Thursday, July 21, 2016

ASTRO Circle Kid's Club

Baru-baru ni Kak Pilla berpeluang bawa Aleesya ke acara Disney Dream Big, Princess Academy anjuran Astro Circle dan Disney di DoubleTree Hilton.  Silap tak sempat nak belikan Aleesya gown princess nasib baik dapat crown dalam goodie bags tu ;)

Seronok tengok semua kanak-kanak sporting habis dengan gown ala-ala princess.  Rata-rata yang hadir ialah keluarga yang melanggan Pek Astro Kids.. Kagum sebab semua ibu-bapa sporting habis dan teruja bersama anak-anak datang event tu..

Nak tau apa yang menarik perhatian adik-adik kecik ni? Dah tentulah kehadiran Cinderella, Rapunzel dan Sofia the First.  Characters ni semua datang untuk menceriakan kanak-kanak dan memberikan inspirasi serta membimbing kanak-kanak yang hadir untuk percaya pada impian mereka dan menonjolkan kreativiti masing-masing supaya mereka juga boleh menjadi seorang princess ;)

Cinderella tampil menawan dan lemah lembut sesuai sebagai seorang puteri ;)

Excited Aleesya dapat bergambar dengan Cinderella.. Nasib baik dia nak naik atas stage dan tak rasa malu pun.. 

Rapunzel ni cheeky sangat.. sempat betulkan crown Aleesya hehe

Tengok riak muka Aleesya teruja tak boleh nak control hahah

Sambil tu kita buat decoration menghias tanglung bersama papa..

Antara Cinderella, Rapunzel dan Sofia the First.. ini yang paling Aleesya teruja..

Sebelum naik stage dia asyik tanya je Sofia nak balik ke? nak balik ke? Takut sangat dia tak sempat amik gambar dengan Sofia the First.. Nah siap hug tak nak lepas hahahahaha.. Sukanya dia impian menjadi nyata.. bukan alam fantasi, tapi in real life dapat jumpa Sofia the First ni.. 

Puas hati Aleesya dapat bergambar dengan semua characters Disney yang dia suka..

Antara bloggers yang hadir event best ni Kathy and Audrey.. Semua anak-anak happy hehehe
 
Kak Pilla and Kathy pon enjoy sangat attend event ni sebab ibu-ibu ni apa lagi yang menggembirakan kita selain tengok anak happy ;)

Aleesya terus jadi lemah lembut macam princess hahaha..


Ni Kak Pilla nak bagitau korang yang ada anak-anak kecik yang suka princess-princess ni.. Jom register Disney Kids Club iaitu sebuah program keahlian eksklusif, kolaborasi bersama Astro Circle untuk pelanggan saluran Disney (Astro CH 615) dan Disney Junior (Astro CH 613) dalam Pek Astro Kids ni.. Nak tau apa benefit kalau you all register?


 Kelebihan mendaftar dengan Disney Kids Club:

- VIP event passes
-Meet and Greet with your favourite Disney Characters
-Disney movie screening tickets
-Disney giveaways 

Eh sapa tak suka kan? Jom kita register bersama-sama.. Untuk maklumat lanjut jom layari 



Love, 
Filla.

Wednesday, July 20, 2016

Deco Aidilfitri Acah-Acah sangat ni..

Lama tak share deco Kak Pilla.. hahahaha takde apa sangat pun.. sama je.. 

Cuma ada tambah frame sikit and tambah sofa seketul.. So takde lah berebut asyik orang tu je dapat baring.. 

 Dari dulu suka tengok hall kemas, rasa selesa je nak tengok tv.. Lagi satu suka dapur kemas.. kalau kotor melekit-lekit bersepah acaner lah.. i cannot.. nanti rasa nak marah je.. 

 Haritu aircond tu leaking.. menitik habis ke lantai and kat blind curtain tu.. Terus Pak Radie gi basuh pancut air yang tembak tu.. bersih balik... aircond pun panggil orang suruh service and betulkan sekali.. Baru hidup Kak Pilla kembali tenang.. Frame kiri kanan dinding tu murah gila hahahah.. Tak taulah Pak Radie ni mana tah dia beli.. Tapi ok jugak, ahkak suka ;)

Frame gambar budak-budak ni kat tepi tu nanti nak hang kat dinding.. ada order 12pcs haritu.. 6 kecik, 6 besar sikit.. Tempah sekali dengan Elly masa exhibition kat Matrade haritu diorang ada bukak booth.. 

 Ala-ala painting building lama.

Lagi frame gambar budak-budak ni.. Heheheh korang lom tengok lagi gambar mak dengan bapak budak yang poyo nye amat mengerikan hahahaha.. Tunggulah Pak Radie hang dulu kat dinding nanti dah siap i share lagi ;)

Jangan salah anggap kata poyo tayang rumah.. rumah kocik je dik.. bukan banglo 18 bilik pon hahaha.. Tapi tulah kalau korang dah ada rumah sendiri atau duduk menyewa sekali pun.. Cuba jugak untuk cantikkan rumah ikut taste masing-masing.. diri kita ni semua bermula dari rumah.. rumah kemas maksudnya macam tulah teraturnya hidup kita.. rumah kecik comel pun boleh cantikkan jugak.. tak semestinya nak tunggu rumah besar baru ada hati nak mengemas.... rumah kotor macam tulah hidup kita tak terurus.. 

Sekian Kak Pilla membebel macam ongtua sangat perangai hehehe..


Love, 
Filla.

Tuesday, July 19, 2016

sampai 12 malam 20 Julai sahaja.

Ish gamba-gamba sepanjang exhibition kat Matrade dan PWTC semua tak sempat buat entry pon.. Tahap pemalas tenuk x dpt ditolong dah ni heheh..

Ni saja je bak bagi tau kot-kot korang dah terlupa pulak.. yelah makan lodeh, rendang, lemang banyak sangat kan.. Takkan raya dah habis muka tak dijaga? Cannot like that dikkk..

Kak Pilla malas nak cakap.. tapi customer Ellfie yang dtg booth haritu ramai jugak mmg regular customer.. hah masa ni lah kitorang bertukar pendapat dan pengalaman pakai ellfie.. Kak Pilla dah lebih dari setahun x pernah bertukar kepada yg lain sebab memang betul-betul serasi.. dulu kusam, jerawat, pori besar kat dahi, berminyak, kelabu asap semua pon ada hahahhaa.. Sejak guna ellfie essence secara consistent alhamdulilah mmg berpuas hati!

Yang seronoknya customer yang datang pun cerita benda dan pengalaman yang sama.. Eh berbunga tau hati ni..

Walaupon muka macam kau ni gembira ke tak gembira? Heheheh 

Just nak remind Promo Hari Raya kita akan berakhir pada 20 Julai 2016 pukul 12 tgh malam!!!


Harga Normal Set Ellfie Essence RM120

Harga Normal Set Gold Serum Rm130

So korang dah jimat kat situ dan kalau beli masa promo ni korang akan dapat Free Make Up Bag Ellfie.. Senang boleh letak barang2 makeup sebab dia x besar sgt dan tak kecik sangat.. setakat lip cream fame 7 btg dengan Fame BB Cushion and segala perkakas makeup korang yang ala makeup retis tu mmg confirm muat ;)

Selepas ni harga akan kembali seperti sediakala dan no more free gift hehhe.. 

Nak?  Sila whatsapp 0132755197 now!!!!

Dari semalam staff kita cakap order menderu masuk sampai dia kena menjawab whatsapp sampai malam-malam.. ni sat g confirm masuk lagi menderu.. Bertabahlah staff, kita up gaji.. Eh memandai heheh..

Ok selamat "Ellfie Ellfie Barulah Selfie"

Zumba sambil beramal..

Harini Kak Pilla nak share dengan korang semua.. 

Sesiapa yang free dan nak try join Zumba jom datang ramai-ramai kat Intercontinental Hotel 25 Sept ni.. Ada Zumba Party for charity.. Sumbangan akan disalurkan kepada Pusat Jagaan Al Faizin, Setapak, KL (rumah anak yatim)

Tiket bernilai RM75 seorang dan lelaki tidak dibenarkan menyertai Zumba Party ni.. Baru senang sikit nak joget takde lelaki hehehe.. 

Zin mana yang akan lead Zumba tu?

Of course dari Malaysia, Zin Rina ni Zin Kak Pilla selalu zumba.. dia memang best gila.. energetic, step takde lah susah sangat nak ikut.. sporting dan peramah :) crowd memang happening gila tiap kali zumba with Zin Rina.

Lagi dua Zin ialah Zin Leanne from Hong Kong dan Zin Ivo from Bali.. bukan calang-calang orang Zin ni semua ya.. yang tak pernah join Zumba ni lah masanya korang join ajak kawan-kawan dua tiga orang join sekali.. Bersukan sambil beramal konsep dia ;)


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nama yang tertera di gambar tu.. (Liza, Layla dan Faye)

Selamat berzumba uollsss..

Thank you.

Love, 
Filla.

Thursday, July 14, 2016

Kisah sebelum raya dan semasa raya (2016)

 Ehem sehari update blog dua kali.. Gempak niiii..

Ni pun baru bangun tidur hahahahah.. Tadi jamuan raya kat opis ni.. makan laksa, nasi dagang, kambing golek, char kuey teow, pesembuq, sotong kangung.. Oiii macamana boleh muat dalam perot ni? Dasyat betul makan macam membela jin huhu..

Nak citer ni.. Kak Pilla dah lama booked online ticket Bibik nak balik kampung beraya.. Since bulan 2 kot dah booked untuk flight bulan 7.. ko bayangkan betapa advancenya.. So dah siap booked ticket dia aku buat bodoh je lah.. sampai lah pernah one day Pak Radie tanya.. Siapa nak gi Medan? Eh dia ni tanya pulak lagi.. "Bibiklah sapa lagi?".. Pastu dia cakap dah tu booking atas meja tu nama awak.. "Memanglah sebab ma yang buat booking.. biar je atas meja tu" Dia tanya ni dah lama kot.. dalam sebulan yang lepas..

Jeng jeng jeng.. Sampai lah aku buat web check-in (air asia) one week before departure.  Click je not found apa hal not found??? Aku masukkan nama bibik untuk web check-in tapi still tak boleh.. Pastu aku selongkar balik email nak check apa yang silap ni kenapa tak leh check in.. Oh Em Gee.  Bukan nama bibik, tapi nama aku yang passenger.. Pilllaaaaaaaaaaaaaaaaa ko dah kenapa ko pulak yang nak fly beraya kat sana???? Berderau darah ahkak.. Tanya orang, semua cakap ticket burn tak leh tukar nama.. tak yah lah susah payah nak panjat tangga opis Air Asia tu memang tak dilayan lah.. Aku dah pucat lesi ni.. kesian pulak bibik dah janji dengan anak-anak dia nak balik raya ni.. 

Laju-laju google ticket baru.. what??? takde flight dah nak pegi.. semua dah full.. Terus aku search ticket MAS pulak.. Nasib baik ada.. yang dulu aku book 3 Julai.. tapi takde.. yang ada 4 Julai.. Takpelah janji dia balik... aku tanggunglah kesilapan aku.. Aku memang belanja dia balik raya.. Tapi hebat lah, terbelanja dua kali flight pegi balik T__T atau sepatutnya aku boleh beraya kat Medan sana sebab nama aku yang fly.. hahahah.. Sebab tu kalau nak book tiket hati kene tenang, jangan kelam kabut dan otak jangan pikir ke lain.. Aku ni semua benda nak cepat.. padan muka sendiri.. 

 Kesedihan melampau ni.  Hehehehe.. Dah drama pulak Amaani dengan Aleesya kat airport... Masa bibik masuk kat international gate turun escalator tu.. Pak Radie dukung Aleesya.. Menangis lah budak tu menjerit-jerit "bibikkkkk bibikkkkkkkkkk" huwaaaaa siap tangan-tangan melambai menangis.. Hangin terus Pak Radie hahahahahahahah "Diammmm... kalau nak jerit mama ke papa ke tak pelah".. Eh sentap hahahahaha..

Sebelum aku ada bibik aku selalu rasa takut kalau anak-anak aku sayang bibik melebihi aku ni sebagai mak.. Tapi now bila diorang sayang bibik aku boleh terima sebab tu maknanya bibik sayang diorang jugak.. tak pernah marah, tak pernah jentik pun budak-budak ni.. Hidup ni tak boleh tamak sangat.. Kalau ada kekurangan sikit-sikit tu just tutup mata je.. Kalau semua nak perfect pegi buat sendiri tak payah harapkan orang.. Aku selalu borak dengan bibik and nasihat sikit-sikit.. bibik ni anak dia yang sulung (15 tahun) perempuan pandai pulak tu.. kat sana baru masuk nursing school.. banyak pakai duit sebab Indon bukan macam Malaysia.. sekolah bagus bayar mahal, maka akan terjamin lah kerja gaji berpatutan.. Kalau sekolah biasa (kerajaan) jangan harap lah orang nak amik kerja dan bayar gaji lumayan.  So aku selalu cakap kena jimat cermat.. jangan boros.. kerja dapat rezeki halal untuk anak-anak.. 

Amaani kesedihan dia lama sikit hahaha.. Aleesya tu eksyen je sedih sangat tapi kejap je hahahah.. bawak gi KLIA2 terus lonjak gembira.. Amaani lama sikit aku kena pujuk.. Ni bibik takde, rambut Aleesya pun dah tonggang langgang hahahahahah.. Bibik je boleh buat segala tocang lipan, tocang elsa, siap segala donut bun bagai.. Aku paling rajin pun ikat dua je yer.. baru 2 jam herot berot dah rambut Icha hahahaha..

Balik dari KLIA2 terus balik Enstek tolong Wan masak.. berbuka..

 Wan busy kacau rendang.. Aku kena masak untuk lauk berbuka.. so buat Nasi Tomato je dengan ayam masak merah.. 

 Biasanya hari terakhir berbuka puasa mesti Wan akan buat sup tulang.. sebab tulang fresh.. memang meletop sedapnyeeeeeee!! aku pulak buat kuah cili kicap pedas tu.. slurppp kalau tersedak leh masuk sepital hahahah..

 Pagi raya.. Actually set portmeirion  ni peninggalan arwah Atok aku kat Sabah.. Aku panggil Atok Sabah.. Arwah Atok tu kiranya Bapak Saudara kepada ayah aku.. Arwah memang suka travel dan collect pinggan mangkuk.. Ingat lagi masa kat Sabah dulu arwah tengah kemas pinggan mangkuk.. aku duduk sebelah dia.. dia cakap kalau Atok dah takde.. semua pinggan mangkuk ni untuk aku.. masa tu angguk-angguk je.. bukan minat pun benda macam ni.. Tapi sekarang baru paham.. Wan jaga elok-elok semua peninggalan arwah.. Wan pulak memang suka kemas.. suka presentable di pagi raya.. Wan tu pembersih dan kemas orang dia.. Korang kalau check lemari dia pitam ye.. kain batik susun sederet sama saiz kemas je.. baju kelawar lurus je lipat sama besar.. satu sudut gantung handbag sederet je.. towel sederet.. cadar sederet.. Eh kenapa kemas sangat ni.. Kalau Wan tengok lemari aku mesti bebel huwaaaaaaa.. 

 Gambar family di pagi raya.. Walaupun konsep hijau, tapi aku tetap hijau yang terlari sikit dari orang lain hahahaha... Aku tak rajin ye nak sedondon-sedondon ni.. ni mujur ada baju nak pakai hahahaha.. Baju the kasihs pon last minute Elly ajak shopping online batik cotton from Indon.. Nasib Elly tolong aku hahahaha.. tapi tulah kena pulak ke western union nak transfer bagai.. tapi puas hati sebab settle kerja aku tak yah keluar gi carik kain.

Atok orang dia jiwang.. Dulu muda-muda garang, misai dah lah tebal.. menakutkan.. Tapi sekarang dah tak garang.. suka syahdu-syahdu di pagi raya.. suka luahkan isi hati dia.. Ko gila aku tak sedih? sedihlahhhh.. dia cakap terima kasih jaga dia masa dia sakit.. terima kasih sangat.. Eh mestilah jaga takkan tak jaga.. kalau sakit lama aku heret duduk sekali dengan aku.. Dulu masa remaja aku lagi rapat dengan ayah sebab selalu luahan pendapat dan perasaan.. ingat lagi aku nak kerja part time masa semester break, tapi Wan tak bagi.. waaaaa aku sentap ni.. mengadu ngan Atok.. "kenapa mama tak bagi kerja??? orang nak berdikari.. orang nak cari duit sendiri.. selagi macam ni bila nak berdikari?? orang dah besar bukan budak kecik" dengan harapan Atok sokong aku hahahahah.. padahal Wan tau kot perangai aku dulu.. tu semua alasan sebab aku memang sukalah duduk kat luar time cuti hahahahahhaah... 

Aku pernah kerja part time bukak stall jual western food tapi Wan tak tau.. masa tu belajar kat UiTM tapi paper aku tak banyak sebab repeat je semua.. hehehe.. bila Wan call je laju-laju aku campak semua senduk tu aku lari pegi tempat sunyi skit sebab takut Wan dengar ehehhehe.. dengan Wan aku selalu gaduh sebab Wan garang pastu aku dulu jahat suka protes dan menjawab.. sakit je hati Wan tu dengan anak dara dia hahahaha.. Atok cool sikit.. 

 Tapi sekarang dah lain.. selalu berborak ngan Wan.. hal kerja.. hal itu hal ini.. so Wan dah macam kawan tapi garang dia still ada lagi sikit hehehe

 Ni pun seram.. Garang boleh tahan.. tapi hati dia tak sampai.. selalu garang di mulut dan di wajah je.. dalam hati ada taman kolam renang air terjun bunga berguguran gitu muahahahhaha.. gaduh pun gaduh jugak.. tapi gitu-gitu je bukan gaduh dasyat.. kalau ada pun ampun dan maaf dipinta.. janji tak buat lagi.. 

 Pagi raya tu Busu (Adik Atok Braim) datang.. Semua anak lelaki dia 4 orang tinggi-tinggi macam galah.. sorang dah kawin.. sorang dah jadi pilot (kanan depan) yang lari dua orang belajar lagi.. cepat kawin ada menantu leh tolong Busu kat dapur ;)

Selepas tu terus ke Kg. Pasir Ulu Klang semua adik beradik Pak Radie akan berkumpul kat sana.. PIL pon semua dah ada sana.. Maka beraya lah kami dari rumah ke rumah.. jalan kaki sesama..

 Ni antara rumah wajib pergi setiap kali raya.. Wan ngan Atok pun datang tapi raya kat satu rumah je hehehehe... Seronok kat sini meriah semua jenis tak kisah.. kalau aku datang je sana semua tanya Mama dengan Ayah mana?? Ajak diorang datang beraya kat sini... 

Lepas maghrib je terus balik semula ke Enstek sebab nak gi Melaka raya ke2.. 

Pagi raya kedua tu gi makan kat mamak dulu.. jumpa Auntie Rabitah ngan Uncle Rosli kesayangan Aleesya ;)

 Sebenarnya kitorang plan nak ke kubur hari last puasa.. tapi tak sempat.. sebab menziarah kubur ni tak semestinya hari raya.. tu semua tradisi ikut-ikutan.. cuma kalau ada keluarga yang datang dari jauh susah nak menziarah.. so boleh lah menziarah pagi raya macam tu.. Tapi aku pun dah lama tak pegi ziarah arwah Shafiq.. Bila tengok je kubur, tengok batu nisan.. rasa syahdu je hati ni.. Semalam genap 4 tahun arwah pergi.. masa tu Aleesya dalam perut je lagi.. tengah pregnant 4 bulan kot.. Betullah setiap kejadian kita tak boleh ramal.. tak boleh duga.. dah tiba masa pergilah dia.. satu hari nanti masa kita pulak tiba.. Semoga arwah Shafiq ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Pastu terus ke Melaka.

 Kat Melaka ni pegi 3 rumah.. first rumah Mak Long.. pastu rumah Uncle Talib.. last rumah Che Nor.. tapi bagus semua tak de gambar hahahahaha.. Jadiklah ada gambar sekeluarga background cantik macam ni hahahahah..

Balik dari Melaka terus balik rumah sendiri.. Uruskan kain baju.. kejap je kot adalah dalam 2-3 jam je.. mandi siap-siap ke rumah mertua pulak kat Shah Alam.. huwaaa penat...  Tido Shah Alam hari Khamis dengan Jumaat.. 

Jumaat lepas solat jumaat tu kitorang gerak ke rumah Mak Engku (husband Kakak Radie) punya emak.. Eh paham ke hahahaha.. 

 Ni mak mertua ai.. lepas raya sini terus ke rumah Tok Teh kat Klang jugak.. pastu baru balik umah mertua..

Sabtu pagi bergerak ke Enstek pulak bawak mak dengan bapak.. Sabtu (9 Julai) birthday Pak Mertua dengan Wan... singgah jap beli ice cream cake kat Bakers Cottage.. Huwaaa sedapnya cake dia..

habis licin teru cake hehehe.. tu yang suka tu.. jarang berlaku.. selalunya mesti membazir ;)

 Meriah betul rumah Wan.. selalunya sunyi je Wan dengan Atok berdua.. Aku balik petang sikit tolong Wan kemas sikit.. wahhh indahnya balik rumah tido katil sendiri.. 

Ingatkan dah habis beraya.. rupanya hari Ahad pagi biras aku whatsapp pulak kat group ajak beraya kat rumah hahahahah.. Ok lah jom pegi... 

 Dekat je.. Bukit Bandaraya Shah Alam je.. Nilah Nurin sepupu the kasihs.. muka macam Amaani kan? heheh bff sangat dia berdua tu.

 Sedap betul Kak Liza (ibu) masak Nasi Arab.. thanks ibu ;)

 Pak Radie ni suka nau amik gambar macam ni hahaha.. Tapi best bila tengok balik.. semua suka je dalam gambar ;)

Kemudian kehidupan seperti biasa.. menyesal minum hot latte.. habis angin sebadan.. 

Itulah kisah raya Kak Pilla.. semoga berkesempatan beraya sama lagi ;)


Love, 
Filla.

BERBUKA PUASA DI AKHIR RAMADHAN.

Selamat Hari Raya!!! Adoi entry tulang sihat kemain lama dari bulan puasa hahahaha... Beraya sungguh Kak Pilla ni hahahha..

Entry kali ni Kak Pilla kumpul semua gambar and buat satu entry.. semoga kita bertemu lagi tahun hadapan ;)

Anak bongsu kesayangan.

Minggu last Ramadhan haritu ada buka puasa bersama Team Ellfie and Fame kat The Majestic.. Food kat sini memang terbaek.. 

Suka Majestic sebab semua jenis food ada kat sini.. Nak nasi lauk pauk ada, western food ada, segala udang, ketam apa semua ada.. sushi pon ada.. tempura ada.. indian food ada.. italian food segala pasta, pizza semua ada dan jenis order baru chef masakkan untuk you all kat situ.. wow sangat.. saya bagi 5 bintang.

sotong kurita pon ada ;)

Kambing golek pun ada.

Banyak lagi makanan tapi tak snap gambar... Sup ekor terbaekkkkkk!!!

Ni jelah gambar reramai kat meja makan yang proper.. Pak Radie takde sibuk amik makanan lettew.

Semua perempuan hahaha.. anak-anak Kak Pilla and Kak Elly.  Tapi Icha tu rasa nak tumbuk kan?  Suka nau buat muka time amik gambar..

Team laki bini.. Alhamdulilah setelah bertungkus lumus dengan Ellfie dan Fame, harini rehat makan puas-puas.. Mula dari bawah bersama-sama dari modal sekecik-keciknya.. sampailah sekarang dah ada office dan dah ada pekerja dan dah ada ramai stokis dan agents.. Banyak lagi impian yang belum dicapai dan masih dalam perangkaan tapi InshaAllah akan direalisasikan dengan pantas.  Dalam perniagaan ni tak boleh lambat langsung.. kene sentiasa bergerak dan kalau boleh lebih pantas dari orang lain.. Siapa lambat memang bye.. Marketing strategy pon paling penting sekali.. Semua kena plan betul-betul.. apa next? apa next?

Alhamdulilah semua jenis faham kemana arah tujuan business ni.. dan semua pantas dan bekerjasama.  takde salah seorang memang lumpuh.. semoga persahabatan dan persefahaman ini akan berkekalan sampai bila-bila.. Itu memang dari hari pertama lagi sering kitorang tekankan..  dan selepas beberapa tahun tak pernah sekali pun bermasam muka.. banyak kerja nak buat dan nak fikir.. tak sempat nak sentap or masam muka hahahah.. 

Selain mama dan ayah.. suami dan anak-anak ni lah yang banyak bagi kekuatan kat Kak Pilla.. Semua Kak Pilla buat pun untuk orang-orang tersayang.. Tapi napa Icha posing gitu?  Tak malu betul dah lah ramai kat depan tu tengah snap gambar dia buat derk je..

Kitorang bukan macam pengasas lain ye.. Semua jenis bersila buat kerja sama-sama dengan staff.. takde sapa dibenarkan bergaya ala diva.. eh bukan tak dibenarkan, tapi dah biasa turun padang buat kerja jugak.. Sesekali gi makan-makan camni je baru semangat nak melawa sikit hehehe.. 

Ingat lagi masa exhibition kat Mood Republik haritu.. Aku layan sorang customer ni pakaikan fame matte lip cream and bb cushion kat muka dia.. terjebak dia beli... pastu siap tumbuk-tumbuk manja kat bahu aku.. "Akak ni jahattttt tau... semua nak beli niiiii.... acaner ni muka terus hilang jerawat pakai BB cushion ni.. mesti akak dah lama kerja kat sini kan? pandai hasut orang" "A ah dah lama kerja sini dik" hihihi

Tsunami sangat senget kesebelah dilanda ombak hehehe

Puteri-puteriku from left: Kasih Amaani, Kasih Aleeya dan Kasih Aleesya.  Muka sepesen je kan hahahahah.. 

Itu je cerita berbuka puasa sebelum hari raya.. Cerita raya esok pulak hahahahah.. 




Love, 
Filla.

Friday, July 01, 2016

JAGA TULANG DARI SEKARANG.

Hari ni Kak Pilla nak share dengan you all apa yang Kak Pilla amalkan.. Baru jugak nak start amalkan cara hidup yang sihat sebab now Kak Pilla dah 37 tahun.  Banyak sangat beza kekuatan badan dulu dengan sekarang..  Masalah sakit-sakit badan, tak boleh salah makan sikit mesti habis sakit badan.  So mari amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.. Amalkan minum susu untuk kekuatan tulang.

Yang kiri tu Anlene Biasa sesuai untuk Dewasa semua peringkat umur.. Yang kanan tu nak bagi kat Atok and Wan sebab Anlene Biasa Gold untuk yang berumur 51 tahun ke atas.

Actually ni new Anlene product tau.. formulation with MoveMax™.  Memula tau tentang Anlene new product ni terus excited nak cuba.. Wan pun dah start bising dia cakap jaga kesihatan.. Jangan makan lewat malam, dia suruh Kak Pilla start minum susu sebab Wan nak Kak Pilla selalu mulakan gaya hidup sihat juga.  Dia cakap kalau tak nak bak sini biar dia je minum dengan Atok hahahaha..

Sebenarnya Kak Pilla jenis tak boleh duduk diam.. Sibuk ke sana ke sini.. Kerja monday to friday.. hari-hari amik and hantar anak sekolah.. pastu bekejar balik rumah nak siapkan makanan for dinner.  Kena layan orders from stokist dan agent.. Sabtu kadang-kadang kene turun office Ellfie nak siapkan order customers. Marketing products pon buat jugak.. Kadang ada photoshoot dengan team.  Malam kalau Kasih tuition kadang join duduk sekali sebab nak tengok apa dia belajar.. dia faham ke tak ke.. Kena amik tau jugak.. Rasanya mata ni cuma pejam untuk tidur malam je.. tak pernah lagi tidur waktu siang nak bermalas-malas.. Memang takde.


Malam kadang siap-siap terus pegi Zumba..

 Masa nak melepak dengan kengkawan pun dah takde.. Ni pun adalah sekali gi makan sama-sama sebab dah lama sangat tak lepak makan.. Semua ni dah late 30's so hari-hari masing-masing mengeluh sakit pinggang, sakit kaki, sakit itu ini.. kadang kitorang bekerja sampai bersila atas lantai.. duduk berjam-jam tangkap pinggang.  How lah? belum 40 lagi dah macam ni..

Macamana boleh handle kesibukan pun tak taulah hahaha.. Orang kata jangan ikut sangat perasaan malas dan rasa umur dah meningkat so kena slow kan aktiviti.. Tak nak macam tu, kalau boleh biar kita semua ni cergas macam orang muda.. Orang putih kata move as young as you feel inside. gitu...

Bila sedar kerja tak pernah habis.. baru terfikir nak jaga mana yang terdaya.. Apa lah susah sangat, minum susu je pun kan?  Dulu sekolah rendah kemain rajin minum susu, hari-hari sebelum pegi sekolah mesti minum susu segelas.  Ni dah umur macam ni jadi pemalas dah kenapa? hahahah.. Ini baru umur 37 tahun.. Kalau panjang umur, umur 50 macamana lah agaknya hahahaha.. Ok now tengah istiqomah lah ni.. Sila support i yer hehehe

 Satu pack ni 600g dan boleh dapat dalam 20 gelas :) Minum 2 kali sehari..

Biar Kak Pilla bagitau korang dulu experience minum Susu Anlene yang terbaru ni.. Kak Pilla dah start minum pagi sebelum pergi kerja dan sekali lagi malam sebelum nak tidur.. Agak-agak lagi sejam sebelum tidur..

Rasa Anlene ni ok takde rasa mual ke apa.. Tak manis sangat, rasa dia boleh diterima tekak.. Setakat 1 gelas tu laju je telan takde nak stop-stop dan paksa-paksa minum.  Buat suam atau panas sikit.. Sedap je rasa dia.. Sila percaya..

Kalau sebelum pergi kerja minum Anlene ni rasa kenyang je.. Takde lah pagi-pagi buta dah menggelupur cari makanan macam selalu tu hehehe.. Jangan risau sebab kedua-dua produk Anlene ni (Anlene biasa dan Anlene Gold) susu tepung rendah lemak dan berkalsium tinggi.  Kita nak tulang yang kuat kena bina dari sekarang. Ni pun dah rasa macam terlambat je, tapi takpe better late than never kan?

Susu Anlene baru with MoveMax™ ni mengandungi nutrients seperti kalsium, kolagen, protein dan nutrients lain seperti magnesium, zinc dan vitamin B,C,D dan E untuk membantu menjaga tulang, sendi dan otot kita.

Kita minum susu bukan setakat untuk tulang sahaja.. dengan MoveMax™ ni joints dan muscles pon akan terjaga.. Kak Pilla ingat lagi tahun lepas masa pegi tarawikh.. tetiba lutut kanan sakit.. hampir sebulan sakit.. tu maksudnya joints tu bermasalah sebab usia dah meningkat.. Sebab tu sekarang Kak Pilla dah start amalkan minum Anlene.  Kak Pilla nak pergerakan yang cergas dan muda.. Kak Pilla banyak berkejar ke sana sini.. baru balik exhibition yang berlangsung 16jam sehari selama 2 hari dan yang 72jam exhibition non-stop pun ada.. kena berdiri bergerak.. melayan orang ramai.. So kerja Kak Pilla ni memang memerlukan badan, tulang, otot dan sendi yang kuat dan sihat.

You all semua boleh dapatkan new Anlene MoveMax™ ni di semua leading supermarkets.  Ada jenis susu tepung dan ada juga jenis yoghurt form.  Untuk susu tepung macam Kak Pilla minum ni ada dua perisa iaitu biasa dan coklat.  Packaging pulak ada yang 1kg dan pack kecil 175g.  Kalau nak try Anlene Yogurt pulak ada 4 perisa, plain, mango, strawberry dan mixed berries.

Nak tahu lebih lanjut jom layari:







Love, 
Filla.

Aku dan Kasih.

Pejam celik dah nak raya dah kita.. Lagi 5 hari je puasa termasuk hari ni if raya jatuh 6 July 2016.

Alhamdulilah Kasih masih penuh lagi puasa dan dah takde merengek nak air atau mengadu lapar.. Kalau letih pun dia tertidur on the way balik dari


sekolah.. Betul-betul rasa dia dah besar dan takde buat perangai sentap macam dulu-dulu tu.  Setiap orang akan berubah mengikut umur.. Yang budak, yang orang tua.. hehehe.. 


Kasih ni dia ada pelik sikit perangai dia.. Dulu dia kuat sentap, sensitif tak tentu pasal.. emo je memanjang.. Pastu aku dengan dia selalu 'panas'.. Orang kata anak pertama selalu macam tu? tak pasti pulak.. maybe gap umur dia dengan Amaani jauh (5 tahun) sebab tu dia jadi emo sikit.. Manja dan tak independent.. Masa dia kecik dulu dia tak reti nak buat semua benda sendiri.. contoh suruh dia colour.. dia akan termenung je tapi excited tapi tak nak colour.. macamana pulak tu? aku suspect confident dia kurang dan terlalu berhati-hati takut silap.  Eh aku tak leh.. memang aku selalu cakap "colour je lah? takut apa? takde sapa nak marah pun kalau salah".. contoh lain.. dia tak boleh orang lebih pantas dari dia.. nanti dia sentap.. hahahah.. padahal Kasih ni dia ada slow sikit segala benda.. tu yang kadang aku selalu menyinga.. sebab aku jenis terbalik dengan dia.. Aku jalan pun kelam kelibut.. kalau masak aku nak pantas.. aku tak suka orang buat kerja lembab-lembab ni.. Aku jenis punctual tak suka lewat.. Kalau aku dah plan aku akan keluar dari rumah pukul 8, memang tepat pukul 8 aku akan keluar.. tu kalau sorang lah.. kalau dengan askar-askar wataniah ni, dengan apak dia lagi.. memang akan drag ke 8:30.. rasa nak keluar asap je kat idung sebab bangsa tehegeh-hegeh je semua.

Pastu selalunya time balik sekolah aku selalu lah tegur apa yang aku tak berkenan.. tapi dia takde perasaan ok.. kalau dia tengah makan dia akan keep on makan.. padahal aku dah mengamuk macam sakai dah ni.. walaupun mata dia berkaca tapi dia tak pedulik.. makan tetap makan.. eh berani sangat ni?  Ada sekali aku mengamuk dalam kereta.. penat aku membebel sampai aku emo nak menangis dah.. sekali aku tengok dia bantai tido kat sebelah.. omggggggg.. aku mengamuk sorang-sorang ke??? *urutdada*

Pastu kepelikkan kasih lagi satu ialah home tuition.  Aku tau kelemahan Kasih dan aku tak kisah kalau dia dah cuba.. Selalu aku naik hangin sebab dia tak cuba.. kadang suruh baca buku dia malas.  Matematik dia lemah sangat.. so aku amik home tuition supaya cikgu boleh concentrate dengan dia dan dia boleh tanya apa dia tak faham.. Masa 3 bulan pertama tuition tu aku jadi stress sebab cikgu panggil nak jumpa.  Cikgu tu Indian tapi setakat ni dia memang bagus.. tak lembik dan tak terlalu garang terpekik-pekik.. dia strict je sikit.. Dia panggil sebab dia tak tau apa masalah Kasih.. dia cakap Kasih memberontak.. aku dah tertelan ailio dah.. memberontak????? contoh??  Dia cakap Kasih langsung tak nak bertanya.. Kasih takde respons kalau tak paham.. kalau cikgu tanya dia akan diam.. langsung takde communication.  kadang dia buat cari eraser dia kibas buku sana sini.. kadang dia akan tekan pensil dia kuat-kuat masa tulis.. tulisan dia jadi besar-besar gila.. Walaupun aku tak belajar psikologi tapi aku tau dia memberontak.  Cikgu pun syak benda yang sama.. "It's hard for me to teach her, i don't know she understand or not because dia tak response soalan i.  Tapi the next day i datang ajar Sains and English, dia totally berubah.. dia ok.. dia tanya soalan kalau dia tak faham"  

Ok aku buntu.  Cikgu cakap satu je aku kena buat.. masa maths.. kalau boleh cikgu nak aku or Pak Radie ada dekat-dekat situ supaya Kasih tak berani buat hal.  Malam tu aku slow talk dengan Kasih.. 

"Mama nak tau apa masalah Kasih masa tuition matematik"

*senyap*

"Kasih tak suka cikgu atau Kasih tak suka maths?"

*senyap*

So aku brainwash dia.. tapi kali ni aku tak garang langsung.. masa nasihat dia pun aku tahan air mata aku keluar.. banyak yang aku cakap.. aku tak nak Pak Radie campur langsung.. biar aku je settlekan hal Kasih.  Antara yang aku cakap kat dia.. "mama tak paksa Kasih sebab mama tau tahap kasih.. mama tak nak push Kasih sampai Kasih jadi benci dekat cikgu, benci subject maths.. mama bukan orang yang cerdik pandai so mama tak expect Kasih akan jadi cerdik pandai macam anak orang lain.. cuma tolong kesian sikit kat mama papa usaha nak bagi Kasih pandai.. carikan Kasih cikgu yang siap datang rumah.. Semua benda mama dah buat untuk Kasih.. kalau Kasih usaha.. mama nampak Kasih bukak buku belajar.. tapi lepas tu Kasih gagal, mama tak kecewa langsung.. sebab mama tau Kasih dah usaha.. Mama marah sebab mama tak nampak usaha Kasih.. maknanya Kasih sikit pun tak kesian kat mama.. penat lelah cari duit nak bagi Kasih pandai"

Well biasalah, aku kan emo bila part-part macam ni.. Seriously zaman social media sekarang ni semua orang akan share result anak-anak.. UPSR yang lepas aku dok tengok sorang-sorang share result.. Bangga kalau anak dapat straight As.. Gila tak bangga? Kalau aku pun bangga ye.. Cuma aku jadi sedih bila parents yang anak dia tak dapat result cemerlang.. tengok fb semua orang update result bagus-bagus.. Ko ingat aku tak stress mengenangkan Kasih nak upsr next year?  Aku jadi down seharian masa upsr last year tu hahah.. gila ke apa.. tapi lepas tu bila aku fikir-fikir balik.. Kenapa nak down? result upsr je, result bagus alhamdulilah.. tapi kalau tak bagus pun bukan result tu penentu siapa kita bila dewasa nanti.. Aku dengan Pak Radie pun biasa je bukan otak genius sangat.. alhamdulilah rezeki ada.. Aku sentiasa doa anak-anak akan cemerlang dunia dan akhirat.. tak nak cemerlang kat dunia je sebab dunia ni apa lah sangat? berapa lama je kau hidup pun untuk mendabik dada.. akhirat cemerlang tak.. huwaaa takut... sebab akhiratlah yang abadi.. forever orang putih kata.  Aku orang yang lalai.. tapi Wan selalu tazkirah tiap kali aku call mesti ada tazkirah hahahah.. selalu dia ingatkan suruh didik anak dari kecik jangan tinggal solat.. jangan jadi ibu bapa yang gagal.. 

Ok berbalik kat Kasih tadi.. lepas aku cakap elok-elok sambil emo air mata berkaca-kaca (akulah) yang dia pulak dah melimpah-limpah air mata.. sejak dari tu dia totally berubah.. Tuition Matematik dia dah takde memberontak lagi.. habis tuition senyum je.. semalam siap naik atas kat bilik aku, selak curtain and lambai cikgu masa cikgu nak balik.. Eh pelik sangat dia ni.. Tetiba je cakap dia paling suka Cikgu yang ni.. Eh???? Dia suka berubah-ubah dan sometimes dia moody.. tapi banyak gila dah improve dari dulu... Dia boleh jugak buat tapi very slow.. tu yang aku tak leh mengajar.. nanti darah aku ni mendidih je.. 

Kasih ni suka kacau adik-adik dia.. suka menyakat macam tu.. Aku ni rimas sikit bunyi menjerit melalak-lalak.. so memang dia selalu kena marah hahaha.. Tapi aku perasan kalau mood dia ok.. dia rajin layan Aleesya tu macam dah kakak-kakak sangat.. Haritu aku kat Mood Republik berapa hari tak balik rumah.. and ada sekali Pak Radie tak balik sebab closing kat MR tu.. aku dah risau sebab dia kata 3 beradik tu tidur kat bilik aku.. Aleesya tu kadang suka melalak kul 4 pagi macam tu.. nak milk.. rupanya Kasih bangun sebab Aleesya memekak.. memekak yang kau tak tau apa dia nak.. Terus je dia buatkan milk Aleesya sumbat kat mulut adik.. terus diam.. waaaa amazing boleh harap dah Kasih ni..

Kasih pun jenis close dengan aku.. Aleesya je tanak kat ai.. sentap ahkak tau.. Macam Kasih dia rapat dengan aku sebab dari dia kecik aku selalu uruskan dia.. pegi keje bawak dia drop kat nursery..balik aku yang ambik dia.. so dia rapat sikit dengan aku kot.. Sekarang ni kalau gi mall mana-mana.. Kasih kelam kabut nak jalan genggam tangan.. aku yang kekok hahaha.. makan kat luar kelam kabut nak duduk sebelah aku.. tak yah nak kelam kabut sangat Kasih.. takde orang lain pun berebut nak duduk sebelah mama ni.. 

So itulah Kasih.. macamana buruk dan baik pun, Kasih tetap lain dari yang lain.. dia yang pertama pernah ada dalam hati aku.  Lima tahun dia yang ada di hati aku.  So dia tetap istimewa bagi aku.. Semoga Allah lindungi dia selalu dan lembutkan hati Kasih supaya selalu dengar cakap mama.. Sebab apa pun yang keluar dari mulut mama, semua untuk kebaikan Kasih nanti.  


I love u Kasih.

Eh tetiba emo.

Kbye.



Love, 
Filla.