Saturday, May 09, 2015

Jom Shop at Go Shop

*scroll down for new entry*

Kalau Kak Pilla tanya mesti ramai boleh jawab... Apa tu Astro Go Shop?  Haaaaa ni yang nak citer kat korang semua ni.. Kak Pilla selalu tengok Astro channel 118 sebab suka tengok celoteh pengacara-pengacara dia.. Pengacara akan cerita dan buat demo sekali tentang produk-produk dari Korea nie.. Senang sebab sebelum beli kita dapat tengok demo dulu kan.. Pastu nak beli pon senang sangat konsep dia.. tu nanti Kak Pilla ajar ;)

Baru-baru ni Kak Pilla dan kawan-kawan blogger dijemput untuk menyaksikan sendiri bagaimana keadaan di dalam studio Go Shop ni.. Selama ni kita just tengok kat TV je kan.. So ni pengalaman berharga buat Kak Pilla jugak.. Dulu adalah cita-cita nak jadi Pengacara hahaha.. Tapi bila tengok sendiri huwaaaaaa macam susah jeee hahahaha.. 

Semuanya muka teruja sebab tak tau apa yang bakal dipersembahkan kejap lagi ;)

From Left :Kak Pilla, Kak Elly, Beautifulnara dan KampungBoyCityGal

Suka dengan 4 langkah mudah membeli di Shop At Go Shop ni.. 

Ada TV Boleh Beli
Ada PC Boleh Beli
Ada Fon Boleh Beli
Ada Tablet Boleh Beli

Zaman sekarang orang suka yang menyenangkan.. Kita tak nak benda-benda complicated ni.. Produk kat Go Shop ni ada macam-macam dan best-best.. Kalau tengah tengok kat Channel 118 tu serious teruja hahahah.. Haritu dah usha ni:

Comel kan??? takde lah besar gedabak tak tau mana nak letak.. harga pon affordable siap hantar sampai ke depan pintu pulak tu.. Kak Pilla kan tengah berangan nak kuruskan badan heheheh

Pengacara Go Shop ni ada 6 orang.. Ni takkan korang tak kenal kottt hahaha.. Jimmy Shanley dan Rai.. Dua-dua pun fun sangat.. Baru Kak Pilla tau macam tu cara nak menjadi pengacara.. Kene spontan dan hafal segala-gala.. Ok bye Kak Pilla memang fail lah bab hafal hahahaha.. 

Sebelum tu kami sempat mendengar sepatah dua kata dari CEO Astro Go Shop, Dato' Rozalila tentang bagaimana dan bila bermulanya Astro Go Shop ni di Malaysia.. Kagum sangat.. Tapi rancangan ni memang best pon.. Ingat lagi first time Kak Pilla tengok kat TV terus terpaku tak tukar channel sebab masa buat demo tu macam best hahahaha.. 

Kemudian ada aktiviti yang disediakan untuk kami semua.. Rupanya Kak Pilla, Kak Elly, Beautifulnara dan Kampungboycitygirl kene jadi team leader.. So semua ada 4 kumpulan.. Sebelum tu semua kene tengok dulu pengacara kita terangkan produk masing-masing.. 

Kak Pilla bersama pengacara cantik manis Syamim.. 

Produk ni nama dia Yogurberry Yogurt Maker

Fuyooo teruja sebab senang giler rupanya buat yogurt nie.. alat ni tak guna elektrik pon.. cuma perlukan 1 cup yogurt biasa (apa-apa brand) masukkan dalam bekas yang disediakan di dalam Yogurberry Yogurt Maker tu.. pastu tambah susu segar (Penuh Krim) tuang sampai ke sukatan yang ditetapkan.. tuang air panas dalam bekas maker tu.. pastu masukkan je yogurt yang kita dah campur dengan susu tu.. biarkan 8-10 jam.. Pastu bila siap.. Wow dapat sebalang besar tu.. boleh campur dengan strawberry jam untuk jadikan yogurt tadi berperisa strawberry.. atau campur lah apa-apa jam ikut kesukaan korang semua.. pastu sumbat dalam fridge.. dimakan sejuk lagi sedapppp!!! buat dressing untuk salad, tuang atas kek, makan cicah biskut.. ikut kreativiti masing-masing.. yang penting mudah, sihat, enak, jimat dan praktikal.. Boleh usha kat www.goshop.com.my

Nara pulak kene guna Steam Q Iron.. Pengacara kita ni nama dia Syakirin.. Orang yang pemalas iron baju nak angkat iron berat sampai semput-semput elok guna ni.. dah lah ringan.. tak yah nak guna iron board.. Paling sesuai untuk orang yang selalu gi travel pastu menyampah betul nak call receptionist suruh bawak iron kat bilik hahaha.. bawak ni je, dah lah kecik, ringan pulak tu.. senang nak iron shawl kalau gi travel ;)

selain daripada tu, Steam Q Iron ni pelbagai guna jugak.. boleh bersihkan teddy bear dan winter coat jenis berbulu-bulu nie.. boleh membunuh bakteria jugak sebab steam dia tu panas.. 

Kak Elly pulak berpeluang merasakan sendiri kehebatan originalraw 10 Cushion Foundation.. Produk ni terkenal di Korea sebab foundation ni kalis air.. kalau meredah hujan takde hal ok.. hahahaha.. pastu akan buat kulit wajah glowing lepas apply nie.. Sebijik awek Korea lah ;)

Jimat jugak sebab dapat 2 casing dan 2 refill.. So boleh share dengan kawan :)

Siap ada cover supaya bedak tu tak terdedah kepada kotoran ;) Beli online pon senang.. 

Kampungboycitygal pulak berpeluang mencuba sendiri kehebatan Hurom Slow Juicer ni.. Langsung tak berbunyi pon bila guna.. kalau ada bunyi pon slow sampai tak dengar.. takkan ganggu sesiapa pun masa nak sediakan juice kegemaran.. Juice ni tak perlu tambah gula, untuk sesiapa yang suka minum juice dari buah-buahan segar korang patut cuba.. nak basuh pon mudah.. just tuang air dan blend air tu.. dalam masa yang sama dia mencuci jugak.. sekelip mata terus bersih ;)

You go girl!!! dah minum dia cakap sedapppp!! hahahaha

Senang kan? terus tadah gelas dan minum.. 

Kemudian semua ikut team masing-masing dan disinilah cabaran bermula.. Kene pilih 2 orang ahli kumpulan untuk mencuba bakat sebagai Pengacara Go Shop.. 

Sambil tu Syamim tunjuk semula bagaimana menyediakan yogurt dengan menggunakan Yogurberry Yogurt Maker.. 

Memang berbakat betul adik-adik kita nie menjadi pengacara Go Shop.. kagum Kak Pilla dengan you all.

Ahli kumpulan Kak Pilla pon berbakat.. Kalau Kak Pilla dah lama senyap sunyi bunyi cengkerik krik krik krik kat depan tu hahahaha

Kumpulan Nara pon best jugak sebab kelakar dan ceria

Ni kumpulan Kak Elly.. Bangga kembang-kembang hidung Kak Elly sebab kumpulan dia menang hahahah.. Tapi dia berdua ni memang hebat sangat.. tepukan gemuruh untuk you all.. heheheh

Pening juri nak buat pilihan ;)

Sebelum mengumumkan kumpulan mana yang menjadi juara ;)

Tahniah kepada kumpulan Kak Elly iaitu kumpulan Magenta!! Good job, lepas ni boleh datang audition jadi pengacara Go Shop ye hihihihi... 

Memang satu pengalaman yang best tengok host-host Go Shop bekerja di studio.. Tahniah diucapkan buat mereka sebab bukan senang ya ;)

Bagi Kak Pilla sendiri, Home Shopping adalah lebih mudah sebab lepas kita order dan buat payment.. barang akan terus sampai kepada kita dan tak perlu nak angkat berat-berat hehe.. dan istimewanya Go Shop ni ialah kita boleh tengok kat TV bagaimana pengacara-pengacara di Go Shop buat demo semua barang-barang yang dijual di Go Shop.. Produk-produknya walaupon produk Korea, tapi tetap menepati ciri-ciri pengguna di Malaysia... 

Well, Kak Pilla ni a bit fussy sikit, so bila dapat tengok bagaimana nak guna produk-produk tu, kelebihan dia, benefit dia.. barulah tak ragu-ragu nak beli.. 

Happy us ;)

Kalau nak shopping kat Go Shop senang je.. Kak Pilla prefer shop kat www.goshop.com.my je.. boleh cuci-cuci mata dulu hahahah... Kalau nak beli, mula-mula register dulu (for first time buyer) pastu boleh login dan select apa kita nak, pastu boleh buat payment ;) pastu sila tunggu je barang sampai depan pintu rumah.. Senang kan?

Kalau takde tablet, takde PC pon tak pe.. Just tengok Astro Channel 118 dan boleh call je untuk beli.. kita boleh order 24 jam sehari takde tutup-tutup yer.. kita juga boleh pilih untuk bayaran secara credit card, debit card, Easy Payment Programme (Maybank or Citibank) atau Cash on Delivery.. 

Kalau susah jugak, nah call je no ni.. hehehehe 

Toll Free number 1-800-82 0088


Jangan lupa tonton Astro Channel 118 dan selamat bershopping :)




Love, 
Filla.

3 comments:

Illya LeYa said...

LeYa pun selalu tontonnya. Tapi buat masa sekarang ni belum berkesempatan wang utk membeli setiap produk yg ditawarkan. InsyaAllah rezeki dari blogging yg sedang kian naik tahun ni dapatlah LeYa merasa utk membeli brg2 di Go Shop.. Doakan LeYa terus maju ye. LeYa doakan juga Kak Pilla terus maju dlm dunia blogging.

Kak Vit said...

saya ada gak tengok go shop ni.. memang teruja rasa nak beli semua.. hihi.. apapun memang best cara derang promote sesuatu produk tu.. syabas astro.

Unknown said...

Caya la kak pilla dh msuk tv..bru lpas tgk iklan goshop yg goshop interview kak pilla n kak elly