About Me

Thursday, November 15, 2018

PERTH - Watertown Outlet (Day 1)

Assalamualaikum..

Lama nau tak update blog hahaha.. Kecuali kalau ada vacation barulah hegeh-hegeh nak upate untuk abadikan kat sini :)

So destination ke Perth ni Kak Pilla yang pilih.. Banyak rintangan muahahha.. Memula plan nak ke Japan berdua dengan Pak Radie.. tapi dia asyik membebel cakap takyah lah membazir.. Ok fineeeeee.. lagipun Tokyo tu hotel kecik gila dah mana pulak nak letak bag? Atas kepala? Muahaha nak amik hotel besar mahal nak mampuih.. Nak amik apartment macam jauh dari town.. Food tersangat mahal...Ok takyahlah Tokyo.

Pastu dia bising cakap bawaklah budak-budak ni sekali.. Kesiannnnn diorang.. Huwaa kalau bawak semua budget akan jadi 3 kali ganda kohkohkohhh.. budget tak cukup ya.. ni pun sebab ada balance masa travel bulan Feb gi Japan dulu.. hahahah.. Ok nak bawak semua yeeee??? Ok jom gi Jakarta.. Flight untuk 5 orang murah.. Hotel pun ok tapi kena amik 2 rooms, dah tak muat nak sumbat semua in one room.. Tapi alasan dia Jakarta nanti macetttttttttttttttt... Fineeeeeee..

Kak Pilla tukar plan kita gi Thailand je lah.. Phuket ke apa Koh Samui ke.. Pon dia tanak.. Ok lah kita pegi honeymoon ke Gold Coast nak? Jalan pegang tangan tepi pantai... Tapi berdua lah.. Muka dia takde semangat je.. Ok that's it.  No vacation aku penat suggest semua dia tanak... Tapi mak ungkit jugak pasal vacation dia dengan kengkawan boleh pulak anak tinggal??? Bila dengan ai je tetiba jadi bapak mithali takleh tinggalkan anak.. Huhhh.. 

Tak lama lepas tu dia pujuk balik "Jomlah... kita pegi berdua".. Eh boleh pulak??? Muhahha dah tau dah kelemahan dia.. kita ungkit sikit je pastu jangan cerita dah pasal holiday.. pasti dia gundah gulana ;)

Destination ni Kak Pilla pilih sebab belum pernah ke Perth.. So mari kita try.. Research tengok ada Free Bus kat Perth.. so mari gamble tak yah sewa kereta leceh semua tu.. Kita jalan je ikut suka hahahha.. 

Kak Pilla naik airasia.. Oh lagi satu sebab promo ke apa masa tu flight oklah murah.. Tapi depends lah kalau korang add on apa-apa akan mahal ler sikit.. So google sendiri yer harga flight.. AirAsia kan rajin buat promo so sila terjah dan book awal.

Perjalanan KUL ke Perth amik masa lebih kurang 5 jam setengah jer.. Sempat lah membuta :)  
Time pun Malaysia dengan Perth sama je takde beza, cuma Perth subuh awal, so cerah awal lah.. hehe.. 

Lagi satu yang penting ialah apa yang kita bawak ke Perth.  Macam semua tau Airport Australia agak strict sikit.. So make sure korang declare kat declaration card yang diorang bagi kat dalam flight.  Sila jujur.  Kalau bawak herbs sila pangkah kata bawak.  Bab rokok zaman dulu boleh bawak lebih, but now cuma 2 kotak seorang.. dekat declaration card ada tulis 50sticks.. so kalau bawak lebih sila pangkah kat card tu.

Bila sampai kat airport sila bersedia ramai officer yang akan tanya hehehe.. ada yang tanya tujuan kita ke perth.. stay mana, berapa hari... 

Pastu macam Pak Radie bawak rokok lebih, dia akan suruh kitorang beratur dan bukak bag dan keluarkan rokok.  Bagusnya dia tak punggah, tapi kita sendiri yang bukak bag kita dan keluarkan.. So ada 4 kotak je yang dibenarkan bawak.. sorang 2 kotak.. Selebihnya akan dikenakan tax.  Boleh pilih nak bayar tax atau nak buang kat situ... Of course Pak Radie pilih bayar tax hahahha.. 

So itu je pun.. Barang masakan Kak Pilla semuanya selamat walaupun ai siap bawak Sambal Giler dalam botol tu hahahah.. Janji korang jangan bawak makanan yang korang pack dan seal sendiri.. Cuma bawak yang belum berbuka dan ada sticker atau alamat pengilang.. Macam serunding tak leh sebab plastik tu macam wrap sendiri je kan.. Tapi boleh cuba mana tau lepas hahahah..

Kak Pilla perasan officer kat Airport tu semua baik.. akan wish "Hi good morning, have a nice day in Perth bla bla"  tapi bab kerja diorang memang strict takde kompromi.. Takdelah awal-awal muka dia dah masam nak belagak garang ke apa.. ok jer.. so jangan takut yer.. 

 Kitorang sampai Airport Perth dalam pukul 5:30 pagi.. Memang just nice je dan kat Airport Perth ada disediakan prayer room kat Ground Floor tu jugak,  cuma sempit sikit surau dia and perempuan kena amik wudhu kat toilet sebab prayer room ni campur lelaki dan perempuan.



Kat Perth Airport ni korang akan nampak kedai jual OPTUS ni.. So silalah beli kat airport siap-siap supaya senang korang nak guna internet nanti.. Ada banyak package tapi Kak Pilla pilih yang 

20AUD
10 days internet
13GB

Cukuplah tu kan.. Masa beli tu bagi je handphone nanti dia tolong masukkan sim card baru.. 


So memang kitorang membuang masa sikit kat Airport ni tanak rush-rush.. Trip kali ni pun Kak Pilla lebih relax dan tak buat reseach sangat.. Nampak tak faktor usia buat kita lebih relaks? Hahahha.. Pak Radie lagi lah.. kalau pegi mana-mana trip pun dia takkan amik tau langsung hahah.. dah sampai baru dia akan google :)

(pic googled)

Bab cari apartment pun of course lah i jugak.. Kak Pilla pilih All Suites Apartment ni sebab location dia ok.. Walking distance je untuk ke Hay Street, Murray Street semua tu.. Tapi ada kesilapan sikit sebab book check in 1 Nov - 6 Nov padahal 31 Okt dah sampai Perth.. Gilo kau ni Pilla muahahah.. So few days sebelum fly baru macam "Eh??? Betul ke sampai Perth 31 Okt?? Bahahahah kelamkabut manage booking tapi full puler... So amik jelah Studio Apartement (different room type) untuk 1 malam tu.. 

(pic googled)

Sebenarnya kalau pergi berdua memang dah just nice je Studio Apartment ni.. Boleh masak uolsss.. tu yang ahkak mahukan.. Suami masih tido.. i boleh memasak dihujung katil.. Wooowwww hebat.. 

Eh dari Airport tu nak ke CBD Perth tu lupa nak citer.. Depan airport tu ada bus stop.. Amik bas 380 untuk ke CBD (Central Business District) .. Ahkak dah siap print dah semua tu.. Sekali naik bas bagitau driver tu akak nak turun kat St. Georges TCE dia tak pergi.. Muahahah hebat sangat kau pilla.  Dia mintak full address hotel baru dia angguk suruh duduk nanti dia bagitau kalau dah sampai hehehe.. See senang je pun kan?

Tengok semua orang dah turun.. Eh kau ni driver biar betul haha.. cemas sis tau.. Rupanya x lama lepas tu dia cakap you can reach your hotel from here... after the traffic light you go to your right side and walk a little bit.. Eh betul ke aku buat dialog dia ni muhahha.. 

Turun je bas, lutut Pak Radie plak terseliuh.. Adoiiiii... dah bengkak pulak lutut dia.. Memacam tau.. Slowly jalan jugak lah ke hotel... Sampai je hotel terus check in.. tapi sbb awal pagi lagi.. dia tanya if aku nak early check in boleh bayar 20aud kalau x silap.. Ok i pay now. hehehe.. 

Masa akak pegi 10 aud = rm30 macam tu.. so darab 3 je semua yer..  

Lepas check in kitorang ke Watertown.. Tempat ni ialah Brand Outlet kat perth ni.. So mari naik CAT bus.. Dekat depan hotel ada bus stop.. 

Kat Perth ni ada Free Transportation untuk pusing-pusing Perth.  Ada 4 jenis Free Bus (Blue, Red, Yellow and Green).. setiap warna mewakili route berbeza..


So kitorang pon naik bas nak ke Watertown.  Sekali Pak Radie bijak sangat suruh turun.. So turunlah.. Hoiii rupanya jauh lagi kat depan sana.. salah bus stop huhu.. Berjalanlah sampai semput heheh..

Kat dalam ni memacam ada.. antaranya :

Adidas
Fila
Typo
Smiggle
Cotton On

dan banyak lagiiii.. So boleh click sini untuk more info : https://www.watertownbrandoutlet.com.au/

Rasanya closed pukul 5ptg hari-hari kecuali jumaat 9mlm.. Sila click link tu ya..
  
 Of course lah Smiggle hahahha.. Dah janji nak belikan budak-budak ni huhu.. Tu jelah kata-kata manis untuk anak-anak supaya diorang bagi kitorang pergi hehehehe..

 Ni permintaan Icha "Mama, Icha nak jam smiggle yang macam gelang tu.. yang boleh melekat bergulung kat tangan tu"  Amboihhhh kemain lagi.. 

Banyak tak amik gambar sebab sis dah malas hahaha.. Tapi Cotton On dia berbaloi sbb murah dan banyak choice.. Adidas pon berbaloi gila sebab murah hampir 50% dari harga Malaysia.. Tapi pempahamlah kan bila Brand Outlet ni kira nasib lah.. Kadang size kita takde..




 Aku ni memang jenis tak leh lama-lama sangat kat tempat macam ni.. Rasa bosan dan sakit kaki.. Huwaaaa.. Pak Radie terlalu suka tempat macam ni.. dia tak beli pon dia suka masuk sana sini and tengok sana sini.. Ikut jelah kang buat muka penat, terbalik pulak mata dia ke atas hahaha..

 Bab makan ahkak suka hahahha.. Ispa Kebab ni awal-awal i dah usha dari kat Malaysia lagi kohkohkoh.. Nasib ada jugak halal food kat dalam watertown ni.. dahlah halal, Ya Allah sedap pulakkkkkkkkkk tu..

 Ko tengokkkkkkk tak kedekut langsung yer.. sepadat-padat dia sumbat dalam tu... ni seketul tapi aku minta dia potong dua.. so share dengan suami i.. Pak Radie pulak ini memang jenis-jenis makanan dia lah... Dia tu ko campak negara omputeh dia boleh hidup sebab dia tak heran nasik langsung yer.. Tak macam ahkak, very the KG tekak ni hahahha..

Fries tak kedekut.. gemok-gemok.. panas-panas dan penuh cheese perghhhhhh 

See so romantikkkk.. 

Settle kat Watertown kitorang amik bas dan balik ke area apartment.. Tapi bukan area apartment sangatlah kalau dengan Pak Radie ni.. Dia akan cakap kita turun sini.. apartment kita tu hah je... jalan sikit potong belah sana dah sampai... Aku dah tau dah dia punya 'potong' belah sini dah sampai tu memang 5 km lah tu.. hahhahaha..  tapi takpe kita jalan-jalan je tengok-tengok tempat orang.. so i setuju..



 Aku rasa inilah sebab dia ajak jalan kaki jauh-jauh.. Supaya ahkak boleh jadi photographer dia je.. huhhhhh melampau dia ni.

 Perth ni sangat quiet city.. Pukul 5 sila balik hotel jelah.. Takde apa yang bukak kecuali 7E dan kedai-kedai seperti itu.. 

 Lengang kannn

 Adalah Kak Pilla google pasal restoran Melayu kat Perth.. ni antaranyalah.. Kat Hay Street je ni.. walking distance dari hotel.

Harga dia.. Hah tengok, kedai Malaysia je bukak untill 9:00pm sungguh ajaib, rakyat Malaysia memang kaki lepak hahahha

Tapi sepanjang kat sana kitorang tak makan pun kat mana-mana Restoran Malaysia kahkahkah... Ahkak kan rajin, pagi buat breakfast.. malam pun masak.. tengahari makanlah kebab ke apa ke.. Hebat bukan?  Lagipun Pak Radie ni memang taklah nak gi makan kat Restoran Melayu.... hahahhaa dia bukan heran nasik2 or mee2 goreng ni.. Ahkak je hairan hahhaha.. 

Ambik gambar dari luar cermin je sebab kedai semua kan dah tutup.. Kitorang ni laki bini dah lah jenis kaki merayap tak reti duk diam.. Ada ke nak duduk dalam hotel dari 6 petang sampai esok pagi??? Huwaaaaa cannot hahahha.. dapat keluar jalan beli susu sebotol pon jadiklah janji jalan hahahah..  



 Tempat ni kat Hay St. jugak namanya London Court.. macam ada satu lorong dan kiri kanan tu ala-ala seperti berjalan di london :)

Wow manja sangat ni... hahahha



Huwaaaa cantik kedai ni.. Tapi tak masuk.. tengok dari luar je... 




So berakhirlah hari pertama di Perth.

Nothing much tapi happy sebab dapat spend time bersama kesayangan.. Last vacation berdua dengan Pak Radie tahun 2015... Terlalu lama dah tu.. Sebab kitorang jenis tak romantik dan bertanya khabar dalam kehidupan biasa ni.. Bila terlalu lama jenis macam tu rasa macam tak bestnya.. Bila vacation berdua baru keluar perangai gila time dulu-dulu.. Gaduh tetapppp hahahhaa.. pasal amik gambar tak cantik je pun boleh gaduh.. Pastu bila dah terpaksa, kita ajak selfie muka dia senyum paksa.. Huh terus kita hanginnnnn kus kus... Tak suka ke selfie dgn kita? Amik gambar senyum paksa baik tak yahhhhhh!!!! 

Terus ai lariiiiiii dari situ.. Eh dia tak kejar lah.. Kongajo sangat.. terus akak feeling confirm dia akan kejar jugak ni.. sambil jalan toleh belakang, tetap dia tak muncul.. Benci gila.. 

Nak lari jauh-jauh takut kang tak jumpa bas kita.. hahhahahaa.. Dapat laki bangsa takde perasaan.. terpaksa lah kita buat muka derk macam takde apa berlaku.. So itulah kehidupan kita kan.. Gaduh baik pun alhamdulilah dah 14 tahun kita kawin wak.. kuikui.. 

Nanti sambung lagi.. Bye..





Love, 
Filla.

1 comment:

  1. Heheheheh... Seronok baca kisah korang. Sbenarnya gaduh2 tu yg membuatkan kita jadi rapat. Tapi gaduh mcm kwn2 la..

    Pila, nak minta tolong boleh?
    Nak tumpang masukkan link blog akk dlm blog Pila, jika sudi, mekacehhh!

    ReplyDelete