Friday, November 02, 2012

ADAB MENZIARAH KUBUR...

"Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh" - Surah An-Nisa' (ayat 78)

Itu untuk renungan saya yang tidak sempurna dan untuk para pembaca... Tapi pointnya nak cerita lain nie.. Baca surat khabar BH semalam... ada article tentang adab ketika menziarah kubur.. Jadi elok kita share-share ilmu mungkin ada yang terlupa or tak perasan or tak tahu.. 

Tahukah anda menziarah kubur adalah sunnah Rasulullah SAW.  Walau hebat cemana pun kita, kubur memberi amaran dan peringatan supaya kita sentiasa bersedia dengan bekalan yang akan di bawa ke alam baru.. Amalan menziarahi tanah perkuburan, menghadiahkan doa supaya roh diberi rahmat dan keampunan akan mudah dipertimbangkan Allah SWT. 


Daripada Abi Hurairah, Rasululullah SAW bersabda: "Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan 3 perkara:
-Sedekah yang berterusan manfaatnya
-ilmu yang dimanfaatkan
-anak salih yang mendoakan baginya

Ok, aku guna bahasa aku lah ye, kang formal sangat bosan pulak ;) Ada beberapa adab ziarah kubur yang kadang-kadang ramai yang buat endah tak endah.. Rakyat kita nie selalunya jadikan musim perayaan macam Aidilfitri dan Aidiladha untuk menziarah kubur.. Ok fine, mungkin duduk jauh dari tanah perkuburan, so agak susah nak datang ziarah pada hari-hari biasa.. tapi dah jadi macam trend pulak berkumpul sanak-saudara di tanah perkuburan lalu bertanya khabar, bertepuk tampar dan bersuka ria pulak dia kat situ.. Sedangkan kita tahu, kita datang menziarah tu, salah satu sebab ialah untuk menginsafi diri dan untuk mengingatkan diri betapa satu hari nanti, kita akan ke situ jugak.. So kalau dah suka ria tanya khabar, tak yah lah kat tanah kubur.. balik umah, makan rendang boleh tepuk tampar kat umah ok?

Lagi satu adab ketika menziarah kubur, mesti berpakaian sopan dan menutup aurat... janganlah asal boleh.. kalau tak berapa nak sopan, eloklah duduk je dalam kereta doa dari dalam kereta je.. Waktu menziarah sebolehnya dengan berwuduk, berniat ikhlas, menjadikan hati mudah menerima pengajaran mengenai kematian dan alam barzakh. Jika tiada keperluan membawa anak kecil, tak payah membebankan dengan mengendong mereka ke sana supaya urusan tidak terganggu.  

Daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya: "Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajar mereka sekiranya menziarahi kubur supaya mengucapkan: Assalamualaikum, mudah-mudahan Allah melimpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian wahai penghuni kubur orang Mukminin dan Muslimin, dan sesungguhnya kami Insya-Allah akan bertemu kamu, kami memohon kepada Allah keafiatan untuk kami dan bagi kamu juga." (Riwayat Muslim)

Sikap luar biasa di tanah perkuburan ni termasuklah macam mencium batu nisan, tanah kubur dan sebagainya seolah-olah mencium si mati.. Jangan buat macam tu sebab boleh menjejaskan akidah.. Wanita juga dimakruhkan menghantar jenazah ke kuburan sebab kalau nak dibandingkan wanita dan lelaki, wanita lebih sukar mengawal perasaan, sedangkan meratapi kematian adalah dilarang keras.. Sebab tu masa hari pengkebumian arwah adik, ustazah tak bagi Wan dan orang perempuan lain ikut sama..walaupon yang meninggal tu anak.. bimbang tangisan dan air mata yang akan mengiringi arwah.. so better tunggu di rumah sahaja.

Rasulullah mengeluarkan orang yang suka meratapi kematian dariapada golongan Muslimin.  Sabda Rasulullah SAW: "Tidak termasuk golongan kami orang yang memukul pipinya, merobek bajunya atau berdoa dengan doa jahiliah." (Muttafaq alaih)

Diriwayatkan Anas, saat Rasulullah SAW melihat putera Baginda, Ibrahim meninggal dunia dan beliau sangat menyayanginya, maka air mata Bangida mengalir deras.  Abdurrahman bin Auf bertanya: "Mengapa engkau menangis wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Wahai Ibnu Auf, ia adalah air mata rahmat. Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan sabda: "Sesungguhnya mata itu dapat menitiskan air, hati dapat bersedih, dan kami tidak mengatakan sesuatu kecuali yang menyebabkan Tuhan kami reda.  Kami sangat bersedih kerana berpisah denganmu, Ibrahim." (Muttafaq alaih)

Ziarah ke kuburan biarlah dapat menanamkan rasa insaf dan taubat.  Persediaan mental dan fizikal untuk bertandang ke kediaman istimewa itu biarlah cukup dan lengkap.. walaupon hanya menziarah, itu bukan alasan untuk tidak menghormati mereka di alam barzakh.


Harap article yang dipetik dari Berita Harian ni dapat memberi sedikit ilmu kepada kita semua.. Insya-Allah.







EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

10 comments:

Izwa Kamaruddin said...

good sharing!

bspotgurl said...

THanks for sharing

Anonymous said...

thanks for sharing
al fatihah
kak kiter tgh tunggu citer favourite hari jumaat.. sepetang bersama acih heheh

shafa said...

Terima kasih sbb share...semoga ilmu yg di kongsi beroleh manfaat utk kita semua...

.: yUhAiSya :. said...

Like 999x!

sharifah rosidah said...

Elok juga lah awak tulis pasal adab bila berada di kubur ni...selalu sangat orang islam yang berada di dalam kawsan perkuburan ni buat endah tak endah je pasal adab2 ni....mentang2 kita ziarah orang yang dah jadi arwah kita pun hilang hormat padahal yang di atas tu nampak apa yang kita buat.

Anonymous said...

A very impressive article. Well prepared. Very motivating!! Go off on to facilitate way

Shasha Mohamed said...

Terima kasih di atas perkongsian ini. Sangat bermanafaat. Patut menjadi amalan kita semua walaupun bukan pada hari raya.

kelipkelipchumel said...

perkongsian yang sangat bagus.tenkiu.saling ingat mengingati.

MOHAMAD ZAILANI said...

BAGUS..ILMU YANG BERMANFAAT