Tuesday, December 31, 2019

KOREA TRIP - Part 3 (Snowy Land Vivaldi Park / Kampungku Restaurant / Itaewon Halal Food)

Hari ketiga di Seoul ni aktiviti kita ialah ke Snowy Land.  Kali ni Kak Pilla decide untuk ke tempat ski awal sikit sebab haritu masa bawak bebudak gi Japan, Amaani demam teruk.. Hampir tak jadi nak ke tempat ski tu.. Tetiba kali ni aku pulak cuak, dalam hati terpikir pegi awal, kalau selepas tu nak demam at least dah settle pegi tempat ski tu hahahaha.. Sampai ke situ pulak aku dok pikir..

Snowy Land ni amik package kat Trazy.com.. korang boleh click HERE untuk tengok package yang Kak Pilla amik.  Boleh je pergi sendiri naik bas kot.. Tapi lagi senang amik package sebab tak yah pening kepala dia ada bus transfer sekali.. Paling penting ko kena ada kat meeting point yang ditetapkan awal 15 minit.  

Pagi tu kelam kelibut sikit sebab kitorang decide nak naik bas untuk ke area Lotte Hotel, Myeongdong (meeting point) tapi bila tanya sorang orang korea yang nak pegi kerja tu dia cakap better jalan kaki.  Paling best dia cakap "Follow me"..

Aku macam Eh tak pe ke? dia macam nak gi kerja melintas jalan gi bus stop dah.. takkan pasal kitorang dia sanggup jalan kaki bersama.. Ye jauh jugak dia jalan kaki dengan kitorang sampailah nampak kelibat Lotte Hotel baru dia suruh kitorang teruskan jalan.. Aku punya "Kamsahamnida" macam nak cecah lutut dah hahahahaha.. Orang diorang ni kalau baik tu memang baik betul.. Tapi kalau kerek boleh tahan kerek dia hahaha.. Ingat lagi masa aku gi 7E nak beli banana milk tu.. aku confuse sebab macam ada 2 jenis so sorang staff pompuan muda tengah susun susu-susu tu.. Aku pun tanya elok-elok which one is banana milk.  dia buat bodoh.. so aku tunggu jelah dia nak jawab tak.. pastu dia amik satu banana milk tu dia campak je kat rak atas tu "banana" dia cakap.. sambil tak pandang pun muka aku.. Perghhhh menyirap darah sis.. tapi aku telan ailio jelah yang mampu.  kongajo ko yer.  Segelintir lah kot yang kerek hehehe..

Ok sambung cerita.. Perjalanan naik bas yang kita booked tu lebih kurang sejam kot.. sorry tak ingat dah hehhe.. Tapi Kak Pilla memang suggest kalau korang ke Korea musim sejuk dan nak pergi tempat ski yang paling dekat dengan Seoul, better pilih Snowy Land Vivaldi Park ni je.. Especially yang bawak anak-anak.  Snowy Land ni rasanya snow buatan tapi diorang buat macam real dan besar tempat ni.. Janji main snow kan? Tak kisahlah snow semula jadi ke apa..

Oh dalam perjalanan dia ada stop kat satu tempat untuk kalau korang nak pakai winter cloth yang dia sediakan.. Nasib lah ada size ke tak.. Kak Pilla ingat kena bayar, rupanya free je.. So yang pakai baju kat tempat tu Icha je.. Pastu naik bas semula sampailah ke Snowyland ni..

Jalan ke sini dan kena naik cable car tu ke Snowy Land. (Harga dah termasuk dalam package)

 Tu gambar keseluruhan Snowlyland

Siapa nak main ski pon boleh.. Ada je Ski Package kat trazy.com tu.. 



 Budak-budak paling excited masa ni.  Kalau boleh korang pakailah pakaian dan seluar sesuai untuk main snow tu.. aku malas yer hahaha.. Pakailah jeans je hahahha.. Glove penting.. pakai glove yang bukan wool tu.. Cari yang kalis air.  Glove Icha tak sesuai sebab mengumpul snow hahahha..

Jacket dan seluar Icha tu pakai yang dia sediakan kat tempat stop memula tu..


Hadap jelah gambar snow bebanyak ni yer.. Kak Pilla nak simpan sini untuk kenangan ;)

 Memang puas diorang bergelumang kat snow ni..

Tengok seluar Amaani kat belakang tu hah.. Bila pakai jeans jadi macam tu tapi dia takde hal ok jer hahahha.. Kasut pon basah.. dah jadi keroje plak balik tu keringkan guna hairdryer kat hotel hahaha

Anak dara ni satu hal jugak.. Berpuluh aku kena snap gambar dia.. Semua tak kena.. takde lighting lah.. jangan amik penuhlah.. kena amik half lah.. itu ini.. perghhh remaja macam tu yeh?

Bapak dia pun perangai jugak.. Asal aku snap je ada je dia menjelma kat situ..


Budak lasak ni.. Tak reti sejuk dia ni.



Aku dok sini meneman diorang jelah..

Ok kat sini ada satu je cafe "Snowy House" ni tapi takde makanan halal kat restoran ni.  So korang kena siap-siap bawak bekal ye.. Sebab kita akan seharian sampai pkl 5:30 petang kat sini.. 

Memandangkan aku duduk hotel tak leh masak, so mampu sediakan maggi Sedap Goreng sahaja hahaha.. Dah lah sejuk maggi tu muahahhaha.. Tapi berselera diorang makan sebab kelaparan.

 Buat dua bekas share ramai-ramai.. Bekas microwave tu penting bagi aku.. Aku bawak dalam 5 bekas kot.. Dah pakai bawak balik and basuh.  Last day nak balik KL baru aku buang semua hahaha..

Masa ni kaki aku dahlah sakit.. So diorang pi main snow dengan apak dia.. aku dok sini jaga bag.. Bukan setakat tu, aku sempat tidur ye kat kerusi ni.. Sejuk nak mampos pon boleh tido hahahah

Amaani ni taknak potong rambut.. Dah macam cik ponti aku tengok.. Tapi macam gambar ni kadang aku rasa dia macam boy rambut panjang hahahha

 

Icha terlalu mengidolakan Amaani.. Bila amaani posing je.. dia akan tiru gaya sama hahahah

Ni je kasut aku sepanjang kat Korea.. Yellow Boot timber tu tapak plak terkepak masa kat KLIA lagi.. Aku rasa walaupun skechers ni aku beli sebab dia claim terlalu selesa untuk walking shoes tapi kaki kiri aku sakit.. Taknak beli kasut baru kat sana sebab tanak membazir.. Pastu aku pikir balik aku rasa kaki aku ni pelik sikit.. Tak boleh cari yang cushion lebih nanti akan sakit.. aku kena pakai yang sportshoes flat je.. Lagipun faktor cuaca sejuk sangat buat kaki aku sakit jugak kot.. 

 Ni acah-acah je sebelum tidur hahaha


Shawl semua yang jenis tak yah gosok.. Tak kuasa aku nak pegang iron kat sana.. Ada masa aku pakai snow cap je.. lantoklah, orang pemalas memang camni hahahah

 Ni je boleh minum.. nak makan tak halal pulek..

Cafe ni ada dua.. Yang ni kat tingkat atas ada jual drinks.


Ni kitorang naik sefamily.. Fun jugak ler hehehe

Slide tu budak-budak ni naik yang rendah sikit tu.. Nampak tak ada dua jenis slide tu..

 Ok yang gambar atas ni Kak Pilla main hahahha.. Sebab fun dan tak seram hahaha

See bukti ai main benda ni.. korang duduk sini pastu slide je turun ke bawah tu.. pastu tarik balik pelampung ni turun balik.. Takde limit.. mainlah kau sampai lebam.

Amaani rajin teman aku main ni hahahha

 

 
Jadiklah ada gambar family yang helok satu ni.. 


Jom balik..

Sambil turun cable car tu boleh tengok orang main ski..

Paparadzi

 Sementara menunggu bas sampai kita bersidai dulu kat sini..

Sampai je kat Lotte Hotel (meeting point) tu terus jalan kaki nak cari makan.. So jom kita try cari Restoran Kampungku.

KAMPUNGKU HALAL RESTAURANT

Korang wajib makan kat Kampungku ni sebab sedap, murah (untuk harga kat Korea) dan banyak choice menu dia..

 Gambar dari FB Kampungku Myeongdong

Kalau group ramai rasanya korang boleh book siap-siap sebab dia ada FB.  Kak Pilla walk-in jer.. Sebelah Restoran ni ada Kampungku Mart jugak.. Semua kat situ jual produk halal :)

Jom tengok menu dan harga :)

Hoi sedap!! Kitorang amik both yang pedas dan tak pedas.  Tamak betul.. pastu tak habis boleh tapau.. Boleh tahan sampai esok malam elok je tak basi sbb sejuk kot dalam hotel pun hahha



Telur Dadar 3,000 won oklah.. Kalau tak silap kat ikan bakar Dongdaemun tu telur dadar dia 10,000 won yer... RM35 telur dadar je, ai is pitam hahahhaha.. 



Korang please try Nasi Goreng Cina dia sedapppppp sangat!!!

portion pon ok.. Harga pon ok 7,500 won.  Kat Busan Jib tu nasi goreng 10,000 won dan tak banyak hahahahahha.. 

Nasi Goreng Black Pepper ok tapi pedas menyengat black pepper dia..

Ramen so-so sebab rasa macam maggi kari letak telur.. Tapi murah gila, 5,000 won je! 

Fried Chicken (7pcs)

 Ni pon 7 pcs.

Harga tak amik gambar plak rasanya dalam 10,000 won satu plate tu.. Tp sedapp!! even dah simpan semalaman pon masih sedap dan tak lembik-lembik ke apa..

Malam tu lapar gila so sis menjadi tamak.. Order nasi putih gak konon nak makan dengan ayam goreng hahahah.. Nasib boleh tapau ;)

Alhamdulilah kenyang semua.. dan puas hati makan sedap dan banyak macam tu.. Jom slow-slow kita balik hotel..

Peminat boba korang boleh beli sebab halal.. Betul-betul kat depan Restoran Kampungku. 

Tapi manis yer.. So boleh mintak less sugar kalau korang nak try.

Kita terus sambung Day 4 kat entry ni yer...

ITAEWON HALAL FOOD

Hari ke 4 di Seoul memang Kak Pilla nak jalan-jalan cari makan jer.. So biasalah bila travel bawak askar ni akan keluar lewat.  Makan nasi dengan ayam yang kita tapau semalam tu untuk breakfast.  Tunggu sorang-sorang mandi.. sudahnya dah nak masuk tengahari baru keluar hehehe.. 

 Kalau korang jenis suka travel tempat yang senang cari Halal Food, Kak Pilla suggest korang stay area Itaewon je.. Berlambak-lambak halal restaurant kat sini.. Fuhhhh masa jalan kat sini bercahaya muka ai hahaha.. tengok kiri halal, tengok kanan halal.. which ko takkan jumpa macam ni kat Myeongdong sana hahahaha..

Huwaaa rasa nak masuk semua tempat nak makan.. Dasyat aku nih.. Dari Myeongdong korang google maps je Itaewon.. nanti dia akan tunjuk arah bus-stop mana nak naik bas tu..

Pak Radie tertelan ailio tengok kebab-kebab ni memang kegemaran dia.. Tapi sorry yer.. i dah tulis dah nak makan mana so kena ikut plan asal kita hahahha

Belakang tu The Halal Guys pon aku dah usha dari kat Malaysia lagi.. Tapi takleh lah semua nak makan.. so stick to plan asal je..

Eksyen.  Acah je tu tak masuk pon hahhaha

Turkish restaurant belambak kat sini



Oh ye, kalau korang dari awal dah stay apartment yang boleh masak memasak, better Day 1 lagi korang dah pegi Itaewon ni untuk beli barangan basah halal.. Ada banyak halal mart yang jual ayam, daging dan kambing jugak kat sini.. Senang korang nak penuhkan fridge siap-siap untuk masak nanti ;)

EID HALAL KOREAN FOOD

Aku plan nak makan kat sini hehehe.. Kebanyakan restoran halal ni dekat area Masjid..

EID Halal Korean Food ada FB jugak.. sila click SINI

Oh EID ni ada cawangan yang dah buka di Malaysia jugak, kat Bangi kot kalau tak silap, tapi ramai DM cakap tak sama rasa macam kat Korea ni lagi sedap hahahah

Restoran ni comel kecik je.. ada berapa bijik meja je dalam tu dan staff dia melayu semuanya.

Sama jugak menu dia tak banyak.. So aku pilih ni..Side dishes tu pun sedap-sedap dan boleh refill percuma je.

 Samgyetang atau Ginseng Chicken Soup tu memang the best lah.. Ayam lembut gila.. makan panas-panas pulak musim sejuk tu kan.. perghhh.. Siapa tak pernah try korang kena try.  Kak Pilla pernah rasa masa gi Korea 8 thn lalu tu hahaha.. Sebab tu teringin nak makan lagi.. Walaupun macam seram sebab nampak ginseng kan.. takde rasa pelik pon... sedap je ;) sila percaya.

Pastu aku order Tuna Kimchi Soup ke apa namanya ni.. Ni pun sedap gila.. Oii dorang tak makan sangat, takpe, aku habiskan hahahahha

Pastu nak sambung makan kat Manis Kitchen pulak.



MANIS KITCHEN HALAL STREET FOOD

Ini korang akan jumpa dulu sebelum sampai ke EID restoran tu.. Tapi aku lalu je dulu sbb nak gi makan kat EID hahahah.. Gila tamak semua benda nak makan. 






Manis Kitchen ni jual street food yang kita dok pandang kat Myeongdong tapi tak leh makan tu kan.. So apa lagi, jom bedal kat sini sebab halal.

Ni ahjumma yang jual.. belakang tu staff melayu ;)

Berapa round Icha makan Fish Cake kegemaran dia tu.. Dua ketul tu cheese corn dog.. dan Teobokki dia sedap gilos nyumssssssss.. Boleh makan dalam restoran jugak tapi kecik nau dalam tu, kalau ramai mmg tak muat. 

Icha dengan fish cake fav dia.. 

Bagi chancelah gambar dia

Best jalan macam ni kiri kanan tengok kedai je.. 

Aku bawak 2 je jacket.. tapi ini je yang pakai hari-hari hahha. yang satu lagi tu pakai gi snowyland je sebab dia sedap tebal tapi beratttt hahhaha

Muka orang sakit kaki..


Tunggu bas jap


 
Dengan 3 Kasihs.


Kembali ke Myeongdong Street



Balik je hotel ini kerja diorang.. Berkubang dengan lush bomb.  Masa ni Aleesya dengan Amaani baru lepas mandi.. Pastu diorang tengok akak dia mandi buih, diorang mintak nak mandi lagi sekali hahahah.. Hoiii orang kalau boleh lagi tak nak mandi sejuk-sejuk tu.. Dia boleh berkubang banyak kali dalam tub tu.. 

So itu jer perjalanan hari ke 3 dan ke 4 jelajah Seoul bersama Fillanie.. Nanti kita jalan lagi di next entry ok.. 

Byeeeee!! 

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5



Love, 
Filla.