Monday, November 19, 2018

PERTH - Caversham Wildlife Park, Lobster Shack, Pinnacles, Lancelin Sandboarding (Day 3)

Ok jom kita sambung perjalanan dah masuk hari ketiga di Perth.  Sebab ramai dm Kak Pilla kat ig soon akan ke Perth, so mana boleh Kak Pilla share, ai share semoga bermanfaat ye..

Bila korang plan nak ke Perth, korang boleh je google "Things to do in Perth" contohnya lahh.. Nanti berlambak keluar segala tour package yang diorang offer... Kak Pilla tanak amik banyak-banyak tour, so cukup sehari je tour dan Kak Pilla pilih untuk ke Pinnacle sebab dalam perjalanan ke sana ada makan kat Lobster Shack.. Muahhahaha dasyat kan?? Sebenarnya aku google Lobster Shack je kahkahkah.. sebab tak sewa kereta kan, so nak taulah apa lagi transport yang boleh guna untuk ke sana.. Rupanya fuhhhhh jauh gilaaaa dari Perth hahahha..

Tengok ada tour yang boleh bawak kita ke Lobster Shack dan disamping tu boleh visit Caversham Wildlife Park dan boleh pegi Lancelin Sandboarding sekali.. So why not?

Package tu nanti kat end of entry Kak Pilla share ye :)

Bangun awal pagi bersiap-siap sebab Coach yang Kak Pilla book tu akan amik kat Travelodge Apartment ni.. Hah tu lagi satu kesilapan.. Sebab masa book tour tu nanti, bila dah confirm dia akan bagi satu ala-ala online form  untuk korang isi.. Dia ada suruh select 'pickup point'.. 

Masalahnya dalam list hotel dan pickup point tu takde listed hotel Kak Pilla All Suites tu.. Terus i hampa dan pilih Perth station ke apa ntah.. dah submit semua tergerak hati nak check dari All Suites ke Travelodge tu berapa jarak dia.. Rupanya 1 minute walk.. Hotakk hang lahhh hhahahaha.. 

Travelodge ni ada dalam list tu.. Hampeh betul.. terus aku call Tour tu cakap nak tukar pickup point.. So settle lah semuanya :)

 Pick up pukul 7:30am.. Tapi kitorang dah ada kat sini pukul 7:00am hahahah.. Ai kan very punctual and tak leh lambat.. takut kena tinggal.. kalau kene tinggal pitam yer sebab dah bayar semua..

 Ok coach sudah sampai..

 Kemain dia jeling akak yer... Kita naik coach ni pastu akan turun kat satu lagi tempat untuk tukar transport lain.

Jauh boleh tahan uollsssss... Destination pertama ialah Caversham Wildlife Park.

 Sebelum sampai sini, dalam perjalanan tu driver tu cakap sepanjang-panjang jalan tu ada macam hutan-hutan sikit.. tu semua ada kangaroo dalam tu.. Pergh besar nak mampus.. Kangaroo tu pun tak tau dia sebenarnya dalam park dia.. Mesti dia ingat tu hutan dan dia bebas hahahha..

Ok dah sampai marilah kita jalan..  


     
  Jom kita feed the kangaroo..



  Geram tau.. rasa nak tepuk-tepuk and peluk-peluk jeee..

  Ok ni kelakar.. nama binatang ni Asha, umur dia 4 tahun.. dia ialah sejenis Wombat.. Dan muka dia seakan-akan khinzir.. So aku confuse dia ni apa sebenarnya? hahahha.. kang akak sentuh kontroversi puler...  Sempat ai google rupanya dia ialah closest relative to koala. bukan spesis khinzir ya.. hidung je lebih kurang hahaha..

 So mari simpan sebagai kenangan with Asha the Wombat ;)

  Pastu tunggu turn nak bergambar dengan Koala pulak.. Hahahah macamana aku boleh terjerumus bergambar dengan binatang-binatang pulak ni.. Pak Radie lagi lah hahhaha.. terpaksa ikut je program yang i plan ni.. Jangan berani melawan yer hahaha

  Koala ni dia spesis yang makan tido jer kot.. tapi kita tak leh nak simply dukung-dukung dia.. pegang pun tak leh dengan tapak tangan.. kena guna belakang tapak tangan untuk usap dia.. dan dia tak boleh terkejut.. so kena sayang dia slowly je.. Eishh dapat kat Icha ni memang kempis kau kene picit hahahaha..

  Dapatlah meleser sikit kat badan dia..

  Macam tu cara usap dia.. belakang tapak tangan jer ye adik-adik..

  Ni koala paling besar kat sini.. siap peluk ai lagi..

See kitorang bukan naik coach tau.. Kitorang naik ala-ala lori 4WD.. sebab benda ni lah nanti nak buat aktiviti tonggang tebalik kat pasir Lancelin tu.. 

  Perjalanan di teruskan lagi.. untuk ke Lobster Shack.. Tapi sebelum tu ada singgah kat Petrol Station untuk ke toilet dan beli snacks2 alas perut.. Jauh gila ok.. Nak sampai ke Lobster Shack tu pukul 2 kot.. 

 Ok package ni ada include lunch kat Lobster Shack jugak.. Dalam package dia bagi Fish and Chips tapi kita boleh upgrade ke Lobster meal dan kena tambah sikit lah harga dia.. masa book tu terus je upgrade ;)

  Eish so jakun ni..

  Rupanya ada tour pulak dalam ni.. Huh sis dah lah lapar and letih dalam bas tu berjam-jam.. nak tour-tour pulak..

 Dalam ni semua berkumpul and tengok owner Lobster dan anak beranak dia cerita macamana diorang tangkap lobster.. Tapi bagus gak hahaha.. baru kita tau cara tangkap lobster kat laut dalam tu.. Pastu lobster yang tak menepati piawaian akan dicampak semula ke laut.. lobster yang mencukupi berat dan saiz tertentu je akan dipilih untuk dihidangkan kepada kita yang akan makan kat situ..




 Ok jom masuk tempat makan ni.. Ada meja yang dah direserved kan untuk group kitorang.. So akak duduk kat group satu ni.. pompuan dua orang depan akan tu macam masih muda.. diorang daripada Hong Kong.. Tapi dia tak makan pun kat sini.. diorang bawak bekal wraps sendiri.. Takkanlah ai nak jadi makcik bawang pulak tanya kenapa dia tak makan kannn.. 

Tapi macam nak tanya, if you don't eat lobster, you can just give us your lobster, we can eat for you.  Kahakaaakahaha tak kelakar yer..

 Adoi sambil type tertelan plak ailio sis... Seriously sedap gilaaaa.. ingat tak kenyang rupanya kenyang gilosss sebab ada fries yang ohemgeee sedap rangup diluar lembut di dalam.. 

  Pastu dapat sebotol Apple Juice.. Pastu ada 3 ketul yang macam nugget tu... Ahkak tertanya-tanya apakah itu?  Terus panggil waitress kat situ "may i know whats this?" dia cakap campuran octopus, fish dan segala seafood.. Ok semua kat sini adalah seafood.. so tenang hati ai..

 Kalau korang ke Perth, silalah datang ke Lobster Shack sebab terlalu sedap lobster dia.. Grill macam tu je tapi boleh rasa fresh isi dia tu.. ada rasa grill-grill tu.. adehhhhh aku siap pakai tangan khakah.... Tekejut omputeh tu tengok kot.. Lantaklahhh.. Kalau tak amik package pon korang yang sewa kereta boleh datang sini.. tapi sila isi minyak full tank.. jauh gila kot macam dari KL nak ke Spore kot drive hhahahahahaha.. dahlah macam seketul dua je petrol station sementara nak menyampai kat sini.. 

 Dari restoran korang boleh keluar tengok laut..

 Dia tangkap lobster terus bawak naik ke sini kot..patutlah freshh..

Ok sudahlah cerita pasal makanan Pilla oiii.. Jom naik bas kita ke Pinnacles puler..

 Ok dah sampai.. Kak Pilla tak tahu kalau korang adalah sejenis menikmati keindahan ala-ala padang pasir ni.. Aku rasa annoyed dengan lalat hahaha.. Penuh lalat okayyy.. maybe masa akak pergi ni memang musim dia kot..


 Ramai yang bungkus kepala dengan net macam tu untuk elak lalat hinggap kat muka.. Ada jual kot.. 

  Dah sampai kan.. jomlah kita snap gambar 2-3 ketul..

  Hahahah tak reti nak posing cemana.. dok belakang batu pun boleh lahhh..

  Sebenarnya ada sejarah dia Pinnacle ni tapi akak tak berapa focus sangat hahahaha.. Batu-batuan ni terjadi dari apa.. pasir yang membentuk kat sini bla bla bla.. korang study lah sendiri yekkkk


 Ini yang dia suruh ahkak snap... Kita tolong jelah snap... 

 
  Habis gempak lah snap gambar camtu hahahhahaa..

 Dah habis jalan kat Pinnacles jom kita naik bas nak ke Lancelin pulak..
 
  Ni pun ada sejarah dia.. Hanya kat tanah sini je pokok-pokok ni akan tumbuh.. 

Sampai kat Lancelin pon dah pukul berapa... macam dah lewat sangat.. Dengan 'lori' dia tu lah dia buat 4WD Adventure tu.. turun naik pasir tu.. Eh seram boleh tahan.. bayangkan pasir kot? Kalau tayar dia terbenam dalam pasir kita terkandas acaner.... 

-pic google-

Hah camni hah.. Seram kottt hahhaha... Habis dia meround-round sambil semua dalam bas tu ketawa dan menjerit.. mari stop kejap.. 

  Dia explain sikit macamana nak guna board tu.. Kita akan buat sandboarding kat sini.. 

 -pic google-

-pic google-

  Lebih kurang sama dengan snowboarding tapi ni sandboarding.. Angin kuat so baik pakai sunglasses bila korang ke sini.. 

Eh masa ni akak tinggalkan phone dalam bas.. So cuma amik gambar guna phone Pak Radie and GoPro je.. sorry takde gambar banyak..

Settle je sandboarding kitorang meneruskan perjalanan untuk pulang ke Perth CBD pulak... Dia drop kat Travelodge Apartment dalam pukul 8:00pm.. 

Overall aku rasa Day Trip ni berbaloi untuk orang yang tak sewa kereta macam kitorang.. At least ada lah aktiviti yang kita buat dan jalan jauh sikit kan.. Dan ada orang yang drive, kita duduk je diam-diam sambil berehat.. 

Kalau korang rasa nak join trip ni boleh click HERE.  Ni aku booked through Tripadvisor.. Untuk dua orang cost USD357.30 lebih kurang RM1500.

Ada banyak lagi tour yang diorang sediakan untuk activities kat Perth.. so boleh pilih ikut kesesuaian korang yer..

Sekian saja untuk Entry Day 3.  


Love, 
Filla.

3 comments:

ijan said...

heehehehe...omgee pak radie, motip suruh kak pilla amik pic belakang tu kenapa? maybe nak fokus seluar kot, lain macam sikit tgk atas seluar tu..

seronok tgk kak pilla travel berdua mcm ni..Perth mmg nyaman dan tenang kan..Saya pun suka..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Boleh nmpk koala tu ktakutan bila Pila usap dia

dorsett pink said...

Nice! Thank you for sharing. Gambar2 cantik