Hi korang ;)
Harini Kak Pilla nak cerita pasal Maxis ONE kid pulak.. Apa tu Kak Pilla.. Yeszaaa ni lah satu-satunya jam tangan pintar sesuai untuk anak-anak kita yang dah melangkah ke alam persekolahan dan ada masa-masa yang mereka terpaksa berjauhan dengan kita. Bila berjauhan dari anak, mesti kita akan terbayang, anak makan apa? anak buat apa kat sekolah? Kak Pilla pasti ibu-ibu lain pun ada perasaan yang sama dengan Kak Pilla betul tak? Setiap detik tu asyik teringat anak tengah buat apa ;)
Well normal lah kan sebagai ibu bapa, otak kita ni memang fikir tentang anak-anak je. Terima kasih kepada Maxis sebab melancarkan device dan plan for kids! Jam ni ala-ala "smartphone" yang direka khas untuk kanak-kanak.. Jam ni warna-warna dia so cute and catchy, function dia mudah digunakan oleh kanak-kanak dan memang memudahkan tugas kita sebagai ibu-bapa nak berkomunikasi dan nak track anak kita berada di mana :)
Amaani kemain lagi dia nak gi sekolah hahahaha.. So canggih anak ai hahahah.. Dah pesan kat dia, kalau pakai jam ni jangan buka!! Jangan bagi kat orang lain..
Setahu Kak Pilla, Maxis adalah telco pertama yang mengeluarkan kid phone and plan ni.. So canggih, thumbs up Maxis sebab mengambil kira keperluan ibu bapa macam kitorang ni.. Sejak ada kids watch ni, Kak Pilla and Pak Radie selalu boleh call Amaani.. Kadang dia yang call kitorang.. Amboi kemain lagi dia tu hahaha.. Sebab apa kid watch ni best? Sebab kita boleh set 10 orang paling rapat untuk kita install number telefon dalam kid watch tu.. So senang dia nak call 10 orang tu.. Boleh letak nombor mama, papa, Wan, Atok, Nenek, Ibu, Mama Yatie.. Tu baru 7 orang hahaha.. Paling best sebab dia unlimited calls to all 10 contacts tu.
Best kan?
Konsep dia ialah anak kita pakai Kid Watch tu.. dan kita kena download apps mwatch macam gambar kat atas ni.. So bila kita dah linked dengan jam tu.. automatically kitalah yang registered as Admin kepada jam tu. Macamana tu? 1 Admin untuk Kid Watch ni.. Tapi Kak Pilla as admin boleh assigned 3 orang untuk jadi Guardian kepada watch ni.. Maknanya Guardians pon boleh monitor anak yang pakai jam ni.
Kak, anak saya 3 orang, kalau saya nak belikan 3 jam ni untuk setiap anak macamana? Kena ada 3 orang Admin ke? Jawapannya Tidak! 1 Admin untuk 3 jam also can ;) Senang sangat kan?
Kenapa kita nak kena assigned Guardian? Haaaa guardian ni lah yang ada laluan untuk monitor location anak kita, receive SOS dan location notifications via parent's application tu..
Apa lagi function Kid Watch ni?
So canggih ya, Kid Watch ni siap ada camera hahaha.. Amaani boleh send picture yang dia snap tu kat Kak Pilla dan semua 10 orang contacts yang ada dalam Kid Watch dia.. so cool kan? heheheh.. Watch ni boleh buat phone call dan voice message kepada contacts jugak ;)
Simple dan senang digunakan anak-anak
Siap ada family chat whahahah comel sangat
Bahagian belakang jam.. Nak charge pun senang je.. charger tu punya cable macam magnet.. terus melekat belakang jam ni dan kita charge macam biasa.. Battery life dia pun lama bertahan.. Let say kita charge sampai full 100% dia akan bertahan 3 hingga 5 hari.. Watch ni kita boleh tukar strap dia dan boleh bukak jugak, bawak watch je tanpa tali hehehe..
Jangan lupa call Mama ngan Papa harini ok? Kalau Amaani free boleh send picture Amaani harini tau?
Memang seronok bila ada Kid Watch ni.. rasa dekat walaupun berjauhan.. siap boleh track location dia pulak tu.. so tau lah dia kat safe zone or dangerous zone. Siap boleh silent call tau.. kalau silent call kita boleh dengar environment dia.. boleh try buat silent call masa dia kat dalam kelas hahahahahhaha...
You guys boleh check youtube video kat bawah ni ok? Letting her go doesn't mean to let her go, stay in touch with your kids, no matter how far :)
Untuk maklumat lanjut tentang Maxis One Kid boleh check link ni ok:
Berbaloi-baloi ;)
Love,
Filla.
Wow menarik ni. Boleh beli utk anak. Nxt year dia msk darjah 1
ReplyDelete