About Me

Thursday, November 05, 2015

BAWA KA$H CARD TAK PERLU BAWA WANG TUNAI.



 Hi semua, hari ni Kak Pilla nak share dengan korang tentang KA$H Card, kad prabayar yang boleh mengubah cara perbelanjaan korang semua.

KA$H Card ni actually is a prepaid and loyalty card untuk customer dan boleh digunakan untuk pembelian/pembayaran bermacam-macam benda termasuklah fast-food, utility bills dan macam-macam lagi.  Boleh dikatakan kad ni berfungsi sebagai e-Wallet, jadi kepada mereka yang tak suka bawak duit bebanyak tu memang sesuai untuk korang produk ni :)

Kalau korang masih rasa ragu-ragu dengan security kad ni, tak payah risau sebab setiap KA$H Card akan dilindungi nombor PIN korang.. jadi memang korang je yang dapat akses maklumat peribadi dan guna kad tu untuk transaksi.  Kalau tak sengaja kad tu tercicir atau hilang, call je hotline diorang, report pastu beli KA$H Card yang baru.. Balance korang nanti boleh ditransfer ke kad baru tu..

Selain tu, KA$H Card ni jugak merupakan satu-satunya kad perbelanjaan prabayar yang menyokong reward system dimana korang boleh kumpul mata bagi setiap perbelanjaan dan menebus ganjaran korang bila mata dah cukup.  Best kan?

Kalau korang nak tahu lebih banyak tentang KA$H Card ni, jangan risau sebab Kak Pilla akan update korang lebih banyak lagi tentang kad ni bila diorang launch nanti.. So stay tune ok?

Love, 
Filla. 

No comments:

Post a Comment