Tuesday, March 27, 2012

Belajar sesuatu hari ni...

Nie ada kisah aku nak cerita.. lebih kurang kisah kecuaian dan kelalaian atau lebih tepat kebodohan lah kot.. hahaha... tadi aku received a call from AirAsia.. (selamba badak bagitau sapa call).. haha.. aku tak tuduh, tapi aku berjaga-jaga.. 

Caller ni call untuk offer insurans.. insurans from AirAsia nie valid for 30days.. kenapa dia bagi? sebab kata dia aku loyal customer dan selalu booked with AirAsia.... ok fine. lepas tu dia cakap perbualan tu dirakam.. so ok lah.. whateva lah kan.. layan..

pastu dia cerita lah pok pek pok pek.. aku pon dah terpaksa lah melayan.. sebab aku free tadi.. so dia cakap cover lah kalau ko mati ke apa ke.. tak kira masa fly ke.. masa drive ke.. kat umah ke.. apa-apa jadi.. pewaris dapat lah bla bla bla.. benda macam ni actually yang paling aku benci nak dengar.. tapi sebab cemana nak letak phone kan... maka terpaksa dengar jugak T___________T bodoh gila plak rasa.. 

Pastu dia cakap kalau ko bunuh diri pon cover.. hahah.. tapi dia cakap harap cik tak lah bunuh diri.. haha.. lawak, tapi tak berapa nak lawak. 

Ok bla bla bla.. panjang gila..sebelum tu awal-awal dia dah tanya address nak pos.. so aku dah bagi address umah.. and i/c number.. last sekali dia confirmkan credit card or debit card.. cemana tah aku cakap debit card ada lah... oh ye, dia tanya selalu book flight guna apa? aku cakap lah.. then dia cakap nak number atm card yang appear kat depan debit card (cherry maybank) aku pon terpikir gak, apa hal nak no card segala kan? tapi sebab very professional dorang bercakap aku pon very the bongok time tu... pegi bagi.. bila dah bagi.. dia tanya lagi valid till bila.. aku dah cakap semua pastu laju je dia cakap pasal nak debit RM170++ kalau tak silap aku.. aku macam???? "apa dia? u cakap apa tadi?" then dia ulang tapi laju gila.. aku cakap 'i thought it's free... u tak cakap pon dari awal yang this insurans i kena bayar???? pastu dia cakap, jangan risau cik, memang account cik kita akan debitkan amount tu.. tapi ada 15 hari (kalau tak silap) lepas tu kalau cik tak suka atau tak setuju....... dia tak sempat habis cakap aku jawab "nope, i tak setuju".. lagi nak tanya kenapa ye cik? eh sukati aku lah.. aku benci betul lah benda macam nie.. cakap putar belit.. wth? 

Aku cakap 'i tak setuju'.. terus dia cakap since u tak setuju takpe, it's ok.. so kita tak debit dari account.. pastu aku cakap 'so all my infos tadi tu cemana? kalau u all debit jugak?'.. dia cakap 'tak mungkin lagipon perbualan kita telah dirakam'.. eh? haku pedulik apa kau rakam ke tak... kalau ko nak debit jugak? aku nak nganga je lah????? pastu ok dah letak.. terus aku menggelupur tak senang duduk dah.. aku tweet mintak tolong... tapi still menggelupur jugak..

So aku terus call Customer Care Service Maybank 03-78443696 dan dapat cakap dengan sorang staff.. aku pon cerita pasal ada orang call claim she's from AirAsia dan perbualan dirakam.. dan aku dah bagi i/c number, address and Acc Number Cherry card aku..  so ada possiblity ke orang tu debit? boleh ke??? ye, jawapan dia BOLEH... huwaaaaaaaaa... aku tak kata benda tu tipu.. orang Maybank tu pon cakap tak semestinya tipu sebab dia pon dah cakap yang perbualan dirakam.. tapi kalau u rasa tak secure dan nak batalkan cherry card tu, diorang (Maybank) boleh batalkan je... tapi untuk buat card baru, aku kena pegi mana-mana cawangan Maybank dan charge RM12 akan dikenakan untuk replace card yang dah dibatalkan.. 

Ye, terus aku setuju.. baik aku batalkan je sebelum apa-apa yang tak diingini terjadi kan? macam lah duit kau juta-juta dalam account..hahahha... habis kalau duit aku 'hilang' ko nak ganti? huh. 

Baiklah itu pengajaran yang aku dapat hari nie.. tak tau kenapa hari ni hari bingai aku plak... selalunya bab-bab melibatkan duit ni aku cerdik sikit... ye mungkin call tu betul, dia bukan nak tipu... tapi dah banyak kes duit lesap kat dalam account.. aku taknak jadi salah seorang mangsa..... sebab aku rasa.. aku pon boleh call orang lain dan buat-buat berlakon.. 

Korang pon sila alert sikit.. kalau dapat call macam tu.. memula sekali kena tanya.. ada bayaran ke? foc ke? atau awal-awal terus je cakap 'sorry, i'm not interested, thank you for calling, next time maybe?'... aku ni ada kelemahan mudah kasihan kat orang.. T_________________T

Ok itu saja pengalaman saya hari nie.. semoga dapat membantu korang jugak supaya tak terkena ;) 











EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Orang Yang Diraikan...

 Birthday Atok Braim kali ni diraikan di Chakri KLCC... Nak makan Thai plak... Atok kan suka ;) 

Atok Braim kemain serious lagi muka... pastu paksa amik gambar smile... "Yah smile.. smile paling lebar"

Nah... hahahah... handsome sebenarnya Atok Braim ni kan? Semoga ayah terus sihat dan gembira senyum lebar macam nie ;) Sayanggggggg Atok!!!! 


yang meraikan.. paling susah nak snap gambar dia.. sebab dia ni low profile.. katanyaaa.. erghh tensi mak.

ini Adik saya... dia manja jugak tapi version lelaki.. muka garang tapi hati baik.. ye ke? kitorang nie semua keturunan muka garang hati manja *Bluekkkkkkkkkkkkkkkk*

Wan ngan Acih.. muka Acih kalau macam tu.. ada lah yang tak kena.. grrrrrrr... sentap doplohpatjam.

Amaani yang cranky sebab demam... malam ni paling lah dia meragam.. selalunya kalau keluar bejalan.. dia lah yang paling gembira lari sana sini lompat-lompat.. tapi masa ni nak dokong je.. haishhh mak kau nak makan pon tak senang tau.. nasib apak dia ada T______________T

Garupa masak hapa tak tau.. 

chicken apa pon tatau.. sbb bukan tuan tanah yang order *_____*, tuan tanah makan je tau. 

Clear Tom Yam 

daging apa pon taktau

Siakap Stim.. mak aiiii.... masam gila.. stok cuci usus agaknya.. pedas pon boleh tahan bedesing.. kesat tekak aku terus..hahaha... 

yang ni lah paling sedap ;) Acih makan banyak yang nie.. mango with sticky rice.. nyum nyum.. 




Saya sayang family saya... Saya bahagia bersama keluarga tercinta saya.. semoga kebahagiaan ini berkekalan dan semoga keluarga ini sentiasa dilindungi olehNya kerana sesungguhnya melihat kesedihan dan air mata ibu dan ayah saya adalah sesuatu yang paling saya benci.. 





EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Monday, March 26, 2012

HONG KONG DISNEYLAND - Costing / Budget (3D2N)

BUDGET / COST

HONG KONG DISNEYLAND

Sebenarnya agak leceh jugak nak buat costing.. tapi sebab segala readers ai ni manjer olooo looo looooo haiiii, so aku tolong jugak buatkan yer... sebab planning setiap orang berbeza-beza kan? so boleh refer sendiri korang nak stay berapa hari in HK Disneyland.. ko darabkan je jumlah sebenar ye? 

( budget kasar, untuk lebih tepat sila refer currency exchange site )

KOS KAPALTERBANG
atau
Malaysiaairlines.com 

(kos katebang nie pepandai lah korang cari deal yang murah)


TEKSI from HK Airport ke HK Disneyland
HKD120x2 = RM50x2 (pergi dan balik) 

HOTEL IN HONG KONG DISNEYLAND
Disney's Hollywood Hotel
Hong Kong Disneyland Hotel 

tapi aku tau.. korang kan manja, haku dah bagi link pon terkial-kial jugak nak click.. grrrr..
nah aku siap buatkan cantik-cantik...

*Rate per/nite.

Ok harga might berubah dari masa ke semasa ye.. so jangan expect harga ni kekal sampai 20 tahun akan datang..muahaha.. that's why susah nak bagi harga yang tepat kat korang.. korang kena check kat link hotel yang aku bagi tu.. dan masukkan check in date.. so harga akan accurate lah.. ada paham? harga weekends bermaksud sabtu malam... harga weekdays bermaksud harga setiap malam kecuali sabtu malam. Paham? So kalau ko sampai check in hari jumaat, check out hari ahad (2 malam).. 
harga weekdays 1 malam + harga weekends 1 malam = Total 2 malam.. 

Kalau mintak opinion aku, nak stay kat mana? tengok pada budget.. kalau ko duit banyak macam gunung, boleh lah check in kat room yang mahal-mahal.. hahaha... kalau duit tak berapa nak cukup, tapi JANJI dapat check-in kat disneyland.. sila pilih yang termurah.. sebab bagi aku lah, yang termurah tu pon dah cantik gila dan selesa gila ;) 

So sila membuat pilihan yang bijak dan mengikut keadaan ekonomi masing-masing.. sukati nak tido satu malam or 2 malam or bermalam-malam.. Harga di Disneyland nie takde package with Park Ticket.. semua seperate.. hotel lain, tiket lain ;)

So aku bagi option kat sini.. siapa nak masuk Disneyland Park.. ini harga dia:-

PARK TICKET


Kalau tanya pendapat aku.. nak masuk 1 hari or 2 hari? tepuk dada tanya selera... kalau korang booked Hotel in Disneyland, aku suggest korang amik 2-day tiket.. alahai.. tambah HKD100 jek.. dah dapat tiket untuk 2 hari.. untung kan? tapi kalau korang tak stay in Disneyland.. amik 1 hari pon ok jer.. tp kena plan baik-baik supaya tak miss shows in Disneyland.. sayang dikkk.. bukan dekat nak pegi.. huhu.. kalau dah sampai kena lah ronda habis-habisan.. main semua games yang ada ;) kat entrance Disneyland ada segala pamphlet dan show time.. amik je kat situ... 

Untuk book online ticket please click:-

or


DISNEYLAND TOUR SERVICE
Kalau rasa nak guna Tour Service pon dipersilakan... Takde sapa nak marah pon.. ada duit boleh je.. 

Ada 3 package kat situ.. pilihlah mana satu korang nak... kalau tak nak tak payah amik.. pegi jalan sendiri ;) Kenapa best ke guna Tour Service? kelebihannya tak payah beratur dan dapat jimatkan masa dan dapat duduk first row masa tengok show ;)



BUFFET BREAKFAST

Seriously highly recommended.. if korang stay kat Hotel in Disneyland lah.. aku sugget amiklah Buffet Breakfast kat Enchanted Garden (Character Breakfast Buffet) especially yang bawak anak-anak.. check kat website dia.. ada promo till June 30, 2012... selepas tu aku taktau lah.. harga normal tu hah yang dia cancel tu.. so aku tolong kirakan budget kalau korang amik yang promo price yer.. 

Oh ye, Chef Mickey pon best.. itu kat Disney's Hollywood Hotel.. yang last sekali aku pegi sebelum balik Malaysia tu.. besar.. makanan banyak jugak.. itu sukatilah korang nak ke tidak ;) 



***************************************************


Ok now mari aku tolong total up kan kat korang semua yeh...Harga nie untuk 3D2N...dan harga untuk 2 Adults with 1 Child and 1 infant (aged below 3) (Amaani lettew)... aku amikkan harga terjimat ;)


TEKSI (HK Airport - Disneyland - HK Airport)
HKD 240 = RM100 (return)

DISNEY'S HOLLYWOOD HOTEL 
GARDEN VIEW 
Weekday 1 nite = HKD1,760 = RM698
Weekend 1 nite = HKD2,310 = RM916
Total : RM1,614

2 - Day PARK TICKET
HKD499X2 = HKD 998 = RM395 (2 Adults)
HKD355 = RM141 (1 Child) Aged 3-11
*Child below 3yo = FOC
RM395 + RM141
Total: RM536

CHARACTER BREAKFAST BUFFET
HK Disneyland Hotel 
HKD275X2 Adults  -  RM110x2 = RM 220
HKD156 (Aged 3-11) = RM 62
Total : RM282

CHEF MICKEY 
Disney's Hollywood Hotel
HKD185X2 Adults - RM74x2 = RM 148
HKD 106 (Aged 3-11) - RM42
Total : RM190

TOTAL : RM2,722


* Tapi ini anggaran kasar sahaja... sebab harga mungkin boleh berubah-ubah.. dan sila refer
 website Hong Kong Disneyland dari semasa ke semasa... dan sila refer Currency Exchange jugak untuk tau harga yang tepat... dan harga kasar yang aku bagi nie korang boleh tukar ikut kesesuaian korang.. nak lagi gempak amik room yang mahal.. kalau anak dah lebih 3 yo, korang tambah lah ikut harga child aged 3-11yo.. untuk room boleh sumbat 2 adults and 2 child only. anak lebih kena amik bilik lebih lah kot..muahaha... 

* Halal Food ada inside park area Adventure Land (Tahitian Cafe) dah disahkan HALAL.. no worries ;)

* Solat boleh balik ke Hotel masing-masing dan borrow compas kat Hotel tu.. dari Disneyland boleh inform kat Staff yang jaga entrance, kata nak re-enter the park coz nak gi hotel to perform solat ;) nanti the staff will put a mark so korang boleh re-enter the park ;)
kalau tak tinggal kat Hotel in Disneyland pon tak pe, boleh contact guest relation kat City Hall (Inside the Park)  bagitau nak room untuk perform solat and they can arrange a room for you.. tapi lagi bagus kalau book in advance (2-3 days) before arrival.. 

* For parents yang bawak stroller tak de masalah, kat dalam Disneyland ada belambak Stroller Parking.. tinggal je kat situ masa nak main games ;)  kalau tak nak bawak boleh sewa jugak.. eh, bawak jelah sendiri punye kan senang..

* Sebelum pegi check lah dulu weather kat HK tu cemana.. sejuk, bawak lah sweater yer.. kalau panas tak perlu lah...

* Keluar je dari Disneyland tu.. ada MRT ke Hong Kong city... mana tau korang nak keluar berjalan ke Hong Kong kan ;) operation hour till midnight kalau aku tak silap.. sila check sendiri, jangan malas sangat yeh.. 

* Bawak duit shopping lebih sikit.. sebab segala toys kat dalam tu MENGGILAKAN serious tak tipu..kalau tak beli, nescaya menyesal seumur hidup..hahahaha..

* Try book flight ticket awal supaya dapat harga murah ;)



Baiklah.. dah takde apa aku nak share lagi... dah cukup manja dah korang ni tau..kemain lemak berkrim lagi memasing....sapa nak guna secretary part time boleh contact fillanie... aku jadi trip planner korang.. gaji boleh bincang.. muahahha.. kalau ada apa-apa lagi tak paham boleh tanya kat comment box... kalau daya aku jawab, kalau tak daya, ko pegi google sendiri.. 


-Assalamualaikum, Adios-








EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Friday, March 23, 2012

Jom bergambar dengan Grid Ambassadors di PETRONAS STATION..

Hi my beloved readers ;)

Hari ni ada announcement sikit nak buat... 

Sesiapa yang berminat nak snap pictures with grid ambassadors (girsl and guys) dipersilakan untuk datang ke Petronas Station... kerana ramai grid girls and guys yang menunggu anda disana.. sambil-sambil isi minyak, boleh lah posing sekali...

Grid Girls and Guys 

oh sweet, tolong isi minyak sekali.. abang-abang mesti suka nie ;)


waaa.. service baek punye... tolong bersihkan cermin kereta sekali yer.. 

 
happy adik-adik nie hah





Pastikan anda berada di Petronas Station berikut pada masa dan tarikh berikut :- 
Orang Kedah, Orang Selangor dan Orang Kuala Lumpur.... Jangan lepaskan peluang yer.. bukan senang nak amik gambo ngan aweks cun ;)

See u there! 





Remaja zaman sekarang...

Serious aku tak paham apa masalah budak-budak remaja sekarang nie.. Remaja perempuan.. dah macam jadi trend plak sekarang.. nak keluar pegi beli prepaid.. pastu hilang.. Gempar plak satu Malaysia remaja 14 tahun, 15 tahun hilang.. Asal keluar beli prepaid hilang...omg.. 

Pastu the next day keluar plak surat khabar kata remaja tu tak hilang pon.. tapi merancang diri dicolek supaya boleh hilang lesap bersama buah hati. kelas kau... 

yang haku ni masa baca suratkhabar kata remaja dicolek masa nak beli prepaid.. dicolek plak masa tengah berjalan dengan adik-adik... perghh gila saiko.. berani gila colek anak orang sukati tekak tengkorak kau depan orang ramai..bukan jalan sorang-sorang kat tempat sunyi.... ini sudah tahap melampau.. orang sana sini risau.. rasa negara dah tak selamat... aku pon terus rasa menyesal dulu biarkan Acih gi naik lif sorang-sorang.. konon nak didik anak supaya independent.. tup-tup hari tu keluar surat khabar budak 5 tahun hilang waktu mak dia suh pegi kedai beli maggi ngan telo... dan ditemui rentung.. 

serious aku seriau masa tu.. kita ada anak.. so kita semua takut dengar cerita-cerita yang tak masuk dek akal.. tapi hakikatnya memang benar terjadi.. aku dah semat kat dalam hati time tu.. no way, aku takkan biar anak aku gi kedai sendiri.. walaupon kedai tu 10 tapak dari pintu umah... lantak lah anak aku besok jadi manja ke... tak reti berdikari ke... janji dia depan mata aku.. aku tak boleh bayangkan kalau nasib aku macam orang lain yang masuk surat khabar tu.. aku bukan jenis orang yang tabah or kuat.. silap haribulan aku gila kot.. 

ni nak cerita balik kes remaja tu.. aku taktau apa masalah budak-budak nie... apa pon masalah kau dengan keluarga kau.. aku rasa macam tak boleh nak terima alasan hidup terkongkong... waklu??? baru form 2 dah pandai complain terkongkong bagai... mak kau ikat besi ke kaki kau? tak bagi pegi sekolah? tak bagi jumpa orang? kau dah pegi sekolah tu pon dah cukup baik dan mak apak kau pikir utk masa depan kau.. aku tak paham apa yang dia consider sebagai 'hidup terkongkong'.. oh mungkin rasa terkongkong sebab mak bapak tak bagi ada boyfriend? so itu kau consider sebagai terkongkong... chill lah dik... kau ada banyak masa lagi nak bercinta... orang lain bercinta jugak time sekolah... dating jugak... tapi takde lah sampai melampau bercinta sampai stok tanak balik umah... nak duduk ngan boyfriend.. nak duduk ngan keluarga boyfriend.. haishhhh melampau gila... baik ko berhenti sekolah, mintak kawin je terus.. 

Now bila dah dijumpai dalam keadaan selamat... dah tak nak balik umah mak bapak sendiri pulak... sanggup hidup dibawah jagaan KKM... wth? ok mungkin budak ni ada masalah dia sendiri yang kita tak tau.. so jangan nak assume macam-macam... tapi come on lah... bab yang ko plan diri dicolek tu pon dah menampakkan ketidakbijaksanaan kau tu... hadoilah.. dia tak sangka kot, satu Malaysia tau.. hmmmm... now bila semua dah tau.. ko buat satu lagi hal.. tanak balik umah sebab terkongkong.. hmmmmm mana lah keluarga nak letak muka.. 

Apa pon alasan remaja-remaja ni semua... korang boleh tolong sikit tak? sebelum buat sesuatu tu.. TOLONG   lah bijak sikit... aku tau lah baru form 1- form 2, tapi BIJAK sikit lah.. jangan lah rasa diri tu dah hebat sangat... aku tau, jiwa muda nie, memberontak dia lain macam sikit.. tapi sebelum buat sesuatu.. fikir akibat dia dulu... aku tau readers aku ramai budak sekolah jugak.. so adik-adik... tolong lah... dengar sikit cakap parents... apa yang mak apak kita buat tu, dah tentu terbaik untuk kita... aku pon pernah muda.. aku tau... ada peringkat umur yang aku rasa SEMUA AKU BETUL... so bila mak bapak tegur.. terus nak melenting... mak bapak tegur sebab sayang... kawan-kawan lain, mak bapak tu lain... time seronok memang dengan kawan-kawan.... tapi kalau kau susah besok, MAK BAPAK jugak orang yang kau carik.. 

"renung-renungkan dan selamat beramal"








EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Thursday, March 22, 2012

Collectible Toys..

Aku kalau pegi mana-mana mesti nak beli soft toys... especially kalau pegi travel anak-anak plak tak ikut.. Confirm kalau balik tak belikan apa-apa untuk anak, rasa serba salah tinggi menggunung.. hihi.. takkan lah ko balik je "Acih, tutup mata cepat".. pastu jerit "Surpriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!"

Acih bukak mata tengok-tengok coklat 2 ketul.. mau melalak guling-guling budak tu kang.. hahah.. bukan lah nak ajar anak bermewah-mewah.. bukan jugak nak mengajar anak untuk expect something bila kita pegi mana-mana.. nooo.. aku tak pernah nak ajar Acih tu expect apa-apa dari mak apak dia.... tapi adatlah.. nama pon budak kecik... ko dah berseronok tak bawak anak gi travel, pastu nak balik tangan kosong? 

Tapi mak apak diorang jugaklah yang pening.. apa benda lah nak beli untuk anak dara dua orang tu.. baju? arghhh kang pakai-pakai lusuh, pastu dah tak muat, buang.  So aku lagi suka beli soft toys yang cute-cute.. sebenarnya haku yang hover.. hahaha... anak lek jer..

Ini beli kat Korea masa gi teddy bear farm ke apa tah.. hand made bear.. yang besar Acih, yang kecik Amaani... geram kan? hahaha.... pastu Acih peluk-peluk kejap.. now dah teperosok celah katil dia T____T

Ini beli kat Hong Kong Disneyland.. Comel arrr.. kenot tahan... belambak soft toys, so suruh Acih pilih... dia nak yang dua ekor nie.. 

Oh ada beli Minnie mouse masa 1st time gi Disneyland dulu.. tapi lupa nak snap.. maybe dah sumbat dalam kotak dah pon ;) tunggu nak pindah.. 

Ini masa gi Bali haritu.. Teddy bear for Acih.. and Pingii untuk Amaani.. kenapa bukan Pingu ah? hahah.. tapi bila tengok dua ekor nie.. macam sesuai ngan character.. hahah.. Acih kan gedik-gedik manja.. so bear tu memang sesuai untuk dia.. yang Amaani punye.. haku tengok dah macam rupa dia.. hahahaha... bolat je muka.

Ni beli kat Universal Studio, Singapore.. takde untuk sesiapa.. collect je untuk kenangan ;)

Ni beli kat HK Disneyland jugak untuk Amaani.. comel kenot tahan.. bila on battery dia.. ko clap your hand.. dia dance tegedik-gedik.. pastu dia diam, clap lagi dia dance lagi.. 

Ini fridge magnet.. tomey jugak rasa nak lempang ;)

Ada lagi yang comey-comey, tapi dah pack masuk kotak and dah seal.. lagi satu Hard Rock nye toys pon collect gak.. dah ada from Bali and Hong Kong.. masa gi Korea, dorang cakap HRC Korea dah tutup ke apa.. so diri adalah hampa :( 

Seronok ada collectible item nie.. lagi-lagi yang boleh disimpan untuk kenang-kenangan.. so korang kalau pegi mana-mana boleh lah collect jugak yek ;)





EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Wednesday, March 21, 2012

GRILL..

 Perlukah aku terbahak sekarang?

Saje gedik google pic 'GRILL' 

tanjatboboi opocotmakkau

sekali grill ini yang keluar... T____________T











sebab haku carik grill ini sebenarnya:-


-pic googled-

Siapa boleh tolong? haku nak buat grill umah nie.. penat round sri kembangan nak cari tempat nak buat grill umah... dulu masa memula belambak kat letter box tu.. tapi tak amik pulak.. now ada cicak je dalam box tu.. hahaha.. ngan kertas lencun.. hihi.... 

kalau ada yang nak recommend kan pon bagus jugak.. yang murah dan buatan dia kemas ye ;) 

segala kerawang-kerawang ai taknak.. sebab ai berjiwa kentel.. so grill haku mesti straight.. takde kerawang, takde bunga, takde daun.. 

ai tak sabar dah ni nak pindah ;)




EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

DEMAM.

Buah hati pengarang jantung nie demam :(

start demam hari isnin malam kot.. huhu.. Amaani jarang demam.... tetiba pulak bila demam nie rasa panik pulak lah mak dia... tak panas melampau lah.. cuma dia merengek-rengek.. pastu sesikit "Dokongggg".. haihhhhhh kus semangat nak dukung tau... pastu sesikit jerit "Takyah lahhhhhhhhhh".. "Jangannnnnnnnn lahhh".. "Noooooooooo"  padahal takde buat apa-apa pon kat dia.. agaknya dia nak bagitau yang dia demam dan tak selesa... so semua nya ayat-ayat serba tak kena yang keluar dari mulut dia..

Pastu membebel-bebel... siang dia ok jer kot.. budak memang selalu demam malam kan.. makan ubat pon senang je..malam tadi dia ok tak panas langsung.. haku ingatkan dah baik teruslah demam dia.. tapi dah tengah malam sikit.. dia panas plak sikit.. kul 6.00 pagi dia kejut.. nak dukung lah.. itu lah inilah.. "Atiitttttt, Atitttttt"... alahai sian... 

Hantar umah babysitter je.. bila pass kat Kak Ila tu dukung dia.. terus dia pelok kak ila tu kuat-kuat.. ecewah.. ko tak heran mak kau yeh? bila cakap bye, dia pandang ekor mata je... hihi... 

Ok lah sayang, get well soon, jangan bagi mama risau banyak-banyak ;)







EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

Siapa nak hadiah, Jom join Drypers contest

*48 hours sticky note*
*please scroll down for new entry*


Sejak Acih dah besar nie.. aku dah kurang amik gambar dia kan? hahaha.. sekarang sikit-sikit gambar Amaani.. sesikit Amaani.. yelah.. baby kan... sapa tak suka amik aksi baby? Acih pon ok jer suka snap gambar Amaani jugak... lagi-lagi kalau tengok si kenit tu tengah mengada-ngada, manja ke atau buat aksi apa pon lah.. laju je tangan aku ni nak snap aksi dia ;)

Aku dan kamera memang tak dapat dipisahkan okay.. haha.. serious camera mesti sentiasa ada dalam handbag.. sebab detik-detik yang indah tu tak berlalu dua kali.. bagi aku lah.. peristiwa tu tak berulang.. so kenapa korang nak miss moment tu?

hahah ni masa gi Disneyland last year... paling suka gambar nie sebab gigi Amaani besar macam kapak.. pastu pipi dia tegang macam pakai botox hahahaha...

suka gambar ni jugak.. sebab dia nampak gegirl sangat ada riben atas kepala ;) kalau takkkk, macam jantan jek.. hahahah....

suka gambar ni jugak sebab muka Amaani macam muka mintak kena lempang time nie.. hahaha

Seronok dapat capture that beautiful moment with our child kan? aku kan ada belambak-lambak gambar Amaani? so tetiba hari tu Drypers ada buat satu Contest yang best gila.. dan memang sesuai untuk orang yang Gila Snap gambar anak macam kita-kita ni lah.. hahaha...

So aku pon join lah contest tu jugak.. dan aku rasa nak share ngan korang jugak supaya korang pon join jugak sama macam fillanie ;)  contest nie adalah SANGAT best.. dan mudah nak menang.. cara pon senang gila je...

Aku ni kan bangsa pemalas gilos nak masuk contest? sebab selalunya kalah.. lagipon aku jenis memilih.. aku nak join kalau contest tu BEST je.. kalau tak best, Sekian terima kasih.. cuba lagi 5 tahun akan datang ;)

So kali nie sebab contest dia best.. kalau dah aku kata best.. sila jangan ragu-ragu... hahaha... 

Contest adalah from DRYPERS



Apa yang korang kena buat? senang je u olls, kalau ada anak yang berumur 1-4 tahun.. 

1. Ambik camera masing-masing.. dan sila ambik Video anak anda.. 

2. Kalau serious korang nak menang, sila Be Creative!! tak nak lah video bosan-bosan... 

3. Jangan risau, kalau tak nak Upload Videos, ambik Gambar sahaja pon boleh join Contest nie ;)

-
-
-
-

Nak ambik video aksi cemana? Ok aku bagi guidelines sikit yer.. Korang kena tonjolkan Real Moments of everyday parenting.. Contoh nya.. video kasih sayang seorang ibu dan anak dan betapa bersyukurnya korang sebagai parent. Ikut lah gaya creativiti masing-masing untuk MENANG yer ;)

Kalau menang apa hadiahnya???

-
-
-
-


WINNING VIDEOS

Monthly Prizes: RM5000 x 2 Winners x 2 Months
Weekly Prizes: RM400 worth of Drypers products x 1 Winner x 8 Weeks


WINNING PHOTOS

Monthly Prizes: RM1000 x 2 Winners x 2 Months
Weekly Prizes: RM400 worth of Drypers products x 1 Winner x 8 Weeks

CONTEST PERIOD: 5th March 2012 to 29th March 2012


Over RM30,000 worth of prizes to be won!!! 

-
-
-
-

So sila make sure anda adalah salah seorang pemenang contest ye ;)


Oh ye, Contest ni FREE sahaja.. Nak masuk contest tak? Best tak? Mudah tak nak menang? 

Cara-cara masuk contest:-

Step 1
- Click My Baby Did What?
- link and LIKE page tersebut

Step 2
- Download My Baby Did What? application
-ikut instruction untuk submit Video atau Photo anak anda
* tips: amik video dan gambar yang FUNNY ok.. chances nak menang tu tinggi lah sikit ;)

Step 3
Share video / photo dengan friends dan PAKSA kawan-kawan anda VOTE!!!!!! 

Prizes akan diberikan SETIAP MINGGU.. maknanya EVERY WEEK akan ada Winner.



Disebabkan Amaani adalah pemakai Drypers tegar.. Aku nak share sikit... tak penah plak aku nak citer Amaani pakai diapers apa kan sebelum nie? actually aku dah try jugak few brands out there.. tapi aku pilih Drypers Wee Wee Dry untuk kegunaan harian Amaani... sebagai ibu aku nak diapers yang selesa untuk dia sebab Amaani kan punggung dia lebar.. so diapers yang 'kurus-kurus' memang tak leh... so far memang tiada kebocoran lah kalau dia yak-yak.. tak tembus pon kiri kanan tu... jadi aku memang pilih Drypers sebab berkualiti dan harga pon munasabah ;)



nampak tak bahagian belakang? kemas terletak jer kat punggung dia... ai like ;)

so bertukarlah kepada Drypers... sama macam fillanie ;) eh fillanie tak bertukar yer.. memang dari dulu dah guna sebab best dan berpatutan ;)


so nak tau gambar yang aku pilih untuk join contest tu?







sila scroll down






















































hahaha.. tanjat boboi tau...




Sila VOTE yer.. nah ni Link kalau nak vote Amaani... 

Please click:   Vote Amaani 
-
-
-
-



hahahah.. Haku pon nak menang... kesian aku jarang menang contest.. so cepat Vote.. dan korang pon cepat join.. boleh kita berbalas-balas Vote ;)



Tuesday, March 20, 2012

Petronas Motosports Grand Prix 2012 Showcase

Ok, sila percaya aku baru lepas attend showcase Gilang Gemilang di KLCC Concourse pada 18th March 2012... It was such an awesome experience sebab rasa kewl gila bila dapat attend event yang selalunya orang perempuan takkan attend.. hehehe.. mula-mula rasa serba salah nak pegi ke taknak? of course semua lelaki nie.. ermmmm... tapi F1 Petronas Grand Prix tuuuuu... ok, terus setuju!! 

Sebelum kita cerita lebih detail tentang showcase yang awesome tu.. nak cerita dulu cemana tuan tanah/ tuan punya blog nie bersiap nak ke Petronas Motorsports GP event gitewwwww... haha... yang pasti anak-anak sila tinggal di rumah bersama apak korang yer.. eh, aku dah ajak, apak dia tak leh sebab banyak kerja nak settle.. so dia suruh aku pegi sendiri.. omg.. sadis gila biarkan your beloved wife pegi attend event racing-racing bersendirian? ok lah.. terus teringat kat BFF

Yes, Anny yang temankan saya ;) tengkiu BFF ;)

boleh terjumpa Sepet ler plak kat sini.. phewww lega.. kurang nervous sikit haha..

Sampai je KLCC Concourse (ruang legar KLCC) terus tergamam... ada kereta Mercedes Benz kat situ.. terus jadi jakun kejap.. mencelah-celah kat manusia lain dan snap gambar..

sila mark your calender ye... 

Petronas Motorsports Grand Prix 2012 (#PMGP 2012) 
will be held from 17th March - 25th March 2012
venue: KLCC Concourse

opens daily from 10.00am - 10.00pm
Free Admission

Sambil bershopping kat KLCC boleh datang tengah-tengah KLCC tu.. snap-snap gambar sebab ada stage disediakan kat situ.. ada MERCEDES AMG PETRONAS Formula One Team Car, MERCEDES-BENZ SLS AMG Roadster and MERCEDES BENZ CLS 350 cars. 

Ada screen besar jugak kat situ.. tentang F1 laaah.. apa lagi ;)

amboi abang tu.. kemain posing lagi.. menyandarrrrr...hehe..

Aku ni mana lah tau sangat pasal kereta-kereta nie.. tapi bila tengok kereta very the sporty macam tu kat tengah-tengah KLCC tu.. gedik-gedik gaklah amik gambar..orang pompuan la katakannn...hahaha...Jom sepet, kita amik gambar jap.. bukan senang ko nak begambar ngan kereta nie...


Nampak sangat muka nervous, cuak-cuak, malu-malu kan? yelah... ai kan perempuan gitew.. haruslah mantain ;)

Register dulu.. oh cantik tul yang jaga registration counter nie.. 

Oh, untungnya.. dapat ini jugak.. dalam bag ada note book cantik siap letak dalam kotak lagi.. ada pen dan macam-macam.. thank you petronas ;)

Saya di tengah-tengah KLCC..


Kat situ jugak ada booth jual macam-macam petronas motorsports merchandise seperti T-shirt, T-shirt budak kecik pon ada.


 PETMOS collection seperti cap, belt, botol air dan macam-macam..visitors yang datang showcase ni jugak berpeluang mendapatkan tiket masuk ekslusif ke PETRONAS Motosports 2012 GP.. so cik abang-cik abang semua apa lagi? marilah turun KLCC... 

Ada macam-macam activities jugak sepanjang 9 hari Showcase berlangsung.. Tapi aku sempat lah merasa main game.. haha.. maluuuuuuuuuuuuuu... sebab perempuan tak ramai.. Ada 2 monitor screen kat situ.. pastu game tu kena 2 orang.. kiranya fight lah kan..

Orang ramai yang datang ke showcase nie berpeluang try 'Speed of Sound' game nie..

Ada satu line warna green... line kita warna orange tu.. pastu kena pakai earphone.. pastu kena race dengan line green tu.. tapi guna suara kita sendiri.. pastu kita (line orange) kena ikut line green tu. kalau line tu tinggi so suara kita pon kena tinggi.. barulah line tu selari macam high note gitu.. kalau line orange rendah kita kena rendah kan suara atau diam terus.. kira menguji pitching lah nie..hahahaha... mati lah malu sebab ramai lelaki kat situ... tetiba ko nak menjerit-jerit test suara pulak kat situ kan? tapi nak buat cemana tak leh lari sebab Petronas staff yang organize game tu dah tunjuk aku "Okkkkk youuuuu!!!" hamek kau.. tepat kat muka.. hahaha... terus muka confident kena lawan budak lelaki kat sebelah...

key in nama, contact number and email address dulu.. auwww.. ada orang salin phone number ai yer? hahahahahaaa... dah lah terpampang kat screen tu.. 

ok mari kita feeling masuk studio nak buat recording -_____________-"

Masa main game, dah tak pandang orang belakang.. gila semangat nie.. sekali tuuuuu... YESSSSS!!!! aku menang tuuuuuu!!!! dengan speed 12 mcm tu (ok sengaja bold ayat sebab bangga) hahah.. kesian mamat sebelah tu kena boooooo sebab kalah ngan PEREMPUAN.. auww auww auwwwwww.... sorry cik abang ;)

bukti score!! hehe

Lepas main game tu letak balik earphone tu.. siap gembira rasa nak lonjak.. siap "Yes!! Yessss!!".. padahal tangan teketar-ketar... hahaha.. aku kan ada penyakit sikit... nervous depan orang ramai.. hahahha... nasib tak muntah sekali kat situ.. hahahah... hover kau ni..

Ada briefing sikit sebelum kami di bawa ke satu area untuk bergambar dengan kereta. 

Ok mari-mari.. nasib tak roboh tau stage tu.. Abang krew yang jaga tempat ni dah muka panik sikit dah.. heheheee... 

Jom kita gi tengok kereta racing

hebat tak hebat tak?

kemain syok lagi bergambar.. especially yang lelaki lah.. siap lompat-lompat.. tensi tau... sebab ai pakai high heels 5 inci T___________T kalau tak, confirm i pon lonjak sama.. 

Sebelum kitorang pegi Dinner with Petronas Team... meh nak sambung cerita sikit.. Ini antara activities yang dianjurkan oleh Petronas Motorsports Malaysia sepanjang Showcase ini:-

20th March 2012 (Tuesday) - MERCEDES AMG PETRONAS TEAM akan membuat lawatan ke MERCEDEZ BENZ MALAYSIA di Pekan, Pahang... wah bangga orang Pekan tau!!!!!! 

21 March 2012 (wednesday) - CHILDREN'S OUTREACH PROGRAMME bertempat di PETROSAINS... program ni macam tour of Petrosains with selected school children.. tapi bukan sekadar itu.. hahaha.. sebab ada 2 orang terkenal di dunia yang akan join that event.. 
Michael Schumacher and Nico Rosberg.. huahhhhhhhhhhh... tetiba rasa nak jadi budak sekolah.. 
-
-
-
-
-
-
-
-
ok now sila pay attention...sebab ini lebih penting!!! 

Anda nak tengok Michael Schumacher dan Nico Rosberg secara live???? nak mintak autograph??? 

Ada yang tak kenal ke dengan pelumba dunia ni.. pitam kalau ada yang tak kenal hahah.. meh tunjuk gambar sikit ;)

Michael Schumacher
Born: 3 Jan 1969 (43 yo)
German Formula One Racing Driver for Mercedes Team
Seven-time World Champion (1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004)


Nico Rosberg
Born: 27 June 1985
Holds dual nationality : German and Finland (but races under the German Flag in Formula One)
Racing Driver for the Mercedes GP Formula One Team
Youngest driver to set the fastest lap in 2006 Bahrain Grand Prix
Scored first podium for Mercedes GP Petronas at the 2010 Malaysian Grand Prix

Hahaha.. mentang-mentang handsome.. terus cerita panjang lebar pasal Nico.. ye lah.. Michael Schumacher dah otai... Nico baru lagi.. muda lagi.. way to go ;)


MEET THE FANS SESSION

MICHAEL SCHUMACHER & NICO ROSBERG
Time: 5.45 pm - 6.45 pm
Date: 21st MARCH 2012
Venue: KLCC CONCOURSE (Centre of Suria KLCC)

Anda dijemput datang beramai-ramai ke KLCC Concourse... Datang lah seawal pukul 5.00 petang.. so korang dapat amik tempat cun-cun sikit.. depan-depan stage gitu... beli marker pen, "I want your autograph, please sign here" #tayang bahu

hahahahaaaaaaaaa.. tak kelaka. 

Tapi serious, siapa yang tak nak melepaskan peluang tengok dua orang racer tersohor nie.. pegi lah KLCC on 21st March ni ;)


and lagi satu yang menarik... PETRONAS MOTORSPORTS akan organize 

CONCERT
"TWIN TOWERS @ LIVE" concert
Time: 6.30 pm - 2.00 am
Date: 23rd and 24th March 2012
Venue: PLAZA KLCC, KLCC
IT'S A FREE CONCERT!!! 


dan acara kemuncak F1 akan berlangsung di Sepang:-



FORMULA ONE GRAND PRIX 2012
*WEEKEND SCHEDULE*

Date: 23rd MARCH 2012 (FRIDAY)
10.00-11.30am - F1 First Practice Session (90 minutes)
2.00-3.30pm - F1 Second Practice Session (90 minutes)

Date: 24 MARCH 2012 (SATURDAY)
9.30-10.30am - F1 Pit Stop Practice
1.00-2.00pm - F1 Third Practice Session (60 minutes)
4.00-5.00pm - F1 Qualifying Session 

Date: 25 MARCH 2012 (SUNDAY)
2012 FORMULA ONE PETRONAS MALAYSIA 
GRAND PRIX (56 laps/120 minutes)
Time: 4.00 pm
Venue: SEPANG INTERNATIOANAL CIRCUIT 


*Sila berkampung berkampung kat SEPANG dari 23rd hingga 25th March, Exhibitions and Merchandise semua dah start jual time nie.. banyak booth dah bukak from 10.00 am - 10.00 pm.. 





Ok sudah habis cerita tu.. kita sambung kisah aku pegi event ;)

Dah selesai main game, amik gambar, tengok kereta Mercedes Benz semua tu.. kitorang nak pi dinner plak.. Dinner di The Apartment, KLCC. 

Terus rasa macam best-best je.. sebab dinner sekali ngan Petronas Team kan.. 

Let me introduce u to my BFF Anny.. kalau Pak Radie takde je, memang dia lah mangsa keadaan.. muhahah.. thank you Anny.. siap amik, siap hantar... mana ko nak cari orang macam Anny? muahah... (padahal kena paksa) hahahahahah... 

The Apartment di tingkat atas.. cozy... romantik pon yer jugak.. tapi sebab in big group kan.. kalau datang berdua-duaan memang *ehem ehem*

Kami dihidangkan dengan macam-macam makanan.. tapi ai kan on diet? hahahah *tipuuuu*

so cuma makan nie.. *tipu lagi* (sebenarnya yang lain dah selamat dalam perut, tak sempat snap) sorry. 

General Manager, Puan Anita.

Ok masa tengah makan... ada activities lagi... huwaaaaaaaaaaa.... ada speed trivia challenge...main soal dan jawab. 

Well, event with the bloggers, keadaan ini sudah biasa hahahahhaha.... 

ada short briefing sebelum games start.

Adoiiiiii haku nak menang jugak.. tapi tak sempat angkat tangan, orang lain dah jawab dulu... and u know what, prizes dia.... i repeat THE PRIZES are Samsung Galaxy Notes, Nokia Lumia, Samsung Galaxy SII and  Samsung Galaxy Tab 10"... let's cry together..... 

and here are the winners with their prizes... all smiley faces kan????? Oh my!! yang pakai snowcap tu, menang untuk games yang racing tu (Speed of Sound) game... aku dapat 12 markah.. dia menang keseluruhan dapat 10 markah.. OMG, sikit lagi haku nak menang T_________________T


Congratulations to all of the winners..  yes, i'm sincere.. from the bottom of my heart, congrats!!

*muka macam tak ikhlas yeh*

*peace*






motorsports@petronas

website: www.petmos.com.my
twitter: PET_Motorsports
fb: PETRONASMOTORSPORTS