Alhamdulilah berjaya jugak organized Open House Fame Cosmetics.. Kitorang buat kat RUANG, Shah Alam.. Tempat ni memang tempat untuk buat event so boleh sewa ;)
Memang niat kitorang tahun ni nak buat Open House untuk Fame supaya dapatlah berjumpa orang-orang yang selalu support Fame.. Nak ajak semua sekali peminat Fame tak dapat hahhaa.. so kita ajak family members, MUAs yang selalu bekerjasama dengan kita, client-client Fame, agent dan stokis Fame dan sahabat handai.. Thank you yang dapat datang haritu dan yang tak dapat datang haritu pun ramai yang reply balik cakap tak dapat datang almaklumlah Raya banyak sangat open house dan kerja-kerja lain.. InshaAllah ada rezeki jumpa lagi..
Dibelakang Fame Cosmetics ada tiga orang ni yang hari-hari takde cerita lain selain mengatur strategi meningkatkan sales dan mengukuhkan nama Fame Cosmetics. Bukan kerja mudah, tapi tiada yang mustahil, InsyaAllah berkat doa semua..
Menu raya kita discuss bersama.. Tapi Elly paling terror bab pilihan makanan hahaha.. Kalau boleh semua menu raya di angkasaraya ni dia nak hahaha.. Tapi bestlah beraneka gitu.. Bukan selalu nak jamu orang makan.. kena berlebihan sikit hahahha..
Ni segelintir yang sempat snap je heheh
Yang takde dalam gambar, Satay, Kambing bakar, Buah-buahan tempatan, Cendol, Ice Cream Potong, Kuih muih dan segala jenis air minuman. Tak sempat dah nak amik gambar sebab sampai je terus makan hehehe.. stall tak habis bukak lagi Kak Pilla dah melantak dulu..
Bersama suami tercinta gittewwwww hikhikhikkk
Kak Pilla sakit kaki so sarung kasut raya Kasih je hahahhaha.. Kasih pegi camp UPSR masa ni.. so bye kasih :)
Bersama suami-suami.. Eh Hannah Cikonah pon ado dalam gambar.. Geram betul budak ni tau..
Family Kak Pilla.. Atok dengan Wan stay lama sampai ke malam.. Seronok sebab tempat selesa, sejuk ada aircond dan ada band nyanyi lagu raya..
Family Mertua.. pun tak cukup quorum ni.. Kasih and Sabrina takde..
Founder cosmetics jugak.. Kadang bila berniaga ni kita kena kenal ramai orang.. Persaingan secara sihat, share tips, share pengalaman dan hati kena sentiasa bersih.. support each other pun penting. Bila tengok member-member seangkatan jatuh janganlah kita pandang sebelah mata.. sebab roda tu bulat.. kadang kita di atas kadang kita di bawah.. Stay humble :)
Persaingan secara sihat ni ok actually, persaingan tak sihat bila ada hasad dengki dan sindir menyindir dan menjatuhkan orang lain ni i don't like.. Takde masa untuk negativity kalau agak-agak negative vibes tu nak datang kita elakkan lah.. contoh mengelakkan negative vibes ni senang je.. Jangan tengok, jangan layan dan ignore.
ni adik MUA kita yang paling comel.. heheheh.. Suka Yana ni so humble and manja..
Rakan-rakan MUA yang sentiasa ada.. Thanks koranggggg!!
Kak Nana sahabat / client penting Fame Cosmetics.. Thanks Kak Nana sentiasa advance, very professional walaupun kita kawan.. Mintak apa semua akan dapat on time.
Kak Tini atau Hartinie orang penting untuk Majlis ni.. Caterer yang kita pilih kali ni dari Restoran Hartinie Seksyen 10.. Orang Shah Alam semua tau restoran ni kat mana.. Always crowded restoran dia... kalau bulan puasa tak yah cakap.. pitam tengok hahaha.. Makanan sedap dan staff semua pantas.. Thanks Kak Tinie.
Semua kengkawan jugak..
Bobo and Mel in da houzeeeee!!! Mua kesayangan yang sentiasa ada.. Thanks Bobo and Mel.. InshaAllah kita jumpa 31 July.. Pitam takde baju Bobo oiiiii..
Ni adik-adik kesayangan Fame.. Staff kita yang bertungkus lumus selalu.. Kadang boleh tepuk tampar, kadang kalau buat salah kena jugak.. hehehehe.. Ada yang tak dapat datang jugak dan ada lagi 2 ketul tu hilang mana tah tak dapat bergambar..
Malam tu ada Dazrin datang.. boleh lah dia nyanyi atas permintaan ;)
Lagu Raya dari Elly and Peej.. Kak Pilla tak naik sebab Sorrrrryyyy guys, i really can't do this.. muahahahhaha.. bising-bising ai kene marah sebab tak naik stage tu.. Aku tak boleh ya.. lagu raya pun i cannot.. ko gila apa orang ramai depan tu nak suh aku nyanyi??? Noooooooo.. Karaoke 3 orang pun kadang-kadang je aku nyanyi hahaha.. Pak Radie suruh naik jugak, tak nyanyi tak pe, berdiri je.. Eh lagi malu macam kayu je tegak.. Noooooo!!
Last but not least... Siapa tu??? Hahhaha bibik Kak Pilla u olllsss.. Biarlah dia teringin nak nyanyi.. OMG pitammmm.. tapi takpe dia berani gila kot.. selamba je nyanyi lagu Hetty Koes Endang, suara boleh tahan sedap.. Radie lagi kongajo, dia cakap ntah-ntah bibik ni dulu sebelum datang sini dia memang penyanyi kot kat sana? Bongok ni hahahahha..
Oklah tu je nak citer.. gambar dari photographer takde kat Kak Pilla.. kalau ada akan up lagi satu entry mesti Kak Pilla jelita dalam gambar tu..
Thanks korang sesama menjayakan majlis Open House Raya Fame..
Muah Ciked.
Love,
Filla.
banyak makanan sedap sedap.. hehe..
ReplyDeleteeiii..best, all the best filla n team!
ReplyDeletefiala, mcm mana kita nak jual fame ni-modal, prosedur, etc, mcm mana? (serius nak tau)
Whatsapp 0133760466 utk maklumat lanjut
Deletehahha, sori, typing error-not 'fiala' but filla' nk cepat punya psl, jgn mrh naa ;-))
ReplyDeletekak pilla sangat cantik...suka tengok semua la...semua pija dengan kak elly pun so sweettt!
ReplyDeletesemoga fame akan terus berjaya. kekalkan momentum usaha dan persahabatan..
ReplyDeletesemoga terus berjaya fame..
ReplyDeletesemoga berjaya
ReplyDeletewoowww..bestnya tgok company korang.
ReplyDelete..
kak pilaa....why semua gambar, kaki kanan mesti ke depan? & kaki kak elly punya silang WOWWW sgt!..hehehe...tgok kak peej..slumber je berdiri siap mendada..hehehe.
..
gurau je taw...anyway selamat hari raya..maaf zahir & batin..smoga biz u'ol maju...i sokong FAME!!
hartinie... memang sedap la. suka makan kat situ..
ReplyDeletesemioga berjaya
ReplyDelete