Tuesday, September 22, 2015

CARPET DI NILAI 3.

 Ada satu hari tu aku teman Kak Ti gi rumah baru dia kat Nilai.. Lepak jap rumah Kak Ti pastu tanya Kak Ti kalau dari rumah dia nak ke Nilai 3 dekat tak? Dia cakap dekat je dalam 15 minit.. Ok jom!!! hahahah pantang je aku ni lajuuuu je sampai..

Sebenarnya memang dah lama berhasrat nak beli carpet.. Tak nak lah carpet ribu-ribu, sayang duit hahahaha... Tapi nak jugak carpet ;) 

Jomlah cuci mata sat yer..

 Aku tak suka colour cerah-cerah macam nie.. 

 Suka warna hitam.. tapi hitam ni apasal corak dia kosong tengah-tengah? i don't like nanti kalau ada habuk putih-putih nampak je kat kawasan hitam yang kosong tu.. nanti hati and mata i sakit.. so reject jugak yang nie.

 Berkenan jugak macam kat atas ni.. tapi tengah confuse sebab bila pegang surface dia tak sehalus dan selembut yang ahkak mahukan.. ecewah over.

 Huwaaaa nak niiii... terus whatsapp gambar ni kat Pak Radie.. dia cakap tak nak.. corak ni belambak jual kat giant kata dia.. eh sakit hati ahkak.

 tu tangan kak ti yer.. tangan i muda remaja lagi kahkahkah... ni corak yang sama tapi warna je lain.. Hati dah suka.. tapi tengah confuse sebab tak boleh nak agak size lebar dan panjang dia.. sebab nak letak kat sofa dua bijik tu.. kang kalau pendek and kecik mesti tak lawa dan nampak terbantut pelik je.. tapi kene beli jugak, sebab memang tak laaaa aku nak sampai lagi kat sini.. malassss!

 Punya lama berdiri termenung nak ke tak ni? Last-last tanya kat mamat ni.. nak yang lebih besar dari yang ni ada???

 Ok nasib baik ada.. dan aku suka yang ni jugak sebab memang aku dah bayangkan ni confirm muat.. cuma takut terbesar sangat je hehehe

 Aku send gambar ni kat Pak Radie, dia suka yang atas nie.. Aku suka jugak tapi hati tu berbelah bagi pulak.. Aku rasa macam corak dia bosan pulak.. eishhhh susah betul lah.

 Then nampak yang ni.. Waaaah ni saya suka!!! tapi confuse jugak sebab Pak Radie prefer yang atas tadi tu.. aku macam suka yang nie.. Pastu dia cakap hentam jelah tak yah pening-pening.. 

Pastu aku beli yang aku suka tu.. dalam kereta dia whatsapp tunjuk balik gambar yang dia suka, dia cakap tu lagi lawa.. aku reply "sshhhhhhhhh!!! jangan banyak bunyik, dah beli dah yang ai suka"

 Siapa suka boleh lah datang Nilai 3 carik kedai carpet ni.. Eh tapi belambak kedai carpet sana.. pepandai lah korang nak mana.. picit sikit bagi dia turun harga sampai murah gila hahaha.. mamat ni pening dengan aku.. "kita kawan, kita kawan, saya sudah bagi kakak harga kawan, shhhhhh, kakak saja saya bagi ini harga, jangan kasi tau orang lain tau kakak"

Eh sudahlah.. dia dah hapal ayat tu je dia ulang-ulang.. hahaha semua customer dia akan ulang ayat sama aku rasa... tapi aku picit sampai dapat harga RM420.. berpeluh-peluh ayat. tak tau lah kalau orang lain leh dapat lagi rendah dari tu.. korang try la pujuk rayu nangis golek-golek sikit.. ngan aku pon dia dah geleng kepala.. aku keluar duit, aku cakap aku ada banyak tu je.. hahahahah..

 Yeay dah ada carpet kat sini.. suka thekasihs baring-baring lembut je ;)

Jadi orang pompuan ni memang ini je lah kerja dia.. tengok lawa semua nak.. benda-benda lain aku dah kurang dah.. sekarang suka tengok benda-benda untuk rumah.. tapi cuba ko bawak aku masuk zara ke apa.. akak suka jugak ;)

Inilah dia orang pompuan.  Haih malas nak membebel kat diri sendiri.. Letih.


Love, 
Filla. 

BILA MAK LONG MEMASAK.

Ni cerita minggu lepas kalau tak silap.. Oh ye betullah cuti hari Malaysia haritu.. Sibuk kemain sampai aku lama dah tak lepak umah Abang / Pak Long.

So kitorang plan lah sebelum tu.. whatsapp Aza (Mak Long) cakap nak datang sana lah.. so plan lah apa Mak Long nak masak hahaha.. dia cakap nak buat roti lah.. Ok cun, nak belajar buat sausage roll lah.. 

 Akak Ipar.. tapi dia panggil aku Kak Pilla je.. hehehehe.. tak reti lah panggil nama lain ;)

Haritu Wan ngan Atok datang dari Enstek.. ajak sekali Uncle Rosli n Auntie Rabitah join..  Sementara makanan siap, lepak layan Leecha dengan Amaani..

 Mak Long with Kasih.

 Ingat nak tengok Aza buat sizzling tu.. Bila sampai, aik? dah siap hahahha.. Dia cakap senang siapkan awal.. Ohh aku faham, aku kalau orang nak datang pun suka siapkan awal, takut kelam kabut, aku tak leh sebab aku jenis panik hahahah..

 Taraaaaa siappp!! Sedap!! Nora bagi 5 bintang hahahah.. Ada yang nak resepi sizzling yee mee Mak Long kan? Aza nanti whatsapp Kak Pilla resepi ni pulak ye hehehe.. 

 Dan kami pun menjamu selera... 

 Pastu Aza cakap dia nak buat baked Macaroni tapi cheese yang dia beli tu bila nak guna tengok ada hijau-hijau macam lumut tu.. terus tak jadi guna walaupun expiry date dia 2016.. Takpelah kita makan macam ni je pun sedap..

 Makan lagi.. mana tak gemok?

Pastu Wan pulak memang ada bawak sup ayam dengan sotong masak kicap.. Makan nasi pulak tengahari tu hahahah..

 Petang sikit Aza bawak keluar ni pulak dari petiais.. Oreo no bake ke apa hahahaha.. mamposlah pecah perot aku asyik makan je..

 Aza cakap dia buat ni semalam.. senang gila je ni Kak Pilla.. nanti Aza ajar.. Aza memang suka buat cake, cookies semua tu.. which aku tak pandai yang tu.. hahaha.. bila bab masak lauk pulak Aza cakap "Kak Pilla, haritu Aza teringin nak makan ayam berlada macam mama masak tu.. sorry Aza stalked resepi kat blog Kak Pilla" hehehehe.. 

 Rupanya Aza tak jadi buat sausage roll.. dia kata tu nanti kita tunggu Dhya datang sini.. so dia dah siap buat dough untuk French Bread pulak..



 Hahah tetiba dah siap.. huwaa tak reti buat roti-roti, tapi masa Aza buat pon aku tengok gitu je hahaha.. nantilah mintak resepi ;)


 Ni mushroom soup dia.. Sedap pulak sebab pekat dan banyak bahan dalam tu..

 Makan ni dah macam lepak kat Dome gitu hahahaha.. tapi buat Teh O jelah.. duduk tepi kolam ikan.

Kemain membiak lagi ikan dia.. 

So itulah saja kisah menggemokkan badan pada Hari Malaysia.. Hari Malaysia actually birthday Dhya.. Happy Birthday Dhya, tak sabar nak jumpa Dhya.. Nanti kita gi Sunway Lagoon yek Dhya?.. love u.

Sekian saja.. ai is busy.. esok kita sambung yek.. 




Love, 
Filla.

Wednesday, September 16, 2015

ORANG PENANG DAN ORANG MELAKA JOM!!!!

 Hai pembaca blog ;)

Harini Kak Pilla, Kak Elly dan Kak Peej nak ajak you all semua datang ramai-ramai ke Festival di Penang.. Masuk Percuma!!


PENANG
 
Orang Penang mesti tau tempat ni kan? Korang boleh datang ramai-ramai ke Booth No. E3.
 
 Mai jangan tak mai naaaaaa... Agent Ellfie yang cantik manis ada menunggu you all kat situ.. Boleh dapatkan Ellfie Essence, Ellfie Gold Serum, Loose Items (Cleanser and Toner)



MELAKA

Orang Melaka pulak jom datang ramai-ramai ke MITC Melaka pada 19-20 September (Sabtu dan Ahad).. Sila ke Booth No. N85.. Pukul 10 pagi sampai 12 malam.


Orang Melaka jom jumpa Kak Pilla, Kak Elly dan Kak Peej.. Kitorang akan turun ke Festival di MITC Melaka pada hari Sabtu (19 Sept) pukul 8.30 malam camtu kot..

 Siap bagi flying kiss camni pon tak nak jumpa? hahahahahah... Jomlah kita beramah mesra berkenal-kenalan sambil membeli Ellfie.. 

Pada hari Festival di Penang dan Melaka, pihak Ellfie akan bagi harga istimewa ;)
Set Ellfie Essence
RM120
RM110

Set Ellfie Gold Serum
RM130
RM120

Customers yang dah kehabisan stok boleh datang beli terus di booth-booth kami ye..

InshaAllah kita jumpa di sana ye :)


Love, 
Filla.

RAHSIA PEMANDUAN LEBIH LANCAR.

Baru-baru ni Kak Pilla dapat invitation from Petronas Dagangan Berhad untuk menghadiri Pelancaran Euro 4M Petronas Primax 97 dengan Advanced Energy Formula.


Apa yang bagusnya tentang Euro 4M Petronas Primax 97 baharu ni?  Ia dirumus khas untuk pecutan yang unggul dan menepati spesifikasi Euro 4M.

Kandungan bahan api Euro 4M mempunyai tahap sulfur, benzena dan Reid Vapour Pressure (RVP) yang lebih rendah, menjadikannya sebagai bahan api yang lebih mesra alam kerana hasil pelepasan dan pencemar yang lebih rendah berbanding dengan bahan api Euro 2M RON 97 sebelum ini.  Ia juga melindungi sistem pelepasan ekzos kenderaan kerana pengurangan kandungan sulfur.

PETRONAS PRIMAX 97 dengan Advanced Energy Formula baharu ini akan memberikan pecutan unggul dengan tiga ciri-ciri penting ini:

1. Pemanduan lebih lancar menerusi rumusan baharu pertama di dunia: ia akan mengurangkan geseran pada dinding silinder dan memulihkan ciri-ciri pelinciran minyak enjin untuk menghasilkan pecutan yang lebih lancar.

2. Melindungi enjin dengan bahan api rendah sulfur pertama negara: kandungan sulfurnya yang lebih rendah mendatangkan kebaikan kepada teknologi pelepasan ekzos kenderaan dan memberikan perlindungan kepada sistem penyuntik bahan api enjin untuk jangka masa panjang.

3.  Memberikan pembakaran bahan api lebih baik menggunakan teknologi yang membawa kemenangan di litar lumba:  Komponen bahan api yang dihasilkan oleh loji penapisan minyak PETRONAS bertaraf dunia telah dirumuskan dan dibangunkan secara optimum melalui pembakaran bahan api yang lebih baik membolehkan pemandu merasai perjalanan yang lebih panjang dan lancar.

Sebelum acara bermula

Ucapan dari Encik Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, Managing Director and Chief Executive Officer, PDB.  Ikutilah @ibrahimnuddin di Twitter!

Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dari Yang Berhormat Dato' Hamzah Zainudin, Minister, Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism.


Majlis diteruskan dengan perasmian PETRONAS PRIMAX 97 dengan Advanced Energy Formula baharu oleh Yang Berhormat Dato' Hamzah Zainudin.

Kemudian abang-abang Ducati pulak datang beramai-ramai untuk mengisi PETRONAS PRIMAX 97 dengan Advanced Energy Formula baharu :)

Untuk pecutan lebih unggul bertukarlah kepada PETRONAS PRIMAX 97 dengan Advanced Energy Formula baharu.  Nak tahu stesen Petronas mana yang ada Ron 97 baharu ini? Layari http://www.mymesra.com.my/petrol-station-locator.aspx 

atau muat turun aplikasi telefon pintar PETRONAS Pitstop untuk Android dan iOS.


Untuk pemanduan lebih smooth boleh cuba jugak sebab memang boleh 'terasa' kelancaran pecutan di jalan raya.. Eh tapi tak suruh pecut laju-laju ye, utamakan keselamatan dan orang tersayang.

 Terakhir sekali ialah sesi Media dan Q&A

Pengalaman yang bagus kerana mendengar sendiri penjelasan tentang kehebatan PETRONAS PRIMAX 97 dengan Advanced Energy Formula.

Di samping tu, kami juga berkongsi pengalaman sesama blogger tentang minyak RON 97 yang ternyata memberi impak yang lebih maksima dalam pemanduan.  Lepas ni kalau drive long journey boleh isi minyak baru ni ok? Pastikan tank hampir ke tahap paling rendah, lepas tu isilah dengan minyak baru ni.

Sebelum balik jom bergambar dulu kat sini..


Untuk maklumat lanjut tentang PETRONAS PRIMAX 97 dengan Advanced Energy Formula sila layari www.primax.my #PrimaxAcceleration



Love, 
Filla. 

Tuesday, September 15, 2015

BBQ TIME.

BBQ rumah Kak Nana ni dah jadi tradisi at least once a year kitorang akan berkumpul dan buat potluck.. Saja suka-suka sebab memasing sibuk communicate kat group whatsapp je.. jumpa memang tak lah.. Date yang dirancang ialah 12 September 2015 sehari sebelum birthday Pak Radie hehehe.. Selalu aku beli cake siap-siap letak rumah Kak Nana tapi kali ni tak sempat dan rasa macam tak yah lah belambak dah makanan sila jangan membazir ;)

Bila tengok balik gambar-gambar ni rasa sekejap je masa berlalu.. Aku kawan dengan gang2 Pak Radie ni dari sebelum kitorang kawin.. Especially Barai tu lah yang selalu Pak Radie angkut kalau gi dating hahaha.. Now barai dah kawin anak dah 2 comel pulak tu.. Nasib ikut muka maknye kuakakakakkaka.. sorry barai gurau ;)

Amaani with Sofea (anak Barai yang first)

Icha, Sofea and Naomi.. kemain lagi kaki silang hehehe




Yang Aleesya tengah peluk tu anak Barai yang 2nd.. 

Mak bapak kat belakang, diorang kat depan ni ntah buat apa.. Aku tengok mammee berterabur atas carpet.. geram je rasa nak capai vacum.. sorry lah kak nana sebab telah menyerabut dan menyelerakkan rumahmu heheheheh..

Tu diaaaaaaa.. ni disponsor oleh Padil dan wife dia Nana.. heheh ada dua Nana malam tu ;) suka tengok kemas je bawak dalam bekas camni.. Nora bagi 5 bintang.

Siap sos dia dan rice cooker ;)

Kak Pilla dah sign contract buat sandwich ngan coleslaw.. Padil kongajo dia cakap dia save nama aku "Pilla Coleslaw" tumbuk kang.

Kak Pilla buat sandwich telur dengan sandwich sardin.. buat dua version, satu letak cili padi, satu lagi tak letak (untuk kids)

Sorry tak dapat sediakan yang gempak-gempak sebab sabtu hari paling busy.. Adib anak Kak Tini tanya mak dia "Aunty Filla buat Olio Aglio tak?" huhu sorry aunty tak sempat.. nanti datang rumah auntie buatkan ok?

Jajan-jajan satu bag ikea disponsor oleh Kak Tini.

Pastu last minute cup takde.. Kak Nana pon gi beli kot..

Sampai je kene sound, cup bila pakai tak leh buang.. jaga cup masing-masing sebab ada nama hahahahahahahha... Nama paling win sekali nama laki aku.. hahahha

Tapi aku rasa bagus sangat idea ni.. kalau tak, ko letak belambak-lambak pon habis pakai buang, pastu amik baru.. kalau korang buat bbq party camni.. elok tulis nama hahaha tiada pembaziran..

Ni pun kelakar.. Ni nana yang bawak steamboat.. Kenapa viral, sebab status dia pernah viral kat FB haritu.. beribu kot share status pasal carik laki dia tak balik main basikal.. siapa nampak suami saya tolong sumbat dalam guni kahkahakakaka.. tapi sian dia ada yang x leh terima gurauan macam tu terus kutuk-kutuk kata melampau lah status bagi kat laki macam tu.. padahal kitorang kenal sangat Nana ni suka bergurau dan dia tak post pon status tu kat fb.. dia post kat group chat je, tapi ada orang yang post kat fb, tak pasal Nana yang kena.. tapi dia dah glamour sekarang kalau kalau ada yang tanya "Ni Nana guni ke?" hahahah syabas Nana.

Nana Viral hahahaha

Kiri tu Kak Nana tuan rumah, sakit hati aku tengok lengan dia besar tu je.. dah kurus gilaaaaaa gilaa gilaaa ok.. Kak Nana aktif zumba now dah kecik gila badan.. haku plak makin membesar.. bila rasa nak workout je tetaplah angan-angan je.. acaner tu? siapa nak tolong bagi semangat nie...



Kiri tu Barai.. dulu halus je dia besar pak radie anak tekak siap tekeluar sebab kurus sangat.. ahhaha..  kena tanya ni apa rahsia kebahagiaan dia.. Gee, Barai ni ko bagi makan apa Gee? hahahaha

Yang kanan tu pelakon.. dia ni lah yang keluar naik basikal tak balik-balik sampai jadi viral hahahahaha.. 

Amik contract tukang celup.. Siapa nak boleh makan dulu bayar kemudian ye.. RM38 per person.. Kalau tak habis kita timbang ikut kilo ye.. 

Macam tak percaya, aku makan ni je seketul.. perot kenyang lagi makan sushi sampai tahap nak muntah hahahaha..

atas ni sedap terbaik ;)

Barai bawak ice cream.. Yeay ni ahkak suka.

Ko tengok mak-mak orang ni.. dah macam kenduri ice cream hahaha..

Neway seronok sangat buat makan-makan macam ni.. Next ingat nak buat short trip.. sila jangan plan kat sini je pastu semua senyap ye.. tu dah biasa dah tu.. kali ni biar kasik jadik ok? anak-anak dah ramai, mesti diorang happy dapat kumpul sama-sama..

Semoga tradisi berkumpul bawak makanan ni akan kita teruskan lagi setiap tahun.. yang pasti tahun depan haku tak nak dah buat coleslaw and sandwich.

Tata.

visit: ellfiebeauty.com

Love, 
Filla.