Monday, August 01, 2016

MENGOMEL LAGI.

Baru-baru ni Kak Pilla terlibat menjayakan campaign maggi 1-2-3.  Event ni Kak Pilla and Kak Azie form Azie's Kitchen dijemput sebagai ahli panel dalam perbincangan bagi pelancaran kempen ni.. Last minute baru tau rupanya kena jadi ahli panel.. Nak tolak pon susah hahahaha.. Aku memang ada sejenis nervous kalau bercakap depan orang ramai macam ni.. tapi aku still tau aku boleh dan aku tak nak layan sangat perasaan nervous dan takut.. Diorang nak discussion ni santai.. so mari kita santai tapi tetaplah agak formal dan duduk dengan sopan sambil ketawa tutup mulut muahahahhaha... 

Alhamdulilah satu lagi experience berharga buat Kak Pilla.. dan ini pertama kali jumpa Kak Azie which aku rasa macam kakak sendiri sebab dia baik sangat dan kitorang berdua melayan perasaan nervous sambil tenangkan diri masing-masing hehehe..

 Gaya kemain lagi cakap confident.  Tapi soalan pertama aku dan kantoi sebab kalau ikut script yang diorang bagi, soalan pertama lain.. ni dia terus jump to question lain.. aku yang dah set mind nak jawab utk soalan pertama dah terkebil-kebil.. nasib lepas tu terus ok hehehe

Aku tak tau pon ada masuk surat khabar dan berita kat TV1.. ni pun orang share gambar.. surat khabar pun aku malas nak cari.. so marilah kita abadikan kenangan di blog sahaja.. hahahha

Ok habis cerita tu.. kita masuk cerita lain.. mana sempat je aku sembang ye..

Hari Ahad (semalam) Kak Pilla ada short meeting sat dengan Elly and Peej.. Dah janji breakfast kat Coffee Bean.. bukan apa, Coffee Bean ni sangat istimewa di hati kitorang.. Sebab ni lah tempatnya kalau sesekali kitorang nak breakfast sebelum start meeting atau berhempas pulas dengan order.. tu zaman semua buat sendiri.. now alhamdulilah ada staff yang uruskan hal-hal macam tu.. So now dah lain sikit.. Asal ada meeting macam ni kitorang akan discuss tentang marketing dan project baru.  

Settle sembang, Peej and Elly temankan aku gi buat spek mata.. Dari duluuuuuuuuuuuuu  diorang suruh aku buat tapi aku malas hahaha.. Pastu aku selalu mengadu aku tak nampak.. dan diorang happy nanti bagi cheque ke apa aku tak nampak if diorang kurangkan amount.. Kongajo ni.. hahahhaha.. Jomlah buat.. penat telinga dengar diorang membebel.. ni pun diorang paksa ok alang-alang meeting kat Festival City Mall ni diorang heret aku gi buat spek.. 

Masa buat ni Peej temankan masuk dalam bilik yang nak check tahap rabun tu.. Kelaka jugak sebab mata kanan aku ni yang masalah teruk.. Kiri rabun 50 je plus silau 100.  Tapi mata kanan aku dipanggil "Lazy Eye" dan macam function tak function je.. kadang dia focus kadang dia lari focus.. dan silau aku di tahap luar jangkauan akal.. silau 800 ye.. Peej punya silau pun 25.. Aku 800???? Gilo apa.

Sebab tu mata aku selalu letih dan kalau driving waktu malam dan hujan renyai-renyai memang masalah besar bagi aku.. habis pecah silauan lampu tu.. memang ahkak akan menjadi kura-kura di lane kiri hahahaha... so apa orang ni recommend ialah buat glass utk sebelah kiri je.. kalau dia buat belah kanan jugak.. confirm aku akan muntah bila pakai spek kot.. sebab langsung tak balance kiri dan kanan.. Dan aku cuma boleh pakai spek ni waktu driving malam, membaca, menulis dan menaip.. sekarang ni tolonglah.. no 8 dengan 9 pon aku confuse.

So pilih frame ni je.. Lantak lah lawo ke tak lawo ke.. aku pakai untuk buat kerja je.. Hopefully lepas ni akan lebih ok mata aku ni.. masalah kepelikan mata kanan tu dari dulu-dulu lagi.. so biarkan je dia.. at least lepas ni tak yah pass phone kat Pak Radie "Pa baca ni tak nampak"  Bebulu je dia.. Eleh dia pun rabun tapi nak eksyen. 

Tata.

Love, 
Filla.

2 comments:

Wani Sukarno said...

GOOD JOB KAK PILLA.. SERONOKNYA NAMPAK JADI PANEL .. anyway pengalaman yg berbaloi

Carleed Danial said...

Bestnya sis dapat masuk tv dengan paper,jelly kita..hahaha..cantiklah sis pakai spek!. give me sebab rabun juga..hehehehe.