Harini last entry pasal Perth hahah.. Bertabahlah korang yer..
Biasalah bila hari last ada perasaan sedih sikit dan akan guna hari last dengan sebaik-baiknya.. Tapi gembira jugak sebab dapat balik jumpa anak-anak hehehe..
Hari last mari kita completekan task yang belum selesai.. Ramai dm suggest macam-macam tempat so kita pilih yang terdekat dengan Perth CBD sahaja yer..
Gambar berdua yang mampu kita snap heheh
Bandar Perth ni bersih aman dan damai.. takde rushing pon orang kat sini..
Tak tau kenapa Kasih suka nau Lush ni.. Rumah kalau ada bath tub takpe jugak.. dia nak rendam bath bomb dia dalam baldi ke apa? hahaha tapi disebabkan dia dah remaja kita layankan je.. dari permintaan nak kasut asics yang mahal-mahal tu.. kita bagi jelah dia lush hahaha.. Dia tanak apa-apa sangat dia cakap cuma nak lush..
Typo pon antara favourite dia.. so marilah belikan apa-apa untuk dia.. Untuk Icha dengan Amaani dah beli banyak smiggle..
Belikan ni untuk anak dara kita.. Rupanya dia dah ada yang pen huruf K tu huhhhh.. tapi kaler lain.. so nasib baiklah..
Pastu Pak Radie memang nak belikan Icha candy ni.. apa tah nama dia.. tapi kedai ni nama dia Roc Candy.. so kalau korang nak pegi sila google map 'roc candy perth'.. rasanya kat Hay Street jer..
yang penting Halal.
Comel jer.. boleh pilih nak candy dalam botol or dalam pack plastik.. untuk gift comel jer..
memacam flavour ada.. pilih je kak..
Ok Target ni macam kak pilla cakap sebelum ni, tempat ni adalah wajib untuk pergi ye.. murah-murah dan banyak benda boleh beli.. untuk gift / souvenir pon banyak..
antara yang popular ialah Murray Street.. sebelah-sebelah je.. kadang ahkak pon confuse akak kat Murray ke kat Hay street hahaha..
Ni cafe chef terkenal Jamie Oliver..
Nak makan tak leh, so kita bergambar jelah hehehe
Dari Jamie's ni kitorang google Corica Apple Strudel pulak hehehe. Ramai suggest makan apple strudel terbaek katanya..
Gigih ok berjalan hahaha.. boleh tahan jauh jugak dalam setengah jam jalan kaki..
Pak Radie taknak.. Bengang je ahkak tau.. sebab dia tak berapa makanan macam ni... Ada jual yang besar untuk jugak tu selalunya orang pack bawak balik KL gituuu.. tapi tak yah yer aku malas nak angkut hahahah.. so kita rasa jelah seketul ni..
Ko tengok pon ko dapat rasakan kesedapan dia huwaaaaa.. rangup rapuh di luar, lemak berkrim di dalam..
Pejam-pejam mata sis makan ni hahahha.. nak amik lebih tak berani sebab ai kan diet kohkohkohhh
Penat Pak Radie snap demi nak dapat gambar yang ok hahaha
Dari sini kitorang keluar balik ke main road untuk cari bas menuju ke Dianella.
Dianella ni nama tempat / kawasan sebenarnya.. tengok Fuhhh boleh tahan jauh ni.. tapi sebab aku teringin nak rasa Charcoal Chicken yang ramai dm suruh try makan.. aku zikir jugaklah kat telinga dia jom laaaa paaaa jom laaa paaaaa..
Nasib dia ada.. aku ikut bontot dia je... walau kemana pun dia bawa ai follow jer.. hehehe..
Semua google jer... Nanti dia tunjuklah amik bas apa.. akak lupa nak catit hahahhaha..
Perjalanan dalam setengah jam or lebih naik bas.. Pastu masa naik bas kitorang dok tanya driver tu bas ni pergi Dianella tu ke tak.. dia pun macam angguk tak angguk.. Konpius kitorang pon duduk.. Pastu aku tanya Pak Radie "Eh, bas ni bukan bas free kan?? Kenapa tak bayar tambang?"
Dia jawab "Ntah" ehhhh tak membantu lah dia ni..
Takpelah nak turun kang kita tanya..
Pastu driver bas cakap boleh turun sini.. Hoiii jauh masuk segala perumahan ok... Pastu tanya dia pasal tambang, dia cakap "it's ok, u can pay next time"
Eh next time memang takdoooo lahhh hahahahhaa...
Dianella ni kalau kat KL dia ala-ala ko hala ke Klang gitu.. atau masuk perumahan kat PJ mungkin hahahaha.. Gituuu.. Dia ada mall ala-ala tak berapa gempak lahhh..
Sebelum tu kitorang masuk dulu Dianella Plaza.
Ni dari belakang... Charcoal Chicken..
Ok ni memang review seikhlas hati.. Kalau korang ke Perth silalah datang sini and makan kat sini..
Chicken dia ada macam-macam jenis.. kalau nak spicy ada.. Kalau nak original pon ada.. Tapi terpaling sedap ialah Ribs dia perghhhhhhhh sedap gila.. Pak Radie tu memang penggila ribs.. Dia pun cakap sedap and lagi puas makan compared ko makan kat Tony Roma.. Banyak gila plak tu portion dia..
Huwaaa terbayang pulak.. Salad tu kena pilih 3 jenis.. Hamek kau 1 bekas penuh dia bagi hahaha
Eh dah kenyang pun muka stress ke? hehehe
Masa makan ni ramai gila orang.. So kena tunggu turn nak duduk.. So bolehlah refer opening hours ye.. Ramai orang Malaysia dtg sini masa Kak Pilla tengah makan tu.. Tapi semua drive sendiri hehehe.. kitorang je turun naik bas, but i likeeee so backpackers kononnya, dah lah naik bas tak bayar tambang *tepukdahi* kohkohkohhh
Ni bus stop betul-betul mengadap Carcoal Chicken tu.. boleh baca timetable tu and bas apa untuk ke Perth Station, tambang aud3.10/person.
Tak masuk pon, tengok je dari luar hahaha
Last sekali sebelum balik ke apartment, kitorang lepak kat DOME je kopi-kopi
Ok Dome ni kira hebatlah sebab tutup pukul 8pm hahahaha.. Dekat luar sejuk sangat so kitorang duduk lama skit dalam ni..
Dengan konpidennya Kak Pilla order Hot Chocolate perghhhh siap marshmallow pulak.. Nasib berat naik sikit je balik dari Perth hahaha.. maybe sebab sepanjang kat sini makan pun taklah menggila sangat, dan banyak berjalan so kira macam exercise jugak kannnn...
Flight kitorang pagi pukul 6 macam tu rasanya.. Sepanjang kat Perth kitorang malas nak pikir cemana kita nak gi airport nanti hahaha.. Nasib baik tengahari last day ni balik kejap apartment tetiba nampak taxi berhenti sebab hantar orang kat apartment tu.. Terus kitorang tanya boleh book terus tak untuk dia pickup kitorang pukul 2am.. and dia cakap boleh hehehehe.. terus tukar phone no.. Tambang rasanya 43aud kot..
Balik apartment relax2 je.. pastu siap keluar balik malam tu cari Coke Pak Radie heheheh.. Sempat lah akak tidur kejap sambil set alarm setiap 5 minit selepas pukul 1am.. Ko gila kalau terlajak tido hahahah..
Selesai sudah percutian suami isteri ke Perth. Kalau orang tanya mana best Perth / Gold Coast or Melbourne? Tu tak leh jawab sebab Melbourne tak pernah pegi lagi.. Sebenarnya lain orang lain citarasa dan keseronokan dia.. Kak Filla and Pak Radie jenis tak reti duduk diam, so kalau pukul 5pm kedai dah tutup rasa SANGAP GILA.. hahahhahaha.. Gold Coast at least ada je kopi-kopi sampai malam.. Tapi Kak Pilla pilih Perth sebab dah pegi gold coast so better pergi tempat yang belum pernah pegi lagi.. dan tujuan percutian ni sebab dah lama gila tak travel berdua which dulu setiap tahun at least sekali walaupon dekat-dekat je.. So tempat itu tak penting, janji kita dapat explore tempat tu berdua.. Wowwwwww gila romantik ko ni pilla weeeewiiiitttttttttttt hhahahha..
Sekian saja pengembaraan kita di Perth..
Jumpa lagi ;)
Love,
Filla.