About Me

Tuesday, July 25, 2017

KUMON

Rasanya dah sebulan kot.. ke dah nak masuk 2 bulan Amaani masuk KUMON.. Tak sure sebab bab Amaani ni Pak Radie yang uruskan.. Kak Pilla tak sempat nak urus semua.. Bab Kasih memang Kak Pilla yang urus deal dengan home tuition ngan segala kelas tambahan dan exams sekolah.  So dah bagitau Pak Radie minta tolong sangat dia uruskan hantar dan amik Amaani kat Kumon tu.


Memula aku confuse jugak nak masukkan ke tak dia kat Kumon.. Ada macam-macam feedback aku dapat masa tanya kat FB.. Tapi ramai yang positive lah suruh masukkan.. Aku nak masukkan dia pun sebab dia sendiri yang nak.. Dia cakap dia suka maths.  Bila aku tanya "Amaani ok ke pegi kelas tu sorang-sorang nanti.. papa hantar dah siap papa amik".. Dia laju je jawab "ok".

Eh dia ni.. Amaani ni jenis takde banyak songeh sangat.. Dahlah garang.  Kalau dia cakap nak, ko ikutkan jelah.. gituuuu.. Tapi kalau dia cakap tak nak, maksudnya memang jangan dipaksa-paksa, dia takkan nak.

Kumon ni apa konsep belajar dia?  Setau aku yang dah pernah ikut hantar dia sekali je haritu.. Dia takde konsep belajar.. Dia akan duduk macam meja bulat tu.. ramai lah orang lain pun duduk situ, cikgu dia duduk tengah-tengah.. Pastu memasing siapkan kerja depan cikgu tu.. Aku siap tak puas hati tanya Pak Radie, apa yang diorang belajar? Kenapa dia belajar tapi tak bercakap dengan cikgu tu? Macamana nak faham kalau buat je tapi cikgu tak ajar? Hahhahaha gila saiko mak dia banyak pertanyaan.  Pak Radie cakap memang macam tu.. Kat Kumon diorang tekankan latihan, latihan, latihan.. sampai cekap.. Bila siap je buat depan cikgu, boleh balik.. Nasiblah siapa siap dia balik.. Amik homework kat depan sebelum balik.. Hahah macam kelakar kan konsep dia.  Latihan / homework tu dia ikut date.  Tapi Amaani tu suka siapkan banyak-banyak supaya nanti dia takde homework dah.. Huh dah bagitau, kenalah ikut date supaya kelas akan datang tu kita tak lupa.. Tapi dia degil, dia cakap biarlah Amaani nak siapkan semua.  Eh melawan nombor satu.. Suka menjawab dia ni.. Tapi sukati ko lah janji buat.

Setiap homework tu ada TIME.. So start je nak buat tu tulis time.. Contoh mula 10:00, settle je siap tulis 10:10.. So cikgu akan tau ko amik masa 10 minit untuk siapkan kira-kira tu.. Aku tak tau sejak bila pulak Amaani kira laju camtu.. Mungkin sebab asyik buat soalan sama otak dia dah boleh hafal.

Ramai yang kata Kumon bagus tapi cara Kumon tak sama dengan silibus sekolah.. Sekolah ada jalan untuk kira-kira.. Kumon pakai otak je.. So nanti takut budak akan confuse sebab cara berbeza.  Tapi sebenarnya bagi aku pulak.. tak kisahlah tak ikut silibus ke apa.. Janji otak dia mencongak pantas.. Sebab bila otak pantas, benda tu akan banyak membantu untuk selesaikan masalah maths kat sekolah jugak.. Maksudnya ko tengok je ko dah tau apa jawapan dia.. Jalan kerja tu apa susah.. buat jelah hahahah.. Dasyat mak kau Amaani.

Aku rasa berbaloi je Amaani masuk Kumon ni.. Untuk umur 7 tahun aku anggap tu laju dan ok.. Sejak bila dia mengira laju aku pun tak tau.. Macam eh tetiba je dia laju al maklumlah, tiap kali dia buat homework Kumon dia akan duduk dengan Pak Radie atau dia buat sorang-sorang.. Kalau buat homework sekolah je aku akan monitor dia.  

So kalau korang berkira-kira nak hantar ke Kumon ke tak.. Kak Pilla cadangkan hantarlah sebulan dua tu tengok sendiri ada improvement ke tak..  At least try sebab takut aku cakap bagus.. korang hantar tak bagus macam aku gambarkan.. Nanti korang serang Kak Pilla pulak hehehhe.. Ada yang komen kat IG aku cakap dah hantar anak dari umur 4 tahun and dia pun puas hati.. Aku tak pasti kalau 4 tahun tu camne konsep dia.. Aleesya tu nantilah tunggu dia 6 tahun ke apa.. Tulis nombor pun tonggang terbalik lagi hahahhahhaha.. 

Yuran berapa? RM160 sebulan.. Kelas 2 kali seminggu dan flexible.. Boleh pilih pukul berapa nak hantar.. Tak semestinya sama setiap minggu.  Hari apa pun boleh pilih rasanya.. Kelas weekend pun ada.. weekdays pun ada.. Malam pun ada.. Pak Radie cakap memula Amaani slow jugak dan mengira still pakai jari.. Dah masuk kelas ke 5 macam tu baru dia start laju sikit.. mungkin sebab dia dah familiar soalan tu berulang-ulang kot.. So korang boleh decide sendiri nak hantar atau tak.

Boleh lah google cari Kumon terdekat dengan rumah.. 

A post shared by fillanie (@fillanie) on

Video Amaani semalam.  Tapi kalau homework sekolah aku tengok dia still pakai jari kaki dengan tangan kahkahkahhhhh


Love,
Filla.

12 comments:

  1. Anonymous9:59 AM

    kak pilla saya dulu pernah mengajar di kumon. saya berhenti sebab sambung belajar. saya pun kalau ada anak and ada rezeki lebih nak masukkan ke kumon. konsep dia saya memang suka. just nak share .. kalau budak kecik yang tak tahu menulis lagi mcm baru 4 years ke ada latihan dorg sdiri gak which is latihan tu akan ajar budak tu belajar pegang pensil and tulis nombor2 ikut garisan.

    Homework tu kalau boleh mmg kene buat ikut tarikh sbb nak student hari2 ingat nombor2 and refresh blk pelajaran minggu tu.. kalau siapkan sekaligus nanti takde la konsep nak ingat hari2 tu.. tp sy tau je budak2 mmg suka buat sekaligus hehehe

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:08 PM

    Saya dulu kumon dari darjah 4-6,sekarang walau umur 25 kalau orang puji saya congak laju, mesti saya bagi kredit kat kumon hehe. Kalau dah master basic math dekat kumon, insyaallah sampai spm ilmu tu berguna.

    ReplyDelete
  3. Wahh macam best aje kumon ni... Yer lah nak buat math kena cepat dan tangkas...kalau lambat, mesti tak cukup masa =)

    ReplyDelete
  4. famous KUMON ni.. tapi dulu dok area kampung xdak.. spupu2 dok KL pila KUMON..
    skrang ni anak2 murid pun semua pakat sembang cuti nak pi KUMON hehe..

    ReplyDelete
  5. Alaaaa.. kawasan sini xder KUMON..

    ReplyDelete
  6. Ohhh selalu dengar KUMON dan tengok tapi tak tahu apa. Sekarang baru dapat idea :)

    ReplyDelete
  7. memang best kumon ni..Alhamdulillah anak saya da 5thn belajar kat sini.dr umo 6 thn sehingga sekarang 10 tahun.

    ReplyDelete
  8. Cikgu kumon pesan awal2. Jangan nak nampak kesan kumon masa sekolah rendah. Ibu bapa akan nampak impak kumon semasa sekolah menengah nanti.

    ReplyDelete
  9. Sy mengajar kat kumon skrg..budak2 mmg mengira laju, bila jawab soalan dgn salah sy suruh buat bentuk lazim..tgh tulis nombor dah dpt jawapan..tu yg umur 7 tahun tu..dgn cikgu2 skali teruja..dan para pelajar mmg disiplin bab2 masa..dorg berlumba2 utk selesaikan soalan..ni salah satu cara nak buat mereka lg berminat nk belajar

    ReplyDelete