Wednesday, December 19, 2012

Diri ini

Tetiba rasa nak type.. maybe sebab takde orang kat rumah time nie.. So rasa sangat lonely.. amboi dah pandai nak jiwang karat.. malu ai.. muahahha.. 

Aku kan kalau sorang-sorang.. aku tak suka bising.. aku takkan on TV.. aku tak nak dengar radio.. Aku sanggup hidup dalam kebosanan... pelik ke ah? hahaha.. Kat rumah lah selalunya.. tapi kalau kene tido hotel sorang-sorang pon aku camtu jugak.. Maybe aku takut nanti tetiba ada iklan hantu.. waaaaa tak suka!  Aku lagi suka online, check email, buat kerja kat PC ke.. google apa-apa ke.. 

Sebenarnya aku ni jenis jiwang karat la kot.. tapi macam ego tak nak mengaku.. hahahah... Aku tak suka suasana bising-bising.. orang ramai-ramai.. aku macam rimas dan lemas.. aku suka macam tenang-tenang.. senyap... aman damai.. aku ni jenis membosankan kot?  Aku boleh jadi bising tapi ada masa-masa la.. Kalau datang time aku diam.. aku memang malas nak bercakap... aku suka memerhati je.. sebab tu ramai ingat aku ni macam garang... sombong... sebenarnya tak pon.. bosan lagi ada.. muahahhaah... 

Dulu zaman muda, kawan-kawan ajak gi clubbing.. aku ikut.. tapi aku tak buat apa pon.. ko ingat aku suka tekinja-kinja menari tu? muahha.. memang tak laa.. aku pon taktau kenapa aku ada kat dalam tu.. mungkin sebab aku ada kereta time tu.. so kengkawan pon mintak tolong nak berhibur konon..hahha.. aku pergi sebab aku bosan.. tapi aku dudukkkkkkk tak begerak.. aku tengok orang je.. seronok tengok ragam manusia.. ada yang menjengkelkan, ada yang tegedik-gedik, ada yang lawa sekali bukak lampu, Nauzubilah.. muahahaha... manusia oh manusia.. dulu masa muda, aku suka lepak kedai makan.. bukan buat apa pon.. beborak.. tengok orang.. kan? tengok orang lagi.. hahahaha... dari kul 12mlm sampai subuh pon boleh.. dudukkk je macam bodoh.. tengok orang... penyakit ke apa aku pon tak paham..

Bila dah tua nie dah tak macam tu dah... keluar kejap je ngan Pak Radie terus ajak balik.. sebab penat... baru duduk sejam dah rasa berjam-jam.. hahahah.. aku lagi selesa berkurung kat umah.. dah tak happening dah.. tapi aku perasan Pak Radie pon dah tua ni dah jadi macam aku.. hahahaha... barulah pasangan ideal sherashi bershama.. hahahah... nasib lah laki aku bukan jenis melepak mengopi ngan kengkawan tak ingat rumah... aku tak kongkong pon.. nak pegi tu pegilah.. tapi dia tak pegi.. bagusss.. bersyukur aku dalam hati nie.. muahahahaha... tapi cover macho laaa kan... takkan nak tunjuk plak.. *gentelmisai* 

Rasa malas nak publish entry apekebenda tah nie.. tapi publish je lah.. bye.






EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

BELUT..

Mengandung nie aku macam nak makan Sushi.. Tapi cemana nak citer yek.. bukan macam mengidam gila sangat pon.. biasa-biasa je lah pon.. So semalam Pak Radie text aku.. dia cakap "Jom malam ni dinner sushi king? makan sampai kenyang-kenyang".. Aku ok jewwww.. 

Nampak menatang ni dok pusing-pusing.. terus rasa nak capai.. dalam hati berkata.. ni Salmon nie.. ngap ngap ngap.. pastu cakap ngan pak radie "Lembut ikan nie tak yah kunyah pon" 

Sekali post kat insta.. ada yang komen katanya ini Unagi kak fillanie... atau bahasa melayunya.. BELUT.. 
oh yeahhhhhhh..aku telah menelan belut.. hebat hebat.. terus tak terkata.. marilah kita lupakan apa yang telah berlaku.. dah selamat dah pon dalam perot.. erkk.. 

telah order ini jugak.. Black Pepper Udon.. atau bahasa melayunya mee gemok kenyang lada hitam.. muahahahha.. biasa je.. 

ada berapa ketul tah.. aku dapat seketul je.. sebab ntah bila Pak Radie habiskan tak ingat kat bini..

Kesian dier.. flu, bersin pastu rasa nak demam.. pastu bila aku rasa bejangkit aku pon bersin.. bila aku bersin je dia beliakkan mata macam "Hoi tak manis perempuan bersin".. Oooohhh.. haku bersin tak manis? ko bersin manis la? mentang-mentang nak masuk anak ke3 dah.. (eh ada kene ngena ke?) 

Neway thank you belanja makan belut semalam T________________T




EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Tuesday, December 18, 2012

Kimono Cardigan siap untuk dipos soon..

Disebabkan aku tak boleh nak email sorang-sorang.. So seperti biasa update kat blog sahaja.. hahah.. yang order Kimono Cardigan ni dari fb or instagram.. maaflah ye.. hahahaha... 

Customer yang disayangi.. Stock Cardigan ni akan sampai kat tangan Elly pada hari ini 18th December (petang).. So tolonglah bagi peluang untuk Elly pack sehelai-sehelai dalam plastik lawa-lawa.. dia sibuk dengan hal lain malam nie.. so dia cuma boleh membungkus cardigan korang untuk diposkan pada 19hb (Rabu).. disebabkan ada belambak yang nak dipos kita bagi dia masa tambahan... Dia cuma akan pos pada 20hb (Khamis) pagi.. So that korang semua boleh receive Kimono Cardigan masing-masing pada hari Jumaat hendaknya.. 

Memandangkan ramai yang suruh remind selepas gaji masuk.. Ye meh hakak remind lagi sekali.. sesiapa yang belum buat bayaran sila berbuat demikian.. sebab korang suruh ingatkan bila gaji dah masukkan.. Amboi dah lah gaji orang gomen masuk sekali ngan bonus... angkat lah 2 kaler terus... apa ada hal? muahahahaaaaa... 

Ok.. sila pantas bertindak.. ada sikit lagi saki baki untuk 1st batch nie.. kalau order now still sempat untuk post pada 20hb... mana yang tak sempat aku akan masukkan order korang ke 2nd batch which korang boleh receive after 28th Dec.. 

Nak order sila email:

tsugoi12@gmail.com

Name:
Address:
Contact No:
Code: Red or Brown



Sekian nota ringkas tak ringkas sangat la.. hik hik hikkkkk..





Lagi Kes Dera


Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar

(kiri : ibu mangsa)


Alor Setar: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati dipercayai didera teman lelaki ibunya di Kampung Berjaya, Mergong di sini semalam.

Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dipercayai telah meninggal dunia ketika dibawa oleh ibu dan teman lelakinya dengan kesan lebam muka dan badan serta calar di beberapa bahagian lain, ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini jam 3 petang. 


Keluarga berang 

Suasana di wad kecemasan HSB kecoh apabila keluarga Faiz berang terhadap lelaki berkenaan yang berpura-pura sakit dengan duduk atas kerusi roda dan mendakwa mangsa maut kerana terjatuh dari tangga bersamanya. 

Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata beliau terlalu sedih melihat mayat cucu yang tinggal bersamanya sejak berusia lima bulan, mati dengan kesan kecederaan pada badannya. 

Beliau berkata, Faiz sebelum ini ada mengadu dipukul teman lelaki ibunya sehingga cedera dan sering mengelak ketika ibunya yang berusia 25 tahun mengajaknya pulang ke rumah.

Mengadu dipukul Pak Tam

“Setiap kali cucu saya pulang ke rumah, dia pasti mengadu dipukul oleh ibu dan teman lelakinya hingga lebam. Dia sering minta saya mengambilnya cepat setiap kali berada di rumah ibunya. Sebelum ini, saya sudah agak perkara buruk, namun tak upaya menghalang anak saya bertemu anaknya,” katanya ketika ditemui di hospital.

Ibu saudara mangsa, Norhanisha Othman, 23, berkata Faiz pernah mengadu dipukul ibu dan teman lelakinya yang dipanggil Pak Tam beberapa kali sebelum ini, malah setiap kali pulang ke rumah neneknya di Flat Simpang Kuala, di sini ada kesan lebam di seluruh badannya.

“Kakak berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu Bakar, 29, sejak Faiz berusia lima bulan. Sejak itu dia tinggal bersama neneknya, tetapi beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang. 

“Saya pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Ogos lalu selepas mendapati kesan gigitan dan lebam pada badan Faiz, dipercayai dilakukan teman lelaki kakak,” katanya.

Kesan lebam di muka

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan, V Saravanan, ketika dihubungi berkata maklumat awal mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk kesan lebam di muka, bahu dan tangan mangsa. 

Katanya, polis menyiasat dari semua sudut termasuk dera hingga menyebabkan kematian, namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes atau membuat sebarang tangkapan.

Source: Berita Harian




Apa kita nak komen tentang isu ni?  Umur anak tak berdosa nie 2 tahun, sebaya Amaani.. apa budak 2 tahun boleh buat sampai ko kena dera dia sampai menemui ajal? Senakal mana budak tu boleh buat sampai mengundang rasa marah tahap membunuh orang? Tak tau aku nak guna bahasa apa lagi nak sampaikan betapa kecewanya ada manusia tak berotak macam ni kat muka bumi nie.. 

Lagi satu yang tak berapa nak paham.. kenapa selalunya kes macam ni melibatkan KEKASIH ibu??? Apa kene mengena kekasih ibu pulak nie.. kalau bapak tiri tu aku paham lah jugak sebab duduk serumah dah ngan mak dia.. ini kekasih? apa hak kekasih pulak nak jaga anak ko? dan ko boleh simply percaya???? pastu yang lagi tak boleh aku fikir nie.. dah pernah buat police report pon sebelum ni mengatakan kekasih dia ni dera anak dia.. omg.. dah tau dah pon.. so kenapa terjadi lagi???? Sekarang nak salahkan siapa? nasi dah jadi bubur.. anak tak berdosa tu dah pergi dan takkan kembali.... menyesal menangis air mata darah sekali pon takkan menghidupkan dia semula.. anak kecik tu dah selalu mengadu dia kena dera ngan kekasih mak dia.. so apa tindakan dia? apa tindakan kau sebagai seorang ibu? dengar je? 

Tolonglah.. jadi ibu biarlah peka.. jadi ibu, ko dah mengandungkan anak tu 9 bulan.. darah yang mengalir dalam badan anak tu ialah darah kau jugak.... sepatutnya takde siapa ada hak untuk menyakiti anak kau.. apatah lah kekasih kau.. kekasih je pon? hebat sangat ke kekasih sampai buat anak kita jadi macam tu.. 

Tak tahan aku baca si kekasih ibu ni pura-pura sakit naik wheelchair mengaku konon jatuh tangga bersama-sama Faiz tu.. kalau betullah dia bersalah.. hoi.. rasa nak tebalikkan wheelchair tu.. anak orang kot yang ko buat nie.. anak kucing pon orang tak buat lah.. nyawa ok nyawa.. nyawa anak kecil pulak tu.. semoga yang bersalah menerima balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.. 







EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Anak-anak

Sepanjang cuti sekolah Acih tak stay ngan aku pun.. Nak wat cemana kan.. takkan nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah pastu aku ngan apak dia gi kerja? no way.. Yang ada pon umah nenek ngan umah wan je.. nasiblah dekat.. cer kalau negeri-negeri lain.. hazab ler..


Tak sangka Acih dah big girl sangat dah kan? dah nak masuk 8 tahun.. darjah 2 dah dia 2013 nie.... Kena belajar rajin-rajin, tak nak kuat sentap-sentap merajuk-merajuk lagi.. 

Ani Tomatomato... hahah.. Rambut tu aku yang potong.. anak-anak aku tak pernah gi kedai gunting rambut.. kedai diorang ni dalam toilet umah.. aku yang potong! muahahahha.. memula nak potong fringe je.. pastu geram tengok rambut belakang dah panjang sangat.. mari kita potong.. aku dudukkan dia kat toilet bowl.. seksa ok.. sekali potong sekali dia bising sebab rambut jatuh kat kaki lah apa lah.. hoiii berpeluh-peluh aku nak gunting rambut dia.. takut sekerat je dia mengamuk tak nak gunting.. hahahaha.. dia dah rimas-rimas dah.. aku sabarrrrrrrrrrr jee.. siap puji-puji baru dia ok sikit.. 

Dah potong muka dah macam tomato.. dulu aku panggil dia gemok.. sekarang tukar panggil dia tomatomato.. dia ok jer.. panggil Mato, terus dia pandang dengan muka macam "haihh nak apa lagi?" 

Rindu anak-anak mama :)









EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Monday, December 17, 2012

Kemas dan Makan

Weekend adalah hari mengemas rumah.. Aku will start dari tingkat atas.. vacum atas dulu.. pastu mop..lepas mop lantai.. turun bawah.. vacum bawah pulak.. sambil tu bebel-bebel kat Pak Radie suruh beli nasi lemak or roti telur untuk breakfast.. Yelah aku nak kemas.. mana sempat nak masak T___T (alasan)

Tapi masa aku mengemas this week Pak Radie takde.. dia gi kayuh basikal kat Putrajaya.... Lepas mop lantai kat bawah.. aku akan duduk diam-diam bukak kipas laju-laju sebab kepanasan berpeluh-peluh.. yelah, pompuan gemok kalau buat kerja rumah memang cenggitu.. ni lagi perot pon boyot.. lagi lah cepat berpeluh-peluh.... 

Nak share deco-deco pon takde apa nak share.. coz hall ni lom siap sepenuhnya.. tv tu nak hang ke dinding sebenarnya.. tapi deco kat dinding lom siap.. so mari kita pakai stand je dulu :( 

Dinding tepi belah kiri lom siap lagi projek tergendala sebab kebusy-an Encik Laki.. Sebenarnya hall ni jarang berkeadaan macam ni.. selalunya atas carpet merah tu aku bentang toto.. senang anak nak golek..hahahahah... tapi anak takde.. diorang kat umah nenek.. boleh lah mak kau melawa-lawakan rumah kejap.. Oh tu hah.. tv rack baru.. auwwwwwwwww... taste laki bini.. dua-dua setuju nak yang tu.. Ada yang tanya roller blind beli mana? tu kat Viva sana... dalam building VIVA tu ada je shop yang buat roller blind.. Lampu tu dulu gondol.. beli kat British India dah lama dah.. simpan je dulu.... baru je beli shade dia warna putih.. ingat nak hitam.. tapi tak mohlah.. nanti hitam habuk lekat sakit mata aku ni hah.. Kalau on lampu tu malam-malam cozy je rasa.. wah gitew.. Rumah aku takde barang nak mahal-mahal sangat.... janji aku suka, laki suka.. harga ok.. jalannnnn jer... 

Dah mengah kemas rumah.. perot dah lapar pulak.. Tengok kat dapur ada roti.. Yessss lahhh! sekali tengok dah expired lama dah.. terus campak tong sampah.. hati berasa hampa.

Dalam fridge ada telur.. Ok keluarkan telur.. buat omelette lah.. capsicum ada, bawang ada, daun bawang ada.. dadukan semua.. kacau telur.. panaskan pan.. letak butter.. panaskan, tuang telur.. taburkan mozzarella cheese.. taburkan white pepper, lipat dua telur.. tebalikkan.. siap!! 


Jangan nak poyo sangat.. sebenarnya orang melayu panggil ni Telur Dadar.. Tapi nak eksyen punya pasal, saja panggil omelette.. Dasar gedik.

Hahahha.. cheese tu yang tak tahan tu.. perghhhhhhhhhhh.. perot aku ni senang je.. semua haku tibai.. x de masalah punya.. janji keyang ;) 

Pastu ada kerja sikit on lappy.. siapkan kerja sampai tahap nak muntah mengadap lappy.. pastu Pak Radie pon balik rumah junjung basikal.. koserrrrrrrr haku tau.. terus bukak baju dia tebaring atas carpet miang depan hall.. pastu aku tengok dia tidur.. boleh??? kalau aku takde lah.. dengan carpet miang-miang tu.. dia cakap penat gila kayuh.. Ek Eleh.. anjer angat nie.. 

Aku dah siap kat atas.. terjerit-jerit tepekik telolong panggil dia.. senyap.. Eh orang tua nie senyap je.. rupanya tido lagi.. jerit lagi power.. terus dia nyahut.. "Cepat lerrrrrrrrr kul berapa nak gi Enstek nie".. Dia pon bangun heret kaki masuk bilik air.. aku dah standby dekat kereta.. terus gi Enstek sebab Pak Radie nak pasangkan ampai kain kat umah Wan & Atok..

Wan cakap Wan masak.. sedapnya.. haku dah lah laparrrr.. 

Sup Kepala Ikan Merah
Oh ada yang mintak resepi sup ikan Wan.. alaaaa korang beli je sup bunjut ikan tu.. siapppp!! 

Ikan keli masak berlada.... garing gila.. pedas melahar bibir ai tau..  

Peria, bendi, tomato-mato

Sambal Belacan mangga.. 

Aku makan 3 kali tambah.. ilekkkkkkkkkkkkkkk je wa cakap lu.. muahahah.. pastu jalan heret kaki sebab kenyang sangat... hahahaha... 





EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

LUAHAN PERASAAN

Seriously aku langsung tak pernah menyangka dalam hidup aku, aku akan buat entry yang adik aku dah takde sebenarnya.. Walaupun dah hampir 4 bulan arwah takde bersama.. masih rasa pelik untuk menyesuaikan diri.. Semalam balik rumah Wan sebab Pak Radie nak tolong Wan pasangkan ampai kain.. nak kene drill kat dinding luar tu.. 

Kebetulan kawan baik arwah datang singgah sebab Wan ada bagitau nak hadiahkan sikit baju-baju arwah untuk kawan-kawan arwah yang muat.. lebih kepada hadiah untuk kenang-kenangan kepada kawan-kawan rapat dia.. So kawan baik arwah pon datang.. nama dia Ain.. kawan baik arwah perempuan ye.. ada anak sorang dah.. sebab adik saya ni memang pendiam sikit.. bukan pendiam lah.. cuma dia kalau rapat dengan orang tu.. orang tu je lah.. kawan-kawan biasa ramailah kot.. 

Ini baju kerja arwah.. baru-baru jugaklah.. yang dah lama tu Wan simpan... baju kerja arwah, Wan yang selalu tolong belikan.. Wan memang dah tau size, colour, brand dan semualah yang arwah suka.. Aku memang lama gila tak masuk bilik arwah Busu nie.. aku ni memang macam nie.. aku ada buat entry macamana kami sekeluarga kehilangan dia.. aku publish entry tu sekali.. pastu baca.. nangis.. dan tak nak baca lagi.. aku letak kat sidebar je.. tiap kali aku scroll blog ni bila ternampak aku laju-laju scroll ke bawah.. sebab tak nak baca lagi.. bila baca nanti, kejadian akan fresh sangat balik dalam otak nie.. so aku tak nak.. apa pun yang membuatkan aku ingat dan sedih.. aku laju-laju lupakan.. bukan nak lupakan Busu, cuma bila layan emosi nanti aku sedih.. aku kalau sedih kang berhari-hari jadiknya.. 

Bilik Busu (arwah adik aku) kemas bersih.. dia memang jenis teliti, kemas dan bersih.. baju dia teratur je dalam almari.. So semalam Wan keluarkan sikit-sikit lipat elok-elok.. nak simpan semua pun nak buat apa.. elok bagi kat kawan-kawan.. Wan simpan yang Busu selalu pakai je.. untuk kenangan.. 

sikit-sikit T-shirt.. 

Oh ya.. yang aku menang Levi's haritu.. aku dapat voucher Levi's RM700 sebenarnya.. Aku pernah cakap kat arwah, In Shaa Allah kalau aku menang aku nak belanja dia seluar jeans sehelai.. pastu aku menang.. tapi voucher tak sampai-sampai pon lagi.. sampai lah bulan puasa pon tak sampai lagi.. Busu excited sangat nak dapat Levi's jeans dari aku.... dia cerita kat bestfriend dia Ain tu yang dia seronok lah nak dapat jeans dari akak dia nie... Aku dapat voucher tu lepas raya.. Busu dah takde.. Aku langsung tak excited.... lepas collect je voucher tu aku simpan voucher tu.. sekali bila tengok balik dah expire pulak.. hmmmmm :( 

Maybe sebab aku dah set dalam otak voucher tu aku nak bagi dia separuh.. bila dia tak de aku jadi frust dan sedih.. so aku abaikan sampai terlepas date.. ke aku memang pelupa.. taktau lah yang mana satu.. 

Kasut Busu.. Busu memang gila kasut.. sama macam Pak Radie.. pegi Hong Kong pun dia asyik tanya Pak Radie je nak kasut itu nak kasut ini.. elok ke? murah ke lawa ke.. Busu cakap ngan Wan, Busu nak penuhkan rak ni ada 3 row dah penuh, dia nak penuhkan semua.. kasut dia camtulah.. teratur kemas.. Yang Puma merah kat atas tu Pak Radie ambik.. sebab yang tu Busu beli besar sikit.. So muatlah Pak Radie pakai.. dengan yang biru Onitsuka dia beli kat Gardens ke mana tah.. pon Pak Radie boleh pakai.. sebab kasut tak leh biar lama-lama tak pakai nanti rosak.. size kaki Busu pon tak besar sangat.. so Pak Radie pakai sempit sikit.. Abang aku pon tak berapa nak muat dan dia tak pakai sangat kasut macam nie.. 

Atok boleh pakai, so biarlah Atok pakai.. sunyi sangat umah Atok ngan Wan sekarang.. sebab tu Wan ngan Atok selalu tidur umah aku sekarang.. everyweek tidur umah Abang aku jugak.. weekdays Wan pegi kelas agama sampai tengahari.. petang kengkadang Wan gi mengaji umah ustazah.. so busy lah sikit.. Wan pon dah tak nak menjahit sangat.. ke tak nak terus? ntah lah.. 

Kena lah kita semua belajar menghadapi dugaan hidup.. Orang selalu kata kita tabah, kita kuat.. sebenarnya tak kot.. tapi once kita terpaksa melalui.. kita akan lalui jugak.. kita tak ada pilihan boleh kata nak ke boleh kata tak nak.... kalaulah aturan hidup ni boleh dipilih-pilih, diatur-atur.. Aku selalu fikir.. Ya Allah dalam ramai-ramai manusia disekeliling aku yang aku kenal.. kenapa Busu? tapi cepat-cepat istighfar banyak-banyak.. kadang-kadang pemikiran jahat kita memang macam tu.. tapi cepat-cepat sedar.. ini kehendak Allah.. dia berhak ambil siapa pun yang Dia berkehendakkan.. dalam sejuta manusia, kalau tetiba kita yang dipilih.. nak kata apa.. Redho. 






EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

RESEPI CHICKEN WRAPS

Hari tu buat wraps nie.. orang panggil wraps ke? kebab ke? taco? Apa-apa pon boleh lah labu..

Sebenarnya makanan omputih ni penyediaan dia lagi ringkas dan sesuai untuk orang pemalas.. kuakakak.. tapi tak terasa sangat diri ini pemalas sebab makanan kegemaran suami saya ialah benda-benda merepek macam nie ;) 

Macam biasa letak food je kat insta/fb semua tu.. mesti nak resepi.. so mari kita share je resepi ringkas nie ;)

Sos Barbeku Tradisional Knorr ni sentiasa ada.. sebab aku suka rasa dia sedap, dan bila masak bau dia harum gila sampai jiran rumah paling hujung pon boleh bau..

kat pasaraya ada pelbagai jenis wraps/roti pita nie.. tapi haritu ternampak mission brand ni.. raba-raba.. kemek-kemek kan dia.. nampak macam best dan lembut dan berkualiti gitew.. so hidup mesti eksyen.. hahah.. brand ni ada macam-macam perisa.. ada garlic ada wheatmeal dan lain-lain.. seperti biasa orang jakun tapi nak eksyen tak berani cuba yang pelik, original lebih selamat ;) 

Now bila tengok pack nie.. dia tulis kalau beli 2 bungkus boleh dapat buku resepi.. huwaa nyesal beli satu.. kalau tak boleh kita pelbagai penggunaan dia... rasanya rm6 per pack.. ada 8 wraps dalam nie.. 

Chicken Wraps Recipe
-sedikit bawang holland dipotong kasar
-sedikit capsicum dipotong kasar
-segenggam isi ayam potong kasar (diperap dengan sos barbeku knorr)
-sos barbeku tradisional knorr
-black pepper
-secubit garam
-(2-3) sudu olive oil

Cara-cara
panaskan olive oil.. masukkan isi ayam dah kacau hingga masak.. masukkan black pepper ikut suka nak banyak mana, masukkan bawang dan capsicum.. kacau hingga sedikit layu.. tutup api.  If nak masuk banyak bahan pon lagi bagus kot.. haha.. masuklah segala sosej ke.. meat balls dislice-slice ke.. ok jer.. 


ambik wraps tu beberapa keping ko nak, campak dalam microwave dan panaskan 30 saat.. wraps akan menjadi lembut dan rasa nak ngap masa tu jugak.. hehe.. kalau takde microwave jangan nangis.. panaskan je sekeping-sekeping kat pan/kuali.. 

bentangkan sekeping dan letaklah ayam yang dah dimasak tadi.. pastu letak mayo dan cili sos.. letak sekali salad kalau nak.. pastu ko gulungkan dia padat-padat.. dan potong dua.. 

Kacang kan? sodap pulak tu.. dah lah mudah dan pantas.. apa lagi ko nak? muahahah.. 

Dan laki bini ini pon makanlah dengan penuh semangat.. sekali berapa kali ngap je. Eh? dah habis? 

Fillanie: Pa, lapar lagi ke? 
Pak Radie: Boleh lah kenapa?
Fillanie: Nak maggi?
Pak Radie: Nak.. maggi kari.
Fillanie: Ok.. awak kari ma asam laksa..
Pak Radie: Eiiii apa nie asam laksa? tak sedap, jangan makan..
Fillanie: Sukatiiiii laaa.. jangan mintak yeh.. mintak siap!


Pak Radie nie dia ada perangai tau.. apa aku suka dia tak suka.. pastu dah tak suka tu nasiblah kan.. tapi dia mesti paksa aku supaya tak suka jugak apa yang dia tak suka.. boleh mcm tu? kalau anak-anak suka makan apa yang aku suka, tapi dia tak suka.. nanti dia hasut-hastu jugak supaya budak-budak tu tak suka.. Hoihhh keji tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!! 

one for you and one for me.. 

Maggi Asam Laksa.. maybe terpengaruh dengan Istanbul Aku Datang.. hahaha

Resepi maggi nak? melampauuuu kau Jah.. 


Sekian, Wassalam..




EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Sunday, December 16, 2012

Chef Selebriti 2 BH dan Gas PETRONAS - Separuh Akhir

*sponsored post*
*please scroll down for new entry*

1 Disember 2012 berlangsung Chef Selebriti 2 Separuh Akhir di AEON Bukit Tinggi Klang... Acara berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 9.30 malam.. Kiranya sehari suntuk lah gitu.. So sesiapa yang ada di AEON Bukit Tinggi Klang pada hari tersebut berpeluang menyaksikan acara masak-memasak kat stage tu.. 

Saya berkesempatan join event yang best gila ni jugak ;).. masa tengok dari atas tu dah excited dah sebab cantik sangat decoration.. pastu nampak peserta tengah sibuk memasak.. wah laju-laju turun escalator ;) 

Ini peserta bagi kategori Individu pusingan kedua.. Untuk makluman korang semua..Bagi Pencarian Chef Selebriti 2 Berita Harian dan Gas PETRONAS yang kini memasuki musim kedua, ada 2 kategori yang dipertandingkan:

Kategori Individu dan Kategori Profesioanal

Tiga peserta akhir bagi Kategori Individu dan Kategori Profesional akan bertanding untuk merebut gelaran juara dengan ganjaran wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi.. Ye macam tu lah ye.. so total yang masuk ke Akhir ialah 6 orang.. ;) 

Pemenang kedua bagi kedua-dua kategori akan menerima RM2,000 dan trofi, tempat ketiga 1,000 dan trofi.... 

Bagi Kategori Profesional pulak siapa yang bergelar juara akan berpeluang menjadi penulis jemputan ruangan masakan.  Wahhhh ni peluang untuk menjadi famous Chef okay... Pasti 3 orang peserta yang layak ke Akhir tengah berdebar-debar ni :)

Pencarian Chef Selebriti 2 ini ditaja oleh BH dan Gas PETRONAS

Juri Puan Nik Faizanira Nik Affandi Pengurus Besar, Bahagian Perniagaan Gas Petroleum Cecair (GPC), PETRONAS Dagangan Berhad dan Puan Jami'ah Sokri Penolong Pengarang Unit Wanita BH dan Puan Nordayanti selaku Audit.

Hahhhhhhhhh... Siapa tak kenal Datuk Chef Redzuawan Ismail atau Chef Wan... Dari jauh dah nampak terus jalan laju-laju nak tengok dekat-dekat.. memang dekat sangat pon.. hahaha.. Inilah dia Ketua Juri merangkap penasihat pertandingan 'Pencarian Chef Selebriti 2 BH dan Gas PETRONAS'. 



Macam kenal je mamat nie.. hahaha.. siapa tak kenal inilah dia Along Raja Lawak.. berbakat mengacara rancangan masak-memasak jugak tau ;) 

Bagi Kategori Individu.. Para peserta dibenarkan membawa seorang 'helper'.. Yang depan ni kemain comel.. bawak anak untuk tolong.. Untuk kategori profesional takde helper ok.. sebab diorang kan dah pro..heheh

Sementara pertandingan sedang berlangsung, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan pihak penganjur.. Yang ni pertandingan meneka capseals dalam balang kaca.. ada form untuk dilengkapkan..kalau tekaan betul, pemenang akan dihubungi melalui telefon..  

Yang ini pon best.. kena susun kotak-kotak ini supaya menjadi seperti gambar di bawah:

Berjaya dalam 10 saat dapat hadiah ;) Ingat nak join tapi perut besar sangat.. nak bongkok tak larat.. hahahah.. so dapat tengok jelah..

Satu sudut lagi jual barangan Gas Petronas dengan harga murah.. Oh dapat pelekat percuma jugak ;) 

Antaranya ada Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak dan puzzle box..Pertandingan Membuat dan Makan Sandwich Terbanyak pon ado, menyesal tak masuk.. membuat tak nak.. memakan saya mahu ;) 

Ok now kita sambung cerita balik.. Aku sempat lah tengok hidangan dari peserta Kategori Individu pusingan Kedua... Amboiiiii...... Tahap-tahap hotel gitew ok... telan-telan ailio tengok hidangan.. presentation masing-masing sangat gempak..  



Antara menu yang dipertandingkan oleh peserta.. 

Para Juri dah bersedia untuk menilai masakan peserta.. Time ni berdebar-debarlah para peserta kita.. yelah nak tunggu komen dari juri kan.. 

Tu diaaaaa.. seronok time nie.. tengok juri makan.. aku yang seram sejuk ;) 

Suka komen Datuk Chef Wan.. terus terang.. kalau sedap dia kata sedap.. kalau kureng pon dia selamba je cakap.. 

Debaran menunggu pengumuman nama pemenang bagi Kategori Individu..

*Drum Roll*


*Drum Roll*


*Drum Roll*


Mari kita lihat siapa 3 peserta yang berjaya ke Peringkat Akhir.. 

Puan Rosni Johari, 36 tahun seorang guru.

Chua Tor Aik, 22 tahun seorang pelajar.

Azman Abu Samah, 49 tahun seorang tukang masak

Tahniah kepada 3 orang peserta yang berbakat ini.. Semoga berjaya bergelar Juara Chef Selebriti 2 Berita Harian dan Gas PETRONAS..  

Tu diaaa.. Chef Wan pon snap ok ;)

Pemenang bagi Kategori Profesional pula ialah:
Mohd Zamri Sahari, 25 tahun seorang pensyarah
Riza Ismail, 28 tahun seorang Chef Eksekutif
Kamarudin Dali, 38 tahun seorang tukang masak hotel

Tahniah juga diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya sampai ke peringkat akhir.. Oh ya, Peringat Akhir bagi merebut gelaran Chef Selebriti akan diadakan pada 15 Disember 2012 di Piazza e@Curve... Nantikan 6 orang peserta ini untuk beraksi di peringkat Akhir.. Semoga berjaya bergelar Juara Chef Selebriti 2 Berita Harian dan Gas PETRONAS! 

The Blogger ambik gambar dengan banner pon jadiklah ;) 

Lepas ni nak tung tang tung tang kat dapur, next year boleh masuk bertanding kahkahkahah.. *takkelakar*