About Me

Friday, November 16, 2018

PERTH - Fremantle and Kaili's Fish Market Cafe (Day 2)

Hari kedua di Perth ni antara hari yang paling best sebab trip kitorang ni takde terikat dengan jadual ketat ke apa.. Just nak spend time bersama dan explore sikit-sikit apa yang ada kat Perth.

So Fremantle and Kaili's Fish Market ni antara tempat wajib yang semua orang akan pergi kalau ke Perth.  Kak Pilla datang sini sebab nak rasa fish and chips dia je muahahhahaha.. 

Pagi tu Kak Pilla buat sarapan siap-siap.. Masak nasi goreng dan buatkan Pak Radie roti bakar dengan telur.  Dah kenyang perut baru kita keluar ;)

Actually ni hari Khamis and Fremantle Market tutup, padan muka kau Pilla.. Kata buat research muhahhaha... 

Bila pegi travel pandai pulak pakai sport shoes, bila balik KL terus tak reti hahahahha

Aktiviti orang pompuan memang macam ni.. Maafkan jelah :)

Terpaling love dengan Matte Lip Cream Fame Cosmetics code Wild ni..

Ok siap jom kita bergerak..

Dari All Suites Apartment tu pergi je kat bus stop terdekat (Victoria Avenue) and amik Red Cat Bus yang free tu dan turun kat Forrest Place.

Sampai ke Perth Station ada Info Centre.. Tapi tak yah pun nak tanya apa sebab terus je ke machine and buy train ticket kat situ..

Macam kitorang pergi berdua so nanti click kat Multiple (untuk 2 ticket) dan pilih station "Fremantle Station".

Tambang ialah 9.60aud untuk dua orang.. one way ticket.

Dah beli ticket terus ke platform 7 untuk ke Fremantle.

Pak Radie tengah snap gambar Kak Pilla tetiba ada mat salleh offer nak amik gambar kitorang berdua.. Fuh dengan pantas ;)

Sebab harini tak rushing so kitorang lepak dulu kat Fremantle Station ni..


Feeling jap ;)



Sepanjang kat Perth, ni jelah gambar Kak Pilla feeling selfie.. so lebih lah sikit gambar.. sila percaya :)
Keluar dari Station ada je volunteer willing to help.. I ingatkan kena bayar sebab dia nak offer jadi private guide ke apa.. rupanya memang kerja dia kat situ nak tunjuk tempat menarik kat Fremantle..

Fremantle ni macam satu bandar kecik yang aman damai.. Hari khamis Fremantle Market tutup so memang taklah ramai sangat orang datang sini.. Mostly memang penduduk sini kot.. Kebanyakan orang tua-tua yang dah retire kot dan lepak coffee-coffee.. Huhu Kak Pilla terlalu suka suasana kat Fremantle ni.. Kak Pilla datang lagi Fremantle ni hari Ahad.. Tapi ai terlalu suka masa datang hari Khamis.. So korang taulah jiwa Kak Pilla adalah jiwa orang tua-tua yang sukakan ketenangan, tiada kesibukan kota, tak ramai orang.. 

Jalan-jalan kat sini macam terlalu tenang dan bangunan dia cantik-cantik.. Sini banyak gila cafe kalau nak dibandingkan kat Perth CBD sana.. 


Tengah jalan-jalan tu lalu pulak trip budak sekolah ni.. Pak Radie terus kelam kabut "Ichaaaaaa, what are you doing here? School trip?" 

Eh rasa nak lempang tau dia ni.. Dia berangan anak dia sekolah kat sini pulak *tepukdahi*


Ok closed, fineeeee... Hari lain kita datang lagi yer hehehe.. 

Muka hampa.. Aku cakap kat dia.. eleh takde apa lah dalam ni.. jual ikan jer tak perlu kecewa... hehehe



Aman damai kannn.. sebab tu kita sukaaaa..



Jomlah kita lunch dulu..

Oh wow awak bela dog ke? Yer yer je lakonan dia.. 

Kita berdiri atas dog relax je..



Ok cukup gambar godang berdua..

Ada banyak je restoran kat sini.. Tapi kita pegi ke Kaili's ok..

tu semua untuk siapa yang nak duduk kat luar.. kat dalam building pon banyak je meja..


Macam-macam ada jual kat sini.. Kak Pilla amik Fish and Squid share makan dengan Pak Radie.. Harga dalam 14aud kot.. tapi ikut ler nak tambah salad tambah lagi 2-3aud camtulah.. tapi puas hati makan nyammmss..Bestnya diorang ni takde istilah kedekut.. Sekali letak hahhh menggunung kau.. fries pon main lambak je.. 

Ni belah belakang building mengadap laut..

Betul lah kongajo mamat ni.. Dia saja je amik gambar kepala ai ada pokok kann.. Dari jauh dah macam rambut kembang huhh..

Beach kat sini angin dia nyaman sejukkk.. Boleh tertidur kena tiup angin..

Ni pun tak habis makan berdua.. 

Pergi hari biasa tak ramai orang.. kosong kat luar ni.. Tapi benci gila kat burung putih tu.. Pantang lepa dia boleh datang serang makanan kau.. Kongaja sangat ni.. aku dahlah penakut.. Pak Radie takde je kat meja terus mata kak pilla meliar tgk burung.. terus kepung makanan ai dengan tangan..  Orang lain relaks je burung tu tak serang pon.. Bila Pak Radie ada dia tak datang pulak.. Huhh..

Wow lawa kannnn... now korang dah boleh shopping online kat www.famecosmetics.com.my ya.. RM29 jer ponnnn tapi kualiti kebabommmmm... 

Sepanjang percutian kat Perth ni, inilah yang Kak Pilla tepek hari-hari.. Fame BB Cushion code Fair.. RM55 tapi tahan hingga 3 bulan kot.. padahal pakai hari-hari kot.. with new formula, now lebih full coverage with 20SPF.. sis terlalu love sebab akan buat kulit kita gebus gebas floless disamping filter of course ;)

Pi beli kat website atas tu naaaaaa.. try seketul dulu baru tau kenapa sis terlalu love ;)

Lepas makan kitorang melepak kat tepi pantai..



Terlalu lama kat sini.. Pak Radie tinggalkan Kak Pilla sorang-sorang ada dekat 15 minit kot... Kak Pilla ni jenis orang yang suka ketenangan, tak suka bising dan hingar bingar, kadang suka sendiri.. Masa tulah otak akan fikir macam-macam.. 

Bila tengok jam tak perasan masa berlalu dah.. Cari Pak Radie takde.. panik kejap.. kongajo dia tinggalkan kita.. Rupanya dia gi amik gambar kat hujung belah sana.. hehehe

Adalah museum semua kat Fremantle ni tapi kitorang just jalan-jalan je.. Kuasaaaa nak baca sejarah2 ni hahahhaha..



Rupanya ada University kat Fremantle ni.. Lawa gila dan besarrrr sangat.. sepanjang bangunan tu nanti setiap pintu ada tulis Faculty of bla bla bla bla.. Bestnya, kenapalah dulu aku tak belajar pandai-pandai pastu dapat scholarship belajar kat overseas?  Pernah berangan tapi tau takkan dapat punya sebab zaman belajar enjoy lebih huahahahhaha.. 

Semoga ada rezeki anak-anak pula.. Bukan tak bagus local university kita.. Tahap kita lagi hebat kot.. Tapi Kak Pilla suka bila travel ni akan buka mata kita luas-luas.. Belajar berdikari dan budaya orang lain.. (yang positif lah) tapi janji jangan tersasar dari nilai-nilai kita sebagai orang Islam.. 

Banyak benda positif boleh kita belajar dari orang-orang luar.. Tiap kali Kak Pilla pergi kedai kat sini.. tak kiralah sales assistant tu ranggi macamana pun telinga penuh bertindik, rambut dia hijau, tattoo dia penuh sampai ke leher and penuh satu badan.. tapi diorang very polite.. "hellooooo, how's your day?" dah bayar kang dengan senyuman "thank you, have a nice day!!" kita jawab "you're welcome, dengan pantas dia jawab "no worries".. Takde langsung muka penat or malas nak layan.. 

Terbayang SA kat KL muka benyek malas nak layan hahahhaa.. Ok tak semua.. segelintir.. hehehe.

Itulah antara maksud aku ni.. mana yang baik kita contohi lah... 

Ini kuat berangan, jangan contohi hahaha

Ni salah satu bidang boleh belajar kat sini..

Tapi kan masa dalam flight nak balik ke KL dengar ada chinese guy belakang aku borak dengan pakcik ni.. anak dia belajar kat University kat Perth.. Fees dia setahun 32,000aud macam tu.. Telan ailio ahkak jap hahhahaha.. 

Puas merata kitorang berjalan kat Fremantle ni.. Habis ceruk-ceruk kitorang berjalan macam bandar ni kitorang yang punya hahahaha.. So marilah kita balik ke pangkal jalan.. 

Balik ke Perth Station semula.. Perjalanan naik train dalam 1/2 jam kot.. 


On the way balik ke apartment kita take away Ispa Kebabs jap.. ni dekat Hay Street.



wraps tu boleh makan 2 orang.. Tapi tengok perut lah hahahaha. Perut ai kan kecik kohkohkoh.. 

Layan jelah dia ni... 

Ok kitorang sampai je terus amik card hotel yang baru.. sebab dah pindah one bed room apartment pulak... Masa check in haritu orang tu dah cakap yang diorang boleh transferkan barang-barang dari Studio Apartment tu ke bilik baru tu.. So sebelum keluar tu kitorang dah pack-pack bagi kemas supaya senang diorang nak pindahkan..

Sis teruja sebab One Bedroom Apartment ni tersangat luas dan selesa ;)


Arghhh rindunya nak masak-masak kat sini.. Peralatan masak semua disediakan termasuklah pisau, alas pemotong, periuk, pan, senduk, sudu garfu.. So tinggal bawak sabun samak jer dan samak sebelum guna ;)

Tepi tu ada meja makan for two... belakang tu ada pintu tu dalam tu ada washing machine and dryer.. Sabun cuci sila bawak sendiri..

Ada sofa set sekali.. 

Bedroom seketul with sliding door utk pisahkan dari hall tadi..


Terkenang melepak dengan laki ai kat sini... Dia ada buat challenge time sejuk kat luar ni kahkahkah.. Ahkak je tau apa dia buat.. 

Kalau yang pergi dengan family pon paling sesuai amik All Suites Apartment ni..

Studio Apartment
1 Bedroom Apartment
2 Bedrooms Apartment

Harga sila google sendiri.. Kak Pilla booked agoda haritu.. Click HERE.

Lagi satu korang leh survey Travelodge Apartment jugak.. sebelah je dengan All Suites :)

Ok.. nanti kita jumpa kat next entry yer.. 



Love, 
Filla.

1 comment:

  1. Seronok tengon Pila & Radie honeymoon, btw akk ada lip cream color Wild tu, mmg love gila, rasa cantik sangat kalau pakai 😝

    ReplyDelete