Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, February 21, 2017

Nasi Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock

Semalam pening kepala tak reti nak masak apa... Bila tanya Pak Radie confirm dia akan cakap apa-apa jelah.. So semalam Elly suggestkan masak Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock.. Aku pernah makan sekali, macam nak meletop bibir sambal belacan dia power betul.. 

So okay jugak tu, kerja pun senang hehehe.. Ni versi mudah je kalau korang nak buat ;) Kalau korang follow ig @fillanie lagi senang tengok Kak Pilla tunjuk kat ig stories tu.. hehehe

Bahan A
Ayam dipotong kecil (ikut suka)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit kacang panjang
1 bawang besar holland (kulit orange tu)
5 tangkai cili padi merah

Bahan B ( sambal belacan )
segenggam cili padi merah (campur hijau sikit pun boleh)
1 ketul belacan dah dibakar (size ibu jari)
3 sudu cuka makanan
secubit garam
2 sudu gula
2 sudu perahan limau nipis (limau kasturi pun boleh)

Cara-cara:
Panaskan minyak.. minyak biar lebih sikit dan panaskan dulu.. sambil tu gaulkan ayam tadi dengan kunyit dan sedikit garam.. Pastu terjunkan dalam kuali masak hingga keemasan.. Kemudian tak perlu angkat ayam tu.. terus masukkan kacang panjang, bawang besar dihiris ring dan potongan cili padi.. Agak-agak bawang dan kacang panjang tu dah layu boleh angkat dah toskan.. kemudian hidang kat pinggan... siap!!

Untuk buat sos dia senang je.. guna blender.. campak semua Bahan B tu.. dan blenddddddd.. tak perlu nak campur air ya sebab dah ada cuka tu.. Kak Pilla masukkan perahan limau tu last sekali masa dah masuk dalam mangkuk.. perahkan limau dah kacau rata.. Siapppp!!


 Ayam lagi best campur je tulang-tulang macam ni.. boring asyik makan yang isi dia je.. kalau ada tulang sedap nak gigit-gigit.. dan jangan lah potong ayam halus-halus bebenau.. nanti dah goreng secotet je jadik dia.. so potongan tu agak-agak ya.. 

 Ko jangan bawak main yeee.. cili padi merah ni berdesing pedas dia.. boleh bengkak bibir.. so agak-agak lah ye.. time makan tu titis-titis try dulu jangan cedok terus lambak atas nasik.. dijamin bengkak lah bibir kau.. tak dapek den nak nolong...

 Berdebar-debar masa tunggu Pak Radie suap dalam mulut.. Dia tu omg so poyo.. selalu cakap dia tak kisah.. tapi mimik muka tu ko boleh tau sedap ke tak sedap masakan kita ni.. bisa bikin guwe sentap.... Nasib semalam dia cakap sedap tapi sambal belacan membunuh hahaha terkeruk-keruk kepala dia sambil makan hahahaha... 

Syarat wajib ialah makan panas-panas wajib tuang kicap... Ni sebungkus RM5-6 hinggit.. Masak sendiri lebih jimat :)

Harap mudah paham cara Kak Pilla buat Nasi Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock.  

Selamat mencuba ;)




Love, 
Filla.

Monday, June 13, 2016

Buka Puasa Day 5,6 and 7 (Resepi Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah) yang simple ;)

Hari Jumaat hari tu excited nak masak ayam panggang.. Terbayang budak-budak ni mesti suka kot? Ke haku yang suka hahahha.. Ramai suka makan ayam panggang kan? Bila post kat ig and fb ramai nak mintak resepi.. tapi dah banyak kali share kat blog hehehe.. Nanti ahkak bagi link ok?

Menu Ayam Panggang ni senang gila kot.. Dan korang akan nampak seperti pro padahal biasa je pun hehehehe

Gulp hahaha.. Kak Pilla suka letak sayur banyak-banyak macam tu.. kentang, carrot, broccoli semua tu rebus dulu.. bila dah empuk baru campak dalam tray ayam ni.. masa tu agak-agak ayam dah nak siap masak dah.. takdelah lunyai sayur semua tu.. pastu amik sudu siram-siramkan sikit kuah tu kat sayur bagi dia sebati.. button mushroom tak yah celur.. humbankan je dalam tray ;)

Yang buat kuah dia sedap sebab butter tu cair bersama bahan marinate tu.. sesuai untuk kanak-kanak sebab tak pedas langsung.. Siapa nak resepi boleh click ni ---> Ayam Panggang Fillanie 

Kat resepi tu Kak Pilla tulis panggang 25-30 minit.. It depends ye.. kalau ayam sekor tu lagi lama takut dalam tak masak pulak.. korang agak-agak jelah time jangan rentung sudah hehehe.. 

Hari Sabtu pulak berbuka kat rumah.. Memula ingat pegi Shah Alam sabtu, tapi tak jadi semua suruh datang Ahad.. So Kak Pilla pon terus berangan nak buat Nasi Tomato pulak.  Ni first time buat, alhamdulilah menjadi hehehe.. Paling tak tahan semua orang tambah 2x, Aleesya tambah 3x.. Kemain kembang kempis hidung mama ;)

Puding Roti tu dihasilkan oleh Pak Radie dan anak-anak perempuan dia.. Sehari sebelum tu asyik whatsapp Kak Pilla dia cakap nak buat Puding Roti hahah.. Buatlahhhh tak marah pun.. Kemain lah excitednya gi Jusco cari barang nak buat puding roti je pownnnn hahhaha.. 

Kak Pilla kelentang kelentung masak nasi tomato and ayam masak merah, diorang ala-ala bermesyuarat buat puding roti.. Aleesya kenit tu potong roti asyik ngap masuk mulut.. Sentap je yang lain puasa hehehehe.. 

From A-Z semua thekasihs yang buat.. Pak Radie bagi instruction je tengok youtube.. aku tengok kejap-kejap pause pastu repeat hahahaha.. Tapi thumbs up sebab sedap ;)

Meh Kak Pilla share cara Kak Pilla buat nasi tomato yang simple.

Nasi Tomato.
4 pot beras basmathi
2 sudu minyak sapi
2 biji bawang putih (hiris)
5 biji bawang merah / setengah biji bawang besar (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 biji tomato (potong dadu)
3 biji bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 2 bunga lawang, 1 kayu manis.
1/2 tin kecil tomato puree
1/2 tin susu cair
3 helai daun pandan diikat
sedikit garam

Basuh dan rendam beras 20 minit sebelum memasak... panaskan rice cooker, masukkan minyak sapi dan panaskan.. pastu tumis bawang, halia, bunga cengkih, pelaga, lawang dan kayu manis.  Bila dah betul-betul layu, masukkan tomato dadu dan puree.. kacau rata, masukkan sedikit garam.. Kemudian masukkan beras kacau rata dan tuang susu cair.  kemudian tambah air dan daun pandan.. masak nasi seperti biasa.

Goreng ayam lembut-lembut jangan garing.

Ayam Masak Merah.
1 batang serai
1/2 inci halia ditumbuk
3 sudu besar bawang merah
1 sudu bawang putih 
3 senduk cili kering blend
1/2 bawang besar dihiris kasar
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
1/2 tin kecil tomato puree (lebih buat nasi tomato)
sedikit garam dan gula

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih, halia dan serai.. Kak Pilla memang guna bawang dah siap blend sebab tu sukatan pakai sudu hehehe.. masukkan cili blend.  kacau hingga cili masak betul.. masukkan cili sos dan tomato sos.. tomato puree.. kemudian masukkan air sendikit, masuk garam dan sedikit gula.. Masukkan ayam.. gaul rata hingga betul-betul masak.  Last sekali masukkan bawang kacau rata dan tutup api.. Siap untuk dihidang.

Jelatah / Acar Timun
hiris lobak merah, bawang besar, cili besar, timun.. masukkan 2 sudu gula, sedikit garam.. sedikit cuka.. kalau gantikan cuka dengan lemon pun sedap ;)


Ada macam-macam version tapi Kak Pilla buat ikut tekak dan kesukaan sendiri.. So itulah cara Kak Pilla masak nasi tomato.

Semalam gi berbuka rumah Mertua.. Sampai je sana ada Mak je.. Tengok mak dah siap rebus daging.. "Mak nak masak apa daging ni?"  "Mak ingat nak buat kurma".. 

"Alaaaaaaaaaaa mak buat kari lah mak.. sedap, nanti kalau ada lebih buat sahur cicah roti.. perghhh"

Terus mak mertua terpaksa tukar menu hahahahahahha.. pastu mak goreng sayur bayam, buat sambal sardin.. Petang aku, Pak Radie dengan budak-budak gi Restoran Hartini (kawan sekolah Pak Radie) tokeh besar Seksyen 10 Shah Alam mana ada orang tak tau restoran tu hehehehe.. tengok nasi kerabu telan ailio.. lauk mak oiiii macam-macam.. nasib aku dok jauh.. kalau dekat memang kerja aku menapau je kot tak masak hahaha.. Siapa orang pantai timur memang suka restoran ni sebab kuih muih semua selera pantai timur.. Kak Pilla tak pandai sangat makan kuih-kuih ni.. bubur pon ada 10 jenis kalau tak silap.. pitammm.. bubur pisang, ubi, keladi, jangung, kacang.. semua ada.. 

Dengan mama yati dan anak-anak buah.. Kalau balik sana dah rasa lain sebab anak-anak buah dah besar, dua orang dah masuk college.. dah anak dara sangat dah.. 

So itu je cerita Kak Pilla.. Nanti sambung lagi ok? Tengah pikir nak masak apa untuk berbuka harini..


Love,
Filla.

Friday, May 06, 2016

RESEPI BUTTER PRAWN ATAU UDANG MASAK BUTTER

Nak tau berapa lama Kak Pilla peram entry ni? Since bulan 8 last year kahkahkahhhhh.. 

Actually ni first attempt buat Butter Prawn.. Sebab tu telur tu tak halus sangat.. tapi takpe sebab Kasih tetap suka ;)

Ini rupa butter prawn yang dah siap..


Bahan tak banyak pun.. amik 2 biji kuning telur dan pukul.

Panaskan 2 senduk minyak masak.. kemudian masukkan satu senduk besar butter.

Kacau laju dalam bentuk pusingan.. make sure betul-betul panas sebelum masukkan kuning telur.

Kemudian tuangkan kuning telur sambil senduk terus kacau laju dalam bentuk pusingan.

Make sure korang tuang tinggi-tinggi dan kalau boleh sehalus yang boleh telur kuning tu jatuh ke kuali tu..

Dia akan jadi berbuih macam ni..

Bila dah keperangan boleh angkat dan toskan.. 

Udang:
10-15 ekor udang size besar
sedikit garam 
lada sulah
5 ulas bawang putih dicincang
sedikit daun kari
1/4 cawan susu cair / fresh milk
hirisan cili padi ikut tahap kepedasan masing-masing
minyak untuk menggoreng.

Gaul udang dengan sedikit garam dan lada sulah.. kemudian goreng udang hingga keemasan.  Angkat dan toskan.


Amik kuali baru, panaskan minyak sedikit dan campurkan sedikit butter (3 sudu).. Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari.. masak hingga naik bau dan keemasan.  Kemudian tuangkan susu cair dan kacau rata.. 

Last sekali masukkan udang dan kacau rata.. Eh meleleh ailio taip ni..

Kalau perlu tambah garam sedikit dan lada sulah.. Kemudian gaul lagi sampai udang menjadi mesra dengan kuah tu.. 
Letak udang cantik-cantik dalam pinggan kemudian taburkan floss (telur) tu.. Eh buruk nau floss Kak Pilla.. hehehehe maafkan saya budak baru belajar.. Eh resepi ni try last year pastu memang tak pernah buat lagi.. huwaaaaaaaaaaaaaa ok lepas ni nak gi beli udang besar-besar nak buat ni.. Tapi udang kat pasar harga sekarang agak tak masuk akal...  Takpe nak makan kita beli jelah ;)

So selamat mencuba resepi kacang nak mam.  Semoga nampak seperti Chef ;)



Love, 
Filla.

Monday, January 18, 2016

RESEPI SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI

Assalmualaikum ;)

Ramai yang request mintak resepi sardin masak lemak cili api.. Aku pun masak ni sebab haritu kat office ada akak ni bawak lauk ni diorang ada buat potluck.. So makan lah.. eh sedap.. Aku pernah makan zaman bujang dulu kot ada akak tu Negeri Sembilan tu buat tapi dia letak pucuk ubi.. 

So tekak teringin nak buat jugak ;)


RESEPI SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI

1 tin sardin 
2 biji kentang
1 helai daun kunyit
1 kotak santan
4 biji cili padi
3 cawan air (agak-agak)
2 inci kunyit
1 keping asam keping
sedikit garam

CARA-CARA
Tumbuk cili padi, kunyit dan sedikit garam hingga lumat.  Masukkan ke dalam periuk dan tuangkan air dalam 3 cawan.. Air ni agak-agak je jangan banyak takut kuah cair pulak.. Then masukkan kentang, daun kunyit dan santan.. Kacau hingga kentang empuk.  Kalau korang jenis guna santan segar lagi bagus.. Tapi Kak Pilla pemalas, santan kotak pun boleh jer hehe.. Bila dah empuk terjunkan sardin bersama kuah dia sekali.. Tapi Kak Pilla bukak tin sardin tu buang minyak dalam sardin tu baru terjunkan dalam periuk.  Kak Pilla kalau masak sardin, mesti belah ikan tu jadi dua sebab tak lalu tekak tengok ikan tu seketul gemok camtu.. then masukkan asam keping.  Kacau dalam beberapa minit, rasa dan tutup api.. Siap untuk dihidang.  

*kurangkan garam*

Selamat mencuba ;)



Love, 
Filla.

Friday, August 14, 2015

RESEPI BAKED MACARONI

 Baked Macaroni dah lama aku teringin nak belajar buat ni.. Tapi kemalasan menguasai diri.. Makan tak pernah plak malas haihhhh..

Sampailah haritu (agak lama dah) Wan share resepi kat FB, tengok macam eh senang sangat ni.. boleh try :)  Aku kan memang pemalas kalau resepi yang banyak bahan dah susah-susah ni.. So bila tengok ni senang mari kita beli bahan dan buat.. Wan tu rajin share resepi.. Lagi satu Wan rajin share resepi buat cake kat wife abang aku.. Dia pulak memang rajin baking aku tengok.. telan-telan ailio tengok dia buat cookies lah, cake lah, salmon lah.. 

Aku buat ni untuk 2 bekas corningware yang 1 size sedang 1 besar sikit tu.. 

Resepi Baked Macaroni

Bahan-bahan:

3/4 paket macaroni
1 paket daging cincang ramly (ada 2 keping dalam tu)
3 sudu rempah kari
2 sudu besar bawang merah (blend)*
1 sudu bawang putih (blend)*
1 sudu sudu kecil penuh lada hitam (tumbuk)*
1/2 inci halia (tumbuk)*
1 tin susu cair
1 tin air
cincang kasar daun sup dan daun bawang
bawang goreng
4 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
parutan mozarella
cheddar cheese (slice)
1 senduk minyak dan 2 sudu butter untuk menumis.

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan butter kemudian tumis bahan bertanda (*) sehingga wangi.. kemudian masukkan rempah kari dan kacau hingga naik bau..perasakan dengan garam.

2. masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.

3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng.. kemudian masukkan daun bawang dan daun sup.. masak sebentar dan tutup api.

4. Makaroni yang telah direbus, toskan dan letak terus ke dalam bekas untuk dibakar.

5. Kemudian tuangkan ke dalam loyang atau bekas berisi makaroni tadi.. (saya buat 2 bekas, so saya bahagi dua semua adunan) kacau rata.

6. koyakkan cheddar cheese slice tu kecil-kecil dan kacau rata.. kemudian pecahkan 3 biji telur dalam mangkuk lain dan pukul.. tuangkan ke atas macaroni dan kacau sebati.

7.  Tabur mozarella cheese di atas permukaan macaroni sehingga menutupi keseluruhan permukaan.

8. Bakar sehingga 45 minit dengan suhu 170c.  Kalau still tak perang, boleh bakar lama lagi sehingga bahagian atas kelihatan perang dan cantik.

Tak daya tulis resepi ni skema nau hahaha.. Senangkan bahan pun basic je.. kalau suka ada tomato or capsicum warna-warni boleh lah potong dadu dan campak sekali masa masak daging tu :)

gambar takde dari mula hehehe.. so ni masa masak/keringkan daging tu..

 susu cair ni yang buatkan rasa dia lemak dan gemok. eh? lepas tuang susu, terus tuang air 1 tin tu jugak.

 tabur bawang goreng banyak-banyak lagi sedap!  Aku selalu belikan bawang mintak tolong bibik buat bawang goreng so sentiasa ada stok ;)

Ni agak confuse, tak tau nak masak sampai kering cemana.. Actually tak yah kering sangat.. cukup setakat dia pekat sikit dan mendidih tu tutup api.

Campurkan semua bagi rata.. pastu koyakkan cheddar cheese slice tu gaul rata.. masukkan daun bawang dan daun sup kacau rata jugak.

 Last sekali tabur mozarella cheese atas dia.

 Bakar selama 45 minit suhu 170c. 

 Ni pun tak cukup perang.. boleh perangkan sikit lagi.. Orang kat rumah dah mengaum kelaparan hahahahah..

Rasa dia? Sedappp creamyyyy cheesyyy berlemak ada rasa aroma kari dan terasa pedas-pedas lada hitam.. boleh dimakan bersama sos cili atau telan begitu sahaja ;)

Selamat mencuba resepi ringkas tapi sedap dan mok :)

*Actually masak ni sebab nak kene bawak gi office ada jamuan raya potluck.. berani mati masak benda yang tak pernah masak seumur hidup hahahha.. mampos dah lah kene paksa ni.. takkan ko nak bawak perot je kan.. agak-agak sikit... 


Love, 
Filla.

Wednesday, July 08, 2015

RESEPI KUEY TEOW KUNG FU PALING MUDAH.

 Wow tajuk entry hahaha.. Eh mana pernah resepi kalau Kak Pilla share susah? semua senangkan? Adik-adik sekolah menengah pun boleh try ;)

Rasanya orang yang suka try masak ni orang yang suka makan hahaha.. Aku suka noodle, aku suka lauk makan dengan nasi.. agaknya sebab tu sanggup nak belajar.. tapi satu je, aku suka tengok orang buat cake, tapi aku tak makan cake sangat.. sebab tu agaknya buat cake tak menjadi??? ke dasar pemalas haha..

Ok jom tengok resepi:

Resepi Kuey Teow Kung Fu

Cara Goreng Kueyteow
3 senduk minyak masak
2-3 biji telur
1/2 sudu kecil white pepper
1 paket kueyteow dibahagikan kepada 4-5 bahagian

Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.. pukul telur dan letakkan white pepper.. kueyteow tu basuh dan tos dulu hingga kering.. kemudian ambil 1 bahagian kecil kueyteow masukkan dalam telur yang telah dipukul.. kacau rata dan kaut dengan senduk masukkan dalam kuali.. biarkan hingga perang.. terbalikkan.. kemudian angkat dan ketepikan.. kalau boleh letak tisu masak tu bagi dia serap minyak sikit ;) kalau telur habis, boleh tambah lagi :)

Cara sediakan kuah
3 biji bawang putih diketuk
1 bahagian fillet ayam
10 ekor udang
1 batang carrot dihiris nipis-nipis
4 biji anak jagung (baby corn)
1 pokok sayur kailan (nak ganti sayur lain pon boleh)
1/2 sudu white pepper
2 sudu sos tiram
sedikit garam
1/2 kiub ayam
2 sudu tepung jagung dibancuh dengan air

Panaskan 1 sudu makan minyak masak.. masukkan bawang putih kacau hingga keperangan.. masukkan 2 sudu sos tiram supaya rasa sedap dan warna tak pucat..kemudian masukkan air dan kiub ayam.. masukkan isi ayam, carrot dan anak jagung.. masak sehingga agak empuk.. kemudian masukkan udang dan sayur.. masukkan 1/2 sudu white pepper berserta sedikit garam.. Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung.. korang boleh agak-agak kuah banyak mana.. fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah.. 

Bila dah siap, boleh curahkan kuah tadi ke atas kueyteow.. makan dengan cili padi potong.. cili padi potong Kak Pilla letak dalam kicap cair.. slurppppp :)

Jom tengok step by step:

Senang je kan bahan-bahan dia..

 Rasa sepeket macam tak cukup.. tapi cukup sebenarnya kalau makan 1 family.. dewasa 3 memang ngam lah.

Bahagikan kueyteow kepada bahagian yang lebih kecil..  telur tu letakkan white pepper sikit..

Panaskan 3 senduk minyak.. Tunggu hingga betul-betul panas baru masukkan kueyteow.


celup kueyteow ke dalam telur.

 dan goreng hingga perang.. boleh terbalikkan supaya perang dia sama.

macam ni rupa yang dah siap digoreng.. kalau terlalu oily serap dengan kertas tisu dapur dulu.

Cara buat kuah pulak lagi senang..
 Guna 1 sudu minyak masak.. panaskan dan tumis bawang putih sampai perang, masukkan sos tiram pastu sampai naik bau.. Kemudian masukkan air, kiub ayam, lada putih, isi ayam, anak jagung dan hirisan carrot.

Dah empuk baru masukkan udang dan sayur.. letak sedikit garam..

 Last sekali letakkan bancuhan tepung jagung.. Kuah tu agak-agaklah nak banyak mana ikut pada kueyteow korang tu ye..

 Ok kuah siap ;)

 Kemudian curahkan kuah tadi bersama bahan-bahan yang membuak-buak tu atas kueyteow kita tu.. tabur daun bawang dan bawang goreng.. cili padi pon tabur banyak-banyak..

Senang kan? Nanti boleh lah korang cuba ye ;)




Love, 
Filla.

Tuesday, July 07, 2015

RESEPI KETAM MASAK TELUR MASIN

Ketam telur asin ni first time aku makan masa gi makan-makan ngan Peej and Elly.. Walaupun aku bukan penggemar ketam sebab dasar pemalas nak kopek ketam, susah, melambatkan proses makan dan macam-macam lagi.. Tapi Pak Radie memang favourite dia ketam ;)

Pak Radie suka gila ketam telur masin ni.. Dah laki suka marilah kita belajar cemana nak masak.. Aku campur-campur resepi ni dari internet dan apa yang aku rasa masa makan kat Hokaido tu..

Ni rupa dia.. Kering sikit tapi ok je aku makan.. Pak Radie tu memang, kang berkuah dia cakap kenapa tak buat kering-kering.. i swing u karang.

RESEPI KETAM TELUR MASIN

Goreng Ketam
5 ekor ketam siap disiang.
5 sudu tepung jagung dibancuh dengan air, lada sulah dan sedikit garam
minyak yang agak banyak

Kuah
1/2 buku butter
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil lada sulah
8 biji bawang putih dicincang halus
3 tangkai daun kari
segenggam cili kering dipotong
4 biji telur masin

Cara-cara
Memula gaulkan ketam dan bancuhan tepung jagung, kemudian goreng dalam minyak yang panas sehingga agak garing.. setelah siap, ketepikan.

Untuk kuah pulak panaskan 1/2 buku butter sehingga cair, kemudian tumiskan bawang putih, cili kering, daun kari dan telur masin.. Sebelum tu lenyek telur masin.. Kak Pilla cuma amik 1 biji telur putih dan 4 kuning telur masin.. Jangan ambil semua bahagian putih takut masin ;) kemudian masukkan 1/2 tin susu cair dan kacau rata-rata.. Boleh rasa kuah tu.. kalau jenis kuat masin leh letak secubit garam.. kalau tak nak pon tak pe.. tak perlu letak garam.. tabur sedikit lada sulah dan kemudian masukkan ketam dan kacau hingga sebati.. Boleh dihidangkan panas-panas :)

Kat bawah ni step by step supaya senang paham ye..

Golek-golek dalam bancuhan tepung jagung sebelum digoreng.

Goreng hingga rangup

Bahan untuk menyediakan kuah butter

butter tu 1/2 je ye

Kuali hitam lagi sedap lauk tu hahhahaha.. cairkan butter.

Tumis hingga naik bau.


Masukkan kuning telur dan putih telur masin tadi.

Tuangkan susu cair.. Kalau tak guna 1/2 tin pon takpe.. agak-agak je..

Ketam yang siap digaul

Siapa belum pernah cuba, silalah cuba.. sedap rasa lemak-lemak telur masin ngan butter tu!!! Kalau suka pedas boleh gantikan cili kering dengan cili padi.. Kak Pilla tak guna cili padi sebab butter prawn tu dah letak cili padi.. Soon Kak Pilla bagi resepi butter prawn pulak.. 



Love, 
Filla.