Tuesday, December 13, 2016

UMRAH 2016.

 Assalamualaikum..

Pertama sekali alhamdulilah Kak Pilla, Radie dan Kasih dah selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah.. Dari 24 November hingga 6 Disember 2016.

Panjang kisahnye.. hehehe kalau Kak Pilla yang cerita mana boleh pendek-pendek kan? Ok memula sekali pernah terlintas juga untuk umrah ni rasa macam malas nak buat entry sebab umrah ni bukannya vacation yang kita bersuka ria.. Tapi tukar fikiran sebab nak abadikan kisah umrah ni di blog supaya bila-bila Kak Pilla rindu, boleh baca balik entry ni ;)

Kak Pilla risau sekiranya dalam entry ni nanti ada timbul rasa riak atau korang yang membaca akan fikir Kak Pilla riak.. so tak nak benda-benda macam tu terjadi.. tapi Kak Pilla harap kita semua boleh sama-sama positif ya.. Lagipun ni umrah pertama kali buat kami.. rasa berbesar hati dapat share kat sini ;)

Actually plan untuk ke umrah ni lama dah.. Dah memang ada niat dihati, kalau ada rezeki satu hari nanti nak menunaikan umrah.. jangan pergi kalau pergi tu rasa nak tak nak pergi.. Pergilah dengan hati yang tak sabar dan seronok.. Kak Pilla berdebar-debar bila dah dekat tarikh nak pergi.. Sebab rasa diri ni ilmu takde, takut tak reti nak buat apa.. Adalah sebelum pergi tu kita baca-baca, study sikit, pergi kursus, tengok youtube... bila tengok youtube dan tengok cara-cara mengerjakan umrah tu, wahhh rasa berdebar-debar macam nak pegi esok.. excited dia lain macam..

Kak Pilla pergi ni amik Andalusia.. main gamble and google je.. takde nak tanya sangat mana travel agency yang bagus ke tak bagus ke.. Anggap je semua tu rezeki masing-masing.. kita pergi jelah..

Sehari sebelum pergi dah siap pack barang dan tidur rumah Wan kat Enstek.. Oh ada benda yang terjadi sebelum pergi tu.. Memula masa apply nak pegi tu memang kalau boleh nak amik package yang masuk Mekah dulu then baru ke Madinah.. Tetiba bila dapat surat, kata kita kena pergi Madinah dulu baru ke Mekah.. Takpelah memana pun ok janji dapat pergi.. Pastu mutawif call 2 hari kot sebelum pergi cakap tukar.. kita akan ke Mekah buat umrah terus.. lepas dah selesai semua last baru pergi Madinah dalam 4 hari kat sana then baru balik KL.. Wah seronok betul Kak Pilla sebab apa yang dirancang memula tu menjadi jugak.. 

So agak kelam kabut jugak sebab dahlah pertama kali pergi.. takde pengalaman.. pastu Kak Pilla bukan main lagi study dari Madinah ke Mekah, miqat kat mana.. baca doa kat mana.. bla bla bla.. tup tup tukar heheheheh.. Pak Radie kena pakai ihram dari sini pulak..  Ok sempat lagi study kalau ihram dari sini macamana pulak.. Sebenarnya takde apa pun.. cuma biasalah, aku kan cepat panik..

 Kat depan rumah Wan.. Jubah putih Wan yang jahitkan.. Wan kata "pakailah jubah putih masa buat umrah nanti, cantik je putih kan warna kesukaan Rasulullah".. Keluarkan balik jubah putih dari dalam bag sebab plan bertukar hehehe.. 

 Keluarga mertua 

 Keluarga kami.. Pak Long dah datang malam tu kat rumah Wan.. siangnya dia tak dapat datang.. Masa ni dah nak bertolak..

 Ok ni sedih... Sebaknye dada ni masa peluk Amaani dengan Aleesya.. nak tinggalkan lama dalam 2 minggu.. Amaani pulak dah nangis masa ni.. Huwaaaa lagi lah aku sedih..

Tengok Amaani tu.. Eishhh sedihnya, aku dah tak boleh tengok muka dia masa ni.. drama sangat Kak Pilla ni heheheheh...

 Walaupun sedih, tapi pose tetapp hahahah.. Selamat tinggal semua ;)

 Penerbangan dalam 8 jam kot.. Pergi dan balik naik Saudi Airlines... Ok luas dan selesa.. 

 Sepanjang flight makan 2 kali.. Rasa nak terkeluar balik hahahaha.. Diet semua tolak tepi.. jangan nak mengada diet..

 Baru selesai melepaskan diri kat imigresen dia.. Imigresen Jeddah ni harap maklum.. kena istighfar banyak-banyak dan bersabar ya.. So ni dah settle dan tengah menunggu bas untuk ke Hotel di Tanah Haram.

 Ingat lagi dulu Kasih ni kecik-kecik dia lah minah kuat sentap, kuat emo, lembik... dan banyak lah hal dia hahaha.. Alhamdulilah now dia dah besar memang senang sangat dengan dia.. Langsung tak de bagi masalah.. Ceria je dia sepanjang kat sana ;)

Masa dalam bas mutawif cakap "kita dah masuk ke tanah haram.. lagi beberapa minit kita akan sampai di hotel.. nanti dari hotel kita sama-sama jalan kaki ke Masjidil Haram"  tak tau hati tu nak kata macamana.. sayu, gembira, sedih, berdebar.. semua perasaan bercampur baur..

 Sampai Hotel uruskan bag dan mutawif bagi kunci bilik masing-masing.. dan boleh berehat dalam 1 jam sebelum berkumpul semula di bawah untuk solat subuh dan Umrah.  so still kena jaga ihram kita.. kang takut kena dam.. so duduk diam-diam je.. 

Masa berjalan kaki beramai-ramai dari hotel ke Masjidil Haram (adalah dalam 15 minit) aku berdebar-debar... Sampai je ustaz ajak lari-lari sikit takut pintu Masjidil Haram tutup nanti kena solat kat luar.. Alhamdulilah sempat masuk.. Masuk tu aku toleh kiri kanan.. cantiknyaaaaaaaaaaaa... dalam hati terdetik mana kaabah ni.. sebab orang kata saat pertama kali nampak kaabah, hati akan sedih dan sebak.. tuppppp tetiba toleh je depan kaabah depan mata... menitik juga air mata masa dapat pandang kaabah depan mata... rasa Ya Allah, terima kasih jemput aku yang hina penuh dosa ni untuk ke rumahMu.. terima kasih Ya Allah.. 

Ustaz suruh jemaah perempuan solat subuh kat satu kawasan ni.. nanti jumpa balik area depan kaabah tu kita buat tawaf umrah.. selesai je solat subuh terus berkumpul dan buat umrah.. Masa buat pusingan tu doalah, zikir lah dan mengadulah kepada Allah SWT.. mohonlah ampun atas dosa-dosa besar dan kecil.. Bukan aku je menitik-nitik air mata.. Kasih pun sama.. Allahuakbar... sedihnya tengok Kasih.. sebab aku dah banyak pesan kat dia.. "Kasih, nanti masa kita pusing kaabah tu.. doalah apa je yang Kasih nak untuk diri kasih, Kasih mohonlah ampunkan dosa mama dan papa, mohonlah terangkan hati untuk menduduki peperiksaan, mohon jadi anak solehah, mohon Allah jaga adik-adik Kasih.. mohon ampunkan dosa arwah Busu, ampunkan Atok ngan Wan, Atok ngan Nenek.. Apa yang kasih nak, kasih boleh minta dengan Allah, sebab Allah ada dekat sangat dengan kita.. Allah dengar apa yang Kasih minta".

Ok jap sedih nak type.

 Keadaan di Kaabah selesai tawaf 7 pusingan.. dan seterusnya bergerak untuk Saei pulak..

 Alhamdulilah selesai Saei 7 kali ulang alik dari Safa ke Marwah.. First day tu aku sakit sikit.. sakit belakang maybe dalam flight tu 8 jam belakang aku dah memang sakit.. Tapi alhamdulilah selesai juga.. 

Safa dan Marwah merupakan dua bukit yang terletak dekat dengan Ka'bah. Sejarah Safa - Marwah tidak dapat dipisahkan dengan isteri Nabi Ibrahim AS, yaitu Siti Hajar dan putranya Ismail AS. Sewaktu Ismail dan Ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum di lembah pasir dan bukit yang tandus, Siti Hajar pergi mencari air, berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Saat kali ketujuh (terakhir), ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahwa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air Zamzam.

So itulah sejarahnya.. Setiap kali mengerjakan Saei tu terus terbayang hebatnya Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah untuk anaknya..

Dah selesai semuanya marilah balik ke hotel..

 Seronoknya dapat mengaji mengadap Kaabah..

 Menara Jam terbesar dalam dunia.. 

 budak penakut burung heheheh

 Kasih tanya kenapa amik gambar taxi ni? Eh Taxi Makkah ni bukan selalu jumpa.. kena lah amik gambar buat kenangan..

 Inilah jalan kami lalu ulang alik berhari-hari bertiga ;)

 Kalau ada yang tanya makanan kat Andalusia ni ok ke? Aku susah nak jawab.. sebab kita tak tau tekak masing-masing.. Tujuan aku ke sini bukan untuk fikir soal makan sedap atau tak.. so aku akan makan apa je yang orang hidang.. kalau bosan, kitorang akan makan kat luar.. heheh simple je macam tu.. Tapi bagi aku not bad.. sodap je semua aku telan hahahahha.. cuma kalau korang plan ke sini.. boleh consider bawak cili sos pack-pack tu.. sebab kat sini segala kebab atau burger semua diorang pakai tomato sos.. takde cili sos.. kita tekak melayu nak cili hahahaha..

 Pak Radie dah botak.. bersama salah seorang mutawif.. kat sana ramai usik-usik cakap Pak Radie leh jadi mutawif hahhaa.. sebab dia selalu jadi tukang bagi makanan, tukang itu ini.. sebab dia kamcing dengan mutawif yang sorang lagi.. mutawif pulak muda-muda.. sejuk mata memandang anak-anak muda dah jadi mutawif..

 Kasih ni hantu shopping jugak hahaha.. dia dari dulu memang suka ingat kat orang.. nak beli utk dia ni dia tu.. kawan ni kawan tu.. kakak-kakak sedara, Dhya semua dia ingat.

 Sepanjang umrah ni.. Kasihlah peneman aku ke sana sini.. Dia pun gembira agaknya sebab perhatian untuk dia je.. heheheheh..


 Banyak gambar aku amik semuanya untuk share dengan family.. takde terfikir amik gambar sebab nak upload semua kat blog.. so gambar pun biasa-biasa jelah hahahah


 Ini miqat di Tana'im.  Selesai umrah kedua kitorang lunch kat luar..

 Aku dahlah memang kena makan nasik.. orang lain semua tak nak nasi.. Eishhh besar gila kalau korang order Briyani chicken macam ni dalam 20 riyal kot.. boleh makan 2-3 orang..
Lantak aku makan sorang.. setengah lagi bawak balik hotel buat makan malam hahahah..


 Masa kitorang pergi ni suhu 33c kira oklah.. 

 Masa kat sana baru tahu tiles seluruh kawasan masjidil haram ni dia susun mengikut arah kaabah.. so kat mana pun kita sekitar masjid kita tengok je tiles tu dah tau kaabah kat mana.. dan lantai dia bersih licin berkilauan...

 Ini pemandangan selesai solat maghrib.. ada lah jugak beberapa kali dapat solat kat level kaabah ni tapi bersesak-sesak sikit untuk jemaah perempuan.. "Hajjah Hajjah" kena halau hehehe.. setakat kene tepis ngan kepala kena pegang dengan orang Pakistan tu banyak kali lah.. lek je sudah.. bila Kasih kena dia tengok muka aku, aku tengok muka dia.. tapi aku buat tak tau je.. heheheheh.. mulut kunci tak moh komplen apa-apa, istighfar je..

 Aku dengan Kasih suka cuba solat sana sini.. Kadang nak merasa tingkat atas.. kadang nak rasa solat kat bawah.. semua tempat Alhamdulilah kitorang dapat.. ada kosong je.. berdesup kitorang bentang sejadah hehehehe...

 Waktu selepas Maghrib nak ke Isya' tu kadang ada kurma.. ada orang tuang-tuangkan air zam-zam... ada sekali ni air teh tarik panas.. saja lah nak try.. tapi kelat sikit.. 

 Kasih kadang tu rajin mengaji.. sejuk hati tengok dia mengaji macam tu.. dan dia rajin bangun amikkan air zam-zam sejuk.. ahhh sedapnya air zam-zam sejuk tu..

 anak dara dah kan?

 Balik solat subuh mengecek nak ice cream ;)

 Sedappppppp tapi tak berani nak makan banyak.. boleh batuk and sakit tekak nanti.. 

 Mango slurpppp

Seronok tengok ramai orang berniaga kat kaki lima.. jual jubah, jual baju, bag semua ada.. tapi tertarik tengok budak kecik ni... comel je ada lah umur dalam 5 tahun kot.. Kat sini ada jugak macam orang bandaraya tu.. sekali datang berdesup semua lari.. 

Esoknya ada lawatan melawat kota Mekah.. 

Hilang ingatan jap.. Rasanya ni belakang ni bukit Sur tempat Nabi Muhammad SAW bersembunyi selama 3 hari bersama Saidina Abu Bakar sebelum hijrah ke Madinah.. 


Belakang tu Jabal Rahmah.. Afdhal berdoa untuk jodoh dan kasih sayang kat sini.. Yang lelaki dah kahwin tak perlulah nak doa dapat jodoh lain yer.. hahahhaha.. 

Kak Ina ni lah kawan baik masa mengerjakan umrah.. Cikgu Maths sekolah rendah.. Selalu berkepit dengan Kasih jugak... 

Sejuk hati tengok anak dara tudung labuh ustajah ni heheheh.. 

Boleh naik sampai ke atas kalau nak.. yang belum berkahwin boleh lah doa dipertemukan jodoh dengan lelaki yang solehhhhh gittew.

Kasih kata dia tak leh lupa ice cream kat food truck depan Jabal Rahmah ni paling sedap.. Memacam ler Kasih heheheh..

Pastu lalu di Mina. InshaAllah suatu hari ada umur ada rezeki untuk tunaikan Haji pulak.. Seluas-seluasnya Mina ni.. Rasa kerdil je diri kalau duduk kat sini.. 

Ready untuk Umrah lagi..
Kali ni tawaf sebelum masuk waktu zohor.. Sempat habis 7 kali tawaf.. Tak lama lepas tu azan pulak.. so patah balik ke depan kaabah dan duduk menunggu waktu zohor.. Masa ni matahari tegak atas kepala.. Aku risaukan Kasih sebab muka dia merah padam sebab terik matahari.. tapi dia diam tak merungut.. Aku plak risau tengok dia tapi aku diam je.. Masa tunggu azan zohor Kasih tetiba landing kepala kat paha aku.. dia tutup mata.. nampak air mata keluar sikit.. "Kasih boleh tahan tak?" "Boleh" "kenapa Kasih nangis? tahan sikit yaaa lepas zohor kita pegi Saei nanti dalam tu sejuk".. aku pujuk lah dia sikit bagi dia bertahan... budak-budak kannn.. Pastu dia jawab "kasih nangis bukan sebab panas, Kasih sedih sebab Kasih suka Mekah.. bila Kasih boleh pegi sini lagi?"

Ok time ni kalau korang jadi aku nak kata apa?  Tertelan airliur kejap.. Ya Allah sungguh memang hati aku kuat nak bawak Kasih buat umrah ni.. Memang dia suka sangat dapat pegi Mekah dan Madinah ni.. dan aku happy ada Kasih sepanjang kat sini.. Dia langsung tak de bising-bising.. sikit-sikit adalah bab makan tu kan dia cerewet sikit... hehehehe.. tapi pegi Masjid dia ok je tak pernah lah dia tunjuk malas ke penat ke.. dia ok je...

Air zam-zam merata-rata ada.. yang biasa, yang sejuk semua ada..Asal dahaga laju je kitorang ke sini ;)

Batu-batu yang masih dikekalkan di Saei ni.. bayangkanlah Siti Hajar berjalan 7 kali ulang alik di kawasan berbatu macam ni.. Kita yang saei jalan licin tiles siap aircond pun agak semput..

Selesai Tahlul.. Abang cleaner sebelah Pak Radie nak join sama ;)

Setiap kali duduk dalam Masjidil Haram ni.. mesti pandang ke atas cantik sangat.. 

Ada satu malam kitorang naik 2 taxi gi makan Nasi Unta.. Aku, Kasih, Kak Ina dengan Ustaz Hilman (mutawif) naik satu taxi.. Pak Radie and the gang taxi lain.. Dahlah taxi diorang bawak gi tempat lain hahaha.. terpaksa turun, tahan taxi lain.. nak cakap Arab tak reti.. sib baik sampai jugak hehehe

Sebelah Pak Radie tu lah mutawif kitorang... muda lagi ;)

Gang-gang rapat

Makan untuk 7-8 orang.. 

Fuyo teringat-ingat.. nasi dia je pun dah sedap... gulppp sedapnye...

Ni ntah hari keberapa dah.. saja breakfast kat D' Saji pulak..

Macam-macam ada.. so ni amik Nasi Goreng... dalam 15 riyal kot? tapi banyaklah boleh makan 2-3 orang. Ada rendang daging, teh tarik, nescafe tarik sedap ;) Masa ni lepak dengan Kak Ina and husband.

Roti Canai pon ada..

Lauk kat dewan makan Andalusia.. Sedap kot hahahahah.. 

Pak Radie pulak.. pizza and western memang kegemaran dia.. segala kebab, pizza dengan burger memang banyak.. so dia suka lah ;)

Kali kedua pekena ice cream ;)

Ada satu malam program ke Gua Hira' pulak.. Ni takde paksaan, siapa nak join boleh join and bayar sorang 25 riyal.  Sejarah Gua Hira' adalah tempat turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW.. 

Kasih naik dengan Pak Radie.. Aku semput so tak naik hehehe.. tunggu kat bawah je ada kedai kat situ..

Kasih kata cantik sungguh boleh nampak Menara Jam dari sini..

Yeay good job Kasih!!! Kasih dahlah aku takde plak bawak track suit dengan long sleeve tshirt.. so dia pakai jubah, dalam ada seluar panjang hitam.. Pak Radie ikat jubah dia sampai ke pinggang masa naik bukit hahahahah.. hentam jelah janji sampai ;)

Aku jadi tukang basuh baju je kat sana.. Tapi best sebab baju semua kering.. Gembira je kalau baju kita basuh tu kering ;) Korang kalau nak pegi jangan lupa bawak hanger.. senang nak basuh baju ;)

Cantik sangat kan perkarangan Masjidil Haram..

Ada yang sedekah-sedekah duit masa nak datang sini.. beli candy bagi budak-budak.. nak beli coklat cari tak jumpa pulak.. Ajar Kasih jugak sebab dia malu-malu.. dia cakap "Kalau Kasih bagi pastu dia tak nak amik cemana?"  Bagi je, kalau tak nak amik tak pelah... kita ada rezeki kena selalu share dengan orang lain.. Kasih kalau ada duit boleh sedekah kat orang-orang yang susah.. ada sikit bagi sikit, ada banyak boleh bagi lebih" So meratalah Kasih bagi candy dalam masjid sebelum solat maghrib tu.. ramai budak-budak kecik dalam masjid tu.. seronok je budak-budak dapat candy :)

Now pun terasa rindu.. 
Kasih Aleeya

Al-Quran tersusun rapi je.. kejap-kejap kang ada orang datang susun bagi tak senget sikit pun..

Ada kisah masa tawaf Wida' (tawaf selamat tinggal) ni.. Aku cakap dekat Kasih.. Doalah apa sahaja sebab kita tak tau bila lagi kita akan datang kat sini.. Jangan lupa minta kat Allah SWT supaya jangan jadikan ini umrah kita yang terakhir.. jemputlah kita lagi ke sini... Sepanjang tawaf tu rasa sedihnya hati.. Tengok air mata Kasih mengalir tak henti.. dia genggam tangan aku kuat, aku genggam tangan dia kuat.. 

Habis tawaf dia pandang aku.. "Mama Kasih sedih sangat.. Kasih nak datang lagi".. Ok berkaca-kaca mata adoiiii anak emo mak pon emo.. Tapi siapa dah lama kenal Kasih korang tau kan hati dia jenis jelly dan sensitif.. dia senang sedih.. senang kesian.. cepat cair.. Semoga Kasih tak lupa dan semoga Kasih terus jadi anak yang baik, anak yang menjaga solat, kakak yang menjadi contoh terbaik buat adik-adik..

Semoga suatu hari nanti akan sampai bersama semua anak-anak (Kasih Amaani ngan Kasih Aleesya sekali)

Perjalanan diteruskan ke Kota Madinah pulak.. Perjalanan dalam 8 jam naik bas.

Singgah untuk solat dan makan.  Macam kat padang pasir.. Angin kuat berterbangan jubah dengan tudung heheheh..


Eh apa sedap sangat ni heheheh.. Pitam betul.. Kak Pilla ni ko campak memana pun ok bab makan.. Banyak camni untuk makan berlima.

Sampai je hotel dah malam so terus berehat dan tidur.. Esok subuh kita gi solat kat Masjid Nabawi.

Solat Subuh hujan renyai-renyai.. kat dalam agak bersesak-sesak.. tapi seronok dan macam biasa, terpegun tengok Masjid Nabawi terlalu cantik.

Selepas tu pukul 7 pagi terus berkumpul di lobi ada briefing dari ustazah untuk sama-sama ke Raudah.. Bag jangan cuai.. masa solat sling je bag tu jangan letak kat lantai.. nanti sujud tetiba lesap pulak.. ada jemaah yang baru je sampai hilang 6,000 riyal masa kat Raudah.. hilang masa tengah sujud bag letak tepi.. so sila berhati-hati.. 

Masuk Raudah bagi jemaah wanita memang sangat sesak.. Ikut je apa ustazah cakap.. lepas tu bayang ustazah hilang pepandai lah.. Carpet hijau bermaksud Raudah.. Ada je peluang untuk solat sunat terus je solat... Sepanjang mengerjakan umrah.. masa solat sunat di makam Rasulullah SAW ni lah hati aku paling sayu... baru angkat tangan "Allahuakbar" terus menggigil dan bergetar dada.. Allah sayupnya rasa hati.. mohon shafaat baginda dan mohonlah ampun sepuas-puasnya.. sedihhhhhhhhhh :(

Keluar dari Raudah.

Cantik sungguh Masjid Nabawi


Sepanjang kat Masjid Nabawi ni dia tak bukak pulak payung.. adakah mengikut musim? 

Setiap hari akan lalu jalan ni untuk ke Masjid

dari luar Masjid pun dah penuh orang solat.. Sepanjang kat Madinah, ada sekali je solat Asar kot kat perkarangan Masjid.

Lauk di dewan makan hotel.. Mana lah tak debab pipi ai hahahaha..

Madinah ni modern sikit.. Mac, mothercare, H&M, starbucks semua ada..


Kemudian ada lawatan di Kota Madinah pulak :)
Solat sunat di Masjid Quba' iaitu Masjid pertama yang dibina dalam sejarah islam dan dibina oleh Rasulullah SAW.. 

Kat perkarangan masjid banyak jual kurma.. antaranya kurma frozen ni.. tapi kena makan masa tu jugak.. kalau simpan dia akan lembik.. so telan sejuk-sejuk sedap :)

Then singgah ladang kurma untuk sesiapa yang nak beli kurma bawak balik..

Ini Jabal Uhud tempat berlakunya Perang Uhud.. 

Besar betul Jabal Uhud ni.. aku kuat berangan.. so aku dah bayangkan Rasulullah kat atas bukit ni bersama para sahabat masa perang Uhud.. 

Tengok tu ramai naik atas bukit tu.. tak silap bukit yang ramai orang tu tempat Rasulullah dan sahabat memanah dari situ..

Ni makan malam.. gang ustaz bilik sebelah panggil Pak Radie suruh hantar nasi kat aku and Kasih hahahha.. Pak Radie kena cekup dengan diorang suruh makan kat bilik sebelah :)

Banyak betul kedai-kedai jualan segala macam benda.. 

Dia berdua ni kaki berjalan jugak.. Mama je pemalas heheheh


Bahagian luar Masjid Nabawi

Kalau nak beli sejadah berkualiti sikit boleh beli kat sini.. betul-betul kat main entrance Masjid Nabawi.. Harga mahal sikit tapi puas hati..

Antara breakfast kat Madinah under Andalusia.

Sepanjang mengerjakan umrah.. ada jumpa 3 orang reader yang tegur.. Seronok betul bila jumpa kat sini ;)



Baik-baik semuanya..

Ok sebelum nak sampai ke garisan penamat.. ni Pak Radie beli untuk souvenir rumah sendiri ;)

Sukaaaaa sangat :)

Dapat solat kat Airport Madinah ;)

Kak Pilla amik package Andalusia dan amik flight Saudi Airlines.  Alhamdulilah seronok je tak de complaint dan tak de masalah... 

Huwaaaa sedihnya nak berpisah dengan Kak Ina.. Kasih siap buatkan loom band bracelet untuk anak Kak Ina yang sebaya Kasih tu.. nanti Kak Ina balik boleh bagikan from Kasih.. anak aku kan jiwang hahahahahah...

Itu saja perjalanan umrahku semoga apa yang Kak Pilla share ni korang seronok baca.. dan aku akan abadikan entry ni kat blog supaya bila rindu boleh jenguk dan baca... Semoga ada rezeki kita semua dapat jejakkan kaki lagi suatu hari nanti.. Alhamdulilah Kak Pilla dah sampaikan salam kepada Rasulullah bagi yang berkirim salam.. dan bagi yang menghantar doa untuk Kak Pilla bacakan, dah pun Kak Pilla doakan dan bacakan di Mekah dan Madinah haritu..

Harap entry ni takde mendatangkan rasa tak suka ke di hati korang.. kalau ada Kak Pilla minta maaf ye..

Sekian.


Love, 
Filla.

81 comments:

monstorious wife said...

Ya Allah Filla, Sorry ye iols silent reader jarang nak komen. Tapi kali ni nak komen yg aku nangis beriya baca entry pasal umrah ni mcm aku pulak yang pegi Umrah. Nasib baik la budak kat opis ni x cakap aku gila nangis sorang2. Boleh share tak berapa RM package tersebut. Actually aku pun tengah survey2 harga nak pegi Umrah untuk hujung tahun depan. Thanks.

aziekz said...

Alhamdulilah..xthu k filla g umrah sama tarikh..klu x ble jpe..xde jodoh nk jpe k pilaa...moga kita dijemput kembali menjadi tetamuNYA lagi.ameen

Anonymous said...

Kak filla best sangat entry...dari hari tu tunggu. ..hehehhe...

Chekgu Azrine said...

Menangis sy baca entry ni pilla.
Sampaikan rasa ya Allah cepat2la.jmput sy pulak ke sana..
Plg sedih pasal kasih nangis kat riba pilla tu..

Alhamdulillah dan tahniah kerana dpt merasai rumah Allah...

Norliana Abdul Rahman said...

Bestnya filla. Alhamdulillah dah selamat. Sebak baca pasal kasih. Kecik2 lagi dah pandai menghayati umrah. Semoga menjadi anak yg soleh.

Khadeeja Shariff said...

Hi Pilla,
I've been reading ur blog ever since u started and this is by far your best post. I cried reading this post, more so when I see how much Kasih has gone to become such a lovely sister and daughter to both of u.

In life you never know who's hearts you have touched, but thank u so much- I hope to one day perform umrah as well.

Khadeeja Shariff said...

Hi Pilla,
I've been reading your blog ever since you started and this is by far your best post. I cried reading it, more so when I see how much Kasih has grown up to be the lovely sister and daughter to both of u.

U never know how writings can affect someone, so thank you- I hope to someday perform umrah too.

ibuafiqahhuzaifah said...

salam kak,

baca n3 nie, banyak kali menitik air mata...terharu sangat!
moga satu hari nanti saya pun dapat pergi kesana..Amin.
Tq for sharing gambar sepanjang di Mekah dan Madinah..

ummi said...

Alhamdulillah filla...xde pun rasa entry ni ader riak or sebgainya...rasa sedih lg aderlh..thanks filla untuk entry ni...trs teringat ank kt umh...bilalh ade kesempatan tuk pergi ngn ank2...

Anonymous said...

Salam Kak Pilla...

Rasa best sgt baca entry Mekah-Madinah nih. Akk buatkan saya nak sgt pergi ke sana. Sedih sayu...

Anonymous said...

menitik air mata baca entry ni...saya last pergi tahun 2013..rindu bertemu lagii hehehe

suesalmy said...

salam kak.

sedih, seronok dan rasa x sabar nk pergi umrah bile baca entry akak nie..sgt santai dan bersahaja, xde riak pon..semoga saya dpt pergi juga bersama suami dan anak perempuan saya..:(

ain.ya.nun. said...

***speechless***

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ohh menitik air mata ila filla.. teringat kenagan ke sana.. anak perempuan ila amana ikut kesana.. dengan adiknya khairy..ila pergi utk bayar naza anak yg ada masalah jantung... memang hati nak sangat pergi..lebih2 sebab naza..bila selesai rasa lega sangat bahu nie..

untuk ila yang paling sedih masa nak buat saie..merasa sangat perasaan siti hajar sebab masa tue ila bawak anak kecik yang masih menyusu..

biarlah apa orang nak kata bila kita buat entry.. pengalaman ke mekah tak sama dengan negara2 lain.. hati kita akan terpanggil2 nak pergi lagi.. orang tak tau apa pengorbanan kita utk ke mekah..jadi rasa sangat bahagia nak ke mekah tue..dan mak ila selalu pengalaman yang kali pertama ke mekah dan madinah adalah pengalaman yg paling manis!! kali kedua dan seterusnya tak rasa seperti kali pertama jadi nikmati yang pertama nie puas2...

bila baca entry fila nie ..ila pun godek balik blog ila yg buat entry umrah tue http://kokoadik.blogspot.my/search/label/FROM%20MECCA%20WITH%20LOVE

BTW ila dah beli lipstic matte fame..nanti ila nak buat entry..best pakai..

kema hamid said...

Allahuakbar! Sayu teruk baca entry kali ni.
Kasihhh! awak buat unty menagis semahunya.
Sayu sgt baca cerita Kak Pilla. Terasa macam ada sama kat sana.
Mudah-mudahan sy pun diberi peluang menjadi tetamu rumah Allah. Ameen ya Rab!

kema hamid said...

Allahuakbar! Sedih+sayu teruk baca entry kali ni.
Kasih, awak buat unty nages semahunya! (T_T)"
Part yang dia baring kat riba tu, Allah! sayu sgt!

Seronok baca. Rasa mcm ada sama kat sana.
Mudah-mudahan sy pun d beri pluang menjadi tetamu rumah Allah.
Ameen ya Rab!

kema hamid said...

Allahuakbar! Sayu teruk baca entry kali ni.
Kasihhh! awak buat unty menagis semahunya.
Sayu sgt baca cerita Kak Pilla. Terasa macam ada sama kat sana.
Mudah-mudahan sy pun diberi peluang menjadi tetamu rumah Allah. Ameen ya Rab!

NURSAKINAHBTMOHDSOLEH said...

Terharunyaaa. Doakan kitorang pon sampai satu hari nanti. InshaAllah.

Anonymous said...

bile bace entry ni. teruja..tapi bole kate kebanyakkan nye lap air mate la.. moga hari nanti ade jugak peluang nak ke sane..

Anonymous said...

Alhamdulillah..

miss eimanhikmah said...

sedikit sedih bila baca...sikit lg terburai air mata...sebab fikirkan perpisahan dgn perkara kita sayang rasa sedih sgt..

BeLLa de ViE said...

Speechless kak.. meleleh air mata saya baca. Alhamdulillah semua dipermudahkan, beruntungnya kasih dah dpt jejak kan kaki kat sana.. saya ni tak tau la bila blh sampai..

Fyza said...

Details sgt k.pilla story..tp menitik pulak a.mata ni..huhu..mg ade rezki sy sekeluarga ke sana nanti...aminnn

shiela said...

terharu baca entry kak pilla kali ni..

Anonymous said...

Salam kak,
Sy silent reader jer, Sedih n sronok sgt baca entry akak...rasa dekat dihati. ..semoga sy juga akan dijemput kesana..

Rina Ellisa said...

Sebak baca entry ni.. Huwaaa.. Membaca sambil menahan airmata.. Moga ada rezeki untuk ku & keluarga ke sana jadi tetamu Allah :)

Perempuan Kuat said...

sedihnyaaa.. sayu je baca. Semoga Allah jemput saya dan keluarga jugak ke sana satu hari nanti. Terimakasih kak Filla sebab sudi share xperience :)

haslina rusli said...

kak pilla,

part yg tinggalkn ank2 kat airport tu memang sedihhh. meruntun jiwa ibu2

AziRahmanDot Com said...

Alhamdulillah...moga kami juga berpeluang ke sana nanti.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bergetar dada membaca kisah Pilla.. Alhamdulillah...

Aisyah Shaharudin said...

Terima kasih sebab sharing Kak. Menitik2 air mata baca entry ni

penceriter said...

Assalamualaikum kak pilla,

first time comment ni..asyik jadi silent reader..terdetik hati nak comment sebab best sgt baca,rasa sebak sangat dan perasaan membuak buak sangat nak pergi..mak saya sekarang ade kat sana buat umrah..bila nampak gambar2 tu rasa terbayang-bayang..mesti mak pergi sini..mak pergi tempat tu..mesti mak singgah sini..ikutkan sy join sekali mak sy..tp atas sebab tertentu xdapat join...yerlah org cakap belum dapat jemputan dari Allah..yang belum kesana semoga kita semua dapat jemputan Allah untuk memunaikan umarah..amin

Lynda Che Lah said...

Tq Share Kak Filla.
I is sebak..
Thank you

aCik Anie said...

Assalamualaikum Filla & semua readers ..

Selama ni saya hanya jadi silent readers jer..tak pernah ada rasa nak komen pun, tapi kali ni lain sangat..sepanjang baca entry ni air mata menitik....Start Amaani menangis kat airport lagi saya dah start nangis.. entah kenapa sayu sangat... rindu..teringin sangat nak jejak kaki ke tanah haram Ya Allah. Bertuahnya mereka yang dah merasa menjadi tetamu-Nya.. Doakan saya sekeluarga menjadi tetamu yang seterusnya.. amin.

Myne Khalid said...

Rindu nye kat Mekah and Madinah bila baca entry ni...
Sebak terus rase hati, Kak Filla...
Semoga kita sama-sama diberi peluang sekali lg untuk jadi tetamu Allah, in shaa Allah...

gurl...gojez and gilez said...

saya silent reader...saya sangat seronok baca entri umrah kak pilla. mcm mudah je. saya takot sebenarnya nk gi umrah ni walau ayah saya pernah ajak kami satu keluarga pergi. tp bila baca entry akak rase mudah je.. xde lah susah mana. tengs share pengalaman akak. rase seronok sangat baca

Qaliesha said...

Kak Filla saya ada beberapa soalan ni.

1. Kalau masa solat beg tak boleh letak tepi takut kena curikan, jd sangkut beg kat badan je ke?

2. Masa solat sunat kat makam Rasulullah tu kak Filla rasa sebak menangis perasaan tu datang naturally ke? Sebab rata2 yg dah pergi cakap yg sama. Automatic je air mata nak keluar mengalir.

3. Kak Filla didik Kasih solat seawal umur berapa ya?

4. Masa dalam kapal terbang dapat perform solat tak?

Harap kak Filla jawap.


Sebenarnya ada lagi soalan tapi saya dah lupa sebab feeling sangat baca entry Kak Filla ni.

Saya teringin sangat nak pergi. Tapi suami saya mualaf banyak lagi persediaan kami kena buat sama2 sebelum pergi. Semoga ada peluang untuk kami jadi tetamu Allah juga.

Nuriel Aini said...

Terimakasih perkongsian cter ni kak pilla..teringat memeori awal tahun pergi umrah dgn family..

Anonymous said...

Salam kak filla.
Saya silent reader je selama ni. Bila baca entry ni menitik2 air mata. Apa yang sedihnya tak tahu lar tapi sebak bebenor hehe. Doakan saya dan family dapat pergi ke sana. 😊 . InsyaAllah

Filla said...

1. Solat kat masjid ok lagi, tp solat kat raudah atau solat sunat kat area sebelum masuk ke raudah better sling bag tu kat badan bahagian depan.
2. Naturally sbb situlah makam Rasulullah.. Baginda tahu siapa umatnya yang dtg menziarah dan mihonlah shafaat, berilah salam, semoga di hari akhirat Radulullah kenal kita.. Dan bila solat sunat di raudah ikhlaskan hati, mohon keampunan, dan mohon lah apa sahaja.. Sebab tu rasa sedih...
3. Alamak x ingt, tp better mula dari awal.. Masa kecik ajak2 je selalu solat sama.. Dah besar sikit tegur kalau x solat.. Mcm sekarang kalau lambat2 mmg kene sound direct je bahahha
4. Time pergi tu dah jamak zohor dan asar kat klia, pastu kat airport jeddah jamak maghrib dan isya.. So x de solat dlm flight.. Tp dari madinah ke klia subuh dlm kapalterbang.. Solat duduk. Balik tu boleh qada semula subuh tu walaupon dah solat dlm kapalterbang.

Anonymous said...

i cried reading this post. sebak sangatttt :(

Izzan Yong Rosdin said...

Salam. Dari awal baca dah menitik air mata. Doakan juga saya dan family juga dapat ke sana. Amin.

mrs kayrul said...

cantiknya mekah dan madinah..sayu hati baca entry kak pilla//moga ada rezeki utk ke sana suatu hari nanti

achique said...

Salam Kak Filla,

Smlm nampak kak filla naik eskelator kat alamanda. masa tu saya kat BURGER KING.
terus ingat. eh kak filla dah balik dari umrah ke. hihi.

sorang jer akak jalan. hihi.

-silent reader-

sejadahchenta.blogspot.com said...

abis tisu 2-3 helai utk N3 ni kak...saya pun rinduuu tanah haram...

julia said...

as salam filla,

silent reader jugak, tp bila baca entry ni mmg x bleh nk tahan airmata...Moga ada rezeki saya jugak untuk ke sana

Anonymous said...

TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN KAK FILLA,,,TERHARU BACA ENTRY NI..SAYU SANGAT...SEBAK DADA.. KASIH ANAK YANG BAIK ..SEMOGA FAMILY KAK FILLA SENTIASA DALAM RAHMAT ILAHI...

qu rin said...

slm kak filla, sebak sgt entry kak filla kali ni, sedey sgt2...tq kak sudi share pengalaman umrah dgn kami...rasa x sabar nk tggu bila dpt kami pergi kesana menjadi tetamu allah....

Maie Maizah said...

Tq akak for sharing this sweet journey.. moga kami pn dberi peluang dpt jejak kaki ke sana.. bila baca story akak pn dh rasa mcm ktorang pn ada kt sana skali.. meleleh2 air mata... tq akak sbb post cite ni kak blog... mmg ditunggu2 entry umrah ni 😘

NUNU EERA said...

akk.. Alhamdulillah.. tmpang happy utk akk jgk..
doakan sy dan family ke sana jgk suatu ari nanti.. Amin..

Anonymous said...

sy bc menangis, sy pon hati jelly cm kaseh, hehe

Norlida Said said...

Alhamdulillah.....suka baca coretan ttg Mekah dan Madinah.....Saya silent reader.

Anonymous said...

Alhamdulillah.....suka baca coretan ttg Mekah dan Madinah.....Saya silent reader.

Anonymous said...

alhmdulillah,menitis air mata saya baca kak pilla mention tang kaseh tu..berkobar2 semangat saya nak pergi umrah juga, inshallah, kalau ada rezeki..aamin.

inahornaw said...

Kak filla...sepanjang baca entry ni sebak sangat... terharu...tak tahu kenapa...terima kasih sb share cerita kak filla....tiba tiba rindu itu dtg menjengah

Umi Zaidah said...

Thanks Filla for this entry. Dari part toleh je nampak Kaabah... tumpang menangis sama. 😿

Miss Moon said...

Alhamdulillah ...

Aku plak berkaca kaca mata ni bila baca . Rasa tulisan nko menusuk terus ke hati . Ya Allah indahnya suasana kat sana Filla .

Doakan kami pun dapat sampai ke sana Filla .

Ok aku stop sebab tetiba aku emo ....tak nampak screen . Screen jadi kabur ...

Hugssssssssss

arinieva said...

Bergenag-genag airmate bace story kak Pilla. terbayang kalau ade peluang sy ke sane, hujan airmate ler...Subhanallah. thanks Kak Pilla share story

fathiyah jamaludin said...

xboleh nak baca sampai habis.
sebak nya rasa dada sbb teringin sgt nak ke sana...
doakan kami sekeluarga dpt ke rumah Allah juga

Anonymous said...

Sebak saya baca dan tengok-tengok semua gambar dalam entri ni. Sebak juga baca komen-komen.

Sbg seorang silent reader tegar sy menyaksikan transformasi kak pilla. Masa kak pilla mula bertudung tu saya lah paling happy (saya rasa sy senyum sepanjang hari) walaupun tak kenal, kenal melalui maya je.

Apapun sy rasa akak mungkin tak pernah terfikir, yang akak byk menyentuh hati-hati pembaca. Mungkin kak pilla tak pernah sedar yang akak dah menyebarkan kebaikan yang banyak sangat melalui penulisan kak pilla.

Saya doakan kesejahteraan dan semoga Allah menurunkan sebanyak-banyaknya rahmat ke atas kak pilla dan keluarga. Semoga umrah akak dan family mabrur, dan dapat ganjaran sebesar-besarnya di sisi Allah S.W.T.

Suri said...

Filla, kita menitik airmata baca entry ni. Terima kasih banyak sebab share. Mudah2an saya dan mak diberi kemudahan dan kemampuan nak ke sana. Aamin.

Ain Nazra said...

Assalamualaikum kak pilla... berjujuran air mata sy sambil bace entry umrah akak... teringat2, terbayang2, terbau2 kenangan umrah sy bersama family pd bulan ramadhan aritu.... rindu nk pergi lagi...

Anonymous said...

Assalamualaikum
Kak filaa 1st time saya baca post kak filla saya menangis sampai dada rasa berat..tgk gambar2 pun sebak..terima kasih atas perkongsian ni..semoga kita semua dirahmati Allah

Anonymous said...

assalam,

sya silent reader..alhamdulillah kami pun baru blk mengerjakan umrah 30nov-10dec,pakej andalusia juga,mutawiff ustaz safwan muda lagi orgnya..apa yg filla tulis/experienced sama dengan apa yg kami alami/rasa..sebak/sayu/sedih bila meninggalkan kota mekah/madinah..semoga umrah kita diterima Allah dan dijemput lagi utk kesana..rindunya la haii kan..sya dpt naik gua hira'(allahuakbar boleh bayangkan kudrat Rasullullah dan Siti Khadijah yg memanjat bukit yg tinggi curam berbatu)..kelazatan air zam2 yg sentiasa sejuk nyaman,udara yg dingin di madinah ya Allah nyaman sungguh..

tq kerana shared perjalanan umrah filla..semoga ianya menjadi panduan/info bg yg ingin menjejakkan kaki ke sana.

Niza

farae al-farafisya said...

Assalamualaikum.

Lama tak singgah komen dekat blog Kak Filla. Sebak bila baca entri akak ni. Terima kasih atas perkongsian, semoga diberi rezeki lagi untuk ke sana. Mudah-mudahan semua yang baca entri ni pun diberi peluang untuk jejak kaki ke sana.

farae al-farafisya said...

Assalamualaikum.

Lama tak singgah komen dekat blog Kak Filla. Sebak bila baca entri akak ni, siap menitik air mata lagi. Terima kasih atas perkongsian, semoga akak sekeluarga diberi rezeki lagi untuk ke sana dan mudah-mudahan semua yang baca entri ni pun diberi peluang untuk jejak kaki ke sana.

ummisara said...

Assalammualaikum,

huk huk huk sebak baca...teringat kenangan few years back menunaikan umrah.

Tq pilla sharing your experience.

Iela Fazielah said...

ya allah..seronoknya.. rindu kaabah bila tgk gambar2 ni

Hasinah Jamaluddin said...

thanks sharing kak filla.. serius terkesan.. sstgh part rasa sayu..rse berkobar-kobar plak nk g dgn anak nanti..smoga dapat pluang menjadi tetamu ALLAH suatu hari nanti..

Anonymous said...

Thank q lott for sharing your beautiful experience performing umrah, Kak Pilla. Truly appreciate it...Boleh rujuk2 entry ni masa akan datang

Pikin said...

tgk gambar2 akak kesana.... tertanya juga bila boleh saya sekuarga pergi...
mudah2an rezeki dijemput kesana...

cik b said...

Kak Pillaaaa sukanya tengok family Kak Pilla. Semoga kekal bahagia, sentiasa dalam lindungan yang Esa hingga ke syurga. Aamiin.

mOnamie said...

tq kak Filla share. Suka.. sama2 terasa sebak .. part kasih menangis, mona pon nangih kak T____T ..

superelle said...

nangis saya bace entry kak pilla....

Anonymous said...

entry terbaik!!

Anonymous said...

kak pilla... lama xde new entry.. rindu...

Anonymous said...

as salam. dah lama follow blog filla. since kasih kecik. mengalir air mata baca. memula sedih time nak tinggal amani, then tengok kaabah pon sedih. semoga dapat peluang menjadi tetamu Allah - ain kopeepaste

Taty Hasbi said...

Assalam akak..bergenang2 je air mata sy baca entry akak ni..smoga 1 hari nti sy pun brpeluang jgk utk jejakkan kaki ke sana..insyaAallah..

intandayani said...

Rupanya akak pergi sekali dengan mak saya jugak.
26/12-6/1/17..tak nampak pulak akak ritu kat KLIA

Shu Ali said...

salam kak filla, tq utk entry ni mmg menangis2 sy baca..alangkah indahnya klau dpt menjejakkan kaki ke sana..doakan semoga sy murah rezeki dapat sampai ke sana bawa dgn mak dan abah saya :)

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH, SERONOK SGT BACA ENTRY KAK FILLA NI... AIR MATA SAYA ASYIK MENGALIR JER... TERINGIN SGT NAK PERGI...