Thursday, February 09, 2017

CITRA EMBUN, Projek baru by SERI PAJAM.

Haritu Kak Pilla sempat lah menjejakkan kaki ke show unit Citra Embun projek Seri Pajam Development Sdn. Bhd. di area Pajam.  Tak jauh pun dari rumah Wan kat Enstek tu..

Bab pegi tengok show unit ni memang Kak Pilla happy sangat nak tengok.  Seri Pajam memang property developan yang terkenal dengan affordable single-storey terrace houses sampailah ke projek rumah bungalow yang ada di Pajam, Nilai, Sepang, Seremban dan Senawang.

Kali ni Citra Embun pula yang berkonsepkan Town Villa (3 dan 5 Storey) freehold strata.  Keluasan dari 956sf - 1,317sf dan bermula dari harga RM250,000.  Pitam harga semurah ni dah tak dapat ye... 

Citra Embun ni ada Block A,B,C,D dan E.  So total ada 5 blocks semuanya dan yang bestnya kawasan perumahan Citra Embun dilengkapi dengan landscape yang modern dan akses yang mudah seperti KTM station, LEKAS highway yang kurang daripada 2 minit sahaja.  Yang penting lepas kerja balik rumah tak de traffic jammmm.  Balik rumah happy je nak drive :) 

Kalau kita nak shopping pun senang je sebab dekat dengan speedmart99, Tesco, Giant, KLIA, Mitsui Outle Park dan lain-lain.  Wowwww sangat.. Pastu soon AEON akan masuk kat Nilai jugak.  Cuba imagine, masa tu harga property market akan naik lagi kot.. Tadika, Sekolah dan University pun banyak pilihan untuk ibu bapa.  Senang sebab banyak institusi untuk pembelajaran ada berdekatan kawasan ni antaranya INTI University / Nilai College University / Nottingham University pun dekat dengan Citra Embun project.


Selain dari tu terdapat 4 Concept Parks sesuai untuk kita beriadah bersama keluarga.  Reacration area pulak sangat luas meliputi 80,000 sq.ft.  Takde bersesak-sesak di kawasan perumahan sendiri.. rasa lapang dan tenang boleh bawak anak-anak ke parks yang disediakan.

Selain dari tu disediakan juga track untuk berjogging.. tak perlu keluar dari kawasan perumahan.. jogging dalam kawasan Citra Embun je.. best kan? Now nak jogging sorang-sorang kat taman-taman luar tu pun seram dan rasa tak selamat je.. Sini lagi best.. tak yah nak bawak kereta.. pakai je pakaian sukan dah boleh start jogging.. dah penat terus balik rumah ;)

Citra Embun juga menyediakan Yoga Alcove,
BBQ Pit, Gazebo, Eco GYM
.. Rekaan modernnya juga menyediakan 4 Concept Parks seperti Into the woods, The Terrace, Hanging Garden, Edu-ture Lane... Best sambil berjogging dan beriadah kita boleh mendapat ilmu antara ibu bapa dan anak-anak.. tak payah susah-susah nak keluar dari kawasan rumah.. Segala-galanya yang cantik, moden, mesra alam sekitar semua ada di sini.. 

Jom Kak Pilla bawak you all kita tengok show unit Citra Embun ni. 


Ada beberapa jenis rumah yang berkeluasan berbeza-beza dan pastinya harga pun berbeza.  Rumah ni dilengkapi dengan 3 Bedrooms dan 2 Bathrooms.

Dari pintu masuk..

Rumah ni cantik dan moden.. Kak Pilla kalau pilih rumah dan tentu akan cari yang ada balcony.  Lemas rasa kalau rumah takde balcony.. Boleh lepak-lepak dengan husband sambil hidangkan kopi ngan cekodok.. Romantiknyeeeeeee...

Wow Atok feeling hehehe.. Luas jugak balcony ni.. Citra Embun menitik beratkan persekitaran yang mesra alam.. So pasti menghijau je mata memandang duduk kat balcony ni..

Ni kawasan dapur.. Ok, ni lagi satu paling penting untuk mencari rumah idaman.. Kak Pilla akan pilih rumah yang dapurnya selesa, luas dan kemas.. Sebab kita sebagai wanita ni memang ke dapur je lah kerja nak masak untuk keluarga.. Citra Embun memang faham naluri wanita.. dapur dia soooo spacious ;)

Susah sekarang nak cari rumah yang dapur dia besar macam ni.. senang nak bergerak kalau nak masak ;)

Ni lagi satu yang buat Kak Pilla jatuh cinta.. kat pintu dapur tu keluar terus ke yard dan yard dia besarrrrrr!!!!! Bestlah untuk kita letak washing machine, mop, penyapu, baldi hahaha.. sebab benda-benda tu semua kita kena sorok, nanti sakit mata tengok dalam bilik air ada segala mop, baldi, peralatan membasuh lantai, sabun cuci.. not nice okayy.. So boleh lah kita hias cantik-cantik kat yard ni..

Kira bentuk macam L lah dari pintu dapur.. terus dan belok sikit ke kiri.. best kannnn?

Ada satu bilik air bersebelahan dapur.. 

Master Bedroom attached dengan Master Bathroom.

Sebenarnya, master bathroom bahagian kiri senanglah tu.. Bagus sebab ada privacy area.

Bedroom 1


Bedroom 2

Yahoooo luasnya bilik kanak-kanak ni.. Dekorasi yang bijak sebab dia design katil di tingkat atas macam ni so anak-anak ada ruang untuk bermain.. Mak ayah pun seronok sikit nak teman anak bermain sebab ruang ni spacious.


Dining table pon centre.. Mudah nak ke dapur, hall atau bilik.  Wan berpusing-pusing round rumah ni dan cakap geram gerammmnyeee.. Cantik sangat rumah ni.. susun atur pun bilik, dapur dan hall pun cantik.. boleh beli untuk investment ni.. Zaman anak-anak kita nanti ntah berapa juta lah pulak harga rumah.. So ada duit sikit silalah melabur dan beli rumah :)

So good luck guys, belilah propeties dengan bijak.. Citra Embun ni salah satu projek perumahan yang berbaloi-baloi kalau nak beli.



Kalau nak tengok segala maklumat tentang Citra Embun jom click link di bawah:


Ramai orang datang ke Seri Pajam Development Sales Gallery ni untuk mengunjungi "Citra Embun Private Preview"

Jangan lepaskan peluang ni!! Hubungi Seri Pajam Development untuk maklumat yang pantas di talian 067581988 atau email : marketing@seripajam.com.my





Love, 
Filla.

9 comments:

Unknown said...

wow lawa nya rumah tu. hari tu jumpa u kat parkson ioi, tapi sengan gile nak tegoo. haha

N.i.annisa said...

Kak pilla dtg mse private preview?? Nape sy xjmpe kak pilla??!! Oh myyyy....klu la dpt berjmpe time tu..da e sy follow blog akk tau, since 2009@10 eh ntah hehehe....1st time bce mse kak pilla tlg sorg bdk prmpn yg excdnt moto n teksi tu...yg bdk tu meninggal mse dlm rwtn..igt x? Bdk tu kwn clssmte suami sy...so terbce strt dr mse tu n still follow until now 😍😍

Nila Anggraini said...

Nampak tenang je suasananya...dan juga rumah yang cantik.

Akak Kembang said...

cantik sangat

LYAfrina said...

Serius cantik sgt.. Alahai..pintu kitchen cabinet dia tu...msti mahall

kakjel said...

cantikkkkkk nya lahaiiii bilik yang ada katil terkois tu.....

Unknown said...

Xsbr nk dpt knci. Insya Allah bln 3 dpt.

Zapp said...

Comey je mcm tuannya. Hehe

Property Malaysia said...

Melihat keindahan alam yang menghijau sungguh menenangkan dan menyegarkan jiwa dan minda