Showing posts with label amaani. Show all posts
Showing posts with label amaani. Show all posts

Thursday, February 04, 2016

AMAANI DAN PERMINTAANNYA.


Hari Selasa lepas Amaani nak bawak bekal kuih pau.. So hari Isnin malam dia dah cakap awal-awal..

Amaani: Mama, esok Amaani nak bawak kuih pau.

Mama: Ha? Mana ada kuih pau.. tak sempat.. hari lain lah kuih pau ok?

Amaani: Please mama.. Amaani nak bawak bekal kuih pau.

Haish dia ni bab makanan memang dasyat sikit.. Ikut perangai sapa ntah..  Bibik cerita hari-hari sebelum pergi sekolah dia akan mintak bibik tolong masakkan apa yang dia teringin nak makan tengahari.. Permintaan dia boleh tahan.. 

Asam pedas ikan
Ikan berlada
Bubur nasi
Kueyteow goreng
Ayam masak kicap

Selalunya dia akan mintak.. dan dia akan ingat apa yang dia mintak tu.. dan dia akan makan bersungguh-sungguh apa yang dia mintak tu.. Jaranglah ko akan dengar dia jawab "taktau nak makan apa" tapi kalau dia rasa tak nak makan, dia akan cakap awal-awal "Amaani tak nak makan".. memang dia takkan makan. 

Tulah dia ragam anak dara no.2 ni.. Sekarang-sekarang kan aku masih rajin lagi bekalkan makanan.. hehehehe.. tapi simple-simple je.. Oh berbalik kepada cerita pau.

Mama: Amaani tau ke kuih pau tu camne?

Amaani: Kuih pau tu atas dia ada macam cat.

Mama: Cat?? warna??

Amaani: Alaaaa dalam dia tu kadang-kadang hitam.. kacang ke mama?

Mama: A ah betullah tu.. 

Amaani: Amaani nak bawak esok ye mama?


Huish dia ni.. paksaan betul.. tapi nak buat cemana dah tengah malam kot.. mana nak beli.. so aku abaikan tapi dah pesan kat Pak Radie nanti beli pau kat Giant ke mana ke, leh aku kukus bekalkan dia.. 

Rupa-rupanya pagi tu Pak Radie gi belikan dia kuih pau hantar kat sekolah dia.. Wow bapak dia lebih cemerlang hahahahaha.. 

Pastu ada malam bila tah aku borak dengan Amaani..

Mama: Papa hantar kuih pau kat sekolah ke pagi tadi?

Amaani: A'ah.

Mama: Sedap ke?

Amaani: Ok lah.. Amaani makan berdua je dengan kawan... 

Mama: Ok lah tu share makan sama-sama.

Amaani: Tapi kan mama, ada sorang kawan Amaani tu dia bawak bekal jugak.. (aku lupa dia cerita budak tu bawak apa) Semua orang makan makanan dia.. Takde orang makan makanan Amaani.. sorang je kawan Amaani makan kuih pau Amaani.. Dia tak ajak Amaani pun rasa makanan dia.  Amaani tak tau sedap ke tak sebab dia tak ajak Amaani rasa bekal dia.

*mukasedih*

Haishhh Amaani ni kalau bercerita sebenarnya ada point dia nak sampaikan kat situ.. Samaada dia nak cakap kuih pau dia tak sedap so takde orang nak makan.. atau pun dia rasa tercabar bekal budak tu lagi best dari dia.. atau dia kecik hati sebab budak tu tak ajak dia makan sama-sama. hahahah.. apa-apa jelah Amaani..

Ni sambung balik entry tertunda.. Kisah semalam aku bawakkan dia mini sausage siap mayo and tomato sauce..

Mama: Sedap tak bekal sausage?

Amaani: Sedap, tapi lepas ni Amaani tak nak bawak bekal dah.

Mama: Eh kenapa pulak?

Amaani: Sebab kawan Amaani makan bekal Amaani dah habis! Amaani makan berapa je.. Amaani nak lagi tapi dia dah habiskan..

Mama: Takpelah share-share kan bagus..

Amaani: Tak nak.. semalam ada sausage tu paling last sekali.. nasib Amaani sempat makan laju-laju yang last tu.. kalau tak kawan Amaani makan habiskan bekal Amaani.

Kesian anak aku.. macam orang tak cukup makan pulak hahaha.. Semalam tanya dia pagi ni nak bekal apa? Dia cakap nak kueyteow.. Hoi kueyteow takde!!! muahahah so pagi ni bekalkan roti sapu kaya, potong 4.. pastu letak limau mandarin dapat kat opis semalam ;)

Amaani ni kalau cakap selamba je.. tapi dia selalu beralas kalau cakap.. Contoh "wow mama, gemoknya!"  Apa gemuk? siapa gemuk?? "taklah, mama tu walaupun gemuk, tapi mama comel".. hahaha.. atau pun "Amaani???? kenapa tak nak makan mama masak ni? tak sedapkan?"  nanti dia akan jawab "yelah, yelah Amaani makan sikit, sedap betul mama masak tapi Amaani makan sikit je sebab Amaani kenyang".  sebenarnya aku tau dia tak suka lauk tu bukan favourite dia.

Pastu semalam bergaduh dasyat gila denga Aleesya.. aku diam je buat kerja kat komputer rumah.. Sampai tahap aku dengar dua-dua melalak memang mak kau bertukar jadi singa jadian.. "Apabenda ni? Melalak-lalak asyik begaduh je dah kenapa? Siapa buat siapa ni? Diamm! kalau mama dengar suara menangis.. dua-dua kena hambat jap lagi"..

Aku terus naik atas.. masa mandi tetiba ada orang ketuk pintu toilet..

"Mama, Amaani mintak maaf"

Adoi sayu betul suara dia.. terus aku jawab "ok, lepas ni jangan buat lagi" laju dia jawab "ok mama Amaani janji tak buat lagi" terus dia berlalu pergi.. tulah dia Amaani selalu kalau aku marah yang betul-betul marah dia akan datang minta maaf tak payah disuruh-suruh.. sejuk sikit hati mama.. 

Itu je cerita kisah anak dara ai Kasih Amaani.  Dahlah sekarang kuat merajuk.. haritu jalan gi Mitsui dia merajuk dengan apak dia.. sebab Aleesya marah tak bagi papa pegang tangan Amaani.. merajuk lah minah ni.. Haishhh tangan mak kau sentiasa ada, takde sapa nak pegang.. tak yah nak rebut-rebut sangat tangan papa tu.  Tapi ok lah Kasih dengan Amaani rapat jugak dengan aku.. yang aku kisah sekarang ni kenit Aleesya tu.. tak nak langsung dengan mak dia.. Tidur malam kene ngadap muka papa.. kalau mama tengok sikit tak boleh tengok.. kadang saja tepuk-tepuk dia laju je tepis "papa je boleh, mama tak payah"

Eh eksyen.. 




Love, 
Filla.

Wednesday, December 15, 2010

KASIH AMAANI ~ 6 MONTHS

My Angle eh silap.. My Angel Amaani genap 6 bulan pada 17 December 2010.. hahah..nak gak update awal.. hihih...  
kepak tu Acih punye.. siap bediri tegak kat kedai..nakkkkkkk jugak! aku tak kosa nak melayan.. tapi dia kan anak bapak.. maka dituruti jugaklah kehendak anaknda Acih itew... mak bukan zalim.. tapi dah biasa dah.. dia nyer excited 4 jam jer.. pastu lempar sana lempar sini.. dan last sekali teperap dalam bilik mainan tak berusik-usik..kalau aku jual semua toys dia.. cukuplah buat bayar duit kereta barang sebulan.. huhuuuu...

ok amaani, ready pose dari blakang nak tgk cekci tak..ngeh ngeh.. tu tangan kakak tolong kepak-kepak..

hihihi.. sonok plak budak nieh..

Amaani tetiba terjuling sudah...

Alhamdulilah, Amaani sihat sejahtera... adalah few months back dia tak sihat... sipi-sipi lagi nak warded.. sebab dia asyik selsema pastu bila selsema tak baik-baik.. hingus cecair yg sepatutnya keluar kat hidung.. telah suke-suki keluar ikut telinga.. boley??? aku tanye kawan-kawan.. itu perkara biasa yang selalu terjadi kat baby or kanak-kanak.. masalahnya yang jadi tak biasa.. bila pegi check-up Amaani, doc amik sample cecair kat telinga amaani utk test kat lab.. dan doc serta merta kol aku kat opis time tu.. doc cakap bacteria MRSA which sgt berbahaya ada kat dalam telinga dia.. boleh? boleh tak??? doc terus suruh kami bawak Amaani dan doc suruh prepare utk Amaani diwarded kan for at least 5 days due to that infection.. dan doc suruh aku search what is MRSA bacteria.. aku pon pegi lah search.. uwaaaa.. scary!!

doc said, bacteria tu jarang hinggap kat baby.. so dia risau bila benda tu ada kat amaani.. the worse part kalau dia masuk dalam darah.. dah dah.. malas nak citer apa jadi kalau masuk kat darah.. aku tanya camana leh kene kat amaani? mana dia dapat bacteria tu? doc ckp bacteria tu biasanya ada kat ICU/hospital.. hah? bile masa aku gi ICU bawak amaani? ok tu lain citer.. aku tanya lagi.. what is the best treatment to get rid of that bacteria yang tegejal tu? doc cakap rawatan biasa seperti ubat titis telinga dan antibiotik takkan beri kesan kat bacteria tegejal tu.. kecuali injection dan mesti warded hospital.. tp doc ada bagi ubat titis ngn antibiotik 4,5 hari sebelum dia call to inform bout result test.. so bila dia call nak suruh bawak amaani kat dia.. aku ckp so far lps guna ubat yg dia bagi tu, takde plak cecair tu keluar??? (fyi dah pegi dua klinik lain amik ubat titis ngn antibiotik tp tak jalan) .. so aku pon bawak jer lah amaani malam tu..

doc pon check telinga amaani.. doc tu terus tersenyap sebab miracle okeh.. bacteria tu takde! Syukur Alhamdulilah... doc agak pelik sbb sepatutnya ubat titis ngn antibiotik yang dia bagi tu takkan dpt kill that bacteria.. tp kuasa tuhan siapa kita nak persoalkan tul tak? so al-kisahnya tak jadi lah Amaani warded.. doc monitor.. je.. lepas berapa hari doc call lagi tanya amaani mcmana.. Amaani plak terus baik lepas daripada tu..

dah itu je cerita getir selama kami bersama Amaani.. hehehe... sekarang nak citer perkembangan udak otak pipi bambam...


1. dah pandai tegolek.. kiri dan kanan dengan jayanyer.. tanpa ada kes tak reti nak keluarkan tangan dari bawah perot..hahah.. dah terror dahhh...

2. dah pandai membebel bahasa dia.. tapi ayat yang asik keluar dari mulut dia is 'abah bah abah bah bah bah'.. hahahah.. tergugat apak ko.. ABAH plak.. hahahahha... eh Amaani ada abah okeh.. Abah kepada Syasya dan Sofea ;)

3. dah pandai duduk kat walker.. jalan sana sini....

4. suka garu-garu kepala... aik? kelemumur ke? tapi kelaka.. kadang time BF tetiba garu-garu pala.. aku bagi minum pon dia mcm ada masalah negara..hahahha...

5. dah start makan... tp skali suap makan.. habis.. kening-kening pon nak makan jugak ;)

6. suka kibas-kibas tangan macam nak terbang...

7. budak ni kuat senyum... sengih jer manjang... marah pon sengih... baguss!!

8. badan dah makin bulat... teacher2 kat nursery citer.. kalau hari dah petang.. ngek ngek ngekkk.. tak suka sorang-sorang.. nak ngadap orang.. nak orang manja-manja kan dia. nak dokong-dokong.. ceh! ada ke orang nak layan ko dikkkkkk..hahah...

9. kuat susu botol... aku bekal satu tupperware utk nursery.. tiap-tiap hari okeh.. LICIN... kopak mak apak ko.. amaani minum Anmum langkah 2.. 650gram RM39.. (bertahan utk 5,6 hari jer okeeeeyyy) aku tanye dia minum ke? dorang ckp iyeeee kak.. dia kuat nyusu!!! oh pandai plak ko yer amaani.. time kat umah tanak plak susu botol?

itu jerlah yang aku ingat... nanti citer lagi k...

sila lah visit http://framekasih.blogspot/. ada update sikit.. mak ni pemalas hunta nak update blog tu..hahahah...





EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com