Friday, January 08, 2021

SUU BALM FOR ECZEMA AND SENSITIVE SKIN

Assalamualaikum dan Hi semua ;)

Hari ni kita nak review product Suu Balm yang Kak Pilla dah guna almost 3 weeks.  Bila sebut je Suu Balm korang kena tahu yang produk ni sesuai untuk orang yang ada masalah kulit kering, ezcema, psoriasis, kulit sensitif dan mengurangkan masalah kemerahan atau kegatalan kulit.

Macam Kak Pilla memang ramai dah tau yang kulit Kak Pilla ni very sensitive dan ada masalah eczema.  Anak-anak pun ada yang eczema jugak.. Amaani tu kulit dia very dry.. bila usap tu terasa kasar je.. Apa je yang ada kat pasaran tu Kak Pilla tak try.. Semua kita cuba hahahah..

Ok ini antara rangkaian produk Suu Balm yang Kak Pilla ada..

Head to toe wash for Amaani.. Tak semestinya ada eczema baru boleh guna ni.. Kalau jenis kulit kering pun sesuai jugak... Normally kulit orang yang ada eczema ni sangat kering.. Bila kita guna sabun biasa yang banyak buih tu dia akan buat kulit lebih kering selepas mandi.  Dah jadi kerja pulak lepas mandi sentiasa nak kena tonyoh moisturizer kan.. So guna je Suu Balm Kids.  Dia boleh melindungi kulit yang sensitive supaya tak jadi kering dan gatal.  Amaani sejak guna ni dia kata kulit dia macam lembut and kurang dry dah.. 

Then Kak Pilla suruh dia apply Ceramide Moisturiser ni pulak.  Apply kat tangan, siku, betis dan kaki.  Kulit yang sensitive escpecially yang ada eczema ni korang kena ada extra effort sikit nak jaga dia.. kena rajin lah belai-belai, jangan biar dia kering.. kadang bila terlalu kering dia boleh luka dan gatal.

Suu Balm Facial Cleanser ni untuk Kak Pilla.  Kulit Kak Pilla lagi sensitive.. kadang boleh jadi sangat dry sampai peeling.. kadang berminyak kat T-zone.. kadang lepas cuci muka dia boleh jadi gatal macam kena gigit nyamuk.. Uiiiihh tetiba je jadi berbintat gatal.. Pastu tak boleh luka dia susah gila nak baik.. ambil masa berbulan-bulan dan kadang boleh jadi worse dia jadi mcm kudis (eczema).. Sebab tu kalau jerawat pun menakutkan sebab dia lambat gila luka tu nak baik.

Facial Cleanser Suu Balm ni memang sesuai untuk orang macam Kak Pilla.. No fragrance, takde buih-buih yang boleh mengeringkan kulit.. texture dia agak thick.. letak kat jari amount macam tu lah lebih kurang.. Pastu gosok dgn dua belah tapak tangan pastu gosok lembut-lembut kat muka.. Takde bau, tak berbuih.. Eh macamana nak cakap eh.. Takdelah tak berbuih tapi boleh nampak lah putih tu kat muka.. So rasa puas jugak bila cuci muka.. Paham kan? hehehe.. 

Nah.. zoom sikit.. Lepas basuh muka, terus bilas.. Pastu masa lap muka dengan towel bersih tu muka rasa bersih, lembut, tak tegang dan tak kering.. So rasa sangat selesa sebab dia takde feeling muka jadi tegang tu.  

Ni paling suka.. Lepas dah bersihkan muka, mari kita apply Facial moisturiser Suu Balm pulak.. 

Texture dia macam cream.. tapi senang guna sebab botol dia jenis pump.  Sapu rata kat kulit muka pastu immediately korang akan rasa sejuk.. Sebab tu nama dia cooling itch relief.. So kalau muka tengah merah or gatal ke apa.. Memang helok guna moisturizer Suu Balm ni.. legaaaa!!! Pastu dia takde fragrance.. Sis memang tak boleh benda yang ada bau-bau ni takut sebab kulit sangat sensitive kan.. After few minutes dah takde lah rasa menthol sejuk-sejuk tu.. Muka terus jadi lembab.. Kalau muka Kak Pilla tengah kering memang akan sapu ni lelama gosok kat muka tu rasa dia menyerap terus kat kulit.. lembab je rasa.. 

So thumbs up untuk produk Suu Balm yang sangat-sangat membantu untuk kita yang ada masalah sensitive skin, eczema, psoriasis, dry skin dan macam-macam lagi masalah kulit.  Korang boleh dapatkan Suu Balm di mana-mana WATSON yang berhampiran :)





Love, 
Filla.

Friday, December 18, 2020

HIDUP BIAR BERADAB

Assalamualaikum..

Harini nak sembang pasal adab.. Adab ni ada macam-macam jenis.. Tapi kali ni kita share pasal adab sesama manusia.  Ahhhhh gituuuuu..

Citer dia gini.. Baru-baru ni sembang dengan budak-budak opis ni.. Diorang citer sorang staff kitorang ni (baik dan lemah lembut) orang nyaaa.. Kereta dia kena block.  Itu isu biasa kat parking space opis aku ni.. Dah lama dah keadaan macam ni.. Haku dengar citer ni aku yang naik hantu.  Budak opis aku ni balik keroje pukul 4:30 petang.. Sampai kat kereta dia tengok dah kena block pulak.. So dia call.. 8 kali ye adik-adikkkkk.. tapi orang tu tak angkat phone.   

Eh ni aku dengar aku naik hantu pulak... Ko dah tau ko block kereta orang kan??? Ko dah tau ko letak no telefon ko kan?  Ko standby laaaaaa kot orang call.. Napa miss call sampai 8 kaliiiiiiiiiiiiiiiii... Lagi satu aku nak bagitau... Kat opis ni ramai orang balik 4:30.. Kalau agak-agak ko balik lewat dari 4:30 boleh tak ko jangan block kereta orang??? Aku yang balik 4:30 pon takut nak block kereta orang.. aku sanggup pi cari parking walaupun hujung dunia dan aku kena menapak jauh.. takpelah, janji aku tak susahkan sesiapa. 

Ok berbalik kisah orang ni tadi.. Last-last dia angkat call and dia cakap dia lupa dia block kereta orang... LUPAAAAAAAAAAAAA???? Eh ni patut dimaki secara berjemaah ni.. adoi ni aku malas tulis blog lagi sebab aku kalau naik hangin bahasa aku terus kelaut dalam.

Itu belum patut dimaki, ko tunggu jap citer aku belum habis... Dia sampai kat kereta dia dekat 5:30 lenggang kangkung terus masuk kereta dia... TAK MINTAK MAAP!!!!! Adoilahhhhhh kawan opis ai yang lemah lembut tu pun geram dalam hati je.. Ehhhhhhh kalau hakuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu dah lama aku turun pi kat keta dia, bukak pintu keta, tarik tudung dia (kalau dia pakai tudung).. kalau x pakai tudung, aku cekak kemeja dia pastu sound "Ko reti ke tak reti mintak maap???"

Pergh pilla kalau sembang memang lebih... Akibat banyak tengok citer gangster korea lah ni kuikui.. Tapi come on lahhhhh... basic je tu.. kau buat salah, kau minta maaf.. kau block orang, ko standby and alert kalau orang call.. kau masuk lambat (parking penuh) jgn hidup nak senang je block orang.. pi cari parking byk lagi hujung-hujung sana.. jangan PEMALAS JALAN... kau kalau boleh nak park depan pintu lif ke apa? 

Ok lepas dah kemarahan sis harini.. aku geram sebab aku tau kereta tu.. Memang asyik kereta dia je block orang... Hidup ni biarlah berakal dan beradab.. jangan susahkan orang lain.. jangan pemalas.. jangan biadab.


Nah i bagi love sikit.. tak marah.. sayanggggg... hehehe


Sekian.



Love, 
Filla.

Wednesday, December 16, 2020

MRS PAPA

Assalamualaikum..

Lama dah tak borak hehehe.. hari ni isu ialah anak dan bapak... Ke anak bapak?

Kes haritu earring Icha tu bontot dia dah hilang.. Tapi tu bukan emas, tu yang masa memula tindik dulu.. So Kak Pilla belikan dia emas kecik jer untuk gantikan yang tu tapi masalahnya bontot dia tu jenis 'rubber' / getah.

Bila dah lelama telinga dia tak tahan.. dia jadi merah gatal dan infection.. So bukak je tak yah pakai.. Amik ler batang daun kemuncup tu letak minyak and cucuk kat telinga dia buat sementara waktu.. Bagi dia elok dulu.. Haihhh memacam kann..

So dari sehari ke sehari tak jugak pergi kedai.. nak cari yang murah je macam memula tindik tu (bukan emas) tapi elok je tak kudis telinga tu..

Pi Alamanda tapi semua kedai emas dia takde jual yang bukan emas.. So biarkan jelah dulu batang kemuncup tu hahaha..

Pastu nak dijadikan kisah.. Aku kerja masa tu.. Pak Radie whatsapp.



Gila tak hebat.. dia leh pergi berdua je dengan anak dara dia ni pi carik earring hahahhaa.. Pandai pulak tu pilih.. aku tanya kenapa "E" dia cakap memang lah E for Echa.. aku selalu gaduh dengan dia sebab dia kata E aku kata I... Ichaaaaaaa!!!! hahah gila pasal tu pun nak gaduh.

Kawan-kawan opis pun dah tau yang Pak Radie tu nampak je gangster tapi hati lembut.. Aku plak garang and buat tak tau je macam jantan hahha.. So dah terbalik, aku ni macam laki.. dia pulak macam bini.. kahkah..

Ada ko tengok bapak yang urus anak gi kedai emas carikkan earring? Ni dia whatsapp lagi tanya bila online class budak-budak ni settle, dia nak bawak anak-anak gi cari barang-barang untuk bukak sekolah nanti.. Hahahhaha aku memang suka bab-bab skip tugas ni.. Pak Radie memang suka buat kerja-kerja mak-mak ni.. Tugas belikan panties anak je aku buat muahahahahhahahaha..  Kalau dia pandai aku rasa tu pun dia buat hahahhaha.. 

Alhamdulilah banyak memudahkan kerja aku jugak.. Tapi tulah Amaani dengan Icha tu nampak nau sayang bapak dia lebih.. Tapi aku selalu tanya "Sayang sapa? Mama ke Papa?" diorang sengih-sengih jawab mestilah dua-dua.. Tapi nampak nau muka tu sebab takut ai sentap je tu.. Nasib Kasih dah besar macam rapat sikit dengan mak dia.. 

Aritu lepak makan dengan anak-anak.. Bapak dia cakap mama tu soalan dia samaaaaaaaa je sepanjang tahun, boring betul.. 

"Homework dah buat?"

"Dah solat?"

"Gigi dah gosok?"

"It's already 10 oclock, Sleeeeeeeeeeeeppppp!"

"Google classroom dah masuk?"


Habis budak-budak tu semua gelakkan mak dia.. Semua cakap "Betullaaaaahhh papa, itu je soalan mama ulang ulang ulang ulang, kitorang dah tau dah mama nak cakap apa" dari kecik sampai besar soalan yang sama kahkahkah.. 

Eh benciiiiii kenapa diorang dah jadi satu team... Terasa dipinggirkan betul.. Esok anak korang dah besar-besar korang rasalah bila diorang jadi satu team dengan bapak dia hehehehe.. 







Love, 
Filla.

Friday, November 27, 2020

INFO FOR COFFEE LOVER

Assalamualaikum :)

Hari ni kita ada pembelajaran atau ilmu baru.. 

Mungkin ramai yang dah tau tapi mungkin juga ramai yang tak tahu.. Kak Pilla sendiri baru je tau bab-bab coffee ni..

Ramai reader dah tau yang Kak Pilla memang kena minum coffee hari-hari.. Tanpa coffee hidupku murung gitu.  So at least time breakfast tu minumlah sekali... 

Kalau ikut hati memang nak minum siang malam kan? Tapi bila minum petang or malam nanti Kak Pilla tak boleh tidur.. Kadang sampai ke subuh huwaaaaaaa... Sebab tu tiap kali Pak Radie ajak kopi-kopi rasa berat hati nak pegi sebab tau akibatnya tak leh tido nanti.

So adalah reader bagi tau yang kita boleh request Decaf.  Apa maksud decaf?  
Decaf is short for decaffeinated coffee.  It's coffee from coffee beans that have had at least 97% of their caffeine removed.


Sebelum tu mari kita tengok dulu kandungan caffeine untuk setiap jenis coffee.. Fuhhh Latte yang 150mg pon Kak Pilla tak leh tidur malam.. Agak kalau doubleshot tu dua malam ke tak tido??? hahhahahahah

Punca sesetengah orang tak leh tidur kalau minum coffee adalah disebabkan kandungan caffeine yang ada dalam coffee.  Rupa-rupanya kalau kita pegi Starbucks kita boleh request decaf untuk hot and iced drinks.  Oooooooo baru tau kahkahkah... Selama ni ingatkan cuma boleh request nak less syrup ke, taknak whipping cream ke.. Rupanya nak less caffeine pon boleh ;)

Setelah di google ini resultnya:

Can we get decaf at Starbucks:

There is always decaf espresso available, so any espresso based drink, such as lattes, cappuccinos, mochas, etc., can be ordered as decaf. And, with a change in recipe ingredients for coffee based frappuccinos, you can order them as decaf.


Contoh kalau kita order Hot Caffe Latte.. Boleh cakap nak Decaf Caffe Latte.  Hot or Iced pon boleh je request Decaf.  Cuma tak pasti pulak semua starbucks boleh buat decaf ke tidak.. Tapi tak salah kita tanya kan... At least sesiapa yang ada masalah macam Kak Pilla ni kita dah ada option minum coffee malam hahahahahaha... Happy dah hidup ni..

Nak cerita bab experience pulak masih belum ada.. Soon lah kalau pegi Starbucks malam jom kita try Decaf.

Harap ilmu hari ni dapat menyelesaikan masalah penggemar kopi yang takut minum kopi di malam hari :)



Love, 
Filla.

Wednesday, November 25, 2020

AIR FRYER. PERLU ATAU TIDAK?

Assalamualaikum ;)

Airfryer ni satu keperluan ke? Atau kita kena ada sebab mengikut trend? Berbaloi ke beli?  Sedap ke?

Eh banyak betul soalan kan hahaha.. Tapi memang patut kita soal siasat sebelum beli.. 

Kalau Kak Pilla setiap kali nak beli apa pun mesti Kak Pilla akan check dulu betul-betul samada perlu atau tak.. Setakat buat penuh kat dapur yang sekangkang kera tu pastu tak tau nak simpan mana memang takkan beli yer hahaha..  Tapi kes Air Fryer ni dari dulu memang rasa nak beli tapi asyik nantilah.. nantilah..

Akhirnya beli jugak.. eh bukan beli tapi mak Kak Pilla bagi birthday present.. dia cakap belilah apa-apa mama bagi duit birthday boleh lekatkan barang.. Lagi satu perangai aku ialah aku suka 'lekatkan' barang berfaedah kalau ada duit or kalau sesapa bagi duit hahaha.. Bila tengok barang tu terus teringat kat orang yang presentkan gitchuuuuuuuuuuuu..

Ok sambung cerita,,  Meh Kak Pilla listkan best dan tak best Air Fryer ni.. Dan kalau korang rasa point-point yang Kak Pilla bagi tu memang betul-betul kena dengan korang baru korang beli ok?

KESIHATAN
Tak dinafikan bila korang guna Air Fryer memang makanan akan jadi lebih sihat kerana hampir 100% minyak untuk menggoreng kita dah tak perlukan lagi.  Jimat duit minyak dan bagus untuk kesihatan.. Orang tanya betul ke guna Air Fryer ni boleh kurus? Boleh kurangkan kolestrol?  Jangan salah faham ye.. Kalau ko guna AF ni tak guna minyak, tapi ko masak dan makanlah segala nugget, sausage, segala processed food, pizza cheese berlayer-layer, segala jenis tok nenek kek manis-manis... Ko bagitau aku, bila kau nak kurus? Muhahahahahaha.. Pastu marah tak kurus, marah sekali Air Fyer tu.. 

MENJIMATKAN MASA DAN TENAGA
Ini memang betul sangat.. Lagi-lagi tenaga.. Masa tu tak sangat jugaklah sebab sekali ko masuk ayam untuk goreng tu dalam 30-35 minit jugaklah.. Tapi yang best ko tak yah nak bediri tegak mengadap kuali, takyah nak guna minyak, nak kena tengok-tengok ayam takut hangit.. Kan best tu? Letak je on suiz, pi baring besarkan badan lagi hahhahahahaha... Jap lagi bunyi "tinggggg" eh dah siap.. gituuuuuu.. 

SELAMAT
Korang boleh ajar anak-anak untuk guna AF ni tanpa bimbang diorang terkena minyak panas atau main api dapur.. Eh kita dulu-dulu sekolah rendah dah masak guna dapur gas kan hahaha.. Tapi still kena hati-hati sebab tray dia tu kalau bukak dia panas juga.. Nak keluarkan tray tu hati-hati. 

FUNGSI SEPERTI OVEN
Fungsi dia sama macam oven.  Cuma ni dalam bentuk lebih comel, lebih modern dan senang dikendalikan.. Sebelum guna boleh panaskan dulu dalam 3-4 minit.  Nak buat ayam panggang pun boleh jugak.. 

RASA MASAKAN
Sedap ke?? Ni terus teranglah Kak Pilla cakap, Air Fryer ni kalau korang guna untuk menggoreng rasa dia tak sesedap pakai minyak goreng pakai kuali.  Kenapa??? Eh ko gila, makanan yang menggemukkan, berminyak dah tentu sedap betul tak? hahhahahha.. Kalau goreng ayam yang gaul dengan serbuk kunyit dan garam tu, guna Air Fyer ok jugak, korang sapu sikit minyak on top of ayam tu kalau nak.. tak banyak beza dengan goreng manual pakai minyak.. Kak Pilla suka guna AF ni kalau nak goreng ayam tu untuk nak buat ayam sambal ke.. ayam berlada, ayam masak kicap.. Tapiiii tapiiii tapiiii.. kalau korang nak buat ayam goreng bersalut tepung (buat sendiri) yang celup telur pastu golek kat tepung.. TAK SESUAI.  Tak pasti kalau orang lain buat jadi.. tapi kitorang buat tak jadi hahahaha.. nanti ayam ko masak tapi still bertepung-tepung ko dah kenapaaaaaaaaaaaa??? 

Tapi kalau masak ayam yang instant tu macam Ayam Karage atau Ayamas Drumet bersalut tu elok je!!! Siap keluar minyak lagi... So itulah kelebihan beli siap tinggal goreng.. Nampak tak processed food punya hebat penangan dia hahahha.

Kalau goreng fries pakai Air Fryer ni dia macam too dry dan golden brown dia macam tak balance walaupun dah godak-godak in between dia nak masak tu.. tu sis cakap.. dia umpamanya ko makan nasi beras wangi dengan ko makan brown rice.. Ko rasa mana sedap? Tapi mana lagi sihat?  Ahhh gituuuu... \
BELI 3.5L ATAU YANG LEBIH BESAR
Kalau nak beli Air Fryer sila pilih yang at least 3.5L supaya berbaloi.. Contoh Air Fyer Kak Pilla bawah ni.. 

Ini 3.5L boleh muat ayam sekor size sedang.. 


SENANG BELAJAR
Ni pun bagus untuk orang yang slow-slow dan lems-lems hahahha.. Aku kalau yang canggih nau memang malaasssss hehe. Ni dia basic je, ada temprature, ada masa.  Kau on je suiz ko set kan temp dan masa.. campakkan makanan dalam tray tu.. Dah duk diam-diam.  Siap je bunyik "tingggg" pastu ko tarik lari tengok masak ke tak.. Kalau belum, ko tambah lagi masa, dah pi baring dulu hahhahahaha.. 

ADA BANYAK RESEPI GUNA AIRFRYER
Korang malas dengan rajin je.. Kalau korang beli tapi setakat pakai sebulan sekali SILA JANGAN BELI.. hahahaha.. Tapi kalau korang memang rasanya akan kerap guna SILA BELI.  Mana nak cari resepi ni? Adoi google je semua ada... Tapi aku ada follow FB Air Fryer Recipes Malaysia 
Kat situ bagus sebab ada banyak resepi, ada banyak tips dan ramai jugak newbies so kita belajar bersama... Aku kagum tengok orang guna Air Fryer buat macam-macam.. contoh kek pisang.. kek itu ini.. Perghhh gempak tu.. So aku ni kategori pemalas jugak sikit hahahhaha.. 



MANA NAK BELI
Aku beli kat Sen Heng Bangi.. Last piece masa beli ni.. Brand Pensonic.. Kalau ko pegi Harvey Norman harga boleh tahan mahal.. Phillips boleh tahan mahal.. Tapi kalau nak beli biarlah yang ada brand kalau barang-barang elektrik ni kita takut jugak takde brand nanti bahaya kan.. Pensonic ni aku beli ada discount kot total dia jadi RM250 - RM300.

HASIL MASAKAN




Ada banyak lagi masakan yang korang boleh guna Air Fryer.. Malas dengan rajin jer..

So tepuk dada tanya selera.. kalau rasa perlu boleh lah beli.. Kalau tak perlu tak yah beli..

Harap entry ni dapat membantu korang membuat keputusan yang bijak.

Byeeeee :)






Love, 
Filla.

Monday, November 23, 2020

SHOGUN BEST KE?

Assalamualaikum ;)

Jom borak pasal kuali periuk belanga hahahaha.. Pergh kalau tengok entry-entry dulu aku pon tak paham kenapa aku mengarut macam tu... Buat malu je hahahhaa..

Now nak karang entry pon kena jaga bahasa hahaha. Dah tua kannn.. Citer pon hal-hal periuk belanga, omg Pilla dah lanjut usia sangat ni hahaha.. 

Actually Kak Pilla baru beli Shongun Millennia ke apa nama dia ni.. Beli kat AEON Equine.  

Shogun ni antara pan / periuk yang Kak Pilla suka.. Compare harga dengan Tefal memang Shogun ni mahal sikit.. Tapi yang ni tak mahal pon dalam RM159 kalau tak silap haritu.. Yang lama punya tu shogun marble ke apa ntah dah teruk dalam dia so dah buang.. Tapi dah puas pakailah.. 

Kak Pilla pelik kenapa Tefal non stick sekarang ni pakai kejap je dah teruk dalam dia eh?  Ada tefal tiruan ke apa? Murah tu memanglah kadang x sampai RM100 pon tapi apa citer kalau baru pakai 6 bulan dah teruk.. Eihhh geram betul sebab baru je beli bulan 4 ke 5 haritu.. 

Sebab tu bila nampak Shogun ni Kak Pilla beli.. Sebab surface dia macam tu.. Nampak tak garis-garis tu dia timbul tau.. So kemungkinan dia nak peel off atau scratch tu lambat skit.. Ikut firasat aku lah kahkahkah.. Pastu ahkak suka sebab ukuran dia x besar dan x kecik.. Ni rasanya 28 kot.. tapi tak de penutup.. Penutup kaca tu Kak Pilla beli je kat AEON yang takde brand.. Cari yang 28cm jugak baru baper belas hengget je kahkah.. 

Sesuai untuk masak berkuah macam masak lomak ke, asam podeh ke, sup ayam ke.. nak goreng-goreng pon boleh jugak.

So sekarang mana yang dah rosak habis haku humbankan.. Yelah bahaya kannn... kita masak guna tu.. kang tertelan bahan-bahan yang tak sepatutnya dah haru pulekkk.. 

Sis bukan nak promote Shogun ke apa, cuma bab peralatan memasak ni takpe keluar duit sikit janji tahan lama.. Apa gunanya beli yang x berkualiti pastu 3 bulan sekali ko kena beli kuali baru.. kannnnnnn kannn??

Ok done menceceh mak-mak harini.. Nanti Kak Pilla buat entry AirFyer pulak ok? Perghhhhhhhh betul punya mak-mak ni kahkah.. #silasupportsis





Love, 
Filla.

Thursday, November 19, 2020

KERANAMU COVID-19

Assalamualaikum readers:

Pergh readers katanya heheh.. Sekadar mengisi masa lapang ni kita menulis lah sikit.. Well tahun 2020 ni banyak betul sejarah tercipta.. Baru kita kenal apa tu PKP, PKPB, PKPD.


Baru kita kenal BDR, WFH semua tu.. Gara-gara wabak Covid-19 yang langsung tak terlintas kat kepala kita akan menimpa dunia ni.  Melandanya wabak bahaya ni, maka terencatlah dan lumpuhlah hampir keseluruhan ekonomi di seluruh dunia.  Gerunkan? Tiada lagi percutian ke luar negara.. malahan dalam negara pun terbatas percutian bila ada masanya kita kena larangan merentas negeri..

Maka bercutilah di rumah sendiri, gigih laki pasangkan 'swimming pool' depan rumah.. Pastu anak Kak Pilla naik gatal-gatal pulak adoiiiilahhh.. Memasing kulit very the sensitive pulak.. Maka gigihlah aku siang malam sapukan cream, alhamdulilah dah ok.

Masa ni lah juga sekolah semua tutup dan masa ni lah nak ke tak nak ke ko kena make sure anak-anak duduk rumah siapkan homework yang cikgu bagi secara online.  Pening kepala aku wehhh.. Ada banyak nau group whatsapp kelas.. Al-maklumlah anak 3 orang yang bersekolah.. main foward-foward je kat anak.. Pastu tak leh diam.. Kena panggil balik sorang-sorang nak check siap ke tak.. Kalau tak paham dah kau kena jadi cikgu pulak.. Kalau untuk Kasih yang form 3 tu memang haku tak dapat nak tolong.. Pi tanya cikgu or kawan-kawan discuss sesama... 

Dalam pada tu banyak jugak berfikir.. tanda-tanda akhir zaman pun ya jugak.. Terus rasa takut sebab amalan pun tak sempurna gituuu.. So merangkak-rangkak kita cuba lah baiki sikit apa yang patut.  Banyak jugak sebenarnya hikmah bila berlaku benda-benda macam ni kan.. Kita tengok balik apa message yang ingin Dia sampaikan.. 

Tetiba pulak haku update blog sekarang kannn.. hahah tu hikmah ke apa? Ramai yang dm cakap suka baca blog especially entry-entry percutian untuk diorang jadikan rujukan.. Tapi ni dah Covid pulekkk.. hahahahha... Kadang orang suka tengok balik resepi-resepi yang Kak Pilla pernah share kat blog ni khennn.. Korang kalau nak cari resepi korang search je macam ni contoh:

"ayam panggang kasih aleeya"

"nasi ayam kasih aleeya"

"resepi pizza kasih aleeya"

"resepi bla bla bla kasih aleeya"

Hah gitchuuuuuuu.. InshaAllah keluar lah dia hehehe.. Aku pun dah lupa pernah share resepi apa kat sini.. Tapi orang suka sebab simple je dan senang nak masak.. Eh of course hahaha.. Kalau nama dia Filla memang semuanya ringkas dan mudah ;)

Baiklah cukuplah membebel untuk harini.. Nanti bebila kita sambung ye :)






Love, 
Filla.