi Karaoke kat Low Yatt.. Memang sakit perot gelak tengok lakiku gila karoke.. Lagu penutup lagu Cek Mek Molek tu memang menangis M.Daud Kilau tengok dia begelek..  

Diorang hampir tak percaya Pak Radie kepala gila.. lakiku dangdut boleh, rawk pon boleh.

Syabas Pa.  Kepoyoon terserlah.



Love, 
Filla.

10 comments:

Anonymous said...

blk tue mna keta k.pilla...ben n peej naik apa blk??? guna keta k.pilla yer...>>kanak2 sgt soalan kitew...hehehe....hepy belated bezday k.pilla....wish ur dream came true...

Anonymous said...

heheh best la dapat pren mcm tu.. best jer tngok.. jelesla..

NUNU EERA said...

hepi bezday again n again k.pilla.. hehe.. serious, mknn kt majestic mmg sedap2 wlpun xbyk pilihan.. pistachio askem tu pling win.. bukan en.win ye..:)

Mimy Hamid said...

memang paling kelakar laki si peej...ben ni funny la..hahahah pastu si peej la jenis sempoi...aku tgk ig peej terbahak tgk laki dia nya peel...

Anonymous said...

Buffet dia brp rm per head kak pilla pillo.

Anonymous said...

happy birthday filla...cantik pakai tudung camtu.kipidap!

Anonymous said...

Kapilla...ya hampunn..rasanya mcm x seswai kapilla pakai tudung cenggitu..lagi gojes kebaboom pakai mcm yg sblm2 ni..ikhlas dr adik anon

FadMN said...

Happy besday kak pilla . Sama la kita nov baby.hi 5 sikit.selamat bercuti gak.
FAD

Anonymous said...

Ben laki Peej mmg TDH tall, dark, hensem- ala hero cerita romantik. Ben taknak jadik model ka?

Izura said...


Happy birthday sis ;)
feel free to follow my blog. baru lagi ni ;)
www.izurasobri.com. thanks ;)