About Me

Wednesday, August 09, 2017

LUAHAN HATI.

Tahun ni bulan November genap aku 38 tahun.  Tu pun baru amik calculator 2017-1979.

Tetiba terus terkenang apa yang aku dah buat dalam masa 38 tahun kat muka bumi ni.. Sorry teremo pepagi ni.  Zaman kanak-kanak aku, zaman remaja aku, zaman belajar, bercinta, berkahwin, ada anak.  Wow banyak dah rasanya pengalaman aku lalui.

Bila tengok adik-adik yang baru habis sekolah tu, terus rasa macam "Eh, aku dah tua yeh?" Bila makeup je terus nampak garisan halus bawah mata.  Confirm dimamah usia tanpa disedari atau buat-buat tak sedar.

Banyak yang aku lalui dah dalam hidup ni.. Buat silap, buat salah, salah langkah, kenal orang tu, kenal orang ni.. bercinta dengan ntah sapa-sapa ntah.  Zaman remaja yang kau rasa kau je betul.. Mak tu always tak faham naluri remaja kau.. Bila remaja kita rasa diri dah hebat.. dah boleh fikir baik buruk.. gamble dan boleh amik risiko lah konon nye.  Padahal mak tu makan garam dulu.  Mak tu risau sebenarnya, kau berkawan dengan siapa? bercinta ke? dengan siapa? boleh bagi kau makan tak? Baik ke budaknye? kaki pukul tak? Berapa ramai adik beradik? Orang mana?  Kerja apa?  Huii masa tu rimassss.. Dalam dada tu bengkek je.. kenapa semua nak tau??? Cukuplah sekadar tau dia baik, dia sayang aku.. Eh cantik muka kau?  Esok dah kahwin 2,3 tahun takde deeee nak tau dia sayang ke tak..

Paling penting dalam perkahwinan ialah pasangan kau boleh hormat mertua atau tidak.. Boleh hormat kau sebagai isteri ke tak? Boleh jadi bapa yang baik untuk anak-anak kau ke tak?  Boleh susah senang bersama? Boleh tolong bantu-bantu kerja rumah?  Kalau tak boleh sila tinggalkan boyfriend tu sekarang.. Eh tapi susah jugak sebab selalunya masa bercinta dia akan tunjuk yang best je.. Yang tak best kau tunggu lepas kahwin dah 2-3 tahun baru nampak :)  Ini aku bercakap selepas 13 tahun berkahwin lah.. 

Sebenarnya jodoh ni pun nasib dan ketentuan Allah SWT jugak.. Macamanalah kau pilih orang yang hebat, yang baik, yang soleh.. tapi kalau dapat tak seperti yang diimpikan tu silalah jangan frust.  Doa banyak-banyak.. Rezeki tu kan luas.. Ada orang dapat suami handsome, tapi kaki pompuan.. Ada orang dapat suami buruk, tapi rajin tolong kerja rumah.. ada orang dapat suami kaya, tapi tak pernah ada masa untuk isteri.. Ada orang dapat suami tak berapa nak senang, tapi sentiasa ada masa untuk anak isteri.. Gitulah hidup ni, takyah tamak sangat nak yang perfect-perfect macam dalam drama tu.  

Kadang manusia ni banyak kepelikkan dia.. Macam haritu ada orang komen-komen kat Kak Elly kata suami tak handsome.. Eh kau dah kenapa????? Suami orang kau pulak sibuk nak komen cakap handsome ke tak? Ramai manusia yang langsung takde sensitivity dan komen orang ikut suka macam dan kenal lapanploh tahun pulak.  Simpan-simpan sikit mulut jahat tu.. Jangan lukakan hati orang.  Bagi aku Elly tu happy dapat suami macam Win tu.. Aku sebagai kawan pun tumpang happy.. Susah nak cari suami yang sentiasa dahulukan isteri dan anak-anak.. Elly takde outstation, suami dia yang masakkan untuk anak-anak.. Hantar anak-anak sekolah, bawak gi jalan-jalan supaya anak happy.. Anak lapar tengah malam, dia yang turun masakkan untuk anak-anak.  Tu namanya give and take dan itu namanya rezeki dapat suami yang banyak membantu besarkan anak-anak.. 

Aku pun pernah jugak zaman dulu orang kutuk kata laki kurus kering.. tak handsome lah apa lah.. Aku tak tau apa masalah orang yang macam ni.. Laki aku sukati aku lah kalau aku rasa dia macho ke, handsome di mata aku cukuplah.. Nak buat apa handsome di mata orang aku tak pedulik pun.. Orang cakap jangan hebah-hebahkan kebaikan laki tu takut dicaras.. Aku tak hebah pun cuma kadang tu nak cakap kat dia direct segan pulak.. So luahlah sikit kat sini.. Aku bersyukur anak-anak aku ada bapak macam Pak Radie tu.. Ko percaya sepanjang aku kat China haritu, anak-anak aku langsung takde facetime dengan aku pun.. Asyik nak cakap dengan papa je.. Kalau time cuti sekolah pun sama.. Diorang akan facetime dengan papa dia je.. berjam-jam dia melayan je anak dia.. Kalau aku ni, cakap lima minit cukup, mama sibuk nak buat kerja.. nanti cakap lagi.. hahahah.. 

Cuma satu jelah, Pak Radie tu jenis takkan call aku.. takkan nak saja-saja whatsapp.. Kadang sentap jugak kalau aku ada kerja yang habis malam dan kena drive sorang balik rumah.. Langsung dia tak call ye.. dari pagi sampailah aku sampai kat rumah.. takde dia nak call.. Tapi nak bising pun tak guna.. Dari zaman bercinta kot dia jenis takde perasaan macam tu.. Dia cakap dia risau.. tapi bila aku balik tengok dia dah terbongkang.. Fuhhhh atit ati iter tau.. Mak aku pulak yang asyik call.. "Kat mana?? Jangan balik lambat sangat.. Drive tu baca ayat Qursi, zikir sambil bawak kereta tu.. dah sampai rumah call bagitau".. Muahahahhaha comel kan Wan Jijah tu?  Anak dah nak masuk 40 tahun dah ni.. Tapi aku rasa bila aku dah tua, anak aku dah besar panjang anak berderet pun aku akan jadi macam Wan.  Good luck The Kasihs.

Now aku rasa aku dah senang sikit bila ada maid.  Aku dah tak risau sangat kalau aku ada kerja kat luar.. At least bibik dah pandai masak.. Apa aku masak semua dia dah pandai masak.  Contoh aku outstation, Wan ngan Atok akan tidur kat rumah aku and tengok-tengokkan budak-budak ni.  Tu pun rezeki jugak.  Syukur Alhamdulilah.. Mana yang remeh temeh masalah bibik tu malas lah aku nak fikir.. Janji yang penting-penting semua ok dah cukup dah bagi aku.  Bila umur dah macam ni rasa macam hidup aku ni takde apa pun.. Aku nak anak-anak aku ada masa depan cerah.. Aku nak bantu mana-mana yang aku boleh bantu untuk mak ayah aku.. Aku nak bahagiakan diorang supaya hari tua diorang tak sedih.. 

Untuk umur 38 tahun ni aku bersyukur sangat dengan jalan yang aku pilih dan yang dah memang ditakdirkan untuk aku.  Walaupun aku bukanlah dari keluarga yang susah sangat.. senang sangat pun tak.. Maksudnya dari keluarga yang biasa-biasa je.. Tapi aku suka berdikari.. Aku suka nak cari duit sendiri.. Aku selalu fikir dulu aku kecik sampai aku belajar, mak ayah tak pernah berkira pun duit.. Ntah ada ke tak duit, tapi tetap hulur kat aku.. Tetap bayarkan untuk itu ini.. Banyak lagi lah pengorbanan Atok and Wan.  Dapat duit tak pernah fikir untuk diri sendiri.. Selalu fikir untuk anak-anak dia dan orang lain.. Seriously aku banyak belajar dari situ.  Betul orang kata, semua tu didikan dari orang tua dan apa yang kita lihat sendiri.. dan aku membesar depan mata diorang.. so aku tengok sendiri.  Susah senang diorang sama-sama kumpul duit masa kerja kat Sabah dulu.. Mak aku kerani, bapak aku polis cabuk je.. Tapi tiap bulan sama-sama simpan duit.. Dapatlah beli rumah kat Ampang.. So pindah sini.. Mak aku kerja kerani tapi part time amik upah jahit baju.  Kumpul duit.. Dia cakap seronok laki bini sesama kumpul duit.. So dia banyak ajar aku hidup ni jangan nak enjoy je.. kena rancang elok-elok.. So terima kasih Atok dan Wan sebab membesarkan aku dengan sempurna.. Walaupun perangai aku dulu memang hauk nak mampos.  Nasib sekarang dah kurang hauk dia tu hahahhahaha.. 

Rasa dah melalut kemana-mana dah ni.. Cuma rasa nak berborak je dan dalam hidup ni dah tertulis dah jalan kita.. Usaha pun wajib jugak... Tapi satu je Kak Pilla nak pesan.. Berbuat baiklah kepada orang tua kita, InshaAllah hidup kita berkat dan dipermudahkan.  Jangan berkira dan kedekut dengan mak ayah sebab mak ayah tak pernah berkira pun dengan anak-anak.. Dah kerja, ada gaji sikit tu hulur sikit.. Kalau mak ayah cakap takpe.. jangan susah-susah, takpe bagi je.  Gaji kecik bagi kecik, gaji dah besar bagi lebih sikit.. Dengan mertua pun sama jangan kedekut.. Hulur-hulur jugaklah.. Kalau kemana-mana beli lah buah-buah tangan untuk mertua.. Bukan susah pun... Macam mak mertua Kak Pilla dia rock dan kelakar.. Kalau belikan apa-apa tu mesti dia happy and cerita kat gang-gang marhaban dia hahahahah... "ni menantu kita belikan niiiii" untunglah awakkkk kahkahkah.. nampak macam kelakar tapi hati aku tersentuh sebenarnya.. 

Syukur selalu :)

Eh dah habis cerita takde penutup.. I is sad bila terkenang apa yang aku ada sekarang ni.. So bagi laluan ai nak end this entry.. semoga mana yang baik boleh dijadikan panduan.. mana yang salah Kak Pilla mohon maaf ye.

Tata.







Love, 
Filla.

16 comments:

  1. pejam celik saja hidup ni kan.. CT pun sentiasa rasa and teringat zaman2 dulu masa kecil2. zaman tak perlu risau dengan realiti. hihi..

    ReplyDelete
  2. kita sebaya kak pilla...dh biasa panggil kak pilla...hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Happy birthday in advance kak pilla. hehe

    ReplyDelete
  4. ye filla... i dont give a damn bila ada yg kata muka laki aku mcm indon pecah rumah. apa yg laki aku buat utk bahagiakan aku ngan anak2 bukan dorang tau pon. enjoyyyy

    ReplyDelete
  5. oh sama usia kita.. slalu jer panggil kak pila ehhe...tapi comel lah panggil kak pila ;)

    ReplyDelete
  6. Anonymous4:11 PM

    Sedih pula baca entry filla.tiba-tiba teringat kat arwah mak dan abah.alfatihah

    ReplyDelete
  7. Anonymous4:12 PM

    Sedih pula baca entry filla.tiba-tiba teringat kat arwah mak dan abah.alfatihah

    ReplyDelete
  8. Setuju apa yg ko tulis
    Moga bhgia milik mu filla n family

    ReplyDelete
  9. Setuju sgt...sedar tak sedar dah mcm2 yg kita lalui.. and for me, lagi lah.. setiap apa yg berlaku..Allah dah aturkan semuanya..yg terbaik. Allahuakbar

    ReplyDelete
  10. Anonymous8:49 PM

    Suami saya mcm rabbit gebu

    ReplyDelete
  11. Anonymous4:37 PM

    Kita suka sangat baca blog Kak Pilla especially time Kak Pilla bebel bebel macam ni. Walaupun tak kenal, banyak yang kita belajar dari Kak Pilla. Terima kasih Kak Pilla. Semoga Kak Pilla bahagia dan dipermudah urusan dunia akhirat. Aamiin.

    ReplyDelete
  12. Comel ja luahan hati kak pila...
    Tp betullah...selagi kita sdri x jd mak...kita mmg xkkan paham kenapa mak kita tu kuat nau bebel...tak kira la kita kecik ka..kita da besar ka...tetap sama di mata dia

    ReplyDelete
  13. setuju dengan bebelan terakhir kak pilla tu..

    ReplyDelete
  14. SEMAKIN KITA MENINGKAT USIA MAKIN LAIN CARANYA

    ReplyDelete
  15. Anonymous12:15 AM

    siapa yg cakap psl laki hensem ke tak tu mesti budak2 baru nak up. mcm sy dok pilih yg berupa last2 baru sedar yg penting perangai sbb nak hidup lama dgn laki. takde guna dah rupa lepas dah lama kahwin. haha. apa pun semua ada kelebihan masing2.

    ReplyDelete