Friday, November 01, 2013

RESEPI MACARONI GORENG

Assalamualaikum dan Hi readers... Sebab korang ni manje manje manje mengada sangat kan... Aku gigih gak buat entry berderet untuk auto-publish.. mungkin ketika ini aku tengah begulung dalam selimut kat Krabi.. atau mungkin tengah melantak breakfast.. atau mungkin tengah makan maggi.. atau mungkin tengah berjalan di persisiran pantai melihat matahari terbit (dalam mimpi kot) atau mungkin eh mengada sangat.. 

Ok haritu ada yang request nak resepi Macaroni goreng... Dah lama Cik Kiah tak share masakan kat sini kan... Aku bawak ni utk potluck office haritu.. buat readers yang terdiri dari rakan sekantor guwe.. maaflah kalau korang rasa takde la sedap pon.. tapi gedik nak share resepi :)

Kita anggap jelah aku share resepi ni untuk adik-adik di bangku sekolah yang nak belajar memasak ok ;)

Korang gi kedai, gi beli macaroni ni.. apa2 brand pon ok.. pastu rebus sampai empuk.. ada instruction, jangan risau.. masa rebus tu.. letak garam kat air rebusan ye.. dah rebus angkat dan toskan.

RESEPI MACARONI GORENG
*hidangan untuk 5 orang*

Bahan-Bahan
1/2 biji bawang India dipotong dadu (size besar)
5 biji bawang putih dipotong dadu
4 sudu makan cili kering blend
cili sos
tomato sos
1/2 tin sos tradisional prego
1/2 paket daging cincang
1/2 tin cendawan butang dihiris
1/4 capsicum (lada bulat) merah/kuning dipotong dadu
1/4 capsicum (lada bulat) hijau dipotong dadu
1/2 biji tomato dipotong dadu
1/2 kiub ayam
sedikit garam

Cara-Cara
Panaskan 1 senduk minyak masak.. bila dah panas.. masukkan bawang-bawang tadi, kiub ayam, tumiskan.. kemudian masukkan cili kering blend.. tumis hingga cili masak.. then masukkan daging cincang.. tumis lagi hingga masak.. kemudian masukkan sos prego, sos cili, sos tomato, letak garam sikit dan rasa lah ye.. kalau dah ok tu.. masukkan bahan potong dadu tadi (capsicum).. cendawan pon campak sekali.. then masukkan macaroni yang ditoskan tadi tu.. gaul rata.. pecahkan 1 biji telur.. gaul rata hingga agak kering.. last sekali masuk tomato yang dipotong dadu.. kacau rata.. dan tutup api.. amik pinggan.. pastu boleh ngap.. 

"Selamat Mencuba Resepi Auntie Filla"

_________________________________________________________________________________
-Ads-


We Share Because We Care! 






"Untuk pengetahuan, produk yang expired dalam tempoh masa lebih cepat (cth : 1 atau 2 tahun) adalah produk yang SANGAT BAGUS dan terbukti keberkesanannya. Ini kerana, produk yang expired cepat ni tak banyak mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan kulit.. "


#FaktaLumiere

Fakta 1 - sabun ini dirumuskan khas oleh doktor pakar untuk masalah kulit rakyat malaysia.


Fakta 2 - ia hanyalah sabun muka dan ia bukan set kecantikan yang terlalu rumit untuk di gunakan

Fakta 3 - Hanya RM 49.00 SAHAJA dapat menyesalkan semua masalah kulit wajah

Fakta 4 - dapat hilangkan minyak pada muka dengan 1 kali penggunaan sahaja

Fakta 5 - LFS Tiada pengelupasan, tiada kesan sampingan!


Hubungi saya di 0122292739/ ig: @zainab_abidah /FB: Zai zack'a

untuk maklumat lanjut dan penerangan PERCUMA 

6 comments:

strawberi said...

kalo kita..suka tambah serbuk kari sket...hahha...nt ade rasa kari...ngan buh isi daging cincang...mebeles...

farhani said...

kak filla.. saya tak tahu lah betul ke tak.. tapi saya pernah baca orang tulis kata sos prego tu tak halal.. tak tahu lah kalau orang saje create stories ke.. huhu..

Chekgu Azrine said...

Blh cuba..sllu failed msk bnda ni..uhuk

Metrobestmom said...

sedap nampak...nk try la
http://metrobestmom.blogspot.com

Metrobestmom said...

usia bumi

Metrobestmom said...

usia bumi