Semalam Kak Pilla pergi sekolah budak-budak ni sebab ada taklimat for parents yang anak UPSR tahun ni.. Dalam 3 jam jugaklah taklimat tu. So far bagus parents kena pergi dengar sendiri taklimat UPSR ni baru kita tau apa yang sekolah akan laksanakan sepanjang tahun untuk bantu anak-anak kita.
Bila dah dengar taklimat baru Kak Pilla jelas dan faham. Tetiba diserang rasa bersalah sebab banyak jugak kecuaian Kak Pilla sebagai ibu. Kalau zaman kita dulu, result tu lah yang paling penting.. Tapi kita tau prestasi anak masing-masing.. Macam Kasih dia lemah Matematik. Sampai Kak Pilla rasa takpelah kita dah usaha macam-macam tapi kalau dia tak boleh jugak nak buat cemana.. Tapi Kak Pilla selalu cakap, janganlah sampai gagal.. Sebab kalau gagal satu subjek UPSR tu, akan gagal lah keseluruhan.. Kak Pilla pun dengan Pak Radie bukan jenis pandai matematik.. So nak expect tetiba anak kita pandai Maths rasa melampau sangat lah expectation tu.. Tapi bagi jelah tuition at least boleh bantu mana yang dia tak paham. Nak harap Kak Pilla ni bila dia tunjuk je soalan maths tu berpinar terus bijik mata sebab tak paham..
Apa yang Kak Pilla faham semalam Kak Pilla cerita kat sini ya.. Mana salah tu tolong betulkan ya..
Untuk UPSR 2017 ni, student akan dinilai melalui 4 perkara ni:
Kalau zaman kita dulu bawak balik slip/sijil UPSR je kan.. Sistem hari ni untuk UPSR dah lain.. Bukan sekadar akademik yang diambil kira.. Penglibatan anak-anak UPSR dalam aktiviti yang dianjurkan sekolah akan diambil kira.. Disiplin, kehadiran, tingkah laku, penglibatan sukan semua diambil kira dan ada markah yang akan dicampur dan ditolak.. Untuk masuk ke sekolah berasrama atau sekolah sukan semua faktor di atas akan diambil kira. Kita tak nak pelajar cuma cemerlang akademik sahaja tetapi lemah dalam sukan, tidak terlibat dalam aktiviti anjuran sekolah, tak membantu kawan, tak membantu para guru.. Cemerlang bukan hanya di atas kertas.. Anak yang cemerlang ialah anak yang cemerlang juga perilaku. Kita nak anak yang berkualiti, anak yang baik budi pekerti.. So benda-benda macam ni yang cuba diterapkan sekarang ni.
Kak Pilla rasa terpukul juga masa dengar taklimat semalam.. Sebab Kak Pilla larang Kasih dari terlibat dalam sukan bola jaring sedangkan dia aktif dalam sukan tu.. Huhuuu.. Kak Pilla tak nak dia terlibat dalam bola jaring sebab takut dia penat, takut bila badan dah penat dia tak nak fokus untuk UPSR.. Sedih bila dengar kawan Kak Pilla yang anak dia satu sekolah dengan Kasih cakap haritu nampak Kasih berdiri kat tepi kelas je bila ada meeting bola jaring dengan cikgu.. Gulp berkaca mata, tapi Kak Pilla kuatkan hati demi kebaikan dia.. Dan kawan Kak Pilla cakap haritu nampak Kasih bersorak dari tepi bagi sokongan kat kawan-kawan dia yang tengah ada latihan netball.. Siap dia pergi kat kawan dia and cakap 'u can do it' gitulah lebih kurang cerita dia.. Kadang bila Kak Pilla tunggu dia balik sekolah selalu Kak Pilla marah sebab kenapa keluar lambat sangat???? Mama dah tunggu lama dah ni, kang nak balik masak lagi, jalan jam kalau kita lambat balik.. Rupanya dia duduk tepi padang tengok kawan main netball..
Banyak kali dia minta nak masuk netball tapi Kak Pilla cakap tak boleh.. Cikgu pun ada panggil Kasih ajak masuk netball balik.. tapi Kasih cakap mama tak bagi.. Oiiii malunya kat cikgu huhuhu.. Bila kasih hint-hint pasal netball aku tak layan... dan dia pun dah tau Kak Pilla tak bagi so dia buat tak tau tapi aku tau dia kecewa tu.. Last year kot dia main wakil sekolah ke apa tah, sampai ke sekolah lain pun dia pergi main jugak.. berjanggut aku tunggu dia 3 jam kat bus stop sekolah hahahahha.. Dia terlalu suka netball sampai kadang bila tengok kat 'search hashtag' kat ig pun dia tengok international netball player semua pasal netball huhu.. Tapi korang tau lah kan aku jenis keras hati, bila aku cakap No memang No lah jawapan dia.
Tapi lepas dengar taklimat tu rasa kesal dalam hati.. Kenapalah aku halang-halang sangat minat dia.. So terus jumpa cikgu kat bilik guru semalam.. hahahaha.. mengadu dekat cikgu yang aku nak Kasih masuk balik netball.. aku tak tau sekarang dia masuk sukan apa.. tapi rasa ko-kurikulum dia pilih bola tampar kot.. cikgu cakap takpe, balik nanti tanya Kasih dan suruh Kasih jumpa cikgu yang incharge Netball cakap nak join je netball.. Fuh lega sikit hati..
Semalam masa amik dia balik dari sekolah aku terus cakap kat dia.. "Kasih, mama ada benda nak cakap, mama bagi permission Kasih masuk balik netball tapi kena promise, jangan abaikan study untuk UPSR ni"..
Dia terlopong terus dari seat belakang dia peluk aku sampai tercekik mak hahahaha.. Dia cium-cium satu muka cakap "Betul ke ni mama? betul ke??? Thank you mama" Haishhh habis muka aku kena cium.. rimasss hahahahah.. ko tak belajar lepas ni siap yeeeeehhh...
So itu jelah nak cerita.. kadang dalam hidup ni kena consider jugak minat anak-anak kita.. Belajar tu belajar lah jugak.. tapi biarkan dia aktif benda-benda yang dia suka.. Kehidupan dan akademik kena balance.
Oh lepas tu masa jumpa cikgu Sains kat sekolah tu dia tanya nama anak siapa ya.. Aku cakap lah Kasih Aleeya. Dia cakap "Ohhhhh saya ingat.. murid saya tu.. saya tak lupa sebab dia je yang buku teks ada tulis Hari"
Hahahah now aku apply benda ni dekat Amaani pulak.. Dah confirm je jadul waktu memang aku akan buat macam ni sebab aku tak kuasa ye nak susun buku sekolah dia asyik nak refer jadul waktu sampai lunyai.. Dari zaman Kasih aku buat camni.. Nak susun senang, amik je ikut hari, as long as jadual tak berubah.. now dah cerdik sikit, tulis dengan pensil je.. nanti jadual berubah boleh padam je tulisan kat sticker tu ;)
Ni susun buku KAFA semalam.. pun banyak menyenangkan kerja aku hahahhaha..
So korang boleh cuba jugak cara ni ok?
Sekian, ntah bila nak update next entry pulak.. doakan sis rajin ya.
Love,
Filla.