Woiii ni dah bulan Julai hahahha.. Trip ni bulan Feb hahahaha..
Tetiba teringat nak buat entry supaya ada kenangan nanti.. Rindu-rindu boleh baca blog sendiri hahahaha...
Nak citer pon dah tak ingat ni hari keberapa.. Yang aku ingat time ni Amaani demam teruk. Malam tu aku tidur kejap-kejap je sebab aku kan mak yang paranoid.. bukan aku je kot.. Aku asyik risau, kalau panas sangat nak buat apa? Nak gendong gi hospital kat mana? Itu je yang aku asyik fikir..
Aku tidur kat sofa dengan Amaani.. Tangan sentiasa kat badan dia.. Kejap-kejap aku bangun tukar air sejuk kat gayung nak lap dia.. Tiap kali lap dia mengerang-ngerang.. Huwaaa aku duduk tengok je muka dia.. So saddddd..
Aku cakap kat Pak Radie.. Esok awak pergi je tempat ski tu dengan Kasih n Aleesya.. Ma duduk kat apartment jaga Amaani.. Tapi aku risau pulak.. kang apa-apa hal aku tak reti buat apa cemana? Pak Radie cakap tengok lah cemana.. Aku cakap tu impian budak-budak ni nak main snow.. Diorang siap plan sesama diorang akan snap gambar tiarap bertiga sambil pegang snow.. OMG i'm sad.
Takpelah kalau dua orang je dapat merasa.. Nanti kumpul duit kita pegi main snow lagi dengan Amaani pulak..
Esok pagi-pagi buta aku dah buat roti salut telur kot dengan maggi goreng untuk bawak jalan (kalau jalan lah) Amaani still tak ok :(
Aku pandang je Pak Radie huhu... Takpelah kalau takde rezeki sebab tempat ski tu kene pergi haritu jugak sebab dah cop kat tiket tu date tu.. tak leh tukar. Pastu nak masuk tengahari Amaani ok.. dia cakap dia ok dan dia nak pergi.. Uiiii aku serammm kang kat sana lagi sejuk, kalau makin teruk macamana? Oklah tawakal je..
Plan asal ialah keluar pukul 8:00 pagi sebab tempat ski tu ada 2 session (half day) kalau pagi sampai tengahari boleh duduk situ.. Kalau tengahari sampai kul 5 ptg kot.. Pastu ko kena turun dah..
Alahaiiii comelllnyee anak-anak ai.. kahkahkahhhh sila bagi laluan puji anak sendiri.
Semua dah excited.. Amaani muka pucat je... huhu
Sebab dah lama aku dah lupa hahahaha.. Yang aku ingat.. kene pegi kaunter tiket kat Shinjuku Station kot.. then tunjuk 3day pass aku tu dan dapat tiket ke Gala Yuzawa (Tempat Ski)
Aku google sorang-sorang je pasal trip ni.. Aku check, ski paling dekat dengan Tokyo ialah Gala Yuzawa (1 hour by speed train)
Ticket free seating dan Aleesya FOC je.. tapi kalau seat penuh aku kene pangku dia sbb dia takde seat.. Nasib baik kosong hahahha
Kena naik Shinkansen ni..
First time diorang pegang snow.. hahahah.. Aku punya kepuasan dapat tengok muka diorang melopong tu tak yah cakap lahhh hahhaha.. Sampai sini dah 4:00 petang kot hahahahha.. Tutup pukul 5:00 ptg macam tu.. Hambekkkk kauu.. Takpelah nak buat cemana.. janji sampai..
Aaaahhh rindunyaaa tempat ni dan rindunya nak bawak budak-budak ni pegi main snow lagi..
Budak demam.. Amaani senyap je risau aku.. Tak ceria macam selalu.. i cannot.. rasa sebak tengok dia..
Sepanjang trip ni Icha paling bertenaga.. Dia tu tak reti penat... terkinja sana sini.. tak reti sejuk.. hahaha
My 3 angels
Ni lah posing diorang dah janji sesama diorang tu.. Aku selalu terdengar diorang berangan sesama diorang hahahha..
Eh Icha berbungkus.. mata mana mata? hahaha
Kesayangan.. Korang tengok je macam ni.. Tau tak ni kat mana? Ni kat tempat ski tu lah.. Tapi kat pintu keluar je hahahahahhaha... Orang pun dah takde.. Kelam kabut kitorang keluar sebab ada 1/2 jam je main snow..
Padahal aku plan nak rent segala jacket boots glove semua.. siap ketepikan duit naik gondola pegi tempat ski paling atas tu.. dah siap ketepikan budget tu elok-elok dalam envelope.. huwaaaaa.. Plan nak bagi diorang main slide duduk atas papan tu ntah apa nama dia aku lupa.. Tapi tak kesampaian.. Ko golek jelah slide atas snow tu pakai bontot je kahkahkahhh..
Budak kecik ni dasyat.. dia bergelumang dalam ais tu.. Siap bukak glove dia macam menggelupur kat snow tu hahahhaa..
Pucat sangat anak mama time ni..
Pastu dah kena masuk dalam...
Request nak ice cream.. Ye boleh boleh bolehhh...Time ni dia minta apa pun aku bagi.. hahaha..
Takde pulak gambar kitorang makan bekal tu hahahha... Lepas settle makan bekal, kitorang bergerak naik transport dia tu ke main station..
Sini station untuk balik ke Tokyo balik..
Walaupun sekejap dan benda tak jadi as apa yang aku plan.. Aku bersyukur jugak dapat pergi bawak diorang main snow tu.. Alhamdulilah dipermudahkan utk kitorang semua..
Nasiblah ada mamat ni.. Time aku stress, time aku gabra, panik, letih dan macam-macam perasaan bercampur baur masa kat sana.. Dia kewl je.. Kalau dia pun sama macam aku ni.. habislah.. Aku kalau panik akan menggelabah.. Terus dia cakap "lekk lekkk lekkkk.. kita tengok macamana.. kalau ok kita pegi.. kalau tak kita semua tak yah pegi.. kita jalan dekat-dekat je.. ok tak?" Terus aku hembus nafas.. baru aku rasa normal dan lega balik.. Teruk nau kau ni pilla.. Rasa nak penampar je.
So seharian haritu memang ke tempat ski je.. kenangan terindah sangat :)
Kalau korang plan bawak anak-anak gi travel, bersedia dari awal kemungkinan-kemungkinan lain.. Dan jangan expect itinerary yang korang siapkan tu akan perfect jadi macam apa korang rancang hahahah.. Memang takkan lah hahahhahaha..
Nanti Kak Pilla update lagi ya..
Bye.
So seharian haritu memang ke tempat ski je.. kenangan terindah sangat :)
Kalau korang plan bawak anak-anak gi travel, bersedia dari awal kemungkinan-kemungkinan lain.. Dan jangan expect itinerary yang korang siapkan tu akan perfect jadi macam apa korang rancang hahahah.. Memang takkan lah hahahhahaha..
Nanti Kak Pilla update lagi ya..
Bye.
Love,
Filla.