Friday, July 21, 2017

LELAKI LEMBUT.

Eh tajuk mengundang sangat.

Saja Kak Pilla nak borak harini tentang topik lelaki lembut.  Aku ramai kot kawan dengan lelaki yang lemah lembut so aku rasa diorang ni ok je.. takde masalah pun untuk orang nak pandang serong or nak sisihkan dari masyarakat.  Orang kita cepat sangat menilai dan menghukum tanpa usul periksa so sad.

Aku tak pandai nak explain keadaan diorang ni dan macamana diorang boleh menjadi lembut.  Tapi apa yang Kasih cerita dekat aku sedikit sebanyak membuka minda dan buat aku terfikir.  Hati anak-anak ni normally ikhlas dan takde niat lain pun.. So cerita dia Kasih ada sorang kawan lelaki lembut.  Agak rapat jugak sebab dia kata dia BFF dan sentiasa bersama-sama.. Tak perlu aku mention nama dia kat sini.  Dah lama kot Kasih cerita pasal dia kat aku.. Kasih cakap ada buat business slime dengan dia.. Ok aku namakan dia Ali.  Kasih business slime bertiga dengan kawan perempuan sorang lagi dan Ali ni.

Kasih cakap Ali ni best dan kelakar.. Pastu Ali so niceeeee baik gila tak pernah buat orang.  Sebab tu Kasih suka kawan dengan Ali.  Dah bertahun-tahun Kasih kawan dengan Ali ni mama, tapi Ali tu bukan saja-saja buat lembut, tapi dia memang lembut.. Aku tanya lembut dia macamana?  Kasih pun tiru aksi Ali berjalan dan kengkadang tu tangan Ali macam 'patah'.  Hehehe acaner tu?

Kasih cakap dia benci orang yang buli Ali kat sekolah.. 

"Mama, takde budak lelaki nak kawan dengan Ali.. diorang suka ejek dia.. Kasih tak bolehlah.. Kasih kesian kat dia.. Mama tau tak budak lelaki panggil dia apa???? Panggil dia Nursajat!!"

Ok aku geram jugak tapi rasa kelakar jugak.. Well ko tau lah perangai anak-anak lelaki ni, even aku takde anak lelaki pun.. Anak perempuan jiwanya tu lebih lembut dari lelaki.  Kasih pun dia bukan jenis gegirl sangat.. dia jalan pun macam gangster, aku rasa sebab tu Ali suka kawan dengan Kasih.. Sebab Kasih kasar tapi tak sekasar lelaki.. So dari kawan dengan lelaki yang suka mengutuk dan membuli dia baik dia kawan dengan Kasih yang kasar-kasar lembut ni.

Kasih dari dulu perangai dia suka terlebih concern dengan orang lain.. Kira cepat kesian dengan orang.. suka buat surprise kat orang bagi orang happy.. Bagi kad kat aku tak yah cerita belambak hahaha.. sensitif dan penyedih pun iya.. tegur sikit berkaca mata.. Ok tu aku tak leh blah sikit hahah tapi nak buat cemana dari kecik memang camtu perangai.

Ada dia cerita kat aku pasal budak sekolah dia ni selalu terberak dalam seluar hahha.. budak lelaki.. "Kasih kesian tengok dia mama, dia berkurung dalam toilet pastu dia nangis.. masa tu darjah lima.. pastu orang semua ejek-ejek dia.. benci betul Kasih orang yang ejek-ejek dia tu.. Bukan dia sengaja pun.. Pastu Kasih pegi kat dia Kasih cakap "Dah lah weiii, tak yah nangis, jangan layan je diorang ni."

Pastu budak tu jerit kat Kasih "Jangan sibuk lah!!" dia baling Kasih dengan bag pastu dia lari amik balik bag dia.. dia terus lari keluar sekolah balik rumah.  Hahahah ok kalau aku pun akan terus lari keluar sekolah balik rumah.. padan muka Kasih, sibuk lagi... muahahhahaha.. 

Ok berbalik kepada kisah Ali ni.. aku pun tanya "Kalau orang ejek-ejek dia panggil dia Sajat semua tu, dia tak melawan ke?"  Kasih kata dia tak melawan langsung.. Kasih pulak yang geram.. "Dia cuma cakap BIARLAHHHH"  Eh baik sangat budak ni.. Paling teruk dia pernah jawab orang yang kutuk dia "Ko apahal??? Sukati akulah"

Ok itu je cara dia melawan orang yang ejek dia.. Kalau akuuuuu, satu sekolah aku kejar baling dengan kasut "Ko apahal? sukati aku lah, aku mintak duit nenek kau ke?" muahahha tu kalau aku lah.. So Kasih cakap tiap kali Ali kena ejek, Kasih akan sound jantan-jantan ni semua "Korang apahal???? Blah lah jangan sibuk hal orang boleh?"  Amboi ada hati nak lawan budak lelaki.. kena tampar baru tau... 

Kasih cakap hari-hari Kasih gi makan Nasi Kukus dengan Ali.. Tapi bukan berdua lah.. Dia pergi makan tu berempat.. dengan gang-gang pompuan lain.. dan yang aku tau gang pompuan Kasih pun bukan lembik-lembik and gegirl sangat.. Kawan dia sesama netball dan ada yang bola tampar tu dia jenis lek lekkk jalan pon tak gegirl sangat hahahha.. Pandaikan Ali cari kawan?

Semalam time balik sekolah aku dok tunggu Kasih.. sebab dia ni memang suka balik lambat-lambat ntah apa dia bertapa dalam sekolah tu.. Mesti Amaani yang akan sampai dulu.. Lepas tu nampak dia berjalan kat kereta.. "Sorry mama, Kasih lepak kat padang dengan Ali ngan kawan-kawan Kasih yang lain"  Kesian Ali tu, Kasih nak balik terus sedih muka dia.  Hahahahhahaha.. cepat tersentuh ni perasaan dia hehehe..

Pastu Ali tu kan Mama, kalau dia nampak Kasih dari jauh mesti dia jerit "Kasihhhhhhhhhhhhhhh!!" dengan gaya ala-ala lembut dia lah.. Heheh lawak sebab Kasih kalau cerita siap gaya-gaya sekali.. 

Left : Syasya (cousin) Right : Kasih (budak penyedih tapi jalan macam gangster)


So sekarang ni aku fikir balik, Ali ni memang dari kecik kot jiwa dia lembut.. Dia sendiri tak nak kot pilih untuk menjadi lembut.. Dia cakap kat Kasih dulu dia selalu nak kawan dengan budak-budak lelaki kat sekolah tu, tapi semua tak nak kawan dia.. dah tak nak kawan tu satu hal, siap ejek-ejek pulak.. Bila aku cerita kat Pak Radie dia cakap memanglah tak nak kawan, kitorang main bola kot, main pedang main pistol, kalau dah dia datang ajak main slime, main squishy, main anak patung.. nak ke???

Huhh tak membantu lah orang lelaki ni.. Tapi ada betulnya apa Pak Radie cakap tu.. Tapi orang-orang macam Ali ni tak salahkan??? Dah jiwa dia lembut nak paksa macamana pulak?  Mungkin dia boleh paksa diri dia untuk jadi 'keras' sikit macam lelaki lain.. Tapi aku rasa jauh disudut hati dia tetap ada kelembutan tu yang dia tak boleh tolak.  Bila kawan-kawan lelaki lain menolak untuk berkawan dengan dia.. dia takde pilihan lain selain berkawan dengan orang yang boleh terima dia.. dan orang tu perempuan!!!.  Kawan-kawan perempuan pulak memang suka lelaki yang lembut sebab lelaki biasa tu kasarrrrr!!! suka sepak-sepak, suka ejek orang, suka berlagak gangster.. 

Tapi biasalah budak-budak baru nak up ke level remaja ni.. Apa kau boleh nasihat pun? Nak marah sebab buat Ali? Memang pedulik apa dia.. Dia dah ada gang-gang lelaki yang gempak dan poyo.. Bila Kasih cerita pasal Ali aku selalu bayangkan Ali ni putih dan montel pakai spek mata.. hahahhaha dasyat suka-suka imagine muka orang.. Semalam Kasih tunjuk musically ke apa nama video yang lagu-lagu tu.. so first time aku tengok budak Ali ni.. Jauh melencong dari sangkaan aku hahaha.. boleh tahan budak Ali ni.. Kurus je dan kulit biasa-biasa je.. boleh tahan lah muka tu.. kemain musically menari bagai hahahaha.. 

So aku nasihatkan Kasih.. Kawan je elok-elok dengan Ali.. Orang lelaki tanak kawan dengan dia.. takpe.. Kasih dengan kengkawan lain kawan je dia macam biasa.. Kalau tak kesian dia nanti sorang-sorang takde kawan kat sekolah.. 

So apa aku nak sampaikan kat sini, tolonglah jangan nilai orang dari luaran.. Korang tak tau apa yang dia lalui dari sekolah rendah lagi... disisih, diejek... Bila berlarutan macam tu akan terbawa-bawalah sampai ke dewasa dia jadi macam tu.. Takde kawan lelaki yang nak kawan.. perempuan je yang sudi kawan dengan orang macam ni.. dan semakin ke arah itulah jiwa diorang nie.. Siapa salah? Tak salah pun jadi lelaki lembut ni.. cuma diri dia sendiri kena kawal supaya tak berlebihan.. Lembut ni elok, sampai bila-bila dia akan biasa cakap lembut dengan orang nanti.. Ko nak lelaki kasar yang stok lempang-lempang bini ni??? Ramai je lelaki lembut yang berkeluarga, kahwin dan ada anak.. Pastu dari segi kehidupan pun jauh lebih berjaya dari orang yang tau nak mengutuk dan menghina je.. Lelaki lembut ni pandai buat kerja-kerja perempuan.. pandai masak, pandai mengemas, pandai makeup orang.. Bahagia korang kalau dapat orang macam ni hahahha..

Janganlah kita berlagak macam kita ni dah sempurna.. Jangan menilai orang dari luaran... Kenal dulu hati budi, amik tahu dulu kenapa dan mengapa.. Bantu mana yang boleh.. Barulah jiwa tu bersih.

Hari Jumaat kannnn.. haruslah Kak Pilla bertukar menjadi penasihat.. Setajah gittew.





Love, 
Filla.

3 comments:

JAMIL HASHIM said...

kesian ali, dia tak minta jadi begitu, mungkin dugaan untuk dia, pasti ada kebaikkan untuk dia nanti...

MamaLynd said...

Serius Kak Filla saya setuju.
Kelembutan mereka semula jadi.
So tugas kita u tak sisihkan dorang yang menyebabkan dorang hanyut ikut pengaruh yang lain.

Anonymous said...

Saya pun dulu penah kawan baik dengan lelaki lembut.Dia punya care tu lebih dr lelaki sejati. Kalu masak pape tu kita mesti dpt jugak. Walaupun lembut tp rasa selamat bila dgn dia...