Sebenarnya idea bercuti semua akan datang dari Kak Pilla.. Harap Pak Radie dia mesti akan bising and cakap membazir hahahha.. Tapi kalau dah pergi dia paling excited kot hahaha..
Kalau dulu Kak Pilla pernah cakap at least setahun sekali Kak Pilla akan jadikan kebiasaan untuk bercuti berdua je dengan Pak Radie kan.. Tapi bila anak-anak dah besar ni huwaaaaa tak sampai hati nak tinggalkan dan kesian pulak nak menyusahkan Wan ngan Atok uruskan hantar amik budak-budak sekolah..
Bila percutian melibatkan semua of course cost akan meningkat.. bukan sikit ya, now dah 5 orang semuanya.. flight lagi.. hotel lagi.. dan lain-lain.. tapi Kak Pilla ni jenis yang takde sangat membazir kat shopping ke apa.. lebih suka bercuti.. habis duit bercuti ni seronok dapat tengok muka diorang gembira.. so itu je dah cukup buat Kak Pilla tak menyesal dan rasa berbaloi duit habis ke situ.
Kasih pulak busy for UPSR this year.. So kena plan betul-betul supaya tak ganggu persekolahan. So pergilah hari ke4 Raya.. kebetulan sekolah cuti seminggu dan takde lah homework menggunung macam selalu.
Flight Kak Pilla booked 3 bulan awal kot.. Lepas book flight baru book hotel.
Flight awal supaya boleh catch up boat transfer dari Jeti ke Pulau Redang. Ada 2 kali transfer sehari.. Rasanya pukul 9:30 pagi dan pukul 12:00 tengahari.
Breakfast dulu sebab nak makan lambat lagi.. takut kebuluran semua nanti.. Rombongan bawak anak-anak ni kena plan betul-betul.. kita lapar takpe..
Anak bapak ;)
Sampai je ke Airport Kuala Terengganu tu, laju-laju collect luggage and gi kaunter beli ticket teksi.. Nasib muat satu teksi je kena dalam RM30 to Jeti area Pasar Payang.
Sampai ke Jeti tu cari Kaunter Laguna. Kita kena tunjukkan confirmation booking letter tu dan dapatkan pass untuk Boat Service ke Laguna Redang.
Selepas tu kena dapatkan kupon untuk Marine Park (hari kedua) nanti.. Senang semua claim kat kaunter ni je.. Rasanya murah je, adults RM10 kot? and Kids RM5..
Ini contoh ya.. Katalah amik Promotion Year End untuk 3 hari 2 malam.. Dia akan charge per head. Kalau nak extend night boleh click kat "show extenstion nights"
Sebab tu Kak Pilla suka Laguna Redang ni sebab harga dia Inclusive banyak benda.. Maksudnya kita sampai je tengahari tu terus ada lunch.. dan selama ada kat sana tu.. breakfast, lunch and dinner semua inclusive dengan price yang kita bayar. Untuk anak below 4 years old tak perlu bayar.. Maksudnya kalau anak korang ada dua orang.. sorang 7 tahun sorang 3 tahun.. masa book tu pilih je 2 adults (suami isteri) dan 1 anak (7 years old)
Dekat website tu boleh tengok terus Itinerary selama 3 hari korang kat sana.. Senang kan?
Tapi macam Kak Pilla haritu sebelum book hotel tu, Kak Pilla call dulu
KUALA LUMPUR SALES OFFICE
Address: 11-B-1 Medan Imbi, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur,Malaysia.
Telephone: +603-2141 1188
Email Address: reservation@lagunaredangtt.com.my
Fax: +603-2141 2333
KUALA TERENGGANU SALES OFFICE
Address: S-1, Wisma Tenang, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Malaysia.
Telephone: +609-631 0888
Email Address: enquiry@lagunaredangtt.com.my
Fax: +609-631 3322
Boleh je korang nak call KL or Terengganu office.. cakap je nak book online and bagitau umur anak.. dan reconfirm dengan dia boleh tak amik package sekian-sekian dekat website diorang tu.. Once dia cakap ok baru boleh book dengan tenang ;)
Ok sambung cerita.. Selepas settle urusan amik pass boat and Marine Park tu, terus tunggu je kat situ sampai diorang jerit "Lagunaaaaa Lagunaaaa".. so beratur lah nak naik boat.
Kak Pilla lupa berapa jam dari Jeti ke Laguna.. Rasanya 1 jam setengah.. Kak Pilla bantai membuta dalam boat hahaha.. yelah bangun awal gila kot nak siap-siap datang sini.. hehehe
First time datang sini dulu Kasih baru 4 tahun.. Kak Pilla pregnant 6 bulan kot masa tu Amaani dalam perot hehehe..
2nd time datang sini dengan Peej and Elly and husband masing-masing.
Kali ketiga datang dengan semua anak-anak :)
So kali ni Kak Pilla pilih room yang dekat dengan Swimming Pool.. dan tak jauh sangat dengan tempat makan.. Oh ya, rasanya ada jugak boleh book kat booking.com kot? Tapi tak sure yang tu include semua package makan ke or breakfast je ke.. tu ai tak tau.. tapi don't worry kalau datang honeymoon takde anak, boleh je lepak cafe dia.. ada je banyak makanan ala-carte.. sepanjang persisiran pantai pun banyak hotel-hotel lain dan belambak cafe or bar yang ada jual food..
Katil king size.
dan 2 single bed.
So sangat selesa.. Aleesya je tido dengan Kak Pilla and Pak Radie.. Kasih dengan Amaani ada katil sendiri ;)
Sila layari website di bawah untuk maklumat lanjut
*ini bukan sponsored post*
heheheh ikhlas review ni sebab ramai yang mintak Kak Pilla share detail. Pasal costing sila check sendiri ya.
Lunch dulu.. Tapi diorang macam kelam kabut je makan sebab nak gi laut.. OMG tengahari kot kul 1 matahari terpacak. Lantaklah korang.. pergi turun dulu mama nak makan lagi ni..
Food kat sana ok lah.. banyak pilihan tapi takdelah ikut selera aku nak asam pedas ke.. hahah.. semua lauk dia masak ikut selera antarabangsa kot.. lebih kepada chinese skit lauk-lauk dia.. tapi western setiap masa ada.. segala beef and lamb grill tu ada sentiasa lunch and dinner kaunter dia.
Diorang dah siap salin baju ya.. pukul 1 tengahari.. Aku rasa selama aku pegi memana hotel memang anak-anak aku je yang akan berendam dari tengahari lantak sampai ke petang.. Anak orang akan turun bila dah pukul 4 - 5 macam tu.. Selalunya dari pagi lepas breakfast sampailah ke maghrib.. Tapi akan balik bilik jugaklah solat dan siap-siap nak makan je.. selebihnya kat laut atau swimming pool.
So aku pulak kejap ada kat tepi laut, kejap balik baring kat bilik.. dah bosan kat bilik aku turun balik tepi swimming pool.. hahahha kesian kan..
Tengok dalam gambar biasa je kan.. Tapi panas ya.. yang kulit ko akan jadi bisa dipanah matahari gitu.. Habis aku lumur sunblock pon tetap sunburn teruk lepas balik cuti tu..
On the way makan malam.. romantik je pemandangan ;)
Ini malam yang first tu hahahah.. Tapi Amaani sempat makan jugak sebelum tertidur..
Icha tak sempat langsung.. Pak Radie kata dia jalan depan Pak Radie.. dah nampak hurung hayang... habis tepi-tepi tiang tu dia langgar.. ingat apa hal.. sampailah tetiba dia nak jatuh tersungkur.. rupanya jalan dalam tidur.. Apak kau ni punnnnnnnnn... hahaha.. terus apak dia tangkap and dukung.
Setiap kali makan memang ramai orang.. tapi aku ok je sebab teratur.. Oh tempat makan kat tingkat atas ya.. so kalau bawak orang tua yang tak boleh panjat tangga agak susah sikit sebab aku tak rasa ada lif..
Kat tingkat bawah diorang akan check coupon kita dan tanya berapa orang.. pastu dia kana bagi nombor meja ikut section A-E kot.. so meja tu khas tuk kita tak yah berebut.. naik terus je amik makanan takde sapa nak sibuk duduk kat meja kita ;)
Kalau dapat kat sini best sebab pemandangan cantik :)
Ini hari kedua.. Nak snorkeling kat Marine Park. Oh ya, life jacket dengan peralatan snorkeling tu boleh sewa kat Laguna je.. Rasanya RM25 kot satu set. Nanti hari last dah tanak pakai boleh return balik.
on the way tu Icha sempat tidur hahaha.. padahal dekat je dalam 20 minit.
Geram tengok ikan ni..
kejap je kat sini dalam sejam setengah kot..
Best sebab semua pandai swimming.. Icha tu tak padan kecik, leh tahan dalam air.. So bila snorkeling tu kitorang akan pergi berlima.. Ingat lagi dulu time Kasih 4 tahun tu.. dia tak nak masuk dalam laut ya.. sebab dia takut dengan ikan tu.. Erghhhh tu pun takut hahahah.. Amaani dengan Icha ok.. Icha tu lagilah.. ikan pon dia nak tangkap.. ikan pun takut dengan dia... hehehehe
Settle jom balik ke Laguna
Balik mandi dulu siap-siap nak gi lunch.. Kasih dengan Amaani tanak pegi lunch.. diorang terus terjun kat swimming pool.. Lantak korang lah.. so aku, Pak Radie and Icha je gi makan.
Sepanjang kat sana, Pak Radie tak makan nasik langsung.. asyik makan beef, lamb, salad.. huh omputeh sangat tekak tu.
Cantik sungguh..
Oh ya.. petang dalam pukul 4-5 bar dekat tepi pantai dah bukak.. so boleh order ABC atau set keropok lekor and popiah..
Ada satu petang aku lepak order ABC dengan makan petang sikit.. pastu tetiba datang dua orang pompuan tak sure korea ke cina ke.. tapi lawa lah muka diorang dan sexy ler memasing dengan 2 piece nya and sorang lagi dengan dress gitu.. siap handbag kaler merah u ollss matching dengan lipstik merah menyala.. tu takpe.. aku buat-buat tak tengok je, tapi sebab dia berdua tu memang lepak depan aku.. berdiri kat bar tu.. aku tak tau ada orang yang tahap selfie dia sangat kronik.. dia order air apa tah.. dekat lapan puluh kali angkat gelas tu mengadap laut dia snap gambar.. lapan puluh kali ya... pastu kawan snap gambar dia.. and dia snap gambar kawan dia.. pon samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! lama gila sampai dia puas hati..
Pastu datang pulak wedges dalam mangkuk besar.. pon sama ya!! dia angkat mangkuk besar tu nak snap gambar muahhahahaha aku nak gelak tapi tahan.. ada couple matsalleh yang tengah baring kat pantai tu siap meniarap dua-dua pastu ketawa tengok keletah pompuan dua orang ni.
So kira oklah.. aku takde tahap kronik camtu ya.. dan aku tak kuasa nak selfie ke ootd ke.. ootd apabenda nya??? Aku gi sini bawak tudung instant stretchable tu je ya.. pastu tudung tu kan jenis panas.. aku bukak, jadikan selendang supaya angin masuk.. pastu nampak tudung bawal kasih pon aku tibai sebab bawal tak panas hahahahaha..
Aku tabik spring lah orang yang siap bawak baju nak ootd bagai tengah panas terik tu.. siap makeup bagai.. sepanjang kat sana aku tak makeup langsung hahahahhahaha.. tak kuasaaaaa.. jap lagi nak terjun laut nak makeup mende nya.. and takde sapa nak tengok muka aku kat situ hahahaha..
Kalau cenggini lah perangai, acaner nak gi Maldives nak ootd? hahahha.. aku lebih appreciate percutian tu untuk aku baring.. tengok pemandangan yang cantik... rehattt gittew... aku tak cantik takpe hahahhaha..
Icha cayang ;)
Balik 15 minit je makan.. pastu hilang lagi..
Aku risau kenit tu je.. dalam jugak ni dia selamba je terjun sana sini.. siap terjun tiruk tu.. rasa macam nak hantar dia gi kelas swimming lah.. biar betul-betul pandai so aku tak risau sangat.. aku ni tak leh sikit.. cepat rasa cemas tengok anak-anak mandi laut or swimming pool. Pak Radie memang menyampah je dengan aku.. eh biarlahhh hahhhahah
tengok kulit memasing.. Amaani paling teruk sebab dia paling cerah.. pastu sunburn paling teruk..
Boleh tahan lah makanan dia.. Senang hidup sebab 3 kali sehari ada makan..
Sayang semua :)
Kasih Aleeya
Kasih Amaani
Kasih Aleesya
Walaupun anak aku semua perempuan tapi aku happy je..
Pinjam tudung kasih hahhahaha..
Itu jelah sekali kot aku bergambar hahahahha
8 tahun dulu pon ada pose mcm ni kat sini jugak kot.. malas nak carik ;)
Kawan bertekak kawan baik jugak.. memana pun boleh ;)
Dan berakhirlah percutian 4 hari 3 malam di Laguna..
Turun kat jeti je terus ke Pasar Payang.. Hoih hazab dengan bag tarik lagi.. panas berpeluh-peluh.. nak beli keropok kering, keropok lekor, baju kaftan dan kain sarung untuk mama ayan and mertua.. Tu jelah kerja aku kalau gi sini hahahah.. pastu amik teksi terus ke airport bertapa kat airport pulak.
Balik tu 3 beradik ni nak duduk sama-sama..
Gulp sedapnya kepok lekor Ganu ni..
Ok itu je percutian sekeluarga tahun ni.. InshaAllah tahun depan dah plan lain.. Sekarang pun Kak Pilla dah start survey and usha-usha segala macam hahaha..
Kalau korang nak pergi Laguna ni silakan.. Memang best! Untuk honeymoon pun best.. untuk family pun best.. Tapi untuk ke sini bulan Januari - March tutup rasanya.. so check dulu ya.
Tata.
Ok itu je percutian sekeluarga tahun ni.. InshaAllah tahun depan dah plan lain.. Sekarang pun Kak Pilla dah start survey and usha-usha segala macam hahaha..
Kalau korang nak pergi Laguna ni silakan.. Memang best! Untuk honeymoon pun best.. untuk family pun best.. Tapi untuk ke sini bulan Januari - March tutup rasanya.. so check dulu ya.
Tata.
Love,
Filla.
IQ orang trgnu pun tak pernah pergi Laguna tu., bestnye tengok. menarik! plus dengan dua minah korea/china tu selfie kan..hehe
ReplyDeletebestnya kak.. Cantik sangat laut dia
ReplyDeletePernah pergi situ 14 tahun lepas. Duduk bilik belakang asyik gaduh dengan monyet yg kejenya nak masuk bilik kami. Makanan mmg sedap sampai ada ofismate cina tu tiap kali breakfast 2@ 3 kali ulang ambik telo separuh masak tu. Sedap lain macam katanya
ReplyDeletepart icha tido sambil berjalan tu epic..hahaha.. comel sangat ni tau...
ReplyDeletekak pila...mana ke pic snorkeling sekeluarga?? saya 2x pergi redang. sekali masa honeymoon sempat rasa duk laguna ni... dapat bilik besar mcm kak pila ni la..ngadap laut.. duduk 2 orang katil ada 4... huaaa. time animun, kemain ada sekali suami i encang(dokong belakang) bini gegasi dia ni.. i syak smpi sekarang terkesan sakit belakang dia..sebaik tak slip disc..hahahha.
ReplyDeleteHahaha kalau suh dukung skrg dia nak tak? Hahaha
Deletecantiknya.. ina org terengganu pun xpernah pergi lagi.. boleh plan ke sini nnt
ReplyDeletesalam,kak filla.nak tanya.akak hantar anak swimming class kat mna.nak start anta my baby boy g swimming.
ReplyDeleteHaha baru plan, x hantar lagi hehe
ReplyDeletebc entry bercuti kak pila ni terasa mcm nak bercuti jugak. lama tak holiday dgn anak-anak..
ReplyDeletenext bercuti ke mana tu k.filla, tak sabar nak baca..hahaa
ReplyDeletepasal swimming tu pun nak tahu jugak..
seronoknyaaaaa tenang tengok laut
ReplyDeleteentahla brapa kali plan nak pegi Redang ngan Perhentian tapi tak sampai2 lagi..
ReplyDeletePn ambil bilik jenis apa ye? 😊
ReplyDeleteSalam kak pilla, nak tanya, anak 3 tahun setengah kira free ke atau kena byr?
ReplyDelete