Wednesday, October 15, 2014

PERTAMA KALI.

*scroll down for new entries*



Hari tu sibuk google macam-macam sampailah tergoogle satu video ni.. Comelnya budak tu sebaya Aleesya kot.. Bila tengok video tu Kak Pilla rasa tu lah first time dia tengok dan pegang rabbit.. Macam soooo cute dia tak takut pon... Aleesya pon pernah tengok rabbit kat area rumah Wan ngan Atok Braim ni ada owner rabbit tapi dia lepas je rabbit dia sana sini.. So bila kitorang balik je Enstek the Kasihs memang happy kejar rabbit.. tapi rabbit tu tak jinak.. asyik lari je hahahaha.. Aleesya pon terjerit-jerit nak tangkap rabbit jugak..

Tapi kat rumah Atok and Wan ada kolam ikan.. Atok dari dulu suka bela ikan :)

So kali ni Kak Pilla pulak rasa seronok nak dedahkan something yang baru dan tak pernah Aleesya cuba.. Nak tengok reaksi dia bila tengok fish.. Tapi sebelum tu Kak Pilla sediakan makanan fish dulu untuk Aleesya cedok dan bagi ikan makan..

Aleesya sekarang ni semua nak buat sendiri.. Minum air, makan, buka baju, gosok gigi.. Semua dia tak bagi orang tolong.. Kalau minum kat kedai pun dia nak sendiri.. gelas dengan straw tu tak boleh pegang ye.. pegang je dia tolak-tolak tangan kita.. masuk ni dah berapa kali dia curah air kat baju dia sendiri.. menangis mak kau nakkkk.. Tapi nak buat macammana kan? Tu antara proses dia nak membesar.. dia nak explore semua sendiri dan dia tak nak pertolongan.. silakan lahhh buat lahhhh... baju kotor basuh sendiri ok?
  So masa ni Kak Pilla biarkan dia cedok sendiri... Eh tapi kelakar.. mula-mula dia kutip ngan tangan dia nak masukkan dalam mulut!!!! hahaha laju-laju Kak Pilla halang.. tu untuk ikan nakkkk... hahahah.. 

  
Ok kita bagi dia peluang untuk buat sendiri.. 

muka baru bangun tido time ni ;)
 
Aleesya campak sebutir-sebutir makanan ikan ke dalam kolam.. Mana yang jatuh berselerak tu Kak Pilla kutip dan masukkan semula dalam bekas dia.. 
 
Rasa seronok pulak bila sesekali kita buat outdoor activities bersama anak-anak.. Asyik terperap dalam rumah je, apa yang dia nak explore kannnn.. So itu aktiviti Kak Pilla bersama Aleesya.. Now bila sebut kolam ikan dia akan ingat macamana dia feed the fish.. 


Ada banyak lagi aktiviti yang korang pun boleh lakukan bersama anak-anak yang sedang membesar macam Aleesya.. 

Kak Pilla nak ajak semua ibu bapa di luar sana untuk ajak anak-anak menimba pengalaman baru.. Mesti seronok!! Kak Pilla juga dapat banyak inspirasi dan tips berguna khas untuk para ibu di laman FB Friso Growing Up Together 

So jangan lupa visit FB Friso Growing Up Together untuk mendapatkan info dan tips berguna buat si kecil anda :)


Love,
Filla.

6 comments:

LINA EVERLYNN said...

cantiknyaaa akak :)

Lynn Huraiza said...

wah bagusnya...nak follow fb diorang...leh dapat tips yg berguna juga nanti...tq for sharing kak...

irma said...

Mati2 sy ingat itik hidup kat tepi kolam.. adeih! 😅

Kisah Tatie said...

setuju.. :)

Anonymous said...

kak pilla, klu tgk citer korea, the return of superman, org korea ada mcm2 cara blh buat utk prkmbangan otak ank2 dorang...siap bentang plastik,letak buah2 lembut mcm stoberi, bg ank2 dorang pegang, rasa..abeh comot2. tp sronok tgk! :)

Anonymous said...

Mom mana blah pakai tudung mum fill a? Video pls eye filla