Harini nak share cemana nak masak sambal ikan bilis kentang..
Tapi Kak Pilla suka buat yang kering-kering supaya kekal rangup ;)
Cara dia senang je.. Pastikan korang ada bawang merah and putih blend.. cili kering blend..
So memula goreng dulu bilis tu sampai rangup.. lepas tu kentang tu potong wedges dan asingkan..
Panaskan kuali dan minyak.. Minyak tu biar lebih.. letak je 3 senduk macam tu.. bila minyak dah panas.. cedok je 2 sudu besar bawang merah blend, 1 sudu kecil bawang putih blend.. tumissss... pastu masukkan cili kering blend dalam 2 senduk.. masukkan sedikit garam dan sedikit gula.. masuk sekali 1 asam keping.. kacau rata sampai cili betul-betul masak dan hampir berbuih-buih..
Pastu terus masuk bilis dan kentang.. kacau sampai sebati pastu angkat letak dalam tapis besi tu, toskan minyak tu.. so nanti takde lah bilis korang tu selekeh-selekeh dengan minyak.. sebenarnya kalau ada kentang, bilis tu takkan rangup sangat esok-esoknya tu.. kalau nak sambal bilis kering tu tahan berhari-hari rangup, tak yah masuk kentang.. ni sebab nak makan terus ;)
So itu jelah pun masak dia.. senang nak mam kan? sila buat ni.. makan dengan nasi panas.. rajin sikit gi buat telo mata kobau.. buh kicap.. perghhhh terangkat..
Love,
Filla.
Sedapnya makan dengan nasi panas.. :)
ReplyDeleteaii nie yg kecur ayak liur nie hee:) nmpk sedap!
ReplyDeletejust nak share resepi mak saya..nk bagi bilis rangup even dah sejuk....sambal tumis yang ditapis minyak mesti dh sejuk, baru campur bilis...in sya allah bilis akan rangup...7 tahun sya belajar kt U,ni la bekalan mak sya masak tuk bawa bekal g u...
ReplyDeleteNak tanya sikit.
ReplyDeleteKentang tu tak goreng dulu ke?
sedapnya kak pila . suka sangat kalau masak kering kering rangup macam ni. kompem bertambah nasik :)
ReplyDeletehaha, kita tgk menu ni kat Ig kak pila. terus esoknya tu gigih buat ;)
ReplyDelete