Wow sehari dua kali update blog..
Sebenarnya saja park resepi sendiri dalam blog sendiri.. sebab selalu je refer balik kalau terlupa hahaha..
Actually Kak Pilla bukanlah terlalu gemar makan segala kepah or kupang ni. Tapi haritu buat shell out so benda ni berlebih.. Sayang pulak tak masak takut nanti dah tak fresh..
So mari kita cuba resepi rekaan sendiri :)
KUPANG CILI PADI
Sebenarnya tak tau apa nama yang cengkerang putih tu? hahah... rasa dia sedap je lebih kurang lala..
Kupang ni kat Giant murah giler.. sekampit besar baru RM6 ke RM7 ntah.. ni pon lebihan dari shell out haritu.. Yang putih tu sekampit RM4 pon dah bahagi dua..
Bahan-Bahan
1 paket kupang
1 sudu kecil perencah maggi cukup rasa
4 helai daun limau purut dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kering blend
garam
Bahan-Bahan Blend
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
6 biji cili padi merah
4 biji cili padi hijau
1 cili merah
Cara-cara
Panaskan 2 senduk minyak dan tumiskan bahan-bahan blend. Kemudian tambah maggi cukup rasa, sos tiram, cili kering blend, sedikit garam dan daun limau purut. Kemudian masukkan kupang.. kacau rata dan tutup kuali dengan penutup untuk 3 minit.
Kemudian kacau lagi sehingga kupang masak.. Tak perlu tambah air kerana kupang akan mengeluarkan air dan lauk ni akan jadi berkuah. Jangan masak terlalu lama sebab kupang akan mengecut kalau terlalu lama..
Selamat Mencuba.. Sedappp sangat kuah dia kalau gaul dengan nasik.. cukup rasa manis kupang and rasa pedas berdesing dia.. Perghhh meleleh ailioq..
Selamat berpuasa ;)
Love,
Filla.
2 comments:
Sedapnya...
https://jm2u.blogspot.my/2018/05/the-kasihs.html
walaupun tak minat kupang tapi nampak best plak hehe..
Post a Comment