Anny: La, ko kat ner?
Filla : Aku otw lah nie... ko ajar aku jalan short cut nak gi umah ko tu...
Anny: Ok..lepas susur ke Subang tu..2nd traffic light ko masuk kiri..then ko kira Shell... shell yg
ketiga tu aku tnggu ko kat situ...
Filla : Ok..ok...senang jerrr..hehehe
Anny: Shell yg ke-3 ok!!!!!
Anny: Ko kat ner?
Filla : Aku baru lepas Shell ke-2
Anny: Apa ada kat situ?
Filla : Ada Imperial China ker aper tah?
Anny: Hots ko??? tu dah telepas dow!!! ko patah balik tnggu mana2 area situ...
Filla: ok..
(service centre Glenmarie)
Filla: Ya Ampun... jahanam kete aku (dlm ati ler)
***: (senyap.. tp masih dlm gear reverse.. bontot kete masih melekat kat lekuk pintu kete aku)
Filla: U tau bawak kerete ke? depan lahhh buat apa reverse?
***: kelam kabut nak kedepan.. pastu melompat2 kete nak kedepan..
Filla: Ada lesen ke takda???? aduhhhh... cemana ni? kasi settle arrr...
Sangkut dekat 2 jam situ.. dok kol sana sini..ngn radie hangin ngn aku!! last2 aku settle ar gak.. dia bagi cash.. sbb aku ckp aku takmoh buat kat bengkel biasa..aku nak anto gak kat Honda service center utk dorang anto ke Panel dorang.. Abang si **** tu datang nak nego2 ngn aku.. last2 settle.. masing2 dah penat.. terus gi mamak..mkn+minum.. terus balik..nasib Sue ada ngn aku....
20 Julai 2008....
Di Blok A.... (me tinggal di Blok B)... kat situ lah selalu me bawak my Acih gi main buai... and Allahyarham budak ni jatuh kat kawasan buai tu.. tak leh nak bayangkan kalo kes macam ni jadik kat diri kita.. Tapi apa pon.. kita kene redha.. sebab dah ditentukan dimana, bila ajal kita.. kita yang hidup ni sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah untuk adik Nik Mohd. Danial Ashraf Nik Zainal...

PUTRAJAYA 20 Julai - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 Pangsapuri Fasa 11, Presint 9, di sini pagi ini.
Nik Mohd. Danial Ashraf Nik Zainal dari Melaka terjatuh selepas memanjat pagar balkoni yang terletak berhampiran lif ketika bermain bersama abangnya, kira-kira pukul 11.30 pagi.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas patah tengkuk dan cedera parah di bahagian kepala. Seorang peniaga, Mohd. Noor Abdullah, 48, berkata, beliau menyedari kejadian itu apabila pelanggannya menjerit selepas ternampak mangsa jatuh dari pangsapuri 15 tingkat itu.
Mohd. Noor dan beberapa orang awam yang berada di sekitar bangunan terus bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa yang tertiarap di tanah.
"Saya bagaimanapun sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa yang sudah tidak bernafas.
"Apabila mendapati mangsa sudah meninggal dunia, saya terus menelefon polis,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.
Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, sebelum diserahkan kepada ahli keluarga terdekat untuk urusan pengkebumian di kampungnya di Melaka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Supritendan Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan polis sudah menerima laporan mengenai kejadian terbabit.
Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian malang itu.