Monday, July 14, 2014

PITAM. LAUK LAGI. PITAM LAGI.

Buka puasa semalam Kasih request nak Nasi Ayam.. Ok aku suka gak sebab simple je pun buat nasi ayam ;)

Bila ko ada anak yang memilih makan.. tetiba dia request nak makan apa-apa.. ko akan lajuuuu je masakkan untuk dia.. dengan harapan dia makan banyak lah.. sekali ko dah masak dia tak makan.. rasa nak tebalikkan meja pon ada.. Amboi kalau sembang mesti lebih kan Kak Pilla ni.. biasalah.. tak over tak Kak Pilla lah.. heheh

Haishhh lapar plak tengok hahahaha.. sama jugak macam tadi, kalau tak perasan, tak Kak Pilla lah.. hahahah.. ayam tak hangus ye. Bob jangan kutuk.. ai see u in court nanti ok?  ayam tu sebab lumur ngan honey sikit, kicap and oyster so bila goreng warna jadi gelap sikit.. yang penting Acih makan 3 pinggan.. Yeayyyyyy blushing pipi mama ehek ehek ehek... 

Ini buka puasa hari Jumaat.. Aku dah tak tau nak masak apa.. buat je lah ayam goreng berlada ni semua orang pon suka.. eh semua orang tu aku ngan Pak Radie je kot hehhehe.. 

Sesekali buat buncis goreng letak udang pon sedap gak.. 

Amaani suka telur dadar.. 

Ni sahur pagi tadi hehehe.. sebelum tido masak nasi siap-siap.. lagi simple makan camni.. ikan bilis tu yang aku beli ngan waghihdelicious tu.. aku order yang pedas berapi.. phewww terangkat pedas dia heheh.. nak beli gi usha kat sidebar banner gua.

Hari ni buka u alls masak apa? Kak Pilla lari gi pasar lunch time tadi.. gi beli ikan pari ngan ayam.. esok confirm keluar makanan lagi kat blog ni.. jom jilat skrin komputer berjemaah =D




Love, 
Filla.

KISAH THE KASIHS.

Assalamualaikum, Hai :)

So ceria ke berdukacita? Demam bola dah berlalu ye.. tak yah nak over sangat.. 

Ni ada sikit gambar budak-budak ni nak dishare kat sini.. 

Kasih Aleesya a.k.a Leecha.  Kemain sombong sekarang ni.. dalam ramai-ramai, Leecha lambat sikit bercakap... Tapi dia dah faham lah cuma bila dia cakap je keluar perkataan lain.. hahaha.. nak cakap lain terkeluar lain.. kelaka sangat.  Sekarang dok layan Upin Ipin.. jap jap kang tunjuk ipad dia cakap Pipin tapi tak clear sangat.. dengar macam Bibin pon ada.. Baby pon ada.. tapi paham lah sebab dia tunjuk ipad.. selagi ko tak bukak upin ipin dia keep on berzikir.. Pipin pipin pipin.. tumbuk kang. 

Dah lah sombong.. kalau panggil jangan harap nak pandang.. cuba kalau ko siap-siap nak keluar.. dia paling first sibuk... masa tu lah nak sayang-sayang orang.. no, mama dah terluka.. paling close ngan Pak Radie.. dengan aku sikit dia tak heran.. dia heran kalau aku ajak jalan je.. kalau tak tuuu.. manjang nak kiss papa, nak hug papa.. suh kiss mama dia buak dek dia je.. 

Nipun dah panggil lapan juta kali.. still x nak pandang.. rampas ipad baru tau.

Hari Sabtu pagi aku bawak Amaani gi kedai runcit jap.. banyak barang dah habis.. biasalah Acih memang tak nak ikut.. dia ni memang kaki mengekor.. so jom lah.. sabtu ahad dia lemah sikit.. buka puasa kul 11.30 pagi camtu.. tolong aku gi kedai tolong pegang barang.. heheheh assistant kenit ni tak pernah mengeluh.. rajinnn tolong mama.. suruh apa pon dia ok je.. kalau nak mengecek pon dia ada style.. "Mama, amaani rasa macam haus lah".. hahaha.. atau pun, "Mama, perut Amaani ni,, cuba tengok.. macam lapar lah".. beralas-alas kalau cakap hahahahahah.. pastu dia confuse nak chocolate ke strawberry.. aku cakan can choose one only.. pening dia nak memikir.. kejap pegang strawberry.. kejap pegang chocolate.. last-last "oklah, amaani nak chocolate lah".. bagus, good girl.

Baju ni beli kat uniqlo.. Tapi aku pegi beli ni tak bawak dia.. besar la pulak hahaha.. tapi sedap la buat duduk rumah ;)


Kemain kat ig ada kata sariyanti lah, tiz zaqiyah la.. hahaha.. yang penting amaani dah tak mato-mato dah.. dah kurus dah.. iyelahhh puasa ler katewkan.. puasa half day hahahaha.. 

Acih dah 9 tahun.. wowwww dah 9 tahun blog ni bertahan.. Acih ok.. dengan adik-adik ok gak.. tapi selalu sangat bergaduh ngan Amaani.. aku diammmmm je.. Amaani tu kaki mengadu boleh tahan.. sesikit "mama, mama marah Amaani pastu kakak kelakarkan amaani" 

kelakarkan = ketawakan

Pastu kang bertampar-tampar.. aku diammmm je.. sekali aku tempik senyap terus dua-dua.  

Kasih jenis mudah nangis.. ko cerita sedih sikit tetiba air mata mengalir merebeh je.. Eh? emo sangat dah kenapa ni? hahahah... dan Kasih sangat fussy pasal makan.. semalam berbuka aku buat nasi ayam sebab dia request.. 3 pinggan dia makan waktu berbuka.. tu suka sangat lah.. tapi kalau dia tak suka.. sebutir-sebutir nasi tu suap masuk mulut.. menggelegak je aku tengok..  

Selekehnya Leecha.. hahaha ingat nak tinggalkan dia.. tapi Pak Radie tu mana boleh tinggal anak-anak dia.. semua dia nak hangkut.. angkut lah dengan baju selekeh duk umah.. dah macam boy aku tengok.

Tapi percayalah.. tiga-tiga ni lah penghibur hati.. yang buat aku marah, yang buat aku rindu, yang buat aku sayang.. marah-marah sayang gitu.. Mama sayang semua kasih-kasih mama nie.. jadi orang baik-baik, jangan nakal macam mama dulu ok? heheheeeeeeeeeeeeeeeeeeee... 



Love, 
Filla.

Sunday, July 13, 2014

PEMINAT BOLA SEPAK JOM TENGOK BOLA JOM!!

*scroll down for new entry*

Dulu masa bujang kalau borak tentang future plan mesti akan ada soalan "kalau kawin, ko rasa anak ko berapa orang?" Haishh mengada sangat, still study tapi dah fikir pasal kahwin.. Aku plak memang dari family yang tak ramai.. So memang aku plan nak anak sikit.. Maybe sorang? or dua cukuplah.. 

Bila dah ada anak sorang.. dah rasa sendiri pengalaman mengandung dan melahirkan anak.. phewwww.. serik kot nak beranak lagi.. hahahah.. tapi ni semua rezeki.. Tak sangka anak Kak Pilla dah 3 orang dah.. Girls plak tu semua.. heheheeeee.. 

Sebagai seorang ibu dah tentu aku nak yang terbaik untuk anak-anak.. Walaupun aku ni mak yang garang, tapi tak semestinya aku kejam sangat haha.. Aku happy bila tengok anak-anak happy.. Aku masak supaya diorang dapat makan hasil air tangan ibu sendiri.  Bagi aku as a mom, semua ibu sanggup berkorban untuk anak... contoh lah, kalau masak, dah tak fikir tekak sendiri.. mesti masak lauk kegemaran anak-anak.. Anak first suka asam pedas, anak 2nd suka spaghetti, anak third kena masakkan yang tak pedas.. suami lagi.. Haaaa tu dia kan? penat memang lah penat, dengan kerja lagi.. balik laju-laju sinsing lengan baju nak berperang ke dapur lagi sediakan makanan untuk keluarga.. Tak, aku tak merungut, malah aku happy bila tengok muka anak-anak happy.. 

Aku happy bila dapat tau KIA turut concern tentang kasih sayang ni.. Aku bertambah terharu dan happy bila dapat tau Grand Prize Winner untuk contest Fuleco Friend Search yang dianjurkan oleh KIA tu dimenangi oleh ibu dan anak!!

Ingat lagi tak aku cerita Grand Prize Winner the first Malaysian kid Deshshiv Darshaan yang berpeluang turun ke padang mengiringi Fuleco Mascot semasa Semi Final World Cup yang berlangsung di Brazil? 


Tengok video ni.. OMG! sebak kot aku tengok masa ibu dan anak ni diisytiharkan sebagai Winner!!! Naluri seorang ibu ni lain.. dia sanggup buat apa sahaja demi menggembirakan hati anaknya.. memang berbaloi bila menang.. KIA telah menganjurkan contest ini dan ianya mampu membuka mata masyarakat tentang kasih sayang dan nilai kekeluargaan.  Menyesal pulak aku tak dapat datang join contest ni haritu..Bangga sangat jadi ibu dia kan? heheh.. 

Tapi takpe, KIA masih prihatin dengan menganjurkan viewing party untuk peminat-peminat bola sepak.. Sekarang kan tengah demam World Cup.. dapat tengok kat Malaysia pon dah bersyukur hahaha.. Tapi boring lah tengok bola kat rumah.. tak happening langsung!  So kali ni KIA ajak kita beramai-ramai tengok bola.. 

Sebelum ni KIA dah organized beberapa viewing party for 1st and 2nd Quarter Final di empat lokasi berbeza iaitu Penang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dimana kita telah melihat Malaysian kid berjalan mengiringi Fuleco onto the 2nd semi final pitch. 

Jom tengok viewing party masa quarter final haritu..

Viewing party yang berlangsung di Restoran Nasi Vanggey, Ipoh.

Semangat Bolaaaaa!!!!

Yang ni pulak kat Penang haritu.. 

Memang syok habis lah tengok bola ramai-ramai camni :)

Hoi belum pergi lagi dah rasa betapa meriahnya event tu nanti.. confirm ramai yang terpekik-pekik sokong team masing-masing.. hahaha mesti fun punya lah.  KIA juga akan sediakan Q&A games session, Scoresheet lucky draw dan teka score..anda mungkin berpeluang untuk menang KIA World Cup ball.  Huwaaaaaaaaa.. Kak Pilla nak menang.. Kak Pilla nak hadiahkan untuk Kasih Aleeya... jangan ingat anak perempuan tak suka bola ye.. dia kumpul ok patung bear pakai jersi sempena World Cup 2014 ni. 

Jeng Jeng Jengggg.. KIA akan menganjurkan viewing party for the finals game di mana???? di Rasta TTDI Kuala Lumpurrr!!! So orang-orang KL jom serbu tengok finals sesama..Rasta tu besar, confirm gempak punyaaaaaa!!! Datang awal masa event tu nanti sebab event ni open to public and it's a first come first serve basis.. Lambat, bye-bye.  KIA juga akan menyediakan free flow drinks untuk 50 orang pertama yang attend event tu nanti.. Nanti, jangan nak happy sangat.. sebab KIA nak bagi lebih lagi nie.. dari 50 orang terawal tu nanti, kalau team pilihan mereka menang, KIA akan bagi free meals jugak untuk mereka!! Apa lagi yang best? Haaaaa ada celebrities yang akan join event tu nanti.. Siapa? Diana Danielle, Elfira Loy dan Beautiful Nara akan bersama-sama tengok bola dengan kita.. Jommmm!!!!

Follow Kia FBpage https://www.facebook.com/kiamalaysia sebagai penaja Champs to Rio.  Pemenang telah participate di dalam global futsal tournament dan berpeluang menonton quarter final match.  Paling membanggakan ialah mereka juga telah memenangi tempat kedua against all the other global teams!!

Terbaekkkk lah abang-abang futsal ni.. Tahniah dari Kak Pilla!! Syabas KIA kerana berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti yang super BEST sempena World Cup 2014!!! 

Jangan lupa turun Rasta TTDI untuk menonton final game World Cup 2014!! 




Love, 
Filla.

Friday, July 11, 2014

RESEPI POPIAH GORENG PALING SIMPLE DALAM DUNIA.

Sebab yes, memang paling simple dalam dunia pon hahaha.. dan paling sedap jugak.. siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan kan kannn... 

Dulu aku pernah share resepi ni tapi sebab saja je nak share lagi dan lagi.. lagi dan lagi.. sampai korang muntoh. 

Sos dia aku beli je Sos Cili Thai jenama Life. 

tu je bahan utama.. isi ayam dicincang, carrot dan sengkuang disagat (dihiris halus) dan 1/2 biji bawang besar dipotong dadu.

Aku guna olive oil.. saje mengada nak omputih sikit katanyer.. if korang nak pakai minyak biasa pon boleyyy.. panaskan minyak.. tumis je bawang merah dan bawang putih (blend), masukkan ayam..kalau kering sangat boleh letak air sikit bagi inti ni tak terlalu kering.. kacau rata.. then masukkan carrot, sengkuang dan bawang besar potong dadu tu.. perisakan dengan sedikit garam dan white pepper.. siappp!! 


pastu balut je lah ngan kulit popiah tu.. 

letak air sikit untuk lekatkan dia.. 

crunchy di luar, lembut dan enak di dalam.. budak-budak pon suka.. Eh? tapi anak aku makan ke semalam? hahahahha.. 

Senangkan? Boleh lah jadikan idea if korang kena bawak food untuk potluck ke.. untuk birthday party anak-anak ke.. Thank you kak pilla.. sama-sama dik. 

_________________________________________________

Popiah tu saja teringin nak makan.. Lauk pon kena lah masak jugak.. Tapi Kak Pilla buat lauk simple je berbuka.. Ada kawan bagi isi durian.. fresh lagi.. Jom lah buat tempoyak kegemaran laki.

Aku kalau buat mesti camni je.. sebab Pak Radie suka camni.. tumbuk cili padi, letak cili merah sebatang kalau nak.. letak garam sikit, bila dah lumat, masukkan ikan bilis goreng tu.. tumbuk sikit.. settle. nak makan gaul je ngan tempoyak tu..

Sup Telur campur Suhun.  Kasih ngan Amaani suka suhun.. so kita masak ni je lah. 

Goreng ikan selar.. Dah itu je aku masak.. eh dengan popiah lah.. yang lain tu pak radie gi beli.. petang je dia bawak bodyguard dia (Amaani) naik motor gi pasar ramadhan.. air favourite kitorang teh bunga.. 

Alahai Leecha.. mengerbang rambut hahahaha.. suka cium dia time tengah busuk-busuk masam camni.. 

Cili kering blend ni nak bagi kawan office.. aku silap beli sebab ni pedas gilaaaaaa.. rumah aku tu yang tahan pedas aku sorang je.. Pak Radie kalau aku guna cili kering pedas ni.. confirm satu hari 8 kali dia keluar masuk toilet hahahahahahah... lagipon anak-anak aku semua tak tahan sangat pedas.. terpaksa lah aku beli cili kering lain... tensi tau cili kering ni.. len kali tulis lah 

CILI KERING INI PEDAS.

CILI KERING INI TAK PEDAS.

Nyusahkan Kak Pilla tau.



Love, 
Filla.

TENGOK WAYANG DENGAN FAMILY.

*scroll down for new entry*

First day puasa haritu we all ada kat Shah Alam.. Tengah lepak-lepak dengan Pak Radie, anak-anak dan anak-anak buah.. Tetiba aku suggest "Apa kata kita gi tengok Transformers nak?  Mak Ucu belanja"

Kemain melompat-lompat semua kegembiraan hahahah.. Terus bersiap aku pon google kat mana nak tengok yang tak payah nak beratur, tak payah nak berebut dan confirm tickets available.. My niece Syasya suggest kat Space U8.. Hello??? mana tu??  Pak Radie dah jeling aku.. "kat Bukit Jelutong laaa, tu pun tak tau ke?"  Eh mana lah ahkak tau.. ahkak tak penah pegi pon kat situ.. 

So semua sumbat satu kereta.. memula plan nak bawak Aleesya sekali.. tapi dia tetiba terlelap dalam kereta.. Eh jom kita patah balik, tinggalkan dia kat rumah nenek.. Transformers 2 jam 45 minit ok.. Gila lah kalau tetiba dia melalak kat dalam panggung.. tak pasal ai yang kene keluar menenangkan dia.. No no no.. Ahkak kalau tengok wayang kene concentrate ;)

Us.. Ingat tak dalam entry yang lepas, Kak Pilla ada cerita pasal Oreo Transformers tu? Yeszaaaaa.. tu yang berkobar-kobar nak tengok Transformers ni.. apa yang penting, Kak Pilla dapat rasakan family bonding moment with my familia :) are better with Oreo.  Seperti yang selalu Oreo war-warkan.. Oreo mengajak kita semua spend as much time with our family :)

Kat sini rupanya Space U8.. tempat baru dan macam kawasan perumahan kot? so tak ramai orang kat MBO.  Itu Kak Pilla likeeee ;) 

Dah macam Pasar Siti Khadijah pon ada.. Eh aku lom pernah sampai pasar tu lagi hehehe

Kitorang main gamble je pergi.. Tengok yeayyyy ada lagi seats available!!! Terus amik satu row panjang.. 

Jom tengok Transformers with family.. OMG best gila kot.. hahahaha.. malu nak mengaku, aku tak pernah tengok Transformers hahahaha.. Tapi aku pelik kenapa orang tergila-gila sangat nak kumpul all the Transformers merchandise.. Now aku mengerti hahaha... 

Lepas dah tengok Transformers with family, Kak Pilla teruja lebih nak menang merchandise yang Oreo nak bagi tu..dah lah senang je, just kene beli Oreo Cookie Pack yang ada gambar transformers kat packaging dia tu, amik code dalam Oreo tu.. bukak this link www.oreotransformers4.com/ then register, enter the code, play the Oreo Transformers game dan bersedia untuk menang hadiah!!

Penggemar Transformers seperti Kak Pilla mungkin berpeluang memenangi Ipad Mini, Transformers Merchandise seperti backpack, travel luggage, tumblers, t-shirts dan movie tickets.  Hadiah terhad kepada 10 orang pemenang sehari..disamping tu korang boleh kumpulkan sehingga 30 stickers untuk melengkapkan map.  Dulu Kak Pilla tak paham kenapa nak kumpul stickers? Best sangat ke? Hoii pegi tengok dulu Transformers.. berkobar-kobar ai nak kumpul hahahahha.. 

Tu hadiah harian, tapi hadiah Grand Prize lagi gempak oiiii.. score tertinggi sepanjang contest berlangsung berpeluang memenangi percutian bersama keluarga seramai 4 orang ke Universal Studio, Hollywood secara PERCUMA!!

Ko ingat senang nak pegi Universal Studio, Hollywood tu?  Ni Oreo nak bawak pegi ni.. apa lagi.. cepat rebut peluang lah... suruh main game je.. Best nyeeeee!!! 

Hoi real ok binatang lompat-lompat nie.. tegezut-tegezut Kak Pilla tengok.. hahaha.. pastu datang segala BumbleBee lah.. Prime lah.. terus "Wowwwwwww" nak couple boleh? hahahah.. gagah gila.  Bertabahlah tengok Transformers 2jam 45minit.. melopong-lopong mulut hahahah.. 

Tengok wayang dengan family memang satu langkah terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan :)

cousins.

Pak Ucu dengan anak-anak sendiri dan anak-anak buah.. Amboi ramai sangat hahaha.. 

Transformers Characters memang best.. ada robot gemok tu pon comel rasa nak tampar je.. hahaha..Tapi paling hero sekali Optimus Prime tu la... Aku tak kira.. aku nak menang jugak main game Oreo Transformers tu supaya dapat collect Transformers merchandise tu.  
Lepas ni kalau Pak Radie atau anak-anak aku nak beli Transformers dipersilakan.. Tapi kalau boleh dapat free dengan main game Oreo Transformers why not? Jimat duit hahaha.. 

Contest berlangsung dari 1 Jun - 20 Ogos 2014.

Good Luck!! 

Pesanan: Jangan lupa tengok Transformers.  Best gila kot ;)

Love, 
Filla.

Thursday, July 10, 2014

SEMBANG LAUK BUKA PUASA..

Harap korang masih belum bosan dengan entry hari-hari citer pasal lauk-pauk.. Kalau bosan jugak maapkanlah Kak Pilla.. Sebab mungkin korang akan mengadap lagi kisah lauk pauk hingga dah nak dekat-dekat raya.. Hahah.. Apa lagi yang mampu Kak Pilla buat selain share aktiviti masak memasak kat sini.. 

Kak Pilla seronok tengok orang lain pun share jugak aktiviti masak memasak.. Amboi siap berhashtag-hashtag lagi.. #Ellymasak #Kakkiahmasakapa #Daridapurkaklimah Amboi amboi berlawan-lawan hahahah.. Tapi takpe.. akak suka semangat u olls tu.. Berkobar-kobar sediakan juadah, lantaklah kalau orang kata kita ni masak semata-mata nak tunjuk lauk kat orang.. nak riak lettew.. hahah.. Eh tak, yang ni serious takde pon anon cakap macam tu.. Yelah kadang terlintas kot kat hati orang-orang luar sana, mana lah tau kannnn.. Tapi kita bersihkan jelah hati ye... Kita pikir positif.. bila tengok orang memasak, secara tak langsung akan motivate kita untuk memasak jugak.. bila kita pening tak tau nak masak apa, boleh tengok orang lain masak apa.. boleh dapat idea.. So takde apa masalah pun kat sini.. semua terpulang pada cara kita berfikir.. kalau negatif, jadi negatif lah benda tu.. tak gitu?

Jom tengok Kak Pilla masak apa tuuuu?? 

Lama tak masak lomak cili padi.. Nampak peria bukan main fresh lagi.. terus geram dan beli.. terus plan apa nak masak.. hahaha.. Ada yang tanya aku goreng ke tenggiri tu.. aku tak goreng sebab aku paling tak suka orang masak ikan berkuah pastu goreng dulu.. tapi melainkan lauk kenduri ok lah sebab takut ikan tu berkecai kann.. tapi napa ikan aku ni nampak macam goreng eh? eh pening la.

Pastu buat sayur goreng.. sebab aku sakit hati, sayur aku semua dah nak layu dah.. kang tak masak, ke tong sampah pulak kann.. so aku main masuk je apa sayur yang ada.. 

Haritu ada beli chacha tu.. so jom lah buat bubur chacha.. lepas buka pon tak makan lagi sebab kenyang.. dah settle semua dah dekat pukul 10 baru makan.. rupanya tawar hahaha.. panaskan balik masukkan lagi gula merah tu.. baru sedap ;)

Nipun gara-gara teringin gak.. cili padi kicap tu aku buat senang je.. tumbuk cili padi, bawang putih sebijik, gula 2 sudu, kicap manis.. last sekali perah limau nipis.. ni lah jugak kalau nak buat makan dengan sup tulang ke, sup ayam ke.. mihun sup ke.. sama je.. 

Pak Radie gi bazar ramadhan ngan amaani.. 

Eish tetiba nak lagi lah ayam ni.. sedap!! rangup dan pedas.. 

Ni kegemaran Acihi, Amaani and Leecha.

Muka Aleesya macam orang dulu-dulu kan.. hahah dengan rambut kembang kerinting kat bawah ;)

Sayang adik... Sekarang ni aku tengok Amaani ada satu style baru.. Aleesya kan selalu marah dia.. so sekarang taktik Amaani ialah.. dia akan marah Aleesya "Biasaaaa dia tu".. pastu dia pukul sikit.. budak tu cebik, terus dia peluk dan pujuk.. hahahaha.. sampai tahap tu lah nak merasa dapat peluk adik dia.. kalau tak jangan harap Aleesya bagi kakak dia peluk.. menjerit-jerit dia marah kalau Amaani or Kasih nak peluk dia.. 

Ni sahur pagi tadi.. Aku guna cili kering blend tu setengah sudu je.. tak banyak pun.. tapi pedasssss gila!!! hahaha.. mesti aku silap beli cili kering jenis pedas nie.. kat rumah tu semua perot tak tahan pedas.. Pak Radie dah hangin sebab dia sakit perot pagi tadi.. hahahahaha.. sorrrryyyyy... 

Tadi dah gi beli cili kering lain.. yang pedas ni nak bagi orang office yang kuat pedas.. sebekas dah bibik tolong blend.. sayang pulak nak buang.. 


Love, 
Filla.