Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Tuesday, August 06, 2019

MAKANAN VIRAL DARI KOREA - CHUN MALAYSIA

Aku pon tak sure ni makanan viral ke tak.. Tapi Kasih pernah tunjuk Uqasha Senrose makan ni masa kat Korea lama dah.. 

Kalau bab makanan ni aku serah kat Kasih je sebab dia je yang tau apa yang tengah in ke out ke.. hahaha.. Tapi yang kelakar Wan yang ajak hahahah sebab Wan tengok kat ig.. 

So inilah dia Chun tu.. Dalam dia ada sausage pendek.. pastu selebihnya roti.. Jenuh makan atas tu nak menyampaikan ke sausage tu huhhhh..

Pastu korang boleh pilih nak salut tu add on sikit.. and kitorang pilih curly crunch... Rupanya ala-ala maggi hehe

Pastu boleh pilih nak cheddar cheese ke Mozzarella cheese.  Kalau nak effect tarik panjang-panjang tu pilih Mozza.

Atok dah standby tu..


 Gitulah harganya.. Sebatang tu kenyang nak mampos.. Aku telan sampai nak termuntah nak menghabiskan kahkahkahhh..



 Ada macam-macam sos boleh letak.. 

 Atok kuat makan sekarang.. Dah nampak berisi sikit.. Atok naik dekat 7kg dah hehehehe.. Now asyik makan je :)

Lama betul tak keluar dengan budak-budak ni.. Sesekali keluar bagi diorang happy sikit.. Papa busy sikit takpelah.. Nasib mama boleh drive and angkut semua gi jalan :)

 
Screenshot dari video hahaha.. Gitu Mozza cheese tu..  

 Gambar selingan hehehe..

So kalau korang nak try benda-benda viral ni silalah try.. Dia ada 3 cawangan.. Paradigm Mall, Pavilion and Berjaya Times Square.

Kalau nak usha sila usha IG Chunmalaysia ni:




Love, 
Filla.

Friday, January 15, 2016

MASAKAN KAK PILLA.

Assalamualaikum, Selamat pagi :)

Hari ni Kak Pilla nak share gambar-gambar makanan yang berjaya dimasak dan disnap hehehe.. Kak Pilla selalu masak yang simple-simple je atau kadang tu masak sebab permintaan anak-anak.. Tak sampai hati kalau tak masak diorang dah mintak kan..

Orang kata Kak Pilla rajin masak.. Takde ye.. bukan masalah rajin.. korang kalau ada anak dah besar-besar macam ni.. tak leh kalau tak masak.. Bila anak sebut tu terus diserang rasa bersalah.. Now dah jadi mak macam ni baru kita faham.. Dulu aku kecik-kecik pun suka mintak Wan macam-macam.. sesibuk mana pun Wan mesti masak apa kitorang nak.. Tapi aku ingat lagi.. aku asyik mintak KFC ke Pizza Hut masa tu.. sekali dua Wan layan.. Pastu kena marah.. hahahaha mentang-mentanglah mak ni kalau anak mintak je jarang tak dipenuhi permintaan tu.. macam-macam pulak kau mintak yeh?

 Rasanya nasi ayam ni bukan permintaan sapa-sapa pun.. saja je aku rasa nak masak sebab dah lama tak masak.. Alhamdulilah resepi nasi ayam ni ramai sangat yang dah cuba.. Agaknya orang google je keluar pulak blog Kak Pilla pasal nasi ayam ni.. Ramai yang cakap simple gila untuk beginner yang tak tau masak, boleh tiru resepi ni korang akan nampak macam terror muahahaha..


 Ada pagi bila ntah tetiba rasa nak masak bubur nasi.. Kak Pilla selalu kalau buat bubur nasi ni senang je.. tapi better guna beras wangi supaya likat sikit dan sedap.. letak je air banyak-banyak macam masak bubur biasa tu.. masukkan cube ayam pastu masukkan ayam yang dipotong kecil.. pastu bila dah nak masak tu Kak Pilla amik penekan burger tu.. tekan-tekan sikit bagi dia hancur.. Ni pun Kak Pilla selalu masak masa budak-budak ni baby dulu.. tapi baby tak yah lah letak cube ayam.. 

Kalau rajin boleh lah buat lauk untuk makan dengan bubur ni.. Tapi sila bersyukur apa aku masak.

 Ayam masak lomak.

 Jambu air ni beli kat perhentian Ayer Keroh dari JB ke KL lepas exhibition tu.. beli sekali kuah cicah tu.. kalau nak lagi power, boleh tumbuk sikit cili padi campur dalam kuah cicah tu ;)

 Ini dalam seminggu confirm ada.. Ayam berlado ngan telo dadar. wajib.

 Amaani dah lama sebut-sebut nak makan kuih yang belang-belang pink putih.. Wan pun puas cari tak jumpa sampai Wan pesan "Yang, kalau jumpa kuih lapis belikan Amaani, dari haritu dia mintak mama nak kuih tu".. Ish ish ishhhh.. susah nak carik.. nasiblah haritu Kak Ti kat office simpankan ada lebih meeting.. Pastu Wan ingat tak dapat lagi.. Wan jumpa dan beli.. datanglah rumah Kak Pilla bawakkan kuih ni.. Pastu semalam Aiza kawan opis pulak nampak kuih ni belikan untuk Amaani sebab Kak Pilla cerita jugak pasal Amaani nak kuih ni.. So dah 3 kali dia dapat kuih ni.. Alhamdulilah rezeki Amaani..

 Ikan Jenahak memang terpaling sedap bagi aku.. Isi lembut je.. Tapi sekali masak 3 keping kecik tu harga dia RM19.. Dasyat harga barang basang sekarang ni.. pejam mata lah nak makan jangan berkira.. Tapi tak leh selalu lahh.. 

 Kak Pilla paling jarang masak daging.. Kurang suka kot.. Tapi kadang tu beli jugak daging ni... So kali ni masak daging masak kicap pedas.. Sedap gak masak simple macam nie.. Tumis bawang merah, bawang putih dengan, kayu manis sikit dengan bunga lawang dan apa-apa tah bunga cengkih 2 ketul.. pastu masuk sesudu dua cili kering blend.. bila dah masak cili tu masuk je kicap manis dengan air.. masuk carrot sikit daging ngan kacang buncis.

 Hari tu kena gi Office Ellfie hari sabtu.. Gigihlah Kak Pilla lepas subuh dan kelentang kelentung kat dapur.. Buatkan sambal sardin untuk makan dengan roti canai instant brand "Kawan" korang pernah try? Sedap sangat.. Tapi korang kene letak roti canai kat pan masa dia tengah sejuk beku.. kalau tak dia melekit-lekit.. letak sikit marjerin masak sampai garing pastu angkat.. tepuk-tepuk sikit macam mamak kat kedai tu buat.. power!!!

 Mee goreng takde sapa request, saja je masak.. 

 Rasa bersalah sebab Kasih sebenarnya nak nasi lemak.. Tapi aku buat mee goreng masa tu.. dia bangun dia tanya, kenapa mama masak mee goreng? kasih nak nasi lemak.. Eh mengada betul budak nie.. Aku cakap nanti lah beli je.. "Kasih tak nak nasi lemak beli.. Kasih nak mama masak" Eh? banyak lemak budak nie.. main order je.. nak tak nak buat jugak lah sikit.. bertambah dia makan.. Eish perot Kasih dah boroi.. hahahah

 Pegi pasar nampak ikan merah.. Beli lah terbayang nak buat sup.. Tapi malas nak buat benda lain so celur je broccoli pastu buat sambal belacan sikit.. Limau takde so Kak Pilla guna air asam jawa je.. kawan Kak Pilla kata kalau pakai asam jawa style Kedah.. betul ke?  

Kasih jugak yang request.. Baru Kak Pilla perasan Kasih tu paling mengada sebenarnya kan? hahahha macam-macam permintaan dia.. Dia cakap dah lama mama tak masak ikan yang kuah dia masam tu.. macam rebus tu.. Ok lauk ni sebenarnya favourite aku, bibik, Kasih, Amaani, Aleesya.. Siapa nama yang tidak disebutkan tadi sila angkat tangan! awak gi makan telur sambal je.. hahahaha.. 

Pak Radie paling tak suka lauk asam rebus ikan.. Tapi dia paling suka telur rebus sambal.. kesian pulak nanti kebil-kebil dia tengok lauk rebus tu.. kalau buat telur sambal tu lepas rebus telur tu.. goreng dulu sikit bagi dia coklat sikit baru sambalkan.. 

Ok itu je pot pet Kak Pilla pagi nie.. Harap diberi semangat untuk kita semua memasak lepas ni.. Kengkadang haku pemalas jugak, suka je ajak Pak Radie makan kat luar hahahahah.. Tapi malas lah nak berangkut anak-anak semua.. Dah lah Amaani tu penakut kucing.. Kalau aku cakap nak gi kedai mamak terus dia tak nak ikut.. dia suruh tapau je.. dia ingat aku tak tau dia tak nak pegi sebab ada kucing hahaha..

Eh sudahlah penat bebel..

Bye.


Love, 
Filla.

Tuesday, October 06, 2015

DAPUR YAYA.

Ingat tak haritu ada cerita gi dinner ngan Wan, Atok, Auntie Robitah and Uncle Rosli.. Memula Wan ajak makan kat kedai baru nama dia Mee Tarik ke apa.. Tapi diorang pon tak pernah try, takut tak sedap pulak.. Jadi tukar plan kita gi makan kat Restoran Yaya.. 

Orang Enstek mesti tau tempat ni kan? Dia kat area Mercato Enstek.. Kalau tak tau sila google :)

Sedap gila kot?  Dia ada buat set nasi dengan lauk.  Tapi disebabkan aku makan macam tiada hari esok.. terus takut nak makan nasi.. so tengok je orang lain makan nasi dengan lauk..

3 orang amik set daging salai sedap gila.. Pak Radie order ni jugak, licin dia makan.. bukan selalu dia tu makan licin pinggan hahaha.. masak lomak dia pedas cili padi berdesing jugak.. masam-masam sikit dia pakai belimbing.. power!

Auntie Robitah amik set ikan bawal goreng + kari.. pon sedap kata dia ;)

Aku makan kueyteow bandung.. malas nak makan nasik... pon sedap jugak sebab pedas ;)  Enstek tu dah masuk Negeri Sembilan, haruslah masakan dia power ;)

Kasih makan nasi, telur dadar, sup kosong ngan ayam goreng kunyit, licin.

Wan kalau dengan Kasihhhh bff sangat i love u i love u.. Kasih pon pandai kalau nak apa-apa dia plan berdua je dengan Wan.. Haritu Wan cakap Kasih call dia kata birthday dia nak Shopkins.. yang Wan pun siap google apa tu shopkins hahahaha.. Eh aku pun tak tau tu apa.. Wan cakap macam patung-patung boleh collect.. tapi Wan tak tau nak beli kat mana.. Dah tak yah layan je Kasih tu.. ngada je lebih ;)

ni BFF ngan papa.. nampak tu Pak Radie kene pegang gelas tu.. orang lain tak boleh pegang.. Papa je boleh.. jentik kang.


Isi perot dulu sebelum balik rumah sendiri..




Lawa kan kedai dia.. comel je.. service pon laju walaupun ramai.. owner pon ramah..

Ok lah tu je nak citer.. 

Orang yang duduk area Enstek boleh lah try.. thorbaekkk...  

tata titi tutu..



Love, 
Filla.

Tuesday, January 20, 2015

JOM LEPAK FIKCLES CAFE TAMAN TUN.

Sabtu hari tu Kak Pilla and Kak Elly dah ada appointment makan-makan dengan Suraya Sulatin nie.. Dia ni kalau ko tengok dia start cerita pasal makanan, memang rasa nak tikam diri sendiri je.. Rasa masa tu jugak kene try.. Ko tak sedap ko kene ya Sue.. I don't care friend-friend or not friend, kene tetap kene..

So mari kita percaya cakap dia... Kali ni dia ajak makan kat Fikcles Cafe, Taman Tun Dr. Ismail.. Aku hantar Kasih gi tuition then tumpang kereta Elly and gerak pergi sana terus.. Elly eksyen, tak bagi pakai waze.. dia cakap nanti dah sampai Taman Tun baru waze.. Amboi sambil lalu kat Pasar Tmn. Tun... Elly pon tunjuk "Ni lah pasar aku selalu singgah kalau sampai office awal".. eh aku bayangkan dia gi pasar balik kerja.. ini sebelum masuk office? lupa nak tanya mana dia sumbat segala ikan, ayam sayur dia.. hahah.. Mesti Kak Elly ada fridge khas untuk barang dapur dia.. kelas sangat Kak Elly.. 

Bagi budak Su ni glamour sikit letak gambar no 1 muka dia.. mesti dia suka ni hahah.. Dah lah siap cakap 'amik gambar aku candid ye'.. Ye ye ye.. aku layankan je Sue ni.. 

Tetiba menu sampai.. Wow menarik sebab breakfast ni takde time limit.. all day breakfast gitu.. so kalau ko teringin nak makan set breakfast ni time petang-petang pon boleh.. Nanti nak ajak Peej lah makan breakfast set.. Baru leh feeling mat salleh skit.

Harga memang ok sangat.. Takdelah mahal sangat dan takde lah murah sangat.. Tak pe kita tengok dulu berbaloi ke tidak.. Korang bukan nak tengok menu pon kan? korang nak tengok food kan? Ok jom..

Kak Pilla tak berani minum ais sebab tekak lom baik lagi.. So order Hot Latte.. Nyamsss.. 

Kak Elly order Gamberi Aglio e Olio nie.. Harga RM18.90.  Terus macam nak gaduh.. sapa suruh ko order ni? aku nak order ni jugak.. eh mana boleh sama.. eh sukatilah.. nasib tak bertumbuk.. pastu masing-masing setuju kita order lebih tapi share ramai-ramai ;) Korang should try this sebab Kak Pilla suka dia ada letak cili padi halus-halus je dia slice.. spicy tekak melayu!!! sukaaaa!!!

Ahhhh nangissss.. ni sedap gila kottttt... ni nama dia Mushroom Junkie (RM12.50) mushroom dia dengan creamy sauce macam tu.. tak muak sebab kepekatan dia tu just nice.. makan ni sambil pejam-pejam mata.. omg sedap kot... so mushroom atas tu memang licin Kak Pilla and Kak Elly makan.. 

Husband Sue order linguini carbonara (RM15.90) ke apa tah nama.. Pon begini *thumbsupemoticon* hahahahha.. 


Yang best nya kat Fikcles Cafe ni siap ada Kids Menu.. Memahami betul tau cafe nie.. Kak Pilla selalu nyampah kalau gi makan pastu cafe tak mesra kanak-kanak.. food untuk kids takde.. Ko ingat anak aku tak nak makan? hahah amboi garang.. So Sue orderkan fish and chips for kids untuk Shein Dong yang berharga RM12.90. 

Shein tak yah nak buat muka tak tau apa-apa ya.. mommy awak dah order baekk punye untuk awak.. Auntie Pilla dok sebelah awak boleh lah mengecek sikit.. nak uwettt.. 

Jap, citer Shein tak abis lagi nie.. Nampak tu daddy dia pegang mango juice? tu air daddy dia.. pastu lek je aku nampak shein amik sudu, cedok tartar sauce pastu pelepuk masuk dalam juice tu.. hahahaha.. tebeliak mata Kak Pilla sebab terkejut.. bapak dia pon redho je... tak cukup ngan tu.. Shein campak sekali wedges dan fries.. Yummeh sedapnya mango juice Shein.. nak sket oleh? Eceh ceh aunty tipu je.. tak nak tak nak.. hahahahah

Ini pon rasa sorang sikit.. Sedapnyaaa pejam-pejam mata.. Salted Egg Squid Sandwich dibalut salad dan roti pita (RM17.90) side dishes nya ada wedges yang creamy dan salad yang segar.. 

Ini baru mula.. gigih lagi... pasatu rasa nak terbaring sebab kekenyangan..  

First sekali kitorang rasa yang mushroom tu.. Oih tu memang sedap lah.. tak terkata.. Cuma dengar Elly je kejap-kejap bisik.. Sedap ok mushroom ni.. pastu aku sambung "aku tau cemana nak masak ni" hahahahahah

Kitorang try Braised BBQ Short Ribs ni pulak.. RM35.90 .. Aku rasa ribs macam ni confirm kegemaran Pak Radie.. Aku tengok aku dah tau mesti lembut gila daging nie.. Amboi malu Chef Wan kalau dengar nie.. terror sangat, belum rasa, baru tengok dah tau ni.. 

Nampak??? So juicy ok daging dia.. berasap-asap masa potong tu.. ai like.. Tapi aku takut pitam makan banyak sangat daging.. so ajak semua orang share makan ni habiskan.. aku rasa Chef Fikcles ni memang terror lah masak.. ko nampak bahagian luar dia tu dimasak sempurna.. bila potong tu perghhh lembut je.. ntah cemana dia jadikan daging selembut tu.. syabas Chef... Mashed Potato bawah ribs tu pon sedap.. lemak dan halus texture dia.. Sayur pon perfectly cooked.. Eh over Kak Pilla memang suka bagi komen macam Chef.. Dah korang pon nak tau gak kan sedap ke tak?

Ini Duck.. Itik.. Ada orang tak makan itik??? Hoi rugi woiii tak reti makan itik.. Itik ler sedappp.. Ini pon isi dia lembut gila.. dihidangkan bersama risotto tapi Kak Pilla orang kampung, tak reti sangat risotto-risotto nie, maybe if dia hidang dengan nasik, Kak Pilla akan lebih berselera.. buat ala-ala Nasi Ayam kan? Tapi tukar Duck Rice.. Pergh sedap tu.. Eh memandai je haku.. heheheh.. 

Mini burger ni nama dia Sliders (RM19.90) aku dah tak larat nak telan.. 

Hah kau... Sorang makan ni boleh terduduk kekenyangan hahahaha..

Disebabkan tak larat nak makan, so dari membazir mari kita takeaway.. Bagus jugak sebab lepas ni nak amik Kasih balik tuition.. Aku nak seketul je, diorang pack kan 2 ketul pulak.. Oklah boleh lah.. Dalam kereta, kemain selera lagi Kasih makan.. "Mama makan kat mana ni?" "Kat Taman Tun tadi dengan Aunty Elly, sedap ke?" "Sedap gilerrrr.. walaupun dia kecik, lama nya nak habiskan ni mama".. hahah membebel je, telan jelah.. nasib aku driving, kalau tak dah lama mintak hahahaha.. 

Pastu cakap kat dia nanti kita pegi ngan Papa ngan adik-adik ye? Amaani mesti suka sebab ada spaghetti, ada carbonara, Kasih mesti suka sebab ada fish and chips.. Papa lagi lah.. banyak western food, papa mesti ok punya.. 

Ini dah nak meletop perot aku nak makan hahahaha.. dalam tu ada banana and chocolate.. ni nama dia Banana Nutella Grilled Sandwich.. minum petang terbaek... aku rasa jugak segigit..sedap nak mampos okay.

Udah-udah lah citer makan tu.. Meh tengok deco kedai ni sikit.. Cozy sangat.. i like ;) 





Sebelah Kak Pilla tu is Huda, owner Fikcles Cafe nie.. lawa je orang dia.. suka tengok.. pastu kejap kang tanya how's the food?.. Eh sedap sangat tak terkata ok.. hahahah

Ni Elis, pon sweet sangat, dah 2 kali jumpa Elis.. 

Eh sapa nak datang sini couple-couple pon ok..

Ni nak habaq skit.. Kalau korang kerja kat area-area Taman Tun ni untunglah.. sebab ni tengah Promo nie.. 
untuk Business Set Lunch: Choices of Main Course with Desserts (weekdays only) pukul 12.00pm - 2.00pm for only RM12.90.. 

So lunch time gi serang ya.. confirm tak menyesal sebab food dia sedap sangat.. Elly mesti akan datang balik sebab dia dekat je.. ai yang jauh, nyampah tau. 

Untuk High-tea discount 20% on dessert dari pukul 3-6pm with any purchase on hot beverage only.

Ni rupa luar kedai.. Sekarang kan orang suka buat small-small event kat cafe? Fikcles ada sediakan package untuk korang nak buat event:
-Hi tea buffet package
-Buffet dinner package
-Set menu dinner package
-Catering
-Birthday celebrations
-Seminar/meeting

Alamat Fikcles Cafe:
11, Jalan Wan Kadir 2, 
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-77324885

Operation Hours:  
Tuesday - Sunday 
(8.00am - 11.00pm)
Close on Monday

Boleh jugak usha kat instagram : @fikcles

Lagi satu nak bagitau.. kalau korang datang makan kat Fikcles Cafe nie, jangan lupa update ig, check in dan tunjukkan bukti dah update tu.. korang akan dapat 10% discount.. 

Percayalah cakap Kak Pilla nie, food dia terbaekkkk! Berbaloi-baloi ;) 




Love, 
Filla.